Sangat Sedap 30 Menu Harian Masakan Kampung Kena Cuba


Sedapnya aneka sajian masakan kampung ni. Makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Terdapat pelbagai masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba dan dijadikan panduan untuk ibu-ibu. Pasti puas hati.
1. SINGGANG PEDAS IKAN KERISI

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi5 biji cili padi4 biji bawang merah3 ulas bawang putih1 inci lengkuas1/2 inci kunyit3 cawan air5 keping asam gelugurGaram secukup rasa2 kuntum bunga kantan | belah 28 tangkai daun kesum
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar.
2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit. Hidangkan.
Kredit resipi & foto: FB Hanieliza Kamarudin
2. KERABU TEMBIKAI UTARA

BAHAN-BAHAN:
Lebihan isi tembikai yang lepas dipotong ( masih di kulit)1 biji bawang merah5-6 biji cili padi hijauBelacan secukupnyaSedikit garamCARA MEMASAK:
1. Kikis lebihan isi tembikai yang masih ada di kulit hingga ke lapisan putih. Masukkan ke dalam mangkuk.


2. Picit belacan dan cili padi. Kemudian hiris bawang merah halus-halus.

3. Gaul semua bahan dan sebatikan. Tambah secubit garam untuk menyedapkan rasa.
4. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kerabu Tembikai ni kalau lebih pedas, lagi sedap rasanya.
Kredit resipi & foto: Misbahul Munirah
3. TELUR AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
4 biji telurCili padi secukupnya – lebihkan jika suka pedas1/2 biji bawang besar – hiris @ cincang1-2 biji tomato – hiris @ cincangBAHAN AIR ASAM:
Asam jawaGaram secukup rasaAji secukupnya – jika sukaAir suam secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Ketepikan.
2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik.
3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik.
4. Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan.
5. Belah telur dan letak dalam mangkuk.

6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.

7. Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Kredit resipi & foto: Norul Haisyu
4. GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuhTimun | dibelah kecil5-6 biji cili hijau1 -2 keping nanas | dipotong daduSantan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakanGaram, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar4 ulas bawang putih3-4 tangkai cili kering1 biji cili merah2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas2 inci kunyit segarSedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.Sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto: Zat Hernani
5. DAGING ASAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging  – rebus hingga empuk (kalau tak mahu rebus pun boleh. cuma kena masak lebih lama supaya lembut.) 1 biji bawang – besar hiris5 ulas bawang – putih hiris1 inci halia – hiris10 biji cili padi – hiris (potong tengah jangan putus)1 kuntum bunga kantan2 batang serai – diketuk1/2 cawan air asam jawa sederhana cair1/4 sudu makan garam1 sudu teh gulaSedikit bahan perasa jika suka1 sudu makan serbuk kunyit2 cawan air rebusan daging2 1/2 senduk minyak masakSedikit cili padi (untuk hiasan)CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai. Tumis hingga wangi.Bila serai sudah keperangan, masukkan bahan hiris. Tumis lagi hingga naik bau.Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa dan air rebusan daging. Masak hingga mendidihhBila dah mendidih ganas, masukkan daging. Gaul seketika.Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga kuah kering.Akhir sekali, masukkan cili padi dan bunga kantan. Kacau sebati dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.Kongsi resipi & foto: Mariana Zainal
6. AYAM GORENG SEDAP TANPA SERBUK KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong kecil dan bersihkan5-6 ulas bawang putih – tumbuk halus5 biji bawang merah kecil – tumbuk halus2 inci halia – tumbuk halus1 sudu makan serbuk ciliGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Kemudian masukkan garam serta serbuk cili. Gaul rata.

2. Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi hingga rata. Perap selama 10 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ayam masak sepenuhnya.
4. Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
7. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi2 keping asam gelugur5 ulas bawang merah | dikisar halus2 ulas bawang putih | dikisar halus2 biji cili padi | dikisar halus2sm belacan | dikisar halus2sm kunyit hidup | dikisar halus30gm ikan bilis | dikisar halus2 sudu makan cili kisar1 tangkai daun kesum1 kuntum bunga kantan | dihiris3 keping asam gelugur800ml airGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.Info chef: Cuci batang keladi dengan bersih bagi mengelakkan rasa gatal
8. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris1 biji kelapa | diambil santannya40gm ikan bilis3Sm kunyit hidup | dikisar10 biji cili padi | dikisar1 batang serai | diketuk3 helai daun kunyitGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.Angkat dan hidangkan.Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.
9.  GULAI TETEL KENTANG

BAHAN-BAHAN:
500gm tetel lembu300gm ubi kentang | dibelah empat3 batang serai | dititik3 sudu makan serbuk kari500ml air500ml santan1 tangkai daun kari1 sudu makan serbuk perasaSedikit air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisBAHAN KISAR:
5 biji bawang merah5 ulas bawang putih5gm haliaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.Sedia dihidangkan.Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.
10. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | direbus30gm terung pipit1 biji bawang besar | dikisar3 ulas bawang putih | dikisar10 biji cili padi | dikisar1 keping asam kepingGaram, gula dan serbuk perasaMinyak secukupnya | untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.Angkat dan hidangkan.Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.
11. UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI

BAHAN-BAHAN:
200gm petai | dibuang kulit300gm udang | dibuang kulit2 sudu makan tempoyak2 helai daun kunyit | dihiris halus1 keping asam gelugur125ml airGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumisBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah1 ulas bawang putih2sm kunyit15 biji cili padi2 biji cili merah1 batang seraiCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air. Gaul hingga sebati dan biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang halus. Masak sehingga pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.
12. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK

BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat8 ulas bawang merah | dikisar3 ulas bawang putih | dikisar3 sudu makan rempah kari ikan1kg santanGaram, gula dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya.
2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati.
3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
13. KULIT TEMBIKAI TUMIS AIR

BAHAN-BAHAN:
1 biji buah tembikai | diambil kulit putihnya2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar1 biji bawang besar kuning | dimayang2 biji cili merah | dihiris100gm udang segar1/2 sudu teh serbuk lada hitam10gm suhun500ml airGaram, gula dan serbuk perasa secukupnyaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama serbuk lada hitam hingga garing.Masukkan udang dan kacau sehingga setengah masak.Kemudian masukkan air diikuti kulit tembikai. Biarkan mendidih seketika.Masukkan suhun,, cili merah dan hirisan bawang besar. Perasakan secukupnya.Apabila kulit tembikai telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.Info chef: Enak dinikmati bersama ikan masin goreng dan nasi panas.
14. GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA

BAHAN-BAHAN:
Daging cincang ( anggaran harga RM10)2 batang rebung ( warna kuning)Santan secukupnya ( anggaran RM2)1 paket rempah kari pedas BabasGaram & serbuk perasa secukupnyaBAHAN KISAR:
3 biji bawang besar5 ulas bawang putih4 sudu makan cili bohSedikit belacanBAHAN TUMIS:
4 sudu makan minyak masak2 kuntum bunga lawang2 batang kulit kayu manis4 tangkai daun kariCARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.Seterusnya masukkan rempah kari.Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.Angkat dan sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto: Mama Ayu Kitchen ( FB: Ayu Ariana Erika Farisha)
15. SAMBAL TEMPE SEDAP

BAHAN-BAHAN:
4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng2 genggam ikan bilis – goreng garing2 ½ sudu makan gula1 sudu teh garamSedikit bahan perasa1 keping asam gelugur1/2 cawan air – sebaiknya guna air panasMinyak masak secukupnyaBAHAN KISAR HALUS:
25 tangkai cili kering1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi5 ulas bawang putih1 cawan minyak masakCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.
3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.
4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
16. SAMBAL TUMBUK BERAPI

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilisUdang kering20 biji cili api2 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 keping asam gelugurGula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu halus.

2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.

3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga betul-betul garing.

4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan masak sambal hingga betul-betul kering.


5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas.

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisha Shukor
17. IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG

BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi1 biji bawang merah besar3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit1 keping asam gelugur @ kepingCARA MEMASAK:
1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.

2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat

3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.

4. Masukkan asam keping.

5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.

6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.

7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !

Kredit resipi & foto: ‎Nor Shafinaz Radzuan
 
18. PAIS IKAN

BAHAN-BAHAN:
Ikan – boleh guna ikan patin, terubuk, kembung, pari. terpulang ikut citarasa.2-3 helai daun kunyit – untuk balut. Jika ada daun pisang, lebih baik.1 helai daun kunyit – hiris nipis1 sudu makan pes asam jawa2-3 sudu makan minyak masakBAHAN TUMBUK ( GUNA LESUNG BATU):
8-10 biji cili padi1 biji bawang besar1/2 sudu makan serbuk kunyit5 ulas bawang putih2 batang serai – hiris dulu untuk senang tumbuk1 genggam(lebih kurang 1/2 cawan) kelapa parut1 sudu teh gula1 sudu teh garamCARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Masukkan pes asam jawa. Gaul rata. ( jangan masukkan air).
2. Kemudian masukkan minyak masak serta daun kunyit. Gaul sebati bersama bahan tumbuk tadi.
3. Sumbat bahan ke dalam ikan dan lumur hingga sebati. Balut ikan menggunakan daun kunyit atau daun pisang.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak anggaran 3-4 sudu makan. Masukkan ikan. Tutup kuali menggunakan tudung periuk.
5. Biarkan ikan selama 15 minit dan masak menggunakan api sederhana.

6. Kemudian terbalikkan ikan dan tutup kembali tudung periuk. Masak lagi selama 10 minit.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
19. SAMBAL SOTONG KEMBANG

BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang8-9 biji cili kering besar4 biji bawang merah – kisar1/2 biji bawang holland – kisar4 ulas bawang putih – kisar1/2 inci halia – kisar1/2 inci belacan bakar – kisarGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bawang merah, bawang holland, bawang putih, halia dan belacan. Kisar halus. Ketepikan.

2. Gunting cili kering, basuh dan rebus hingga lembut. Toskan airnya. Buang biji dan kisar hingga halus.


3. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga kering airnya. Kemudian barulah dimasukkan kisaran cili kering.


4. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan garing.

5. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.

6. Bersihkan dan potong sotong kembang ikut saiz yang digemari.

7. Masukkan ke dalam kuali dan gaul sebati.

8. Tutup kuali seketika supaya sotong menjadi lembut dan menyerap sambal.

9. Buka penutup bila sotong kelihatan mesra. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin (Dapur Cheyah)
20. KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk paku.1 biji santan – bahagi dua ; separuh goreng, separuh diperah ambil santan.4 ulas bawang merah1 sudu kecil lada hitam3 ekor ikan selayang rebus1/2 sudu makan garam1 1/2 sudu makan gulaSedikit air untuk merebus pucuk pakuCARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.
2. Kelapa bahagikan dua. Separuh dikisar dengan 1 gelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( jadikan kelapa goreng).
3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.
4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahan perasa, garam dan gula.
5. Masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Enak jika keranu tersebut sedikit basah.
Kredit resipi & foto: Bahiah Sarifuddin
21. KERABU BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN:
Belimbing buluhBunga kantanCili merahCili padiBelacanBawang merah @ besarIsi ikan sardin@ temenungKelapa parutGula & garam secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam.
2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam mangkuk.
3. Seterusnya tumbuk pulak isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula kelapa parut.
4. Satukan semua bahan tumbuk tadi bersama belimbing buluh yang telah dibasuh dan toskan airnya.
5. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama dengan bunga kantan yang dihiris halus. Gaul sebati.
6. Masuk gula dan garam secukupnya serta gaul lagi. Bila dah agak mesra, masukkan bawang yang dihiris. Sedia dihidangkan. Jika mahukan kerabu yang sediit berkuah, boleh letak sedikit santan.
Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid
22. KERABU KAKI AYAM

BAHAN-BAHAN:
Kaki ayamBawang merah – hiris nipisSerai – hiris nipisBunga kantan – hiris nipisDaun limau purut – hiris nipisCili merah – hiris nipisCili hijau – hiris nipisTomato – hiris nipisLimau nipisKicap sotong secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk bersesuaian.
2. Masukkan juga semua bahan-bahan yang dihiris halus. Gaul rata.
3. Perahkan jus limau nipis dengan secukupnya dan tambahkan kicap sotong untuk menyedapkan rasa.
4. Gaul sebati. Lebih sedap jika letak sos sweet thai chili sauce mae pranom. Cukup rasa masam manisnya.
Kredit resipi & foto: Norhamidah Abdul Hamid
23. KERABU JANTUNG PISANG & TAUGE

BAHAN-BAHAN:
1kg kerangJantung pisangTaugeCili padiCili merahBelacan secukupnyaSedikit kerisikSantan pekatGula & garam secukup rasaBawang merah kecilBeras yang digoreng tanpa minyak – tumbuk halusLimau kasturi secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Kerang dicuci bersih dan direbus. Jantung pisang juga direbus lembut dan tauge dicelur hingga agak lembut. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk cili padi, cili merah dan belacan hingga lumat.
3. Sediakan mangkuk. Masukkan jantung pisang yang dihiris,tauge, bahan tumbuk, santan pekat, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan kerang, bawang merah kecil yang dihiris dan juga beras goreng. Gaul lagi.
5. Perah sedikit limau kasturi untuk kerabu tahan lama dan tidak basi.
Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid
24. KERABU PEGAGA & ULAM RAJA

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pegaga (lebih kurang segengam) – hiris1 ikat ulam raja – hiris4 ulas bawang merah – tumbuk1/2 sudu makan lada hitam biji – tumbukCili padi (ikut tahap kepedasan sendiri kalau taknak buh pun takpe) – tumbukSantan pekat (lebih kurang dlm sebiji kelapa)3-4 sudu makan kelapa parut goreng3-4 ekor isi ikan selayang (bakar atau rebus)3-4 biji limau nipis (perah ambil jus)Garam & gula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Panaskan santan dengan bahan tumbuk sampai mengelegak. Tambah sedikit air tapi jangan sampai berkuah. Padamkan api.(panaskan santan bagi tujuan untuk kerabu tahan lama dan tak cepat basi.
2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan santan yang dimasak tadi juga.
3. Kerabu ni mesti rasa lemak, masin, manis dan masam. Biar seimbang rasa baru sedap.
Kredit resipi & foto: Anna N Zara
25. KERABU TELUR MASIN

BAHAN A:
3-4 biji telur masin – rebusBAHAN B:
GulaGaramAjinomotoCukaBAHAN C ( HIRIS HALUS / POTONG DADU):
Bawang merahCili kecil / cili padiSeraiKacang panjangTomato ceri / besarBunga kantanCARA MEMASAK:
1. Satukan bahan B. Larutkan. Kalau nak masam dan berkuah, lebihkan cuka dan tambahkan lebih gula.
2. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. (rasa ikut citarasa sendiri. Empunya resipi buat manis sedikit kerana telur telah masin.) .
3. Masukkan telur masin yang telah direbus dan dipotong. Korek telur menggunakan sudu dan gaul perlahan supaya telur tidak hancur.
4. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mimi Zubir
26. KERABU DAUN PUCUK GAJUS & SARDIN

BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin sebarang jenama (saya guna ayam brand) – ambil ikan sahaja & lecek hancurDaun pucuk janggus/gajus – hiris halus10 biji limau kasturi – ambik jus2 biji bawang besar – hiris10-15 biji cili padi (boleh tambah kalau mahu lebih pedas)Gula, garam & serbuk perasa secukupnyaAir jika perluCARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan-bahan dalam mangkuk bersesuaian. Gaul.
2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
3. Gaul sebati sekali lagi dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Eila Rustam
27. KERABU NANGKA MUDA STAIL KENDURI

BAHAN-BAHAN:
1kg isi nangka muda – potong, basuh bersih & rebus hingga lembut.BAHAN TUMBUK LUMAT:
3 biji cili besar merah15 biji cili api – ikut kepedasan digemari2 inci lengkuas2 inci halia5 batang serai – ambil bahagian lembut saja1 inci belacan bakar1 genggam ikan bilis – basuh bersihBAHAN LAIN:
1 biji bawang besar saiz besar – potong nipis2 biji limau nipis – tambah jika kurang rasa masamSikit gula, garam & perasaSedikit pati ikan bilis – jika suka1 biji kelapa parut – kisar bersama sedikit air untuk ambil santan pekat.CARA MEMASAK:
1. Leraikan nangka muda yang direbus supaya lebih halus. Letak dalam bekas besar.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan juga bahan-bahan lain. Gaul rata.
3. Perasakan dengan limau nipis. Rasa terlebih dahulu supaya cukup masin, masam dan manisnya.
4. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rosma Ros
28. KERABU KACANG BOTOL

BAHAN-BAHAN:
Kacang botol/ kacang kelisa – cuci bersih & hiris nipis4 biji bawang merah – mayang @ hiris nipis2 ekor ikan rebus – ambil isi sahaja1/2 biji kelapa parut – disangai hingga perangSedikit kelapa parut putihKerisik secukupnya1-2 biji limau nipisGaram & gula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul hingga mesra.
2. Rasa kerabu supaya cukup rasa masam, masin dan manisnya.
3. Jika suka pedas dan bawang, boleh tambah ikut cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah Embong
29. KERABU DAUN KADUK

BAHAN-BAHAN ( HIRIS HALUS):
1 ikat daun kaduk – cuci bersih & toskanBawang besarSeraiBunga kantanHalia muda (boleh guna halia tua, cuma rasanya kuat sikit)Tauge – celur seketikaBAHAN TUMBUK LUMAT:
Kelapa parut1 biji cili merah besarCili padi (sesuaikan ikut kepedasan yang dikehendaki)Cili kering yang telah direndam (empunya resipi letak sedikit sahaja)Belacan – sebesar ibu jariSedikit gulaGaram secukup rasaSedikit air asam jawaCARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan tumbuk dan lumatkan. Masukkan dalam bekas.
2. Tambah air asam jawa dan sebatikan.
3. Masukkan bahan hiris dan tauge. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasanya. Lagi sedap jika ada penambahan daun cekur.
Kredit resipi & foto: Siti Khairiyah
30. KERABU TELUR DADAR

BAHAN TELUR:
3 biji telur1/2 sudu teh serbuk lada hitamSecubit garam1 sudu teh tepung jagung
(Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna kuali non-stick. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis.)BAHAN KERABU:
1 biji bawang besar – hiris nipis1 kuntum bunga kantan – mayang halus1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus1 biji tomato – buang biji & potong kecil1 genggam ikan bilis gorengSedikit sos ikan2-3 biji limau kasturi – ambil jusnyaSedikit gulaBAHAN TUMBUK:
1 biji cili merah10 biji cili padi1 ulas bwang putih dibakar1/2 inci belacanCARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata.
2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Razainiza Saad
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
[embedded content]
Sangat Sedap. Ini Resipi Wajik Durian Guna 100% Gula Anau.
Tuna Briyani Resipi Istimewa YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/09/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerabu Pucuk Paku Menu Kampung Sedap Mesti Cuba

Kerabu Pucuk Paku Menu Kampung Sedap Mesti Cuba

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 684 hits
KERABU pucuk paku ini sesuai dijadikan lauk sampingan untuk makan tengah hari Selain mudah disediakan ia juga mampu menaikkan selera makan Bahan utama kerabu pucuk paku ini adalah pucuk paku yang dicelur digabungkan dengan kelapa yang telah...
Pelbagai Menu Sedap Di Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam

Pelbagai Menu Sedap Di Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 2024 hits
Satu lagi tempat makan yang best untuk dikunjungi adalah restoran Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam Ada banyak sangat menu yang ditampilkan dengan harga yang berbaloi Kalau pergi seisi keluarga pun best sangat sebab boleh pilih macam macam...
Resipi Sup Telur Chinese Style Simple Jimat Sangat Sedap

Resipi Sup Telur Chinese Style Simple Jimat Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 998 hits
Wow Sup Telur Chinese Style ni nampak sangat sedap dan membuka selera Biasanya sajian begini dihidangkan di hotel hotel restoran Chinese Muslim dan juga restoran makanan laut Tapi dengan adanya resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni ...
Resepi Apam Mekar Mesti Jadi Yang Sangat Gebu Lembut Dan Paling Sedap

Resepi Apam Mekar Mesti Jadi Yang Sangat Gebu Lembut Dan Paling Sedap

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 1126 hits
RESEPI APAM MEKAR MESTI JADI YANG SANGAT GEBU LEMBUT DAN PALING SEDAP Pening memikirkan apa menu untuk minum petang hari ni Dalam sibuk mencari resepi untuk hidangan keluarga saya jumpa satu resepi Apam Mekar yang nampak sangat cantik dan b...
Sayur Keladi Makanan Kampung Yang Sedap Diminati Ramai

Sayur Keladi Makanan Kampung Yang Sedap Diminati Ramai

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 605 hits
Melalui facebook Azira Mamat berkongsi resipi sayur keladi yang lejen di group Rasa Share Resipi Memang ini adalah salah satu makanan kampung Tapi percayalah sayur keladi memang diminati ramai dan tetap disukai Apatah lagi kalau ada sambal ...
20 Resipi Masakan Sotong Mudah Sedap Dan Menyelerakan

20 Resipi Masakan Sotong Mudah Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 650 hits
20 Resipi Masakan Sotong Mudah Sedap Dan Menyelerakan Assalamualaikum wbt hi korang Minggu ni CH dah start masuk kerja seperti biasa Walaupun belum confirm tapi CH kena bersedia untuk kembali bekerja seperti biasa dengan norma baru Disebabk...
Aneka Menu Vegetarian Sedap Rasa

Aneka Menu Vegetarian Sedap Rasa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 321 hits
Jika anda pengamal diet vegetarian usah bersusah hati kerana kini banyak restoran juga kafe yang menyediakan pelbagai menu sihat dan menyelerakan Menikmati makanan sebegini menjadikan diri lebih aktif dan bertenaga dari biasa Selain itu tub...
Sarapan Di Nonies Kopitiam Dan Warung Kak Yah Kampung Pasir

Sarapan Di Nonies Kopitiam Dan Warung Kak Yah Kampung Pasir

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 440 hits
Assalamualaikum DAH lama tak keluar bersarapan dengan kawan kawan pejabat Biasanya setiap pagi hanya Fidah jer yang akan keluar sarapan Sk lebih suka membawa telur separuh masak yang telah disediakan awal di rumah Kadang kadang kalau telur ...
Kondisi Kampung Aquarium Yang Akan Dibangun Rumah Susun

Kondisi Kampung Aquarium Yang Akan Dibangun Rumah Susun

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 261 hits
Suasana Kampung Aquarium yang Akan Dibangun Rumah Susun Kampung Aquarium rencananya akan dibangun kampung susun yang diperuntukkan bagi warga sekitar Konsep hunian ini sesuai dengan Peraturan Gubernur DKI Nomor 27 Tahun 2009 tentang Pembang...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord