Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16




KUANTAN: Keputusan pemilihan Parti eadilan Rakyat (PKR) Pahang semalam memberi keyakinan tambahan kepada Perikatan Nasional (PN) negeri itu untuk mencatatkan kejutan dalam pilihan raya umum ke-16 (PRU16).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Andansura Rabu berkata, kekalahan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pemilihan PKR membuka ruang kepada persaingan lebih terbuka dalam pilihan raya umum akan datang.
"Mereka menang atau kalah (dalam pemilihan), kita terus bergerak seperti biasa dan berdasarkan momentum dimiliki PN Pahang ketika ini, tidak mustahil kita dapat menambah kerusi dan seterusnya meneraju Pahang selepas PRU-16," katanya.
Andasura ketika ditemui Malaysiakini selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PN Indera Mahkota di Bukit Setongkol, dekat sini hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah.
Dalam pemilihan semalam, ADUN Teruntum yang juga Exco Kerajaan Pahang, Sim Chon Siang kalah dalam pertandingan dua penjuru Ketua Cabang Kuantan.
Sim mendapat 575 undi manakala penyandang jawatan itu, Fakhrul Anuar Zulkawi mendapat 659 undi.
Keputusan itu disiarkan dalam laman sesawang rasmi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, lewat malam tadi.
Turut tewas ialah ADUN Semambu, Chan Chun Kuang yang bertanding Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota.
Dia yang mendapat 450 undi, tewas kepada Zukri Aksah yang memperoleh 518 undi.
Manakala ADUN Lantikan Pahang, Rizal Jamin yang juga Pengerusi PKR negeri kalah mengejut di Cabang Lipis.
Rizal memperoleh 421 undi, tewas kepada Mohd Hasim Mansor yang mendapat 516 undi.


Yakin jadi kerajaan
Andansura yang juga ADUN Beserah berharap semua jentera parti komponen dalam PN Pahang dapat meneruskan kerja di peringkat akar umbi sebagai persediaan berdepan PRU16.
"Kita melihat kepada peluang yang ada untuk PN Pahang dalam PRU16, soal keputusan pemilihan (PKR) hanya faktor penambah sahaja.
"Kita memang mempunyai keyakinan untuk menjadi kerajaan di Pahang selepas ini (PRU16), sekarang pun kita dah ada 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)," jelasnya.
Pada pilihan raya umum lalu, kerajaan Pahang hanya dapat dibentuk selepas ADUN daripada Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Adun Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah 22 kerusi DUN selepas keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diumumkan.
BN mempunyai 17 kerusi, PH lapan dan PN Pahang juga memiliki 17 kerusi DUN. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/andansura-kekalahan-tiga-adun-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Pkr Bekas Aktivis Belia Dan Adun Benta Tewas Pertandingan Tiga Penjuru Di Cabang Bentong

Pemilihan Pkr Bekas Aktivis Belia Dan Adun Benta Tewas Pertandingan Tiga Penjuru Di Cabang Bentong

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 263 hits
KUANTAN Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Benta dan aktivis belia Datuk Dr Suhaimi Ibrahim 66 yang muncul semula dalam arena politik selepas menyertai Parti Keadilan Rakyat tahun lalu tewas pada pemilihan parti bagi jawatan Ketua Cabang Bent...
Pemilihan Pkr Dua Tokoh Politik Dun Semambu Tewas Seorang Masih Adun Seorang Lagi Bekas Adun

Pemilihan Pkr Dua Tokoh Politik Dun Semambu Tewas Seorang Masih Adun Seorang Lagi Bekas Adun

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Pemilihan Parti Keadilan Rakyat pada Sabtu menyaksikan dua nama hebat dari DUN Semambu telah mengalami kekalahan Seorang daripadanya masih merupakan ADUN sekarang iaitu Chan Chun Kuang manakala seorang lagi bekas ADUN iaitu Lee Chea...
Pengerusi Pkr Negeri Gagal Pertahan Jawatan Exco Kerajaan Pahang Pula Tewas Dalam Pemilihan Pkr

Pengerusi Pkr Negeri Gagal Pertahan Jawatan Exco Kerajaan Pahang Pula Tewas Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 225 hits
KUANTAN Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Pahang Rizal Jamin gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Lipis apabila tewas pada pemilihan parti itu Sabtu lalu Berdasarkan keputusan yang disahkan Jawatankuasa Pemilih...
Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 472 hits
Malaysiakini nbsp Penyandang Ketua Cabang PKR Tambun Arafat Varisai Mahamad menafikan dakwaan dia menunjukkan pistol kepada pencabarnya semasa kempen pemilihan parti Arafat yang juga Adun Hulu Kinta berkata dia akan membuat laporan polis be...
Adun Ahli Parlimen Tewas Dalam Pemilihan Pkr P Pinang

Adun Ahli Parlimen Tewas Dalam Pemilihan Pkr P Pinang

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 262 hits
Fahmi Zainol dan Bakhtiar Wan Chik tewas namun Fadhlina Sidek dan Nurul Izzah Anwar bertahan Exco Fahmi Zainol tewas melawan Johari Kassim manakala Ahli Parlimen Bakhtiar Wan Chik tumbang di Balik Pulau PETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen t...
Akmal Seorang Lagi Orang Kuat Rafizi Tumbang Dalam Pemilihan Cabang Pkr

Akmal Seorang Lagi Orang Kuat Rafizi Tumbang Dalam Pemilihan Cabang Pkr

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 217 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Nasir gagal mempertahankan jawatan sebagai ketua cabang PKR Johor Bahru Akmal merupakan pemimpin terbaru dalam kem Rafizi Ramli yang tewas dalam pemilihan cabang PKR setakat ini Ti...
Pemilihan Pkr Terima Banyak Kejutan

Pemilihan Pkr Terima Banyak Kejutan

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 129 hits
Pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat yang berakhir pada Ahad menyaksikan pelbagai kejutan apabila banyak nama besar tewas di sebalik dakwaan berlaku penyelewengan dan keanehan dalam pemilihan Ini termasuk apa yang digelar fenome...
Keputusan Pemilihan Cabang Pkr Jejas Rafizi

Keputusan Pemilihan Cabang Pkr Jejas Rafizi

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 183 hits
Bagaimana keputusan pemilihan cabang PKR jejas RafiziLee Way Loon amp Alyaa AlhadjriPemilihan PKR peringkat cabang baru baru memberi tamparan hebat kepada kem timbalan presiden Rafizi Ramli dengan beberapa sekutu utamanya tewas menandakan p...
Siapa Menang Siapa Tumbang Di Kl P Pinang Dan Pahang Dalam Pemilihan Pkr

Siapa Menang Siapa Tumbang Di Kl P Pinang Dan Pahang Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 405 hits
Malaysiakini nbsp Pemilihan ketua cabang PKR menyaksikan Nurul Izzah Anwar membuat kemunculan semula dalam politik apabila menang tanpa bertanding di kubu kuat bapanya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh Sebelum ini dia tewas di kerusi parlimen...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan