Andai Dapat Ku Undurkan Masa
Assalamualaikum. Hai semua! :)
Pejam celik pejam celik, tak sedar pulak cuti semester selama 2 bulan lebih sudah pun berakhir. Insyallah, pada malam esok aku akan menaiki bas untuk pulang ke Pulau Pinang. Masih aku ingat lagi tanggal 25 Jun 2014 iaitu hari terakhir final exam. Petang habis exam, malam tue jugak aku balik kampung. Tak boleh tangguh walau sehari pun sebab excited tahap gaban nak cuti
Betul ke cuti dah habis? Aku harap ini semua hanyalah mimpi! Bila aku terjaga daripada tidur, rupanya aku masih berada di dalam bas untuk pulang ke rumah pada 25 Jun 2014. Indahnya jika apa yang aku harapkan nie benar-benar berlaku. Indah sangat! Wuwuwu! T.T
Barang-barang langsung tak kemas lagi. Malas gilewwwww nak kemas
Okay, rasanya lepas nie aku akan jarang update blog. Well, awal semester kan? Banyak urusan penting perlu diselesaikan. Paling penting sekali, nak kawal homesick kronik aku
Semester baru bakal bermula. Aku dah jadi senior. Yeay? No! I'm forever junior. Kembali pada rutin harian aku sebagai seorang pelajar. Bangun tidur, bersihkan diri, bersiap sambil berangan, merungut bas lambat, kelam-kabut masuk kelas, malam pergi meeting sana sini, makan megi pukul 3 pagi, setengah mati merindui keluarga dan kucing-kucing kat rumah dan sebagainya
Aku harap sangat semester 3 (dan sampai semester akhir) nie takde kelas pada hari Jumaat. Semester 1 dan 2 takde. Tapi hari tue sebelum final exam, pensyarah cakap dia nak buat kelas tutorial pada hari Jumaat. Asdfghjklmnbvcxz? Aku harap dia ubah fikiran. Huh
Doakan aku selamat sampai di Pulau Pinang ye! Doakan aku dapat roommate yang baik jugak! Nanti boleh dia kejutkan aku yang liat nak bangun solat Subuh nie. Hihik. :p
Tapi kan... Nak ulang semula hari pertama cuti semester boleh tak?
Time is free, but it's priceless. You can't own it, but you can use it.
You can't keep it, but you can spend it. Once you've lost it,
you can never get it back.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arolpunyeblog.blogspot.com/2014/09/andai-dapat-ku-undurkan-masa.html