Anak Perempuan Banyak Tiru Perwatakan Ibunya Rajin Ibu Rajinlah Anak



Mendidik anak bukan satu tugas yang mudah. Anak-anak akan jadikan ibu bapanya sebagai cerminan mereka. Jika sikap baik ditunjukkan maka baiklah tapi jika ada sedikit kesilapan itulah juga yang anak akan ikut

Dalam mendidik anak sama ada lelaki atau perempuan ada cabarannya. Jika anak perempuan hanya titikberatkan cantik saja tak cukup. Kena pastikan juga anak perempuan bijak dan konfiden

Berikut cara untuk mendidik anak perempuan untuk jadi bijak dan berkeyakinan

1. LAYAN ‘KEPETAHAN’ MEREKA
Kebanyakan anak perempuan memang petah bercakap. Menurut kajian, anak perempuan umumnya lebih cepat bercakap berbanding anak lelaki, di mana pada usia 16 bulan anak perempuan dikatakan mampu mengucapkan 100 perkataan secara purata berbanding sekitar 30 perkataan bagi anak lelaki

Dengan melayan mereka berbual dan menjawab soalan, anda telah menggalakkan keyakinan diri dalam anak kecil secara tidak langsung. Tindakan ini juga boleh memperkuatkan keinginan untuk terus meneroka

2. AMBIL KIRA PENDAPAT MEREKA
Dunia anak kecil penuh imaginasi. Ada kalanya mereka memperkatakan sesuatu yang dianggap tidak masuk akal. Tapi, jangan sesekali memperkecilkannya. Sebaliknya, cuba wujudkan ruang untuk berfikir secara kritis dengan mengatakan “Kenapa tidak?”, atau tunjukkan minat anda dengan memintanya menjelaskan lebih lanjut tentang perkara tersebut

Bayangkan jika anda membentak mereka dan memberitahu bahawa semua itu karut. Mereka akan berasa malu dan tidak mahu diperlekehkan lagi. Insiden seperti ini boleh menjadikan mereka cenderung berasa rendah diri dan kurang teruja untuk meneroka benda baru di sekeliling mereka

3. TIDAK MENGEHADKAN KREATIVITI & MINAT MEREKA
Ambil serius terhadap minat dan kreativiti mereka. Tidak perlu terikat pada stereotaip – contohnya perempuan mesti pandai memasak, membuat kuih, atau bersolek. Sebaliknya, galakkan mereka menjadi diri sendiri


Beri mereka buat pilihan terhadap minat mereka sendiri. Jika anak suka berenang, bawalah mereka selalu berenang atau masukkan mereka ke kelas renang. Sekiranya anak suka membaca, sediakan mereka bahan bacaan yang secukupnya dan bawalah mereka selalu ke perpustakaan. Walaupun anak anda seorang yang kelihatan ‘girly’, siapa tahu mereka sebenarnya sukakan adventure dan minat membaca atlas

Malah, jika anak suka memanjat sekalipun, tak salah kalau libatkan mereka dengan sukan ekstrem seperti wall climbing dan sebagainya. Menurut penelitian, anak-anak yang diasah bakatnya sejak kecil akan mempunyai daya keyakinan diri yang lebih positif

4. GALAKKAN MEREKA BERDIKARI
Dalam hal ini, cara mendidik anak perempuan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan anak lelaki. Galakkan mereka belajar menguruskan diri sendiri dan mempunyai sikap prihatin terhadap sesama ahli keluarga

Di samping itu, beri kepercayaan kepada anak perempuan untuk turut membantu tugas yang dibuat oleh ayah. Contohnya, mencuci kereta, membaiki paip yang rosak, atau berkebun. Selain menggalakkan waktu ‘bonding’, anak juga dapat meneroka minat yang baru
5. ELAKKAN SEKADAR MEMUJI PARAS RUPA
Salah satu cara mendidik anak perempuan yang berkesan adalah dengan mempraktikkan teknik memuji yang sebetulnya

Jika selama ini kita asyik cakap, “Cantiknya anak Mama/Papa,” cuba ubah pujian ini ke arah yang lebih membina supaya mereka tidak terlalu fokus terhadap kecantikan luaran

Sebaliknya, banyakkan memuji usaha mereka dalam menjayakan sesuatu perkara. Anak-anak perlu tahu secara terperinci apakah perbuatan yang menyebabkan anda berasa bangga dengannya. Dengan cara ini, mereka dapat belajar dan mengembangkan sesuatu kemahiran dengan lebih baik

6. PERANAN AYAH BERI IMPAK YANG BESAR
Para pengkaji mendapati bahawa anak perempuan yang mempunyai hubungan erat dengan bapa mereka adalah lebih berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran untuk mencuba perkara baru. Apabila seorang ayah melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya

Jika seorang anak perempuan mempunyai seorang lelaki dalam hidupnya yang membuatnya selesa untuk menjadi diri sendiri, bergurau, menunjukkan bakat, berkongsi perasaan, dan menyatakan pendapatnya, mereka tidak akan perlu mencari ‘lelaki lain’ untuk membuatnya berasa istimewa

7. IMBANGKAN DENGAN SUPERHERO PEREMPUAN
Sukar untuk kita menepis kuasa media kerana memang naluri anak-anak kecil cepat tertarik dengan animasi dan kartun. Tapi, kita sebagai ibu bapa boleh memainkan peranan untuk memantau apa yang mereka tonton

Elakkan kartun-kartun yang kurang kontennya dan hanya bersandarkan kepada konsep ‘fairy tale’ atau ‘happy ever after’. Antara contoh kartun yang mempunyai mesej ‘girl power’ adalah Zootopia, The Incredibles, Brave, Dora The Explorer dan banyak lagi

8. BERI RUANG PRIVASI
Dengan memberi ruang privasi, anak perempuan lebih mudah untuk diajar berdikari, contohnya; mengemas katil sendiri, menyimpan mainan di tempatnya, dan menulis di meja tulisnya

Apabila anak perempuan semakin membesar, mereka akan cenderung untuk menjadi lebih senyap, kritikal terhadap diri sendiri, dan kurang konfiden terhadap imej diri. Dengan adanya ruang privasi, anak-anak boleh belajar mengawal emosi sambil dipantau oleh ibu bapa

9. AJARKAN TENTANG ‘HAL WANITA’
Sebagai seorang ibu, jangan terlalu lengah untuk menerangkan tentang hal-hal wanita kepada anak. Antaranya perkara terawal yang perlu disentuh adalah bab berkaitan aurat. Jadikan ia sebagai sesuatu yang santai dan tidak memberatkan. Jangan sekadar melarang dan memberi amaran keras, tetapi mulalah dengan menceritakan kelebihannya

Apabila anak sudah masuk usia sekitar 8-9 tahun, jangan kekok untuk bercerita kepada anak tentang haid, mandi wajib, serta hal-hal lain yang berkaitan agar mereka lebih bersedia menghadapi alam keremajaan

-ANAK PEREMPUAN BANYAK MENIRU PERWATAKAN IBUNYA-
Cara mendidik anak perempuan tidak hanya terhad kepada apa yang kita ajarkan, tetapi juga apa yang kita cerminkan. Menurut kajian, kebanyakan anak perempuan seawal usia 7 tahun mengakui bahawa keperibadian ibu mereka memainkan peranan besar dalam cara mereka melihat diri mereka sendiri

Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif hargai setiap kelebihan diri masing-masing. Elakkan memandang cermin dan ‘mengutuk’ diri sendiri sebagai gemuk atau tak cantik. Tanpa disedari, ia boleh membawa mesej yang mendalam pada diri si anak perempuan

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel via http://bit.ly/2p5VMJ5

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2019/11/anak-perempuan-banyak-tiru-perwatakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bangunlah Ibu Anak Menangis Tanpa Henti Ibunya Mati Dilanggar Lari Ketika Menyapu Jalan

Ibu Bangunlah Ibu Anak Menangis Tanpa Henti Ibunya Mati Dilanggar Lari Ketika Menyapu Jalan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 1361 hits
The ReporterSeorang wanita yang bekerja sebagai petugas pembersihan maut selepas dilanggar lari di Jalan Metro Tanjung Bunga Kecamatan Mariso Kota Makassar Indonesia Kejadian yang menimpa mangsa Lina 37 berlaku pada 9 Ogos lalu dan gambar a...
Ayah Manjakan Anak Perempuan Sebab Sensitif Menurun Perangai Ibu Agaknya

Ayah Manjakan Anak Perempuan Sebab Sensitif Menurun Perangai Ibu Agaknya

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 440 hits
Sekiranya anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan pasti anda boleh lihat sendiri bagaimana layanan suami terhadap mereka Biasanya anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya Anak lelaki pula lebih kamceng dengan ibu Anak perempuan yang ...
Sayu Anak Lelaki Peluk Erat Tubuh Mangsa Ibu Anak Perempuan Maut Kemalangan Bertembung Lori

Sayu Anak Lelaki Peluk Erat Tubuh Mangsa Ibu Anak Perempuan Maut Kemalangan Bertembung Lori

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 413 hits
ALOR SETAR 4 Nov Seorang ibu dan anak perempuannya meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di hadapan kedai makan di Padang Lalang di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata...
Akibat Terlalu Lama Membujang Anak Perempuan Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi Sehingga Cedera

Akibat Terlalu Lama Membujang Anak Perempuan Dipukul Ibunya Dengan Batang Besi Sehingga Cedera

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 437 hits
Tidak berpuas hati anak perempuannya yang berusia 30 tahun masih bujang si ibu tergamak memukul mangsa menggunakan batang besi Mangsa Lin 30 mengalami pendarahan dan lebam di beberapa bahagian badannya dan terpaksa memanggil polis datang ke...
Dah Ada 2 Masuk 3 Girl Juga Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak

Dah Ada 2 Masuk 3 Girl Juga Untungnya Suami Isteri Ada Anak Perempuan Banyak

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 373 hits
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT Apabila disahkan hamil a...
Ibu Arfan Rindu Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

Ibu Arfan Rindu Anak Arwah Mengigau Banyak Kali Semasa Tidur Panggil Ibu

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 586 hits
Anak arwah mengigau memanggil ibunya beberapa kali semasa tidur kerana terlalu rindu sebelum dia tidur semula Saya sedih mendengar rintihan cucu yang kehilangan ibu bapa kerana dia masih kecil dan perlukan kasih sayang mereka kata Fauziah D...
Saya Tak Menyesal Dah Banyak Bukti Anak Bunuh Bapa Kerana Curang Di Belakang Ibunya

Saya Tak Menyesal Dah Banyak Bukti Anak Bunuh Bapa Kerana Curang Di Belakang Ibunya

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 281 hits
https ift tt 3322NxV Seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membunuh bapa kandungnya Rahadi 58 dengan kapak dan menyembunyi mayat mangsa di dalam tangki septik Kejadian yang berlaku di Desa Kendayakan Kecamatan Warureja Kabupaten Tegal In...
Anak Dua Pusar Benarkah Lasak Banyak Akal

Anak Dua Pusar Benarkah Lasak Banyak Akal

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 454 hits
Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak Entah di mana logiknya tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang Anak Dua Pusar Benarkah Lasak Banyak Akal Orang tua tua memang banyak pengalaman mereka lebih...
5 Perkara Ibu Perlu Tahu Cara Mendidik Anak Lelaki

5 Perkara Ibu Perlu Tahu Cara Mendidik Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 677 hits
5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki Anak lelaki dan anak perempuan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka kerana dari segi fizikal emosi pemikiran dan tingkahlaku saling berbeza antara anak lelaki dan anak p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya