Anak Saya Hanya Menunggu Mati Tiada Yang Sudi Bantu Ibu Ini Mohon Doa Ramai


Puan Farah Idayu mempunyai 3 orang anak namun dia diuji apabila anak kedua dan ketiganya di sahkan mempunyai masalah jantung dan beberapa komplikasi lain sejurus selepas dilahirkan. Tiada apa yang dia harapkan melainkan doa seluruh rakyat Malaysia untuk kedua anaknya yang bertarung hidup melawan kesakitan.
Anak Kedua, Nur Fatihah
Selepas anak saya Nurfatihah dilahirkan pada 3/8/18 ketika usia kandungan 37 minggu (Air mentuban bocor), Fatihah terus dikejarkan ke NICU Hospital Tuanku Ja’afar kerana nafasnya berdegup dengan kadar yang laju selama seminggu. Saya lahirkan Fatihah secara pembedahan.


Doktor cuba buka oxygen dan SPO2 dia tetap 95% kebawah dan doctor terus membuat ujian Echo. Doktor mengesahkan Fatihah mempunyai masalah jantung dan perlu dirujuk ke Hospital Serdang.
Nur Fatihah yang berada di wad kanak-kanak Selepas sebulan berada di HTJ, Fatiha di bawa ke Hospital Serdang, pakar mengesahkan tiada lagi harapan buat Fatiha selepas melakukan ujian ECL. Selepas itu doctor sahkan Fatihah tiada pembuluh dara, mempunyai masalah jantung berlubang dan dua lagi masalah lain. Doktor sahkan tiada ubat dan pembedahan yang sedia ada di Malaysia.
Makin Fatihah membesar, dia bakal menghidapi banyak komplikasi dan makin kerap perlu dirawat di hospital. IJN juga menolak kes Fatihah kerana dia tiada pembuluh darah (tidak wujud).

Tiada rawatan dan ubat lagi untuknya didunia. Kalau Fatihah sakit, dia hanya mampu menahan kesakitan tersebut kerana tiada ubat. Dia kadang-kadang akan pengsan, batuk berdarah dan kencing berdarah.
Anak ketiga
Nur Aisyah pula yang baru berusia 3 bulan, dilahirkan pada 12/6/19. Selepas dilahirkan dia dikejarkan terus ke NICU HTJ dan doktor kanak kanak mengesahkan Aisyah menghidapi masalah jantung berlubang VSD + PDA + ASD dan bakal dipindahkan ke Hospital Serdang bulan Disember ini.
Nur Aisyah ketika dilahirkan Doktor masih dalam perancangan untuk melakukan pembedahan keatas Aisyah. Dia masih kecil jadi doctor masih memantau keadaanya.
Suami saya pula bekerja di pasar malam dan berbekalkan gaji harian RM50. Kalau dia pergi kerja ada gaji dan kalau dia terpaksa menjaga anak di wad sebab anak nombor dua masuk wad (saya yang akan jaga anak lain di rumah), dia tiada gaji kerana terpaksa mengambil cuti.
Saya tak dapat membantu suami bekerja memandangkan anak saya, Fatihah kerap pengsan dan Aisyah pula masih kecil dan kuat meragam.

Kalau Fatihah kerap keluar masuk wad, suami tak dapat pergi ke kerja jadi kami memang tiada duit. Kadang-kadang terpaksa menyatu makanan sebab saya perlu dahulukan Fatihah serta Aisyah yang terpaksa minum susu khas yang agak mahal. Kos untuk susu Aisyah hampir RM350 manakala susu Fatihah mencecah RM400 sebulan.
Kami turut mendapat bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM400 untuk setahun. JKM pula kami mendapat RM200, tetapi tidak boleh memohon untuk anak nombor tiga kata JKM.
Hidup saya agak tertekan kerana saya anak yatim piatu dan tiada tempat untuk bergantung harap. Saya cuba usaha memohon bantuan kesana kesini, ditengah panas dan terpaksa membawa anak-anak namun tiada siapa yang sudi membantu sebab anak saya, Fatihah hanya menunggu mati jadi tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan.  Hanya untuk baby Aisyah sahaja ada yang sudi membantu kerana Aisyah masih ada harapan untuk hidup.
Medical report Fatiha Semua orang tak sudi membantu kerana katanyanya saya masih muda. Siapa yang tak ingin cari duit untuk bantu suami, tapi saya diuji dengan anak-anak yang sakit dan terpaksa menjaga mereka yang masih kecil membataskan pergerakkan saya. Anak-anak saya perlukan perhatian yang penuh, tengah menyusu kadang-kadang Fatihah boleh pengsang sampai biru seluruh muka. Tiada siapa yang sanggup menjaga anak saya jika keadaanya sentiasa begini.
Saya tak minta hidup saya seperti ini dan kadang-kadang saya akui saya sangat tertekan. Saya selepas bersalin tak sempat berpantang kerana terpaksa ulang alik ke hospital menjaga baby yang berada di wad.
Saya reda apabila doctor sahkan Fatihah hanya mampu hidup selama 15 tahun sahaja tapi saya yakin dengan kuasa Allah. Tak mungkin disebabkan dia tiada harapan untuk hidup, bantuan untuknya diabaikan.
Hujung tahun ini saya terpaksa keluar daripada rumah sewa. Untuk menyimpan duit bagi duit pendahuluan rumah sewa baru agak berat disebabkan keadaan kami sekarang. Saya usaha ke MPS untuk memohon rumah PPR sewa kerajaan tapi saya di halau. Apa lagi usaha yang perlu saya lakukan?
Saya berharap sangat dengan usaha terakhir saya di Pa&Ma, ada yang sudi membantu saya dan ada pihak kerajaan yang membaca kisah saya dan sudi membantu saya. Saya bukan tak usaha, saya usaha.
Saya MERAYU.. bantulah anak-anak saya. Doakan anak saya.
*Update terbaru keadaan Fatihah semalam 14/10/2019 “
Assalamualaikum.. Saya dengan rendah hati mohon doakan anak saya Fatihah.. SPO2 dia makin menurun.. Doa semua amat diperlukan disaat ini.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke Akaun bank atas nama Farah idayu binti mohd shah 888 1031 6419 71 (Ambank)
*Artikel ini hasil temuramah bersama Puan Farah Idayu
** Pa&Ma tidak akan bertanggungjawab atas pendapat dan komen individu lain.
 
The post “Anak Saya Hanya Menunggu Mati, Tiada Yang Sudi Bantu” Ibu Ini Mohon Doa Ramai appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-saya-hanya-menunggu-mati-tiada-yang-sudi-bantu-ibu-ini-mohon-doa-ramai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Menunggu Masa 2 Anak Sekaligus Diuji Sakit Jantung Kronik Ibu Ini Mohon Bantuan

Hanya Menunggu Masa 2 Anak Sekaligus Diuji Sakit Jantung Kronik Ibu Ini Mohon Bantuan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 357 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang ibu muda bernama Farah Idayu apabila dua daripada tiga orang anaknya diuji dengan masalah jantung Anak kedua dan anak ketiganya juga menghadapi beb...
Semua Anak Pandai Tengah Marah Panggil Bodoh Keluar Dari Mulut Ibu Jadi Doa

Semua Anak Pandai Tengah Marah Panggil Bodoh Keluar Dari Mulut Ibu Jadi Doa

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 499 hits
Anak anak yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak dilahirkan terus bijak Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri serta keinginan anak untuk belajar Perhatikan potensi dan tahap kemampuan anak anda dan beri sokongan ke...
Anak Alami Cacat Cuping Telinga Ibu Doa Orang Ramai Sokong Jualan Online Nak Tampung Kos Rawatan

Anak Alami Cacat Cuping Telinga Ibu Doa Orang Ramai Sokong Jualan Online Nak Tampung Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 532 hits
Lain orang lain ujian yang diterima Sudahlan pendapatan suami tidaklah banyak diduga pula dengan seorang anak yang sakit sejak kecil dan memerlukan kos rawatan yang agak besar setiap bulan Haryani Mat Hussin 40 berniaga karipap serunding da...
Ibu Mati Anak Oku Dijumpai Dahaga Lapar Dalam Rumah Di Skudai

Ibu Mati Anak Oku Dijumpai Dahaga Lapar Dalam Rumah Di Skudai

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 467 hits
JOHOR BAHRU 13 Okt Seorang wanita ditemui mati manakala anak lelakinya berusia 12 tahun dijumpai dalam keadaan lapar dan dahaga di rumah mereka di Taman Impian Emas dekat Skudai tengah malam tadi Pegawai Operasi dari Balai Bomba Johor Bahru...
Hanya Sebab Demam Bayi 4 Bulan Ini Dijemput Ilahi Ibu Kongsi 6 Hari Terakhir Bersama Anak Syurganya

Hanya Sebab Demam Bayi 4 Bulan Ini Dijemput Ilahi Ibu Kongsi 6 Hari Terakhir Bersama Anak Syurganya

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 523 hits
Ajal maut sememangnya ketentuan Ilahi tapi untuk hadap sebuah kehilangan itu tentunya bukan mudah Tambah pula ia berlaku kepada anak pertama yang masih lagi bayi Penyebabnya hanyalah demam yang berlanjutan sehingga ada jangkitan kuman dalam...
Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

Hanya Minum Susu Coklat Ibu Risau Kandungan Gula Tinggi Kalau Beri Pada Anak

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 531 hits
Ibu mana yang tidak risau jika anak menolak untuk minum susu Seperti yang diketahui susu merupakan sumber kalsium terbaik buat si kecil Sesetengah anak selepas bercerai susu dari ibu atau apabila sudah menginjak ke usia dua tahun sudah mula...
Jantung Anak Berlubang Tersumbat Sejak Lahir Ibu Bapa Rayu Orang Ramai Bantu Sumbang Rm25 000 Untuk Kos Pembedahan Anak

Jantung Anak Berlubang Tersumbat Sejak Lahir Ibu Bapa Rayu Orang Ramai Bantu Sumbang Rm25 000 Untuk Kos Pembedahan Anak

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 291 hits
Pasangan suami isteri merayu orang ramai tampil membantu menyumbangkan dana sebanyak RM25 000 bagi menampung kos pembedahan bayi perempuan mereka yang mengalami komplikasi jantung Rozita Radzi 33 berkata anak keenamnya Maya Alisha Mohd Hasr...
Ibu Genggam Tangan Anak Nazak Selepas Kemalangan Runtun Hati Netizen

Ibu Genggam Tangan Anak Nazak Selepas Kemalangan Runtun Hati Netizen

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 533 hits
ALOR SETAR Gambar seorang wanita memegang erat tangan anak perempuannya yang sedang nazak selepas terlibat kemalangan di Jalan Simpang Tiga Ladang Victoria Padang Serai Kulim dekat sini yang tular di media sosial meruntun hati netizen Dalam...
Sikap Ibu Bapa Boleh Diturunkan Kepada Anak Anak Jadi Berhati Hatilah

Sikap Ibu Bapa Boleh Diturunkan Kepada Anak Anak Jadi Berhati Hatilah

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 316 hits
Percaya tak sikap ibu bapa boleh diturunkan kepada anak anak anda Tingkah laku anda boleh menyebabkan wujudnya antiexty pada anak Haa tak percaya Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut Sikap ibu bapa Ibu bapa sememangnya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah