Anehnya Doa Nabi Yunus
ANEHNYA DOA NABI YUNUS | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dalam bulan Ramadhan ni memang kita digalakkan untuk banyak berdoa; lebih lebih lagi di waktu mustajab doa iaitu pada masa sahur dan sebelum berbuka puasa. Pada sesiapa yang tak tahu nak berdoa apa, saya suggest doa nabi yunus yang walaupun pendek tapi POWER!
Kenapa?
Jom baca~!
Anehnya Doa Nabi YunusOleh: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
ANEHNYA DOA NABI YUNUS1. Rasulullah memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika berlaku kesulitan buat dirinya. (HR al-Tirmizi). Doa ini direkodkan di dalam al-Quran dengan lafaz:
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
2. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi ini, Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.
3. Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Nah! Inilah dia intipati doa yang terbaik.
4. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.
5. Inilah yang seharusnya disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Mereka tidak seperti liberal yang merasakan diri mereka yang menentukan apa yang mereka hendaki. Sekiranya mereka ingin mengamalkan perlakuan terkutuk, tiada siapa yang boleh melarang mereka kerana menurut mereka ini hak asasinya sebagai manusia. Sedang Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.
6. Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.
Sekiranya para Nabi sendiri berdoa, apakah yang membuatkan kita sombong untuk berdoa seusai solat?
Moga Allah mengampunkan kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
#MariPerbanyakkanBerdoa
DOA NABI YUNUS
DOA NABI YUNUS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/anehnya-doa-nabi-yunus.html