Ancaman Lng Bintulu Sms Daripada Nombor Telefon Berdaftar Di Indonesia Fadillah


Ancaman LNG Bintulu: SMS Daripada Nombor Telefon Berdaftar Di Indonesia – Fadillah
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan ancaman terhadap fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon yang berdaftar di negara jiran, Indonesia.
Beliau berkata susulan ancaman yang diterima oleh seorang petugas Petronas di Bintulu itu, kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan di fasiliti LNG di Sarawak dan Sabah.
“Saya dimaklumkan bahawa ada yang menerima SMS ugutan dan ugutan itu datangnya daripada telefon yang menggunakan nombor berdaftar di Indonesia.
“Tapi siap? (Itu) polis masih membuat siasatan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan (arahan) untuk meningkatkan kawalan keselamatan kerana kita tak tahu sama ada akan berlaku di LNG di Bintulu ataupun di Sabah, sebab (ugutan) hanya menyatakan mengenai LNG,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan di sini hari ini.
Fadillah berkata ancaman tersebut berkait permintaan tertentu daripada pengirim dan apabila tidak menerima maklum balas, individu tersebut mengugut untuk membakar kemudahan LNG negara. “Dia minta menjawab sesuatu tapi sebab tak ada respons, dia mengugut untuk membakar LNG kita tapi tak tahu yang mana satu,” katanya.
Semalam MKN dalam kenyataan memaklumkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG atau gas asli cecair di Bintulu, untuk memperketat kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman keselamatan terhadap fasiliti berkenaan.
Langkah itu bagi membolehkan pihak keselamatan dan agensi berkaitan melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman itu.
“Orang ramai diingatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenyataan ini. Perkembangan mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kawalan keselamatan di semua fasiliti LNG milik Petronas diperketatkan serta-merta susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu.
Beliau berkata pegawai terbabit menerima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali sebelum membuat laporan polis.
BACA: Pegawai Petronas Terima Ugutan, Polis Perketat Kawalan Di Fasiliti LNG Bintulu
Sumber: BERNAMA
The post Ancaman LNG Bintulu: SMS Daripada Nombor Telefon Berdaftar Di Indonesia – Fadillah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/09/ancaman-lng-bintulu-sms-daripada-nombor-telefon-berdaftar-di-indonesia-fadillah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tpm Mesej Ugutan Bakar Lng Bintulu Didakwa Guna Nombor Indonesia

Tpm Mesej Ugutan Bakar Lng Bintulu Didakwa Guna Nombor Indonesia

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1111 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mesej berbaur ugutan diterima kakitangan Petronas berhubung ancaman terhadap kemudahan gas asli cecair di negara ini didakwa menggunakan nombor negara jiran Indonesia Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof bagaim...
Petronas Says No Disruption To Lng Supplies At Bintulu Amid Potential Threat

Petronas Says No Disruption To Lng Supplies At Bintulu Amid Potential Threat

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1754 hits
The National Security Council said earlier it received information about a potential security threat at the liquefied natural gas facilities an immediate tightening of security measures at the LNG facilities in Bintulu today following repor...
Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti Lng Di Bintulu Mkn

Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti Lng Di Bintulu Mkn

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 790 hits
Kerajaan Perketat Kawalan Keselamatan Fasiliti LNG Di Bintulu MKN KUALA LUMPUR 8 Sept Kerajaan mengarahkan semua fasiliti Liquefied Natural Gas atau gas asli cecair di Bintulu Sarawak untuk memperketat kawalan keselamatan serta merta susula...
Malaysia Must Heed Lessons From Indonesia S Protests Say Fadillah And Rafizi

Malaysia Must Heed Lessons From Indonesia S Protests Say Fadillah And Rafizi

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4402 hits
DEPUTY Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof and PKR lawmaker Datuk Seri Rafizi Ramli have both urged Malaysians especially political leaders to draw lessons from Indonesia s recent wave of protests stressing the importance of stability ...
Solidariti Nasi Goreng Indonesia Jangan Lepaskan Anjing Tersepit

Solidariti Nasi Goreng Indonesia Jangan Lepaskan Anjing Tersepit

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2159 hits
Wartawan cabuk pun jangalah main cedok saja berita dari media sosial dan tulis macam mewakili suara seluruh rakyat Malaysia Penuh laporan berita hari ini kononnya rakyat Malaysia bersolidariti dengan para pemandu Grab dan Gojek di Indonesia...
Coretan Panjang Menarik Untuk Dibaca Tragedi Indonesia Bahaya Fitnah Peringatan Kepada Kaki Fitnah Di Malaysia

Coretan Panjang Menarik Untuk Dibaca Tragedi Indonesia Bahaya Fitnah Peringatan Kepada Kaki Fitnah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3188 hits
Awal Ogos 2025 selepas Sidang Tahunan MPR DPR DPD di Senayan Jakarta acara rasmi ditutup dengan persembahan orkestra TNI Polri Lagu lagu daerah dimainkan beberapa ahli dewan diajak berjoget di pentas Suasana santai sekadar hiburan penutup N...
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 5057 hits
Rakyat Malaysia Buat Warga Indonesia Terkedu Ucap Terima Kasih Tak Putus Putus Bermula daripada gelombang oleh para pekerja dan kesatuan buruh suasana di Indonesia kini semakin panas Ketegangan itu memuncak apabila berlaku insiden tragis me...
Merdeka Diraikan Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang Di Tanah Malaysia

Merdeka Diraikan Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang Di Tanah Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3306 hits
Merdeka Diraikan Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang di Tanah Malaysia Lebih 100 000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya pada semalam bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh warna warni mencerminkan sema...
Kerajaan Makassar Rugi Rm65 Juta Susulan Protes Di Indonesia

Kerajaan Makassar Rugi Rm65 Juta Susulan Protes Di Indonesia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2855 hits
Kerajaan Makassar Rugi RM65 Juta Susulan Protes di Indonesia Badan Pengurusan Bencana Daerah Kota Makassar Sulawesi Selatan melaporkan anggaran kerugian yang dialami selepas bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar dibakar oleh penu...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Along Kemalangan 11 12 2025

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

2 Girls Die In Motorcycle Accident Near Seremban

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Semuanya Pinjaman Pesakit Endometriosis

Cannondale Caad10

55 Ucapan Selamat Natal Dan Tahun Baru Inspirasi Terindah Penuh Berkat Sukacita Damai Sejahtera Dan Harapan Baru

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Dating Berdua Dengan Dania Di Nasken Coffee Dataran Centrio Seremban 2