Aneka Donut Ala Big Apple Yang Gebu Gebas Anak Anak Mesti Suka Punyalah


Asyik beli donut kat luar je, jom lah kita buat donut sendiri di rumah. Macam-macam jenis donut boleh kita buat, nak yang biasa ke, berinti coklat, kastard dan sebagainya, semuanya mengikut kreativiti sendiri dan pastinya lagi puas hati! Kali ni jom kita buat donut ala Big Apple yang gebu gebas!
DONAT COKLAT

BAHAN-BAHAN
4    cawan tepung kek6    kuning telur3    sudu makan gula pasir3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan1¾ oz yis1    cawan air suam1    cawan susu full cream panas½   cawan yogurt biasa½   sudu kecil garam  Minyak masakJem pilihan (boleh menggunakan Nutella!)CARA PENYEDIAAN
Adunan 1
Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sehingga menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.
Adunan 2
Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.
Adunan 3
Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.
Campurkan Adunan 1, Adunan 2 dan Adunan 3 sekaligus, uli sehingga menjadi doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.
Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.
Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.
Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, bermakna sudah boleh diangkat.
Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!
Kredit Resipi & Foto: Mohd Norafzal Bin Narawi
DONAT KASTARD

 BAHAN (KASTARD)
2 biji kuning telur1 sdb tepung kastard1 sdb tepung jagung1 sdb tepung gandum3 sdb gula kastor1 cawan susu segar1 sdb butterSedikit pewarna kuningCARA PENYEDIAAN
Semua bahan dicampur dan dimasak atas api kecil. Kacau tanpa henti sehingga pekat.
BAHAN (DOH)
2 cawan tepung gandum (ayak 3x)2 sdb tepung jagung2 sdb butter1 sdb shortening1 sdb susu tepung (tak letak pun takpe)1 sdb gula1/2 sk garam1 biji telur6g yis mauripan (agak2 1/2 paket lebih sikit)90ml air suam (anggaran)CARA PENYEDIAAN
Pukul telur dan garamSatukan semua bahan, masukkan telur tadi. Gaul sampai bersatu.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat ditangan.Rehatkan doh. Tutup sebentar dan biarkan doh naik 2x ganda.Apabila doh sudah naik, tumbukkan doh untuk keluarkan angin.Bahagikan kepada bahagian kecil. Canai sedikit dan masukkan filling kastard. Tutup doh semula dan bulatkan semula.Tunggu sebentar biar doh naik sedikit.Goreng dengan api sederhana.Dah sejuk, tabur gula icing.Siap!Kredit Resipi & Foto: Noraida Durani
DONAT GREEN TEA LEMBUT

BAHAN KERING
3 cawan tepung protein tinggi2 cawan tepung gandum1/2 cawan susu tepung1/2 cawan gula kastor1 sudu kecil garam1/2 sudu kecil yis segeraBAHAN PENAIK
1/8 cawan mentega1/8 cawan marjerin1 sudu besar liquid bread improver (jika tak ada, gantikan dengan serbuk penaik lain)BAHAN CECAIR
1 biji telur3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya, bukan air suam supaya adunan naik sempurna)80 gram krim putar (gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis)1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil perisa mentegaBAHAN TOPPING
2 cawan gula halus1 sudu kecil serbuk matcha green tea1/4 cawan air masakCARA PENYEDIAAN
Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk pemukul. Pukul hingga rata.Masukkan bahan cecair ke dalam campuran bahan kering dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 2 minit.Tukar kepada kelajuan sederhana, lalu tambahkan bahan penaik. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan menjadi licin.Keluarkan adunan donat lalu biarkan ditutup rehat hingga 30 minit.Ratakan adunan donat setebal 2 cm dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan agar tidak melekat.Tutup dengan plastik lalu rehatkan selama 60 minit.Buka plastik penutup, angkat adunan, dan kembalikan semula ke tempat asal.Gunakan acuan donat untuk menerap bentuk donat yang dikehendaki.Tabur sedikit tepung ke atas dulang. Lalu susun adunan donat yang sudah dibentuk di atas dulang.Biarkan donat kembang hingga menjadi 2 kali ganda.Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana.Untuk topping, campur gula halus, serbuk matcha green tea dan air masak. Pukul hingga merata.Celupkan donat ke dalam cecair green tea.Siap!Kredit Resipi & Foto : Lativa Sakina
DONAT GLAZE 

BAHAN-BAHAN
1 cmb dry yis2 cmb gula1/4 cwn air suam1 1/2 cwn warm fresh milk1/2 cmt garam2 biji telur ayam1/3 cwn shortening5 cwn tepung gandum / high-proteinMinyak untuk deep fryCARA PENYEDIAAN
Masukkan yis dan gula ke dalam air suam, kacau sedikit bagi gula larut dan biarkan hingga berbuih.Masukkan tepung ke dalam bekas besar, buat lubang ditengahnya, campurkan semua bahan dan uli hingga sebati dan tidak melekat di mangkuk adunan tu.Tutup atau simpan doh/adunan dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembab dan simpan dalam oven yang tertutup rapat (INGAT oven tu jangan on api, cuma nak bagi cepat naik sahaja). Biar sampai naik 2 kali ganda.Tabur tepung atas papan canai, canai doh tadi setebal 1/2 inci.Terap menggunakan acuan donat. Susun dalam loyang, jarakkan dan tutup dengan kain lembab, biarkan hingga kembang sekali lagi.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Pastikan minyak tu betul- betul panas, jika tak nanti donat jadi tak cantik dan serap banyak minyak.Angkat dan letakkan di atas kitchen paper supaya serap minyak berlebihan.Info: Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit/light golden, terus angkat dari kuali). Sejukkan, simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. Kalau nak guna keluarkan biar hilang sejuk, kemudian boleh digoreng.
BAHAN GLAZE
1/3 cwn butter2 cwn powder sugar1 1/2 sudu kecil vanilla5 cmb susu segar suam (tambah jika perlu)CARA PENYEDIAAN
Cairkan butter dalam microwave, masukkan powder sugar dan esen vanilla.Kacau sedikit, campur beberapa sudu susu segar suam sampai glaze jadi “nipis” (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair sangat, ikut suka, kalau nak buat glaze berwarna-warni dan berperisa boleh gantikan esen vanila tu dengan pelbagai esen seperti esen lemon+1-2 drops pewarna kuning, strawberry esen+ 1-2 drops pewarna merah, respbery esen+1-2 drops pewarna ungu).Celupkan 1 permukaan donat-donat tadi semasa masih panas, susun atas cooling rack bagi lebihan gula menitis, boleh juga tabur chocolate rice, kekacang atau lorekkan/paipkan dgn warna yang berlainan supaya nampak belang- belang di atasnya. Bila dah sejuk lebih kurang 5 minit, donat sedia untuk dimakan.Kredit Resipi: Lydia Honey
DONAT TOPPING BERWARNA-WARNI

BAHAN-BAHAN 
500gm tepung roti1 paket yis mauripan100 gm gula kastor100 gm marjerin1 sudu kecil garam200 ml air4 biji kuning telur (jangan guna putih telur)CARA PENYEDIAAN
Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh licin dan tak melekat pada tangan. Uli lebih kurang 15 minit.Bulatkan doh kecil-kecil.Ambil sudu dan tekan di tengah-tengah doh menggunakan belakang sudu. Tekan guna jari pun boleh.Ambil penutup botol air mineral dan buat lubang ditengah-tengah doh. Buat hingga habis.Biarkan doh lebih kurang 15-20 minit.Panaskan minyak yang banyak dan goreng donut hingga keperang-perangan.Tos dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah buat toppingnya pula.TOPPING
Coklat masakan – coklat
Coklat masakan – putih
Coklat masakan – pink (perisa strawberry)
Coklat urai
Coklat chips
Kepingan badam – bakar 5 minit
Badam hancur – bakar 5 minit
CARA PENYEDIAAN
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Jika rasa coklat pekat sangat, tambah sedikit whipping cream hingga mendapat kepekatan yang disukai.(jangan cair sangat ya).Celupkan donat yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan coklat urai/coklat chips dan taburan kacang yang disukai.Siap!Kredit Resipi: Norhafizah Miswan
Selamat mencuba!
Komen anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/11/aneka-donut-ala-big-apple-yang-gebu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Anak Mesti Suka

21 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 625 hits
Cuti sekolah dah pun bermula Ada yang dah mula pulang ke kampung dan ada yang dah pun memulakan percutian bersama anak anak dan keluarga tersayang Mungkin ada sebahagian daripada anda yang tak boleh ke mana mana atas pelbagai faktor Contohn...
Fiza Kotakan Janji Dedahkan Wajah Anak Lepas Pantang Comelnya Baby Aleena Putih Gebu

Fiza Kotakan Janji Dedahkan Wajah Anak Lepas Pantang Comelnya Baby Aleena Putih Gebu

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 353 hits
Pelakon penyanyi Fiza Abdul Halim akhirnya mengotakan janji mendedahkan wajah bayinya selepas tempoh berpantang Bayi yang dinamakan Aleena cukup comel netizen memuji kecomelan bayinya putih gebu mempunyai rambut yang lebat Kan mommy dah jan...
Kalau Nak Makan Masakan Ala Thai Waktu Tengahari Di Seberang Jaya Mai Makan Di Fourt Court Aeon Big

Kalau Nak Makan Masakan Ala Thai Waktu Tengahari Di Seberang Jaya Mai Makan Di Fourt Court Aeon Big

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 538 hits
Selera Tomyam Ala Thai di food court AEON big Seberang JayaKalau nak makan masakan ala thai waktu tengahari di Seberang Jaya mai makan di fourt court AEON BIG Salah satu gerai di food court ni iaitu Selera Tomyam Ala Thai menyediakan aneka ...
Elak Kejadian Buruk Kepada Anak Ketika Dalam Jagaan Pengasuh 10 Tips Pemilihan Ini Mama Papa Mesti Guna

Elak Kejadian Buruk Kepada Anak Ketika Dalam Jagaan Pengasuh 10 Tips Pemilihan Ini Mama Papa Mesti Guna

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 498 hits
Kejadian tidak diingini kepada bayi memang banyak terjadi akhir akhir ini Saranan yang diutarakan oleh bapa ini elok dijadikan panduan untuk mama papa yang bercadang mencarikan pengasuh untuk anak Akhir akhir ini pelbagai kes dera bayi yang...
Bikin Bangga Rossa Jadi Nominator Di Big Apple Music Award 2018

Bikin Bangga Rossa Jadi Nominator Di Big Apple Music Award 2018

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 284 hits
BAMA adalah organisasi non profit Orang orang yang terlibat didalamnya terdiri dari pelaku industri musik Seperti Musisi Produser Penulis Lagu teknisi dan para Profesional Industri lainnya
Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah

Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 452 hits
Anda perlu faham apabila anak membuat sepah ketika bermain dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh hidu lihat dan dengar Selain itu tangannya akan bergerak secara aktif dan ...
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan

Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 621 hits
Betul betul dalam dilema kalau anak tak suka makan sayur Hingga akhirnya ibu pun jadi buntu dan malas nak paksa Bagi ibu yang masih nak tarik minat anak makan saya jangan asa mencuba Walaupun tak banyak anak makan sekurang kurangnya dia ras...
Bebola Kentang Crispy Terbaik Untuk Anak Yang Susah Makan Sayur Gerenti Anak Suka

Bebola Kentang Crispy Terbaik Untuk Anak Yang Susah Makan Sayur Gerenti Anak Suka

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 536 hits
Anak tak suka makan sayur ke Ataupun anak kategori picky eater Its okaylah ibu Usah kita fokus pada masalah anak Usah kita putus asa dari nak cuba macam macam cara atau resepi untuk buatkan anak ada selera nak makan Cuba lagi Cuba lagi Cuba...
Anak Suka Melawan Marah Tanpa Sebab Kerap Merengek Sebenarnya Kurang Dapat Pelukan

Anak Suka Melawan Marah Tanpa Sebab Kerap Merengek Sebenarnya Kurang Dapat Pelukan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 372 hits
Kalau anak kita suka melawan suka marah tanpa sebab kurang ceria moody dan suka merengek maknanya ada yang tak kena Ibu bapa kena check semula masa kita dengan anak Ini kerana anak yang selalu buat perangai mereka sebenarnya nak perhatian j...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner