Sumber gambar dari QuertimeBenda pertama yang perlu dititikberatkan adalah kebersihan lensa kamera. Sekiranya lens berkenaan kotor, ini akan menjejaskan kualiti gambar berkenaan. Lens berkenaan boleh dibersihkan dengan mengunakan kain khas (kain bersihkan cermin mata) atau tisu
Sumber gambar dari UnsplashKetika hendak mengambil gambar pastikan anda berada dalam kedudukan yang selesa. Elakkan mengambil gambar menggunakan sebelah tangan sahaja bagi mengelakkan gegaran yang akhirnya menjejaskan kualiti gambar yang ditangkap
Sumber gambar dari Android AuthorityIni penting, kerana zoom akan menjejaskan kualiti dan sharpness gambar anda.Hasilnya gambar anda akan kelihatan pecah dan tidak cantik. Jadi perkara yang anda boleh lakukan adalah adjust kedudukan anda dengan objek yang ingin ditangkap.
Sumber gambar dari JefersoncunhaElakkan untuk menggunakan flash ketika mengambil gambar. Kerana flash akan mengakibatkan gambar yang diambil terlalu terang (warna putih). Ini akan menjejaskan matlamat objek yang diambil, misalnya gambar rakan anda.
Sumber gambar dari Infosantai dan The Lens LoungeGarisan grid ini penting kerana ia membantu anda menentukan kedudukan objek yang ingin ditangkap. Teknik ini dipanggil sebagai Rule of Third, kerana ia menjadikan gambar yang diambil lebih seimbang dan menarik. Caranya adalah, meletakkan objek pada titik persilangan grid berkenaan. Bagi gambar pemandangan, anda boleh bahagikan pemandangan berkenaan kepada tiga bahagian, lihat contoh gambar di bawah
Sumber gambar dari Infosantai|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |