Anda Masih Percaya Tabung Haji


Walaupun didedahkan bermasalah, keyakinan orang ramai kepada keupayaan Lembaga Tabung Haji (TH) secara umum dilihat masih tidak goyah.

Untuk melihat sendiri kecenderungan mereka Malaysiakini membuat tinjauan rambang di Kuala Lumpur semalam.

Salah seorang daripada mereka ialah suri rumah Tuan Zainab Tuan Mat yang baru mendaftar sebagai pendeposit.

Kata Tuan Zainab dia mengetahui pendedahan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof beberapa hari lalu namun dia tidak menangguhkan niat untuk menjadi pendeposit.

Menurut Tuan Zainab, 51, isu pengurusan TH biarlah diselesaikan oleh pihak berwajib. Baginya TH masih boleh diyakini dan cemerlang berdasarkan cerita kenalannya yang pernah mengerjakan haji.

Masalah itu biarlah yang pihak yang berkenaan selesaikan. Saya tetap yakin dengan TH dan insya-Allah saya nak pergi haji.Saya percaya sebab yang lepas-lepas semua yang pergi haji dengan TH, semuanya puji TH,"jelas Tuan Zainab.
Suaminya pula, Mohd Fauzi Wan Mohammad, 58, bagaimanapun menyimpan sedikit kebimbangan ekoran pendedahan dibuat baru-baru ini.

Kata bekas tentera tersebut walaupun begitu dia tetap berharap keadaan TH akan dipulihkan dan buat masa ini dia berserah kepada tuhan.

Bagi saya bukan isu percaya atau tak percaya. Cuma bukanlah 100 peratus yakin. Cuma kita kena bertawakal, percaya 100 peratus tu, tidak,” ujarnya yang turut baru membuka akaun semalam.

Yakin kerajaan bantu sungguh-sungguh

Berkongsi pandangan yang sama, seorang juruteknik bernama Amran Abdul Rahman, yang sudah menjadi pendeposit sejak 2001 lagi.

Kata Amran, 33, untuk seseorang yang ingin mengerjakan ibadah haji, tiada tempat lain yang lebih baik untuk menyimpan wang selain TH.

Mengenai masalah dialami TH Amran berkata dia belum mendapat gambaran jelas atau bukti yang sahih untuk mengesahkan dakwaan dibuat Mujahid.

“Tentang isu semasa tu, kita belum dapat gambaran jelas lagi macam mana ia berlaku,kan? Lagi pun tak ada gambaran jelas atau bukti lagi,” katanya.

Solehah Khidir, 25, pula berasa terkilannya apabila mengetahui TH menghadapi masalah.

Menurut guru itu, TH tidak sepatutnya menghadapi masalah seperti yang didakwa terutama kerana ia sebuah institusi yang ditubuhkan untuk menguruskan hal-ehwal ibadah Islam.

Walaupun begitu Solehah masih yakin untuk mendaftar sebagai penyimpan kerana yakin akan ada pihak yang bersungguh-sunguh mahu menyelesaikan masalah dialami TH.

Rasa terkilan jugak sebab institusi yang melibatkan agama sepatutnya dijaga betul-betul. Salah urus atau penyelewengan tak patut timbul tapi sekarang dah ada jugak, kita tak boleh nak elak. TH badan berkanun yang kita tahu dalam apa-apa keadaan pun mesti kerajaan jaga.
Turut yakin kepada TH ialah kakitangan mahkamah yang hanya mahu dikenali sebagai Angah yang sudah 20 tahun menjadi pendeposit.

Kata Angah, 25, dia yakin TH akan dipulihkan dari semasa ke semasa.

Kalau dah tak selamat macam mana masih ada orang terus menyimpan di TH? Buat masa ini saya masih percaya pada TH. Insya-Allah kalau kita yakin tak adalah apa-apa yang buruk berlaku," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/anda-depositor-masih-percaya-tabung-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Pas Tidak Percaya Ada Penyelewengan Dalam Tabung Haji

Apakah Pas Tidak Percaya Ada Penyelewengan Dalam Tabung Haji

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 502 hits
Pas dilaporkan berharap beberapa pendedahan berkaitan isu Tabung Haji kebelakangan ini tidak merupakan satu lagi siri balas dendam oleh kerajaan PH terhadap BN Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan berkata semua dakwaan yang terdedah setakat...
Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 386 hits
Dalam banyak banyak pendedahan yang saya pernah terlibat antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji de...
Why No Protest Over Tabung Haji Raja Kamarul Bahrin Asks

Why No Protest Over Tabung Haji Raja Kamarul Bahrin Asks

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 287 hits
Deputy Housing and Local Government Minister Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad has questioned why PAS and Umno supporters are not staging a protest over the Tabung Haji scandal as they had against the International Convention on the Elimi...
Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 307 hits
Umno vice president Mohamed Khaled Nordin is backing the call for the establishment of a Royal Commission of Inquiry to investigate the real financial status of Lembaga Tabung Haji Khaled said in a statement today that this is because the p...
Anwar Putting Tabung Haji Under Bank Negara S Supervision A Good Move

Anwar Putting Tabung Haji Under Bank Negara S Supervision A Good Move

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 301 hits
Placing Lembaga Tabung Haji under the supervision of Bank Negara Malaysia is crucial towards refocusing on its original purpose says Port Dickson Member of Parliament Datuk Seri Anwar Ibrahim However he said more needed to be done in terms ...
Rci Untuk Tabung Haji

Rci Untuk Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 393 hits
JANGAN JADI ISU GST PUNG PANG PUNG PANG AKHIRNYA NAJIB BN FREE TIADA KOMPROMI SOAL TABUNG HAJI ITU RAKYAT MARHAIN PUNYA MENTERI JANGAN BANYAK BUAT KENYATAAN AKHBAR PUNG PANG PUNG PANG BERTINDAK SEGERA JANGAN JADI MACAM GST SEBAB TAK TAHU BU...
Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 256 hits
Langkah TH sebagai tukaran kepada penerbitan sukuk RM10 bilion dan saham Islamik RM9 9 bilion bagi mengimbangi liabiliti RM77 bilionKUALA LUMPUR 3 Rabiulakhir 1440H Selasa Lembaga Tabung Haji akan memindahkan asetnya bernilai kira kira RM19...
Tabung Haji To Transfer Rm19 9b Assets Including 1mdb Land To Spv

Tabung Haji To Transfer Rm19 9b Assets Including 1mdb Land To Spv

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 333 hits
Tabung Haji will transfer around RM19 9 billion in assets including its land in the 1MDB linked Tun Razak Exchange to a special purpose vehicle under the Finance Ministry According to Tabung Haji CEO Zukri Samat these underperforming assets...
The Disaster Called Tabung Haji And Many More To Come

The Disaster Called Tabung Haji And Many More To Come

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 368 hits
This government backed get rich quick scheme that started almost 50 years ago can only last as long as they can continue getting shares at below market price and sell them at double or triple the cost price Once that ends such as companies ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2