Ancaman Baru Ph Yang Seronok Berkuasa Di Putrajaya


Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam menjadi saksi kepada detik penuh sejarah, penyatuan dua parti dominan orang Melayu terbesar di negara ini termeterai secara rasminya apabila Piagam Muafakat Nasional ditandatangani pemimpin utama kedua-dua parti itu.

Dewan Merdeka PWTC disulami emosi apabila pemimpin Umno dan PAS serta perwakilan yang hadir dilihat mengesat air mata selepas Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang selesai menandatangani piagam kerjasama itu.

Diiringi lagu Teman Sejati yang dipopularan kumpulan nasyid Brothers, laungan takbir "Allahuakbar" berkumandang sebaik piagam Muafakat Nasional dibacakan Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan yang masing-masing mewakili parti sebagai setiausaha agung.

Boleh dikatakan Himpunan Penyatuan Ummah yang berakhir petang semalam mencapai matlamat penganjurannya apabila menarik kira-kira 25,000 hadirin.

Lebih sesak berbanding perhimpunan agung Umno, kehadiran orang ramai yang memenuhi setiap ruang menyukarkan pergerakan, dengan masing-masing dilihat begitu teruja untuk menyaksikan peristiwa penting penyatuan dua parti yang telah puluhan tahun bertelagah sesama sendiri di arena politik.

Penyatuan atau kerjasama Umno dan PAS yang lebih dikenali sebagai "taawun siyasi", bukanlah benda baru. Malah dua parti itu pernah bekerjasama membentuk kerajaan sewaktu parti Perikatan.

Umno yang ketika itu bersama parti Perikatan dan PAS membentuk kerajaan perpaduan pada tahun 1974, beberapa tahun selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.


Kisah 'perkahwinan' PAS

PAS menyertai pilihan raya umum pada tahun 1974 tidak menggunakan logo parti mereka, sebaliknya menggunakan logo BN dan BN pada ketika itu cukup kuat apabila dua parti pembangkang iaitu PAS dan Gerakan menyertai mereka.

Bagaimanapun, pada tahun 13 Dis 1977 PAS "diceraikan" oleh BN. PAS kaya pengalaman dalam menjalinkan kerjasama, termasuklah pernah bekerjasama dengan parti Semangat 46 (S46), DAP dan juga PKR.

Kebanyakkan "perkahwinan" PAS dengan rakan politiknya tidak bertahan lama dan itulah yang menjadi cabaran bagi "taawun siyasi" yang terbentuk kini antara Umno dan PAS.

Namun, yang lebih menarik lagi, dengan termeterainya secara rasmi kerjasama Umno, PAS maka segala persengketaan lama secara rasminya juga terhapus.

Amanat Haji Hadi sudah tidak lagi relevan, kafir mengkafir antara PAS dan Umno tidak akan kedengaran lagi, tiada lagi dua imam satu masjid dan sekali gus mungkin menamatkan persengketaan sesama Melayu disebabkan "mazhab politik" yang tercetus sebelum ini.

Dari sudut ini, penyatuan ummah yang digerakan oleh Umno dan PAS baik untuk iklim masyarakat Melayu dan umat Islam.


Terjemah sebagai kekuatan

Tetapi jauh lebih penting daripada itu, yang perlu direnungkan, apakah kerjasama dua parti ini mampu diterjemahkan sebagai kekuatan untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Isu agihan kerusi pastinya menjadi agenda besar yang perlu diperhalusi dengan cermat dah berhikmah, ini adalah cabaran besar bagi pemimpin kedua-dua parti.

Jika gagal, kerjasama yang dibina ini tidak mampu membuahkan hasil yang diharapkan.

Apakah pemimpin akar umbi setiap parti sedia untuk melepaskan kerusi kepada rakan sekiranya itu diputuskan dan sedia untuk memenangkan calon yang dipertaruhkan.

Bukan saja soal kerusi, pemimpin kedua-dua parti ini perlu melihat dengan lebih mendalam harapan dan impian besar orang Melayu terhadap penyatuan ummah yang telah dirintis ini.

Keikhlasan penyatuah ummah ini belum lagi teruji, dan pada sidang media selepas himpunan itu, Abdul Hadi ada menyatakan kesediaaan untuk memasukan Umno dalam kerajaan yang dipimpin PAS.

Oleh itu, untuk membuktikan keikhlasan dan betapa serius kerjasama yang terjalin bukan sekadar gimik politik, Umno dan PAS perlu memulakan kerajaan perpaduan di empat negeri yang mereka kuasai iaitu, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.

Ia penting bukan saja untuk membuktikan keikhlasan kerjasama, tetapi untuk membenih keserasian dan keselesaan penyatuan yang dibina.

Dengan jumlah kehadiran yang mencecah puluhan ribu, PH tidak boleh memandang sepi kerjasama dua parti itu yang pasti mengancam kedudukan mereka yang kini sedang berkuasa di Putrajaya.

HASPAIZI ZAIN 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/09/ancaman-baru-ph-yang-seronok-berkuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdip Sarankan Anies Rapikan Trotoar Dulu Baru Urusi Pkl

Pdip Sarankan Anies Rapikan Trotoar Dulu Baru Urusi Pkl

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 169 hits
Yuke meminta Anies lebih mengutamakan fungsi trotoar sebagai tempat pejalan kaki Setelah itu terpenuhi dia menambahkan multifungsi yang sempat disinggung mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan itu dapat dibahas bersama mengenai lokasi dan...
Kadin Nilai Insentif Pajak 200 Persen Perluas Pembukaan Lapangan Kerja Baru

Kadin Nilai Insentif Pajak 200 Persen Perluas Pembukaan Lapangan Kerja Baru

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 147 hits
Pemerintah telah memberi insentif pengurangan pajak super bagi pelaku usaha yang terlibat dalam pengembangan Sumber Daya Manusia melalui pendidikan vokasi Insentif pajak biaya penelitian dan vokasi hingga mencapai 200 300 persen
Baru Rasa Kasih Ayah Bayi 6 Bulan 4 Beradik Hilang Bapa Isteri Sempat Tatap Foto Terakhir

Baru Rasa Kasih Ayah Bayi 6 Bulan 4 Beradik Hilang Bapa Isteri Sempat Tatap Foto Terakhir

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 708 hits
Pilunya apabila bayi 6 bulan tidak lagi merasa pelukan si ayah Malah empat adik beradik yang lain juga tidak akan lagi merasa kasih sayang seorang bapa apabila ayah mereka telah terkorban semasa dalam tugas Isteri Allahyarham Mejar Mohd Zah...
Asal Anak Sihat Shila Tak Kisah Nampak Macam Mengandung 4 Minggu Baru Boleh Berbengkung

Asal Anak Sihat Shila Tak Kisah Nampak Macam Mengandung 4 Minggu Baru Boleh Berbengkung

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 433 hits
Perubahan bentuk badan selepas bersalin perkara yang perlu dilalui para ibu Penyanyi Shila Amzah sedang melalui situasi ini selepas melahirkan cahaya mata sulungnya 31 Ogos lalu Artikel berkaitan Adalah normal ibu ibu masih mempunyai bentuk...
Baru Kahwin Tapi Tiada Kereta Lagi Nah Cara Untuk Anda Dapat Kereta Baru

Baru Kahwin Tapi Tiada Kereta Lagi Nah Cara Untuk Anda Dapat Kereta Baru

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 3377 hits
Siapa yang tak memerlukan transport dalam kehidupan harian bukan Bila ada kereta ni senang lah sikit untuk bergerak kemana mana Tapi itulah nak The post appeared first on
Bergaya Dan Berprestasi Tinggi Huawei Nova 5t Trend Baru Untuk Lengkapkan Gaya Anda

Bergaya Dan Berprestasi Tinggi Huawei Nova 5t Trend Baru Untuk Lengkapkan Gaya Anda

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 289 hits
Tidak hairanlah jika sekarang nova 5T jadi kegilaan ramai Dengan pakejnya yang luar biasa dan reka bentuk yang bergaya siapa tak nak kan Lagi lagi teknologinya yang awesome memang gempak habislah Kali itu anda tidak akan ada sejuta alasan l...
Pemerintah Ri Malaysia Bangun Patok Batas Baru Di Sebatik Nunukan

Pemerintah Ri Malaysia Bangun Patok Batas Baru Di Sebatik Nunukan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 215 hits
Pembangunan batas baru itu sebagai bagian upaya kedua negara melakukan kegiatan survei Outstanding Bordery Problem yang berlangsung di Sebatik Kalimantan Utara yang berlangsung 4 5 September 2019
Pertamina Usung Konsep City Gas Penuhi Bahan Bakar Ibu Kota Baru

Pertamina Usung Konsep City Gas Penuhi Bahan Bakar Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 217 hits
PT Pertamina akan menerapkan konsep kota gas dalam rangka pemenuhan energi di ibu kota baru Gas dipilih jadi prioritas bahan bakar karena letak ibu kota baru berdekatan dengan sumur yang menjadi sumber pasokan
Keputusan Operator Proyek Idd Ada Di Tangan Menteri Esdm Baru

Keputusan Operator Proyek Idd Ada Di Tangan Menteri Esdm Baru

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 172 hits
Wakil Kepala SKK Migas Fatar Yani Abdurrahman mengatakan kontrak proyek pengembangan minyak dan gas laut dalam akan berakhir pada 2027 Nantinya keputusan operator berada di tangan Menteri Energi Sumber Daya Mineral pemerintah Jokowi jilid 2
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner