Anda Pertama Kali Hamil Lapan Perkara Ini Wajib Anda Tahu Tentang Kehamilan


Bagi yang pertama kali hamil, banyak hal yang belum diketahui lantaran tiada pengalaman. Ada beberapa persoalan yang biasa ditanya daripada Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, doktor pakar O&G di Hospital UMRA, Shah Alam tentang awal kehamilan.

Bilakah masa yang sesuai patut wanita membuat ujian kehamilan. Selepas berapa hari tidak haid dan waktu bilakah ujian patut dibuat? Bergantung kepada kitaran haid. Kalau tahu dan boleh ramal bila sepatutnya haid semula, maka pada hari yang sepatutnya haid, lakukanlah ujian.
Ambil sampel air kencing pertama pada awal pagi, memandangkan ia lebih pekat. Lakukan ujian kehamilan seawal yang boleh kerana langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengelakkan mudarat kepada kandungan.
Jika hasil ujian negatif, itu tidak bermaksud anda tidak mengandung, HcG mungkin terlalu rendah. Anda boleh mengulangi ujian yang sama pada hari berikutnya. Dalam pada itu, adalah lebih baik jika anda dapatkan kit penguji kehamilan yang sensitif agar dapat mengesan serendah 15u/l HcG.
Selepas kit ujian mengesahkan kehamilan, apa langkah seterusnya wanita ini perlu lakukan? Setelah sah hamil, jaga kandungan. Jangan lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kandungan. Sekiranya menghidap penyakit tertentu seperti darah tinggi, diabetes, tiroid dan epilipsi, pastikan doktor dimaklumkan mengenainya agar ubat yang perlu anda ambil seharian diubah dos pengambilannya.
Pengambilan asid folik memberi banyak manfaat. Apa yang dimakan di trimester pertama memberi kesan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kelahiran. Jaga pemakanan dengan tidak terlalu mengambil terlalu banyak karbohidrat dan gula kerana dibimbangi ia menjadi salah satu faktor autisme.
Jangan lupa untuk jalani pemeriksaan antenatal untuk pastikan kandungan benar-benar berada di dalam rahim. Hasil ujian imbasan yang dilakukan di awal usia kehamilan paling tepat untuk mengetahui usia sebenar kandungan.
Apa yang patut wanita ini jangkakan tentang alahan yang mungkin dia alami dalam tempoh kehamilan? Semua wanita hamil akan alami alahan tetapi berbeza jenisnya. Ia perkara biasa kerana berlakunya perubahan hormon sewaktu kehamilan.
Belajar untuk terima apa jua bentuk alahan yang dialami. Tiada apa-apa yang salah dengannya. Alahan sebenarnya melindungi bayi. Ia bagus kerana apabila anda loya dan muntah lalu teringin makan sesuatu, bererti tubuh kekurangan kandungan nutrien dan ia boleh diperoleh daripada makanan yang diidamkan itu.
Makanan apakah yang patut diberi tumpuan demi memastikan kesihatan dirinya dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik? Amalkan pemakanan yang sihat iaitu tinggi serat, kurang karbohidrat dan lemak. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan kurangkan gula.
Karbohidrat yang diambil berlebihan akan memberi kesan kepada kandungan. Adalah dinasihatkan agar anda turut kurangkan kafein dan adalah lebih baik jika anda ambil makan dan minuman yang tidak bergula.
Sekiranya wanita ini sedia ada masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, apa yang perlu dijangkakan dan bagaimana untuk dia mengawalnya agar tidak menimbulkan komplikasi semasa hamil dan bersalin kelak? Jika sedia ada masalah kesihatan sebelum hamil, beritahu doktor segera.  Doktor pasti akan menasihatkan anda untuk mengubah cara dan dos pengambilan ubat agar sesuai dengan kegunaan ibu hamil. Hal ini penting bagi memastikan tahap kesihatan anda terkawal. Berbincanglah dengan doktor berkenaan hal ini.
Dalam pada itu, optimumkan kesihatan tubuh dengan melakukan senaman untuk mengurangkan impak masalah kesihatan. Sebenarnya, anda perlu pastikan diri benar-benar sihat sebelum mengandung. 
Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal? Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnya, 10% bayi meninggal dunia dan 30% bayi lahir normal selepas ujian ini dilakukan.
Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
Di Malaysia kini wajib untuk semua ibu hamil melalui ujian MGTT. Pada minggu ke berapa perlu diambil? Bagaimana jika wanita itu tiada sejarah atau risiko diabetes, perlu kah dia mengambilnya juga? Bukan semua ibu perlu melakukannya ujian MGTT.  Biasanya yang berumur 35 tahun ke atas, BMI terlebih berat badan dan ada sejarah keluarga wajib melakukannya.
Namun, jika didapati berat badan bertambah berlebihan semasa hamil, anda perlu melakukan ujian ini walaupun tiada faktor risiko yang dinyatakan. Dahulu apabila kandungan berumur 28 minggu ke atas, ujian ini boleh dijalankan. Kini, sebaik sahaja anda tidak lagi mengalami alahan muntah atau loya, maka bolehlah menjalani ujian ini.
Ada wanita tertentu yang kurang prihatin dengan pengambilan asid folik. Apa yang patut diketahuinya tentang hal ini? Perlu diingati bahawa asid folik sangat penting untuk diamalkan semasa hamil. Banyak kajian membuktikan ia mengurangkan risiko neural tube defect, membantu dalam pembentukan otak, muka, bibir dan saraf tunjang bayi.
The post Anda Pertama Kali Hamil? Lapan Perkara Ini Wajib Anda Tahu Tentang Kehamilan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anda-pertama-kali-hamil-lapan-perkara-ini-wajib-anda-tahu-tentang-kehamilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Ke Tokyo Cuba 7 Perkara Ini

Pertama Kali Ke Tokyo Cuba 7 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 544 hits
Jadi Akhirnya anda telah menempah penerbangan ke Tokyo dan masih ada beberapa bulan lagi Anda pasti teruja untuk perjalanan ini tetapi anda tidak pasti apa yang anda boleh lakukan apabila berada di sana Lagipun ini kali pertama anda betul B...
Benarkah Keputihan Punca Sukar Hamil Suami Isteri Wajib Tahu Tentang Masalah Ini

Benarkah Keputihan Punca Sukar Hamil Suami Isteri Wajib Tahu Tentang Masalah Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 423 hits
Keputihan atau lelehan faraj ialah jangkitan kulat selalunya berlaku disebabkan oleh kulat jenis candida albicans Keputihan lazim dialami oleh wanita tetapi ia juga boleh berlaku kepada lelaki Walau bagaimanapun terdapat desas desus yang me...
Geger Wanita Hamil 9 Bulan Tiba Tiba Janinnya Hilang Ini Penjelasan Medis Dan Beberapa Tanda Kehamilan Palsu

Geger Wanita Hamil 9 Bulan Tiba Tiba Janinnya Hilang Ini Penjelasan Medis Dan Beberapa Tanda Kehamilan Palsu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 351 hits
Seorang perempuan bernama Devi histeris ketika mendapati perutnya tiba tiba kempis pada Jumat saat terbangun dari tidur Padahal ia sedang hamil anak kedua dan usia kehamilannya sudah memasuki usia 9 bulan Artinya tak berapa lama lagi seharu...
Jururawat Kongsi Tentang Pemeriksaan Ibu Hamil Di Kkia Rupanya Ada Sebab Buku Pink Perlu Dibawa Sentiasa

Jururawat Kongsi Tentang Pemeriksaan Ibu Hamil Di Kkia Rupanya Ada Sebab Buku Pink Perlu Dibawa Sentiasa

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 472 hits
Bagi ibu hamil pertama kali atau ibu yang sudah lama tidak hamil info terkini mengenai pemeriksaan pemeriksaan pranatal di klinik ibu dan anak ini amat membantu Ibu hamil pertama kali mungkin akan berasa janggal dengan pemeriksaan yang dila...
Waktu Selamat Untuk Hamil Semula Ialah Selepas 3 Kali Haid Ikuti Cara Berpantang Selepas Keguguran

Waktu Selamat Untuk Hamil Semula Ialah Selepas 3 Kali Haid Ikuti Cara Berpantang Selepas Keguguran

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 346 hits
Setelah mengalami keguguran anda kini perlu memulihkan diri Ambil masa supaya diri bersedia dan mempersiapkan diri untuk hamil semula Bagaimana dan bila masa yang sesuai untuk anda hamil Ikuti informasi yang disediakan Dr Lilian George Paka...
Pertama Kali Ke Suria Food Court Suria Sabah

Pertama Kali Ke Suria Food Court Suria Sabah

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 581 hits
Pertama Kali Ke Suria Food Court Suria SabahAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua Pagi Sabtu 20 Jan 2019 selepas hantar anak ke Airport Kota Kinabalu kami bergegas ke Suria Sabah Tempat ini rupanya anak anak bawa Etuza dan mama di Kota Kinab...
Saphira Indah Meninggal Saat Hamil Ini Pandangan Islam Tentang Wanita Yang Mati Saat Hamil

Saphira Indah Meninggal Saat Hamil Ini Pandangan Islam Tentang Wanita Yang Mati Saat Hamil

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 462 hits
Wafatnya artis Saphira Indah meninggalkan duka mendalam bagi keluarga hingga sahabat yang ditinggalkan Terlebih Saphira Indah meninggal dunia dalam keadaan mengandung calon bayinya yang akan segera berusia 6 bulan Saphira Indah pun dikuburk...
Benam Jepun Qatar Juara Piala Asia Kali Pertama

Benam Jepun Qatar Juara Piala Asia Kali Pertama

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 399 hits
ABU DHABI 1 Feb Qatar menunjukkan semangat juang luar biasa biarpun berdepan ribuan penyokong yang menentang mereka apabila mengejutkan juara empat kali Jepun 3 1 untuk dimenjulang kejohanan bola sepak Piala Asia buat kali pertama hari ini ...
Pertama Kali Lepak Santai Minum Teh Di Cameron Valley Cameron Highlands Bersama Keluarga

Pertama Kali Lepak Santai Minum Teh Di Cameron Valley Cameron Highlands Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 408 hits
PERTAMA KALI LEPAK SANTAI MINUM TEH DI CAMERON VALLEY CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA Kalau ke Cameron Highlands mestilah nak ada pengalaman minum teh di ladang teh kan Dengan suasana nyaman tenang menghijau Rugi jika tak di abadikannya ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai