Anak Sulung Ubah Hidup Ibu Ayah Kehadirannya Teristimewa


Anak sulung sebenarnya ‘guru’ yang mengajarkan ilmu keibubapaan kepada kita. Mereka ni sangat istimewa, bukanlah bermaksud kita tak sayangkan anak-anak yang lain. Dengan kehadiran mereka kita belajar cara memikul tanggung jawab menjadi ibu ayah. Anak sulung biasanya suka bercerita dan berkongsi dengan ibu ayah serta adik-adiknya.
Artikel Menarik: [Bila Suami ‘Tundukkan’ Pandangan, Isteri Wanita Tercantik Di Matanya!]
Kita tak membezakan kasih sayang antara semua anak, cumanya anak sulung ni ada aura yang lebih sikit berbanding adik-beradiknya yang lain. Kita sentiasa terkenangkan memori ketika pertama kali kita memegang mereka selepas bersalin. Ketika mereka mendapat adik, mungkin terbit rasa terpinggir atau ibu ayahnya sudah tidak peduli akan dirinya lagi.
Ibu ayah tidak perlu risau kerana rasa itu hanya sementara jika anda juga melibatkan si abang atau kakak sulung untuk sama-sama menguruskan adik-adiknya. Seperti mana ibu dan ayah sayangkan anak, begitu jugalah anak sulung akan mencintai adik-adiknya yang lain.

KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang pernuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, jadi Yakin Diri & Berani!]
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
Artikel Menarik: [Nak Tahu Beza Demam Biasa Atau Influenza, ‘Check’ Simptom Ini!]
JADI PENJAGA ADIK-ADIK
Anak sulung mungkin tegas atau kuat membebel berbanding anak yang lain (biasanya anak perempuan). Anak lelaki sulung pula biasanya lebih cool dan bersahaja. Walaupun begitu, jangan sesekali diusik adik-adiknya. Menjadi anak sulung mengajar mereka untuk sentiasa menjaga dan melindungi adik-adik.
Perkara pertama yang kita ajarkan kepada anak sulung sebaik sahaja mereka mendapat adik biasanya untuk sayangkan adik. Kena jaga adik. Itulah yang menjadi pegangan mereka dan membuatkan mereka menjaga adik-adik pada setiap masa. Sekiranya mereka bersekolah atau ditinggalkan di rumah pengasuh yang sama, pasti abang atau kakak sulung akan menjadi ‘tukang report’. Itu menunjukkan mereka mengambil berat tentang adiknya dan sentiasa memerhatikan mereka ketika ibu ayah tiada bersama.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi Sesungguhnya anak sulung ini adalah anugerah paling indah pertama buat ibu ayah. Anak sulung mempunyai hati yang sensitif tetapi sangat mementingkan kebajikan keluarganya. Mempunyai anak sulung perempuan atau lelaki mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sesungguhnya anak sulunglah yang menjadi penawar suka duka ibu dan ayah.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

 
The post Anak Sulung Ubah Hidup Ibu Ayah, Kehadirannya Teristimewa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-sulung-ubah-hidup-ibu-ayah-kehadirannya-teristimewa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Banyak Sabar Tak Boleh Marah Marah Title Ibu Ubah Hidup Tasha Shilla Syukur Suami Bantu

Kena Banyak Sabar Tak Boleh Marah Marah Title Ibu Ubah Hidup Tasha Shilla Syukur Suami Bantu

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 222 hits
Kemunculan Tasha Shilla selepas melahirkan anak pertamanya sama seperti sebelum berkahwin Masih kekal cantik dan langsing biarpun sudah punya anak Rupanya kecantikan penerima Anugerah Best Mama Mellinial kali ini Tasha Shilla disokong kuat ...
Anak Lelaki Belajar Hormat Ibu Dari Ayah Tunjukkan Contoh Yang Baik

Anak Lelaki Belajar Hormat Ibu Dari Ayah Tunjukkan Contoh Yang Baik

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 187 hits
Anak anak lelaki menjadikan ayah sebagai contoh Layanan si ayah pada ibu akan menjadi ikutan Kalau ayah lemah lembut hormat dan sentiasa berlembut dengan isteri itu jugalah layanan yang akan mereka berikan kepada ibu Sebab itulah penting un...
Serba Salah Hidup Susah Ibu Sedih Lihat Anak Nangis Penat Naik Tangga 8 Tingkat Rumah Ppr

Serba Salah Hidup Susah Ibu Sedih Lihat Anak Nangis Penat Naik Tangga 8 Tingkat Rumah Ppr

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 241 hits
Baru baru ini tular beberapa kepingan gambar dan video mengenai rintihan seorang ibu mengenai nasib yang terpaksa dihadapi oleh mereka sekeluarga termasuk jiran senasib dengannya Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh wanita dikenali Syasy...
Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

Ayah Ayah Rajin Hantar Ambil Anak Sekolah Ibu Ibu Siap Desak Tadika Pecat Guru Cantik Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 279 hits
Lumrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan sejuk mata memandang Namun ada segelintir orang yang tidak suka akan kecantikan malah iri hati dengan kecantikan seseorang Seorang guru t dika di China terpaksa menerima h kikat bahawa ada pih ...
4 Waktu Efektif Menasihati Anak Yang Ibu Ayah Kena Praktis Insyaallah Menjadi

4 Waktu Efektif Menasihati Anak Yang Ibu Ayah Kena Praktis Insyaallah Menjadi

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 127 hits
Memberi nasihat adalah proses pengajaran yang berpanjangan dan tiada limitasi usia Apabila bergelar ibu bapa memberi nasihat adalah salah satu tugas rutin yang menjadi kewajipan utama pada anak anak Setiap ibu bapa sudah tentu mahu membesar...
Ada Anak Oku Ibu Bapa Layak Mohon Road Tax Percuma Ketahui Cara Mohon

Ada Anak Oku Ibu Bapa Layak Mohon Road Tax Percuma Ketahui Cara Mohon

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 188 hits
Rezeki kepada ibu bapa yang ada anak berstatus orang kelainan upaya kerana mereka layak mendapat caj cukai jalan percuma Ini merupakan berita baik dan keistimewaan yang diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa Tentu tidak rama...
Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 249 hits
Di hari ulang tahun sang ibunda Luna Maya membagikan potret kebersamaan mereka Seketika foto fotonya mendapat banyak respon positif dari netizen Ibu dan anak ini ramai dipuji sama sama cantik dan memesona Ini foto fotonya
Ini Bilik 2 Anak Lelaki Dekorasi Ibu Ini Jimatkan Ruang Dalam Bilik Kecil

Ini Bilik 2 Anak Lelaki Dekorasi Ibu Ini Jimatkan Ruang Dalam Bilik Kecil

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 203 hits
Ruang bilik yang kecil memerlukan susun atur yang baik supaya keadaan bilik tidak menjadi semakin sempit selepas perabot dimasukkan Ianya memerlukan perancangan dalam susun atur dan juga jenis perabot yang akan digunakan Namun bilik yang se...
Ibu Sekolah Abang Tidur Ramai Geram Dengar Anak Kecil Layan Abang Rider Hantar Barang Jujur Sungguh

Ibu Sekolah Abang Tidur Ramai Geram Dengar Anak Kecil Layan Abang Rider Hantar Barang Jujur Sungguh

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 196 hits
Setiap kali belian barang secara atas talian sampai anak anak kitalah yang paling gembira Berlari lari ke muka pintu untuk mengambil barang Telatah lucu perbuatan anak kecil bersama abang rider J T Ekpress yang dikongsikan oleh satu akaun T...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Surah Al Israa Ayat 70

The Hedgehog And The Hare A Timeless Egyptian Fable Exploring Ambition And Humility

Bawa Pak Zain Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9

Hiburan Lebih 30 Rakyat Malaysia Akui Lebih Sukar Nak Cari Pekerjaan Berbanding Cari Pasangan Hidup

Duduk Kat Sarawak Akan Faham Sejauh Mana Rasisnya Manusia

Kena Tipu Pun Sokong Lagi