Minta Izin Dulu Sebelum Marah Biar Betul


MINTA IZIN DULU SEBELUM MARAH BIAR BETUL. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Lain padang lain belalang lain orang lain cara dia lakukan. Satu sifat atau perangai PC yang PC sendiri kadang rasa macam aneh dan macam tak best adalah, bila PC nak marah mesti PC minta izin dulu dengan en suami dan babah. PC tak cakap dengan mama sebab mama biasanya ikut je cara dan pendapat babah. Ada orang, apa-apa hal buat dulu dah buat baru minta maaf. janji puas hati sendiri. Macam PC kalau kira geram memang sangat geram kuasa seribu. kalau kata nak maki hamun dan tumbuk rasa tu memang ada. Tapi ada banyak hal yang selalu dalam pertimbangan PC.
PC pun manusia biasa. Pandai nak marah. Pandai nak berkecil hati juga apatah lagi jauh hati dan rasa rendah diri. Sedih tu jangan cakap. Kadang bila orang buat kita, kita masih lagi boleh pekakkan telinga. Bekukan hati. Tapi bila orang buat mak bapak kita atau suami kita, adik beradik kita, rasa lain macam tu timbul dan berganda. Lain orang lain caranya. kadang caraorang yang tak ngam dengan kita dan macam tidak sama-sama itu yang buat PC naik marah. Ha, biasanya PC akan cakap dengan babah, ''babah, Jua rasa tak puas hati, Jua memang betul-betul ada rasa marah, boleh tak Jua cakap elok-elok. Tapi rasa nak marah yang paling tinggi ni''. 
Meredam rasa marah dan tidak puas hati. Selagi boleh toleransi PC akan lakukan itu. Mana boleh tahan diri PC tahankan je. Babah dan en suami selalu meredam rasa yang PC rasai. Dan diri sendiri pun berfikir banyak kali. Hari ini aku marah berbaloi ke, memang boleh minta maaf tapi rasa tak sedap tu ada dan ibaratnya kalau luka ada parutnya. 
Dengan keluarga tak kisahlah adik beradik ke, pakcik makcik ke, dengan siapa pun kalau boleh elak marah-marah atau tunjuk rasa tak puas hati, elakkanlah. Memang sabar tu sakit kadang rasa macam diri sendiri je yang terzalimi orang lain, orang lain boleh pijak-pijak-pijak kita, tapi yakin lambat ke cepat ke baik tetap dapat baik, buruk tetap dapat buruk. Nanti masanya ada untuk orang-orang rasai. Babah tak sukalah gaduh-gaduh. Nanti mati kita minta tolong orang jugakan. Inilah selalu yang babah terapkan. Ini juga yang jadi pedoman PC bila ada rasa nak marah dengan orang. Hujungnya bila rasa itu tidak lepas, PC tumpahkan jadi air mata ketika solat dan berdoa.
Pengajaran dan hukuman daripada Allah swt lebih berganda pedihnya. Sesiapa pun tidak kira siapa awak. Selalu percaya, kalau kita rasa puas hati dapat membalas, lepaskan geram dan marah-marah kepada orang yang menyakiti kita atau keluarga kita, sebenarnya itu cuma biasa-biasa sahaja. Sedangkan Allah swt ada caranya yang tersendiri mengurus akan hal begitu dengan lebih baik dan lebih hebat. Hujungnya kita akan sama-sama mati. Dengan cara dan waktu masing-masing. Kalau yang ditinggalakn dan diwariskan rasa dendam sahamnya kita dapat. Kalau yang diwariskan rasa toleransi dan berkasih sayang ya, sahamnya juga terus mengalir hasil didikan yang baik.
Perhati. Diam. Jarakkan diri. Kau akan rasai sakitnya lebih berganda. Yang tak makan cili pun rasa pedasnya. Yang tak makan nangka pun terasa lekit getahnya. Hati kita bagaimana terhadap orang.
SekianTinta Perdu Cinta ❤Minta Izin Dulu Sebelum Marah Biar Betul

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2021/06/minta-izin-dulu-sebelum-marah-biar-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyesal Tak Sudah Wanita Gantung Anak Dekat Balkoni Sebagai Hukuman Menangis Sebelum Betul Betul Jatuh Disahkan Mati

Menyesal Tak Sudah Wanita Gantung Anak Dekat Balkoni Sebagai Hukuman Menangis Sebelum Betul Betul Jatuh Disahkan Mati

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 207 hits
Seorang ibu dituduh melakukan pembunuhan terhadap anak perempuannya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian di bandar Saratov Rusia Wanita berkenaan dikenali sebagai Anna Ruzankina didakwa telah melakukan pembunuhan dengan men...
Anak Susah Fokus Kejap Belajar Kejap Main Kena Tahu Sebab Dulu Bukan Terus Marah

Anak Susah Fokus Kejap Belajar Kejap Main Kena Tahu Sebab Dulu Bukan Terus Marah

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 413 hits
Anak ni tak susah nak fokus tapi dia senang ubah fokus Kejap dia belajar kejap dia main kejap dia main games Kenapa macam ni ya Bagi ibu bapa yang ada anak susah nak fokus jangan risau Ada penyelesaiannya Bagaimanapun mesti kena tahu sebabn...
Hiburan Catriona Ross Marah Ada Rakyat Pulang Ke Kampung Sebelum Total Lockdown

Hiburan Catriona Ross Marah Ada Rakyat Pulang Ke Kampung Sebelum Total Lockdown

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 281 hits
Pelakon Catriona Ross luah rasa tak puas hati dan marah kepada segelintir rakyat Malaysia di Instagram yang masih berdegil untuk pulang ke kampung selepas kerajaan membuat pengumuman total lockdown bermula 1 Jun Catriona tegas berkata tinda...
Dulu Masa Kau Pegang Ptptn Ada Kau Buat Yang Betul

Dulu Masa Kau Pegang Ptptn Ada Kau Buat Yang Betul

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 171 hits
PKP perlu kerana kerajaan gagal bekas timbalan menteri sanggah Wan Saiful June 8 2021 Lee Boon Chye berkata PKP adalah jalan terakhir apabila langkah kesihatan awam yang lebih bersasar gagal PETALING JAYA Bekas timbalan menteri kesihatan Le...
Kenang Sebelum Marah

Kenang Sebelum Marah

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 390 hits
Kenang Sebelum Marah Ada seorang gadis yang buta akibat kemalangan jalanraya Dia sangat membenci dirinya kerana tidak dapat melihat seperti dulu Dia hanya menyayangi teman lelakinya yang mencintainya tanpa syarat Selalu berada di sisinya di...
Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

Video Tidak Boleh Terus Dengan Pkp Dan Biar Rakyat Lapar Anwar

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 177 hits
Tidak Boleh Terus Dengan PKP Dan Biar Rakyat Lapar Anwar By 15 June 2021 Pakatan Harapan berpandangan kerajaan tidak boleh meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan penuh
Tips Modifikasi Toyota Raize Dan Daihatsu Rocky Biar Tambah Ganteng

Tips Modifikasi Toyota Raize Dan Daihatsu Rocky Biar Tambah Ganteng

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 173 hits
HSR punya beberapa tips modifikasi pelek mobil All New Toyota Raize dan Daihatsu Rocky yang sedang populer di pasar otomotif RI
Sangat Marah Dengan Pembajakan Buku Tere Liye Lontarkan Kritikan Keras Tuai Beragam Komentar

Sangat Marah Dengan Pembajakan Buku Tere Liye Lontarkan Kritikan Keras Tuai Beragam Komentar

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 154 hits
Ada yang menganggap bahasa Tere Liye terlalu kasar ada pula yang paham perasaan sang penulis melihat yang karyanya selalu dibajak
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon