Aneka Menu Vegetarian Sedap Rasa


Jika anda pengamal diet vegetarian,usah bersusah hati kerana kini banyak restoran juga kafe yang menyediakan pelbagai menu sihat dan menyelerakan. Menikmati makanan sebegini menjadikan diri lebih aktif dan bertenaga dari biasa. Selain itu tubuh badan terasa lebih ringan dan konsentrasi anda lebih peka serta daya kreativiti lebih tinggi. Tambah lagi stamina jadi tinggi dalam melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan senaman. RASA memberi idea buat anda cuba menu sihat ini lantas menjadi rutin dalam pemakanan seharian.

PIZZA RATATOUILLE
Chef Azzul
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30-45 minit
Keistimewaan: Kaya dengan sayur-sayuran
Jenis masakan: Roti
Anggaran kos: RM30
Bahan-bahan:
Roti Pizza:
250gm tepung gandum
5gm garam halus
180ml air suam
4gm yis/ragi
5gm gula
25gm minyak zaitun
Sos Tomato:
50gm minyak
25gm pes tomato
350ml tomato puree
4gm garam
5gm gula
Inti Pizza sayuran:
50gm terung | dihiris nipis
50gm Zuchinni hijau | dihiris nipis
50gm cili bengala merah
50gm tomato | dihiris nipis
5gm daun selasih
100gm keju mozzarella sayuran
Cara memasak Roti Pizza:
1.Larutkan yis dan gula dengan menggunakan air suam selama lebih kurang 5 minit.
2.Campurkan tepung gandum yang diayak bersama garam.
3.Kemudian tuangkan campuran air yis tadi, gaul dan uli sehingga rata.
4.Tambahkan minyak zaitun dan uli lagi sehingga bercampur rata.
5.Tutup adunan dengan kain atau plastik penutup makanan.
6..Biar selama 40 atau 1 jam. 15.Kemudian uli dan bentukkan selebar 20-25 cm.
7.Cucuk permukaan dengan garpu untuk mengelak roti dari kembang
8.Kemudian bakar selama 2-3 minit.
Sos tomato:
1.Panaskan minyak.
2.Tumis pes tomato.
3.Tambahkan tomato puree.
4.Garam dan gula secukup rasa.
5.Didihkan sehingga sos pekat.
Inti pizza sayuran:
1.Sapukan sos tomato di atas roti pizza.
2.Tabur keju sayuran di atas roti.
3.Susun sayuran dan daun selasih mengikut selera.
4.Tabur keju sayuran selebihnya sehingga menutup pizza.
5.Bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.

IKAN GORENG DENGAN SOS LEMON – Chef Chew
Saiz hidangan: 5-6 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Keistimewaan: Enak dengan rasa masam manis.
Jenis masakan: Lauk pauk.
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
500gm minyak masak
500gm ikan vegetarian
300gm lemon sos
20gm cuka putih
50gm tepung sagu
30gm perasa sayuran
Cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk mengoreng ikan dengan tepung. Kemudian ketepikan.
2.Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi dari kuali. Masukkan lemon sos dan juga sedikit cuka putih.
3.Masukkan sedikit air dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
4.Setelah itu, masukkan serbuk perasa sayuran dan rasakan masam manisnya.
5.Tuangkan sos ke atas ikan tadi dan hiaskan dengan hirisan buah lemon.

AYAM GORENG DENGAN MENTEGA NESTUM
– Chef Chew
Saiz hidangan: 5-6 orang.
Waktu memasak: 15-20 minit.
Keistimewaan: Sedap berkrim
Jenis masakan: Lauk pauk
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan:
500gm minyak masak
500gm ayam vegetarian
200gm planta
200gm nestum
100gm daun kari
Cara memasak:
1.Panaskan minyak untuk menggoreng ayam kemudian ketepikan setelah siap.
2.Panaskan kuali dan masukkan planta biarkan sampai marjerin itu cair.
3.Masukkan daun kari dan kacau perlahan.
4.Masukkan ayam dan nestum sambil kacau perlahan.
5.Masukkan serbuk perasa sayuran dan kacau rata.
6.Masukkan sedikit gula. Setelah siap masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

BROKOLI DENGAN SOS KETAM
– Chef Chew
Saiz hidangan 6-7 orang:
Waktu memasak: 15 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan nutrisi.
Jenis masakan: Sayur-sayuran
Anggaran kos: RM12
Bahan-bahan:
600gm brokoli
200gm cendawan hitam
200gm sos tiram sayuran
50gm stok sayuran knorr
200ml minyak jagung
200gm isi ketam vegetarian
Cara memasak:
1.Bersihkan semua sayuran brokoli dan dipotong.
2.Kemudian panaskan air sehingga mendidih.Rebus brokoli serta angkat dan sendukkan ke dalam rendaman ais batu.
3.Bersihkan cendawan hitam dan rebuskan cendawan hitam itu terlebih dahulu.Bila sudah masak, rebuskan cendawan hitam bersama sos tiram dan isi ketam.
4.Perasakan dengan perasa sayuran knorr, setelah siap masukkan ke dalam pinggan serta aturkannya bersama-sama dengan brokoli tadi.
5.Siramkan dengan sos tiram dan hiaskan.
Selain menggunakan planta, boleh tukar dengan mentega.

SUP JAGUNG DENGAN LABU KUNING
– Chef Chew
Saiz hidangan: 8-10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa jagung dan labu
Jenis masakan: Sayur-sayuran
Anggaran kos: RM12.
Bahan-bahan:
1kg labu kuning
1 tin jagung kreamer manis
20gm tepung jagung
20gm serbuk perasa sayuran
Cara memasak:
1.Labu kuning direbus sebiji dan dibuang isi dalamnya.
2.Biarkan labu kuning itu direbus sehingga masak.
3.Masakkan sup jagung dan perasakan dengan perasa sayuran. Setelah siap tuangkan sup itu ke dalam labu kuning yang telah direbus.
4.Kemudian bolehlah dihidangkan.

NASI GORENG DENGAN DAGING BBQ
– Chef Chew
Saiz hidangan:5-6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan tak pedas
Jenis masakan:Nasi
Anggaran kos: RM15
Bahan-bahan:
500gm nasi putih
300gm vegetarian daging BBQ
200gm sayur campuran ( mixed vege )
200gm minyak masak
30gm perasa sayuran
360gm sos tiram sayuran
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumiskan ke semua bahan dan masukkan daging BBQ, sos tiram sayuran dan sayur campuran.
2.Kacau perlahan dan biarkan semua bahan-bahan itu masak sebati sehingga kelihatan cantik.
3.Masukkan nasi, kacau hingga rata.
4.Masukkan serbuk perasa sayuran, kacau hingga nasi dan sayuran menjadi sebati.
5.Tutup api dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

VEGETARIAN MUTTON MASALA
– Chef Alipah
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 20-25 minit
Keistimewaan: Enak berempah
Jenis masakan: Lauk Pauk
Anggaran kos: RM30
Bahan-bahan:
300gm minyak masak
500gm kambing vegetarian
50gm cili giling
50gm serbuk cili
10gm serbuk masala
10gm jintan putih
10gm lada hitam
30gm yoghurt
30gm perasa sayuran
20gm tomato pes
Cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng kambing vegetarian seketika dan ketepikan.
2.Keluarkan lebihan minyak tadi dan tumiskan ke semua bahan-bahan yang telah siap disediakan.
3.Masukkan cili giling, tomato pes dan yoghurt sambil kacau perlahan-lahan.
4.Masukkan kambing serta sedikit air dan kacau lagi. Biarkan ia mendidih dengan bahan-bahan tumis tadi.
5.Akhir sekali masukkan serbuk perasa sayuran dan setelah kambing siap dimasak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

NYONYA AYAM KARI
– Chef Alipah
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa kari.
Jenis masakan: Lauk pauk
Anggaran kos: RM15.
Bahan-bahan:
300gm minyak masak
500gm ayam vegetarian
300gm santan pekat
100gm cili giling
200gm kunyit hidup
20gm daun limau purut
1 batang serai
20gm serbuk ketumbar
20gm kentang
50gm perasa sayuran
Cara memasak:
1.Panaskan minyak untuk menumis cili giling,kunyit hidup dan serbuk ketumbar
2.Kemudian masukkan sedikit air sambil kacau perlahan-lahan sehingga naik bau.
3.Masukkan ayam, serai dan daun limau purut ke dalam bahan tumisan tadi dan biarkan seketika hingga mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan kacau sesekali. 5.Perasakan dengan perasa sayuran. Apabila siap masak, bolehlah diangkat untuk dihidang.

KUAH LODEH SAYURAN
– Chef Alipah
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan nutrisi
Jenis masakan: Sayur.
Anggaran kos: RM15.
Bahan-bahan:
200gm minyak masak
200gm sayur kubis
200gm kacang panjang
2 keping tauhu putih
2 keping tempe
200gm tauhu kering/fucuk putih | direndam
100gm suhun | direndam
300gm santan pekat
200gm cili merah dan hijau
½ sudu teh serbuk kunyit
50gm perasa sayuran
Cara memasak:
1.Panaskan minyak untuk menggoreng tempe dan tauhu terlebih dahulu.
2.Tumiskan bahan-bahan yang telah siap dipotong tadi.
3.Kemudian masukkan sedikit air sambil kacau perlahan serta masukkan serbuk kunyit dan santan pekat.
4.Sekiranya kuah terlalu pekat, bolehlah tambah sedikit air. Biarkan mendidih dan perasakan dengan perasa sayuran.
5.Apabila sudah siap masak, bolehlah angkat untuk dihidangkan.

MAKARONI DENGAN TERUNG GRATIN KEJU
– Chef Azzul
Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa keju
Jenis masakan: Pasta
Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan Makaroni Terung:
35gm minyak
100gm terung
60gm makaroni | kenyal
5gm garam
3gm daun selasih
50gm keju mozzarella sayuran
Sos santan:
25gm mentega sayuran
25gm tepung gandum
100ml santan kelapa | Bahagikan santan kepada dua bahagian (cair dan pekat).
3gm garam
5gm gula
Cara memasak:
1.Goreng terung sekejap, kemudian belah kepada dua bahagian.
2.Korek sebahagian isi terung.
3.Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung.
4.Campur bersama santan cair.Kacau sehingga sebati.
5.Masukkan makaroni dan gaul sehingga rata sos.
6.Isikan makaroni ke dalam terung tadi.
7.Tabur keju di atas.
8.Kemudian bakar selama 3-5 minit.
Kambing vegetarian ini boleh diperoleh di kedai-kedai vegetarian.
Jika tidak mahu menggunakan santan boleh tukar dengan susu rendah lemak.
Sayur boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa.
RESIPI: CHEF ALIPAH, CHEF CHEW,CHEF AZZUL , HOTEL ARMADA , PETALING JAYA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/09/aneka-menu-vegetarian-sedap-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Garlic Crunchy Menu Pantang Penambah Rasa Guna Air Fryer 5 Minit Siap Rangup

Garlic Crunchy Menu Pantang Penambah Rasa Guna Air Fryer 5 Minit Siap Rangup

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 365 hits
Ibu yang berpantang memerlukan makanan yang segar untuk menambahkan nutrisi dan tenaga pada tubuh selepas menempuh proses melahirkan anak Pun begitu makanan yang bersifat panas membantu ibu terus kekal selesa dan sentiasa hangat sepanjang b...
Pelbagai Menu Sedap Di Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam

Pelbagai Menu Sedap Di Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 2026 hits
Satu lagi tempat makan yang best untuk dikunjungi adalah restoran Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam Ada banyak sangat menu yang ditampilkan dengan harga yang berbaloi Kalau pergi seisi keluarga pun best sangat sebab boleh pilih macam macam...
Idea Menu Lunch Sedap Selera Orang Malaysia Sempena Hari Merdeka

Idea Menu Lunch Sedap Selera Orang Malaysia Sempena Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 440 hits
Bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena cuti hari kemerdekaan hari ni Ini antara menu menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari Semuanya sangat sedap mudah dan membuk...
Semuanya Sedap Sedap Belaka Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome

Semuanya Sedap Sedap Belaka Kongsi Menu Anak 8 Hingga 10 Bulan 15 Resipi Ibu Ni Memang Awesome

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 310 hits
Menyediakan makanan anak sememangnya satu percubaan yang mencabar Apatah lagi untuk melihat keputusannya samada anak suka atau pun tidak Namun setiap kali anak menolak makanan yang kita sediakan janganlah cepat putus asa dan cuba lagi menca...
Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah Lebih Sedap Mudah Masak

Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah Lebih Sedap Mudah Masak

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 405 hits
Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih sedap dan lain daripada telur dadar biasa resipi resipi yang dikongsi di b...
Resipi Kek Buah 3 Bahan Rasa Sedap Mudah Buat

Resipi Kek Buah 3 Bahan Rasa Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 413 hits
Suka makan kek buah Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan Kalau beli harganya pun boleh tahan mahal Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni Hanya d...
Resipi Ayam Percik Memang Sedap Kena Dengan Cita Rasa

Resipi Ayam Percik Memang Sedap Kena Dengan Cita Rasa

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 366 hits
Salah satu masakan ayam yang sedap adalah ayam percik Ayam percik memang disukai oleh ramai orang yang gemarkan sesuatu menu berasaskan ayam Rasanya lemak lemak kerana menggunakan santan Kalau suka pedas boleh letak banyak cili padi AYAM PE...
Sangat Sedap 30 Menu Harian Masakan Kampung Kena Cuba

Sangat Sedap 30 Menu Harian Masakan Kampung Kena Cuba

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 770 hits
Sedapnya aneka sajian masakan kampung ni Makan bersama nasi panas dan ulam ulaman memang membuka selera Terdapat pelbagai masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba dan dijadikan panduan untuk ibu ibu Pasti puas hati 1 SINGGANG PEDAS IKAN ...
Tun M Luah Rasa Kecewa Terhadap Pengkhianatan Muhyiddin

Tun M Luah Rasa Kecewa Terhadap Pengkhianatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional didesak mengembalikan kerajaan diperintah kepada Pakatan Harapan seperti pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum 14 Tuntutan ini dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usul undi ti...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa