Anak Raja


 

Bukanlah senang menjadi anak raja. Saya memang tidak dapat membayangkannya kerana saya bukan anak raja. Akan tetapi baru-baru ini ada seorang anak raja yang mencuri perhatian masyarakat akademik di Singapura apabila ikut menyertai sebuah seminar anjuran ISEAS-Yusuf Ishak selama dua hari berturut-turut.
Beliau nampaknya tidak bangun, berganjak atau mencari sebab untuk ‘tuang’. Ikut serta mendengar dan memberikan syarahan pada hari kedua. Bagusnya beliau tidak begitu canggung bergaul dengan kami orang akademik dan sedia mengunyah, menghadam dan memahami detak dan resah yang menimpa umat Islam di rantau ini. Saya kira hanya jauhari mengenal manikam.
Anak-anak raja yang sudi duduk dan mendengar masalah yang menimpa rakyat atau masyarakat dalam bentuk wacana demi wacana, sehingga serasa muntah pembentangan akademik memang tidak ada. Saya belum menemuinya. Kecuali ada seorang. Itu membuatkan saya angkat tabik. Saya kira beberapa teman dari Malaysia yang hadir dapat mengesahkan ini sebagai saksi mata. Jauhari juga mengenal manikam.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Anak raja ini, kami undang sebagai pemberi ucaptama hari kedua seminar akademik mengenai pencipta aliran Islam di Asia Tenggara [Trendsetter in Islam in Southeast Asia] pada 18 dan 19 Julai 2022 bertempat di ISEAS, sebuah badan peneliti di bawah Kementerian Pendidikan Singapura. Penelitian-penelitian di ISEAS dalam bentuk Fulcrum, Perspective dan Trends, juga buku terbitannya selalu menjadi jamuan dan perhatian birokrat, diplomat, pembikin polisi dan juga pemimpin dari Asia Tenggara.
Bukan rahsia ahli Kabinet banyak negara mengekori laporan terkini ISEAS menjadikan ia sebuah pusat penyelidikan berpengaruh. Raja-raja juga saya kira patut membaca aneka penerbitan ISEAS.
Ahli akademik kita yang mencelup diri dan ditawarkan sebagai Felo Undangan di ISEAS, selalunya diangkat sebagai Profesor selepas menghabiskan tugas mereka di sini. Antara lain Profesor Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan Felo Undangan antara 1 September 2015 sehingga 31 Mei 2016. Manakala Mohd Azizuddin Mohd Sani, yang berada di sini pada tahun 2014-2015, ikut bergelar Profesor di Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas melengkapkan tugasan beliau. Universiti yang jauhar selalunya dapat mengenal manikam.
Dr. Norshahril Saat, Dr. A’an Suryana dari Indonesia dan saya sebagai Felo Undangan di ISEAS, telah mengundang seorang anak raja untuk ikut serta. Pembentangan ketika seminar atau bengkel ini akan nanti kami bukukan sebagai makalah akademik, moga-moga jadi terbit tahun hadapan. Tujuan bengkel ini ialah untuk mengenalpasti aliran atau gagasan justeru ‘trends’ berkait agama Islam di tiga negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Selain itu, seminar berhasrat juga untuk meneliti pencetus gerakan atau aliran tersebut, dan ‘bentuk penyampaiannya’ (modes of transmission). Terdapat juga pembentang yang ikut melihat fenomena sama di Selatan Thailand, Selatan Filipina dan Brunei Darussalam.
Saya kira masa depan monarki di Malaysia, malah di seluruh dunia bergantung kepada generasi anak raja yang mestilah jauhari, dan mesti juga manikam. Terutama kalau dia anak raja yang boleh duduk makan kuih minum kopi dan tahan bertukar pandangan selama dua hari penuh.
Saya mengatakan ini bukan untuk membesarkan perkara. Ada ramai profesor yang saya kenal menggelupur tidak tahan duduk mendengar pembentangan sarjana lain walau untuk dua jam.
Ramai profesor yang suka tuang bila terbang ke seminar. Ada yang hanya suka datang merasmikan, diampu dan dipuji kemudian berambus angkat kaki. Kami di bawah yang biasa mengulit jauhari dapat mengenal mana ilmuan manikam, dan mana pula ilmuan longkang.
Begini, anak raja yang kami jemput itu juga seorang aktivis yang giat menyumbang idea dan gagasan dalam wacana masyarakat sivil di negara ini, tidak lain tidak bukan adalah putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Binte Almarhum Tengku Besar Mahmud iaitu Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Tunku Zain melanjutkan pelajaran di London School of Economics and Political Science lantas dikurniakan ijazah BSc (Hons) dalam bidang Sosiologi dan Kerajaan, dan ijazah MSc dalam Politik Bandingan. Kerja-kerja akademik bukanlah terlalu asing untuk beliau memandangkan Tunku Zain juga pernah menjadi Felo Penyelidik sekejap di Lee Kuan Yew School of Public Policy di bawah Universiti Nasional Singapura.
Di negara kita, Tunku Zain Al-‘Abidin dikenal sebagai pengasas kepada badan pemikir berpengaruh iaitu Institute for Democracy and Economic Affairs atau lebih dikenali di IDEAS. Badan ini pernah diiktiraf sebagai antara badan pemikir di dunia pada tahun 2012.
Tunku Zain sangat aktif menyumbang idea dalam pelbagai penulisan dan syarahan yang mana ini membolehkan masyarakat terpelajar untuk mengakses pandangannya. Malah dapat dikatakan beliau juga sering dikaitkan dengan baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dari segi minat beliau kepada aktiviti kecendekiawanan.
Tulisan-tulisan Tunku Zain boleh dibaca antara lain di The Sun, The Edge, dan Star. Beliau malah pernah menulis untuk Dewan Sastera. Idea-idea di IDEAS inilah yang turut dimasyhurkan oleh Tunku Zain dalam banyak tulisan dan ucapannya. Dalam hal ini Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan dalam prakata ‘Abiding Times’ apa yang menarik adalah gagasan yang dikemukakan oleh beliau menerusi IDEAS tidak berpaksikan mana-mana parti politik.
Sebaliknya Tunku Zain memandu IDEAS agar tetap dan tekal dengan idea-idea asal yang diutarakan oleh Bapa Kemerdekaan negara ini iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj: ‘For unlike so many other think tanks that ally themselves to political parties, constantly shifting their priorities and leaving ideology by the wayside, IDEAS is driven by values that Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj would have readily embraced. As economic liberals, they defend the principles of capitalism as the Tunku did, and as social liberals, they detest the state intruding into people’s lives as the Tunku did. And yet, when they articulate their four principles of rule of law, limited government, free markets and individual liberty, it is difficult to imagine them being anything other than conservative…’.
Seperti dinyatakan di atas, kebanyakan idea-idea besar Tunku Zain adalah untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang, kebertanggungjawaban kerajaan, pasaran bebas dan kemerdekaan individu sebagai anggota masyarakat dan rakyat. Untuk mereka yang membaca dalam bahasa Inggeris, tulisan beliau agak terang pedas, dan telus. Meskipun kadang-kala dikritik kerana pendiriannya mengenai pasaran bebas, beliau nampaknya mempertahankan idea tersebut dengan cara seorang sarjana, iaitu sanggup berdialog, dan mendengar dengan penuh khusyuk.
Inilah anak raja yang diundang untuk seminar di ISEAS. Dalam syarahan untuk bengkel atau seminar kami itu, beliau menjejaki pelbagai aliran Islam di Malaysia dan memetakannya dalam bentuk yang mudah difahami oleh masyarakat awam. Tentu, dalam pembentangan yang akan menjadi bab dalam buku akademik ini kelak beliau sedia merakam keresahan dan masalah yang melanda negara, dan bagaimana nilai yang pernah ditetapkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj telah dibelok, dibengkok, dikeluk, dilekuk dan dikekok.
Ketika sesi soal jawab dalam seminar di ISEAS itu, Tunku Zain berdepan dengan pelbagai soalan sukar dan berani yang saya kira untuk seorang anak raja pasti berpeluh untuk menjawabnya. Ahli-ahli akademik terutama dalam disiplin sosiologi, dan sains politik jarang belas kasihan dalam bertanya. Tunku Zain menanganinya sebagai seorang peneliti yang tekal tanpa menafikan kebangsawanannya.
Saya kira beginilah masa depan monarki di Malaysia akan ditentukan, malah di seluruh dunia kelak. Iaitu ia bergantung kepada generasi anak raja yang mestilah jauhari, dan mesti juga manikam. Setakat ini, dari negara kita; baru ada seorang. Moga-moga ada lagi kelak. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/anak-raja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesian Tengok Talita Muka Anak Kena Ruam Susu Raja Ilya Minta Peminat Kongsi Petua Semula Jadi

Kesian Tengok Talita Muka Anak Kena Ruam Susu Raja Ilya Minta Peminat Kongsi Petua Semula Jadi

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 181 hits
Pertama kali bergelar ibu tentu belum banyak pengalaman tentang penjagaan bayi Justeru menceduk daripada pengalaman dan ilmu orang lain boleh menjadi salah satu cara untuk ibu memperbaiki ilmu dan kemahiran menjaga dan mengendalikan si keci...
Dulu Selalu Fikir Anak Menyusahkan Raja Ilya Bahagia Jadi Ibu 10 Kali Bangun Tengah Malam Pun Ok

Dulu Selalu Fikir Anak Menyusahkan Raja Ilya Bahagia Jadi Ibu 10 Kali Bangun Tengah Malam Pun Ok

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 213 hits
Bergelar ibu memang tidak mudah namun kemanisannya bila punya anak tidak mampu terungkap dengan kata kata Indah Kebahagiaan ini jelas dirasakan pada Raja Ilya yang baru bergelar ibu selepas kelahiran cahaya mata perempuannya Talita Love Gar...
Mengupas Tren Anak Muda Cari Cuan Lewat Game Online

Mengupas Tren Anak Muda Cari Cuan Lewat Game Online

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 290 hits
Game online kerap sekali menjadi permainan yang sangat mendominasi di kalangan anak muda atau milenial saat ini Saat ini game online menjadi tren yang bisa meraup banyak uang di kalangan anak muda
Foto Irish Bella Dan Ammar Zoni Yang Makin Mesra Jelang Kelahiran Anak Kedua

Foto Irish Bella Dan Ammar Zoni Yang Makin Mesra Jelang Kelahiran Anak Kedua

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 177 hits
Tidak lama lagi Irish Bella akan segera melahirkan anak keduanya bersama Ammar Zoni Menjelang proses persalinan yang sudah di depan mata pasangan selebriti ini terlihat makin mesra Berikut potretnya
5 Punca Anak Mudah Dijangkiti Demam Selsema Dan Batuk

5 Punca Anak Mudah Dijangkiti Demam Selsema Dan Batuk

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 354 hits
Assalamualaikum wbt Apa khabar ibu ibu sekalian semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa supaya kita dapat menjaga anak anak yang diuji dengan kesihatan demam selsema atau apa sahaja yang merisaukan ibu ayah Sebagai seorang...
Cara Mohon Skim Insentif Anak Peneroka

Cara Mohon Skim Insentif Anak Peneroka

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 230 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Skim Insentif Anak Peneroka kini dibuka untuk anak anak peneroka yang berminat melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam atau Universiti Swasta Insentif yang diwujudkan dengan kerjasama FELDA ini diperkena...
Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 179 hits
22 Julai 20221 Akhirnya isu tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Malaysia hanya dibenarkan dibincang ahli Parlimen di hotel Sari Pacific dan bukan di Parlimen semalam 2 Tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Petronas berkaitan isu...
Pancake Buah Sihat Sesuai Untuk Sarapan Anak Sihat Mengenyangkan

Pancake Buah Sihat Sesuai Untuk Sarapan Anak Sihat Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 245 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak yang susah nak makan sesekali boleh buat kelainan menu untuk bagi anak tak bosan makan menu yang sama Jadi ibu boleh cuba buat menu yang mengenyangkan sebagai pengganti nasi Apa kata buat pancake buah yang mudah...
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 270 hits
5 Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Anak Belajar Bercakap l Assalamualaikum Tak mudah nak besarkan anak anak Banyak cabaran yang kita sebagai ibu bapa yang perlu kita hadapi Lagi lagi bila setiap anak mempunyai tahap pembelajaran dan perkembangan y...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut