Andrew Sia Dakwa Uitm Akademi Apartheid Pemuda Umno Seluruh Negara Akan Buat Laporan Polis



Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Umno Bahagian Jasin mengulas penulisan Sia di sebuah portal berita yang mengaitkan UiTM dengan amalan sistem Apartheid, membawa maksud sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum.
(Harian Metro) – Pemuda Umno mendesak kolumnis, Andrew Sia, memohon maaf secara terbuka berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘Apartheid’.
Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana, kenyataan yang dibuat penulis terbabit jelas mengguris hati orang Melayu, khususnya kumpulan penuntut yang pernah menuntut ilmu di institusi pendidikan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berkata, semua Pemuda Umno seluruh negara akan digerakkan untuk membuat laporan polis, hari ini, berhubung penulisan yang dianggap dangkal dan bersifat perkauman itu.
“Saya jelik dengan pemikiran yang kononnya berpaksikan kepada kebebasan bersuara yang semakin galak meracuni perpaduan kita.
“Penulis ini dengan mudah dan sewenang-wenangnya menuduh UiTM yang menjadi institusi pengajian keramat bangsa Melayu, sebagai sebuah ‘Akademi Apartheid’.
“Berdasarkan ulasan beliau, rumusannya bahawa UiTM digambarkan sebagai sebuah legasi sifat perkauman Melayu yang benci dan zalim kepada kaum lain. Begitulah legasi warisan benteng terakhir bangsa kita dihina pada zaman kini,” katanya.
Beliau yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ditemui selepas menyampaikan Insentif Projek Pembangunan dan Program Pertanian Bandar peringkat daerah di Pejabat Pertanian Jasin, di sini.
Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Umno Bahagian Jasin mengulas penulisan Sia di sebuah portal berita yang mengaitkan UiTM dengan amalan sistem Apartheid, membawa maksud sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum.
Mengulas lanjut, beliau berkata, umum mengetahui sistem Apartheid adalah suatu dasar segregasi kaum yang begitu zalim yakni memuliakan kaum orang putih berbanding orang kulit hitam di Afrika Selatan dan ia adalah dasar kejam yang dibenci semua termasuk Umno serta seluruh orang Melayu.
“Apabila tuduhan keji seperti ini dilemparkan kepada institusi pendidikan kami, apakah tidak boleh hati kami terbakar? Seluruh orang Melayu faham dan hafal benar sejarah UiTM.
“UiTM ini dibina untuk melonjakkan taraf pendidikan dan penguasaan bidang oleh orang Melayu serta Bumiputera dan institusi ini dibangunkan bukan untuk menindas kaum lain tetapi hanyalah untuk membela Bumiputera yang ketinggalan dalam bidang pendidikan di negara sendiri.
“Inilah semangat di belakang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Dr Muhamad Akmal berkata, UiTM bukan simbol kepada penindasan kepada kaum lain kerana kerajaan yang mempunyai pemimpin majoriti orang Melayu ini tetap sahaja membenarkan pendidikan ‘tanah asal’ seperti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan India, malah menyokongnya menerusi penyaluran peruntukan.
“Siapa yang sejak awal membelah perpaduan melalui pendidikan ini? Itupun kita terima dengan berlapang dada sebab kita tahu kepentingan membela hak budaya. Ia tidak termasuk sekolah menengah Cina persendirian yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
“UiTM inilah sahaja medan pendidikan Bumiputera yang ada. Pusat pengajian tinggi lain semua terbuka buat semua kaum. Kita merdeka sudah berpuluh tahun tapi fakta yang ‘sebal’ ialah tetap sahaja Bumiputera masih ketinggalan.
“UiTM sahaja tempat Bumiputera untuk mengubah destini mereka,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu berkata, apabila wujud desakan untuk menghilangkan semangat UiTM ini, ia sememangnya membuatkan orang Melayu sensitif dan berhati-hati.
“Melayu adalah bangsa yang pemaaf dan terbuka, tapi kalau setiap hari dihina begini, mengapa masih terkejut apabila kami susah menerima cadangan keterbukaan biar pun hanya sedikit. Menggelar UiTM sebagai sebuah Akademi Apartheid, adalah keceluparan yang wajib diajar.
“Saya dengan tegas mendesak portal Malaysiakini untuk menurunkan artikel ini dan menggesa Andrew Sia untuk memohon maaf dengan segera,” katanya.
The post Andrew Sia dakwa UiTM ‘Akademi Apartheid’, Pemuda Umno seluruh negara akan buat laporan polis appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/05/23/andrew-sia-dakwa-uitm-akademi-apartheid-pemuda-umno-seluruh-negara-akan-buat-laporan-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siswa Uitm Buat 14 Laporan Polis

Siswa Uitm Buat 14 Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 131 hits
SHAH ALAM Lebih 14 laporan polis dibuat oleh persatuan persatuan mahasiswa Universiti Teknologi Mara dari seluruh cawangannya terhadap penulis sebuah artikel yang menyamakan universiti tersebut sebagai akademi aparteid Presiden Institut Pem...
Saksi Buat Laporan Polis Untuk Hentikan Perbuatan Ebit Lew

Saksi Buat Laporan Polis Untuk Hentikan Perbuatan Ebit Lew

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 157 hits
BERNAMATenom Saksi kesembilan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi ya...
Kopi Saigon Indera Mahkota 7 Catat Jualan Tertinggi Daripada 100 Cawangan Seluruh Negara

Kopi Saigon Indera Mahkota 7 Catat Jualan Tertinggi Daripada 100 Cawangan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 256 hits
KUANTAN Kopi Saigon milik DAZ Group Resources di Indera Mahkota 7 di sini memperoleh pengiktirafan ranking nombor satu jualan tertinggi sehingga April lalu daripada kira kira 100 cawangan premis terbabit di seluruh negara Pengarah Urusan DA...
Fmt Resit Pesanan Persenda Islam Premis Piza Buat Laporan Polis

Fmt Resit Pesanan Persenda Islam Premis Piza Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 128 hits
FMT ReportersResit tular itu adalah resit pesanan dalam talian yang dibuat oleh seorang pelanggan cawangan rangkaian restoran piza terkenal Resit tular tertera mesej seolah olah mempersendakan Islam yang dimasukkan seorang pelanggan cawanga...
Ku Li Tahu Umno Tenggelam Pru16 Dakwa Pemimpin Pas

Ku Li Tahu Umno Tenggelam Pru16 Dakwa Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 91 hits
AJK PAS Pusat Awang Hashim berkata seruan Ku Li untuk partinya dan Bersatu di bawah Umno dianggap sangat ketinggalan zaman Seorang pemimpin PAS mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah tahu Umno akan tenggelam dalam pilihan raya akan datang menyeba...
Malu Betoi Ketua Pemuda Umno Cam Gini Banyak Dia Tak Baca Dan Tak Tahu Bila Ercakap

Malu Betoi Ketua Pemuda Umno Cam Gini Banyak Dia Tak Baca Dan Tak Tahu Bila Ercakap

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 200 hits
Semalam ada posting dari yang lalu di wall aku Jarang posting dia lalu tapi tak tahu kenapa semalam aku boleh terjumpa dua Dan kedua duanya posting yang memandangkan Akmal itu merupakan seorang Yang pertama soal subsidi bersasar Tanpa segan...
Vicious Slander In Calling Uitm Apartheid Academy

Vicious Slander In Calling Uitm Apartheid Academy

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 239 hits
It came to my attention that a supposedly veteran journalist recently slanderously called Universiti Teknologi Mara an apartheid academy in an opinion piece published on Malaysiakini Andrew Sia was purportedly trying to draw a parallel betw...
Uitm Apartheid Akmal Ingatkan Jangan Jadi Si Kitol

Uitm Apartheid Akmal Ingatkan Jangan Jadi Si Kitol

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 257 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh mengingatkan supaya tidak ada mana mana pihak menjadi Si Kitol berkaitan isu Universiti Teknologi Mara dilempar sebagai akademi apartheid Ingatan itu dibuat selepas seorang Prof Dr Mohd T...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri