5 Perkara Ibu Perlu Tahu Cara Mendidik Anak Lelaki


5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. Anak lelaki dan anak perempuan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka kerana dari segi fizikal, emosi, pemikiran, dan tingkahlaku, saling berbeza antara anak lelaki dan anak perempuan. 5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. 
Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman mrs pip membesarkan anak lelaki dan juga berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh ibu-ibu lain di luar. 
5perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki
Semoga entry ini sedikit sebanyak membantu para ibu untuk lebih memahami karakter anak lelaki dan semoga kita mampu mendidik anak-anak lelaki kita dengan lebih baik

Sebagai seorang ibu, kita sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Kita juga sentiasa ingin melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita, dan sentiasa ingin ada di sekeliling anak-anak kita kerana merasakan anak-anak kita sentiasa memerlukan kita, padahal anak-anak lelaki kita menginginkan kita cukup menjadi penyokong setia mereka, memberikan mereka ruang untuk bebas bergerak, dan menyediakan sokongan kepada mereka ketika mereka memerlukan kita

Anak-anak lelaki ini biasanya, kebanyakkan daripada mereka memiliki pemikiran yang lebih 'mekanikal'. Berdasarkan pemerhatian Mrs Pip terhadap Iman dan Amin, mereka pada usia 4 hingga 6 tahun ini gemar dengan aktiviti 'pembinaan'. Mereka suka membina sesuatu dan kemudian merobohkannya, mencabut segala permainan dan memasangkannya semula, dan mereka tidak suka diberi pertolongan selagi mana mereka mampu melakukan apa yang mereka sedang kerjakan. 
Dan mereka juga bertengkar sama ada berebut mainan ataupun tidak sependapat dalam sesuatu perkara, asalkan pertengkaran dalam skala kecil, biasanya Mrs Pip biarkan sahaja. Ini biasa terjadi dalam fasa pembesaran anak-anak. 
Tetapi ada masanya kita sebagai Ibu, apabila melihat anak-anak terkial-kial berusaha melakukan sesuatu, mulalah kita ingin membantu, padahal anak-anak sama sekali tidak memerlukan bantuan kita kerana, dan seharusnya jangan sekali kali kita cepat memberikan mereka bantuan, biarkan dulu mereka berusaha

5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. ☀1. Ibu perlu tahu apabila Ibu membuat kesilapan, anak lelaki perlukan Ibu untuk meminta maaf.Mrs Pip sangat menekankan konsep meminta maaf sesama ahli keluarga setiap kali melakukan kesalahan atau kesilapan, tak kira salah kecil atau salah besar

Mrs Pip tahu, lelaki mempunyai ego yang lebih berbanding wanita, maka Mrs Pip berharap dengan mendidik anak-anak lelaki dengan membiasakan mereka meminta maaf apabila melakukan kesalahan atau kesilapan akan menjadikan mereka seorang yang tidak egois apabila mereka besar kelak

Anak-anak perlu dididik mengenai hal tiada apa yang perlu dimalukan sekiranya mengaku kesalahan dan meminta maaf. Meminta maaf akan menjadikan anak-anak memiliki ciri-ciri seorang yang berani, tidak pendendam dan jujur pada diri sendiri

Anak-anak lelaki perlu dididik untuk memahami konsep meminta maaf.

Cara komunikasi yang baik bersama anak
Sama juga kepada setiap ibu, sekiranya melakukan kesalahan kepada anak-anak, haruslah berani untuk meminta maaf. Jangan guna konsep 'mom always win' di dalam mendidik anak-anak lelaki kerana kelak mereka juga kemungkinan akan menggunakan konsep yang sama 'I'm always win'.
Teringat satu waktu Mrs Pip terlupa untuk membelikan Iman bread, padahal sudah berjanji untuk membelikannya apabila dia balik dari sekolah. Dan Mrs Pip merasakan ini hanyalah hal kecil.

Baca juga : Luahan Hati Aku Bukan Mommy Yang Perfect 
Iman agak kecewa apabila tiada bread seperti yang dijanjikan dan Iman tidak teragak-agak meminta Mrs Pip untuk meminta maaf kepadanya kerana terlupa membelikan bread untuknya

Haha, I learnt my lesson! 
Jadi selepas ini, kalau ibu-ibu sudah membiasakan anak-anak lelaki untuk meminta maaf, maka ibu-ibu juga perlu membiasakan diri mengungkapkan perkataan maaf sekiranya melakukan kesalahan atau kesilapan ya

☀2. Ibu perlu membiarkan anak lelaki berdepan dengan kegagalan dan menerima kegagalan untuk mereka berusaha lebih baik untuk berjaya.
Melihat anak-anak sedang bermain building block, tetapi tidak berjaya membina seperti apa yang dikehendakinya, maka ibu datang dan membantu membina struktur untuk si anak

Kenapa ibu ada rasa untuk membantu si anak? Kerana ibu punya naluri cepat kesian apabila melihat si anak gagal melaksanakan sesuatu yang diinginkan

Iman dan Amin sangat gembira setiap kali Mrs Pip bermain bersama mereka. Tetapi, mereka tidak suka kalau Mrs Pip membantu mereka melakukan sesuatu ketika mereka masih berusaha untuk mencuba melaksanakan apa yang mereka inginkan, contohnya membina kapal angkasa menggunakan building blocks

Mereka akan berusaha berkali-kali sehingga berjaya membina dan setiap kali mereka gagal , mereka akan menzahirkan rasa kecewa kemudian mereka akan berusaha membinanya semula

Ibu perlu belajar untuk membiarkan anak-anak berdepan dengan kegagalan. Emosi mereka mungkin terganggu namun mereka perlu faham bahawa kegagalan akan membuatkan mereka lebih bersemangat dan berusaha untuk lebih berjaya.

Biarkan saja Iman n Amin dengan percubaan untuk mengorek lubang
Biarkan anak-anak mengetahui kebolehan (capability) mereka, biarkan anak-anak lelaki tumbuh membesar dengan jiwa yang kental

FAIL IS THE BEAUTY OF SUCCESS
☀3. Ibu perlu tahu yang anak lelaki mahukan ibu memberi persetujuan tentang apa yang mereka ingin lakukan, bukan apa yang Ibu mahu mereka lakukan.
Sebagai seorang ibu, Mrs Pip sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Dan selalunya, Mrs Pip akan memberitahu Iman dan Amin apa yang mereka perlu lakukan. 
Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Kena ikut cakap ibu. Tak boleh membantah

Ibu lupa yang anak-anak juga punya keinginan melakukan sesuatu, dan sebagai ibu kita perlu memberi sokongan selagi mana mereka tidak melakukan sesuatu yang membahayakan mereka

Seperti Iman yang sangat sukakan bunga (hobi Iman buat masa sekarang), setiap petang, dia akan menyiram pokok-pokok bunganya, dan ada masanya dia akan sesuka hatinya menukar bunga-bunganya ke pasu lain

Perlukan Mrs Pip melarang Iman menukar bunga-bunganya ke pasa yang lain?

Iman dan hobi barunya menanam bunga
Bagi Mrs Pip , menukar bunga ke pasu yang lain boleh menyebabkan pokok bunga tersebut rosak atau mati, tetapi berbeza bagi Iman, pokok bunga pasti suka duduk di pasu baru yang lebih besar dan cantik

Jadi, ada masanya ibu perlu belajar untuk memberi persetujuan terhadap apa yang anak-anak ingin lakukan walaupun ibu tidak sependapat dengan anak-anak. Ibu hanya perlu menasihati dan membimbing mereka , tetapi biarkan anak-anak melakukan sesuatu yang mereka suka, selagi tidak memberikan kesan negatif kepada mereka

Ini mendidik anak-anak lebih kreatif dan matang. Anak-anak akan belajar tentang konsep berdepan dengan akibat tentang sesuatu keputusan yang mereka sendiri lakukan.

Dan ibu-ibu juga belajar cara mengurangkan rasa risau terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh anak-anak. 
Pada satu peringkat umur anak-anak, ibu-ibu perlu bersedia memberikan sedikit kebebasan untuk anak-anak membuat keputusan sendiri tentang apa yang mereka ingin lakukan

☀4. Ibu perlu tahu yang anak lelaki belajar mengenai kepercayaan beragama dengan melihat cara Ibu melaksanakan kepercayaan Ibu
Iman bertanya kepada Mrs Pip "mommy, kita Islam?" , dan Mrs Pip mengangguk

"Mommy, kalau kita Islam, kita sembahyang bersujud kan, dan kalau Kristian, sembahyang cross kan?, dan Mrs Pip mengangguk sambil memberikan sedikit penjelasan ringkas agar Iman faham konsep beragama

Ya, tentang kepercayaan, lagi-lagi keluarga kami yang berkahwin campur mungkin menimbulkan sedikit kekeliruan pada pandangan anak-anak. 
Penting untuk ibu-ibu menunjukkan agama yang dianuti agar anak-anak faham tentang agama mereka

Apabila Mrs Pip solat, Mrs Pip ajak Iman dan Amin solat bersama, ada masanya mereka ikut, ada masanya mereka enggan. Tidak dipaksa, cukuplah pada usia kecil dididik dengan melihatkan mereka cara kita solat, baca al-quran, bertasbih, istighfar dan sebagainya. 
Dan ibu-ibu jelaskanlah kepada anak-anak lelaki apa itu solat, bagaimana untuk solat, bacaan solat, kenapa perlu solat agar mereka mudah faham. Insya allah, apabila mereka faham, mereka akan ikut solat dengan rela hati dan gembira.

Sejuk rahim mak mengandung tengok anak solat
Jelaskanlah juga kepada mereka akibat tidak solat. Seperti Iman, Mrs Pip bagitau kalau kita tak solat nanti Allah tak sayang, kalau Allah tak sayang, nanti Allah tak bantu kita bila kita ada masalah

Iman belum begitu faham konsep solat, tetapi dia suka ikut Mrs Pip solat dan ada masanya dia akan solat sendiri-sendiri. 
Ada masanya Mrs Pip tanya kenapa Iman sembahyang. Saja bertanya untuk mendengar jawapan anak-anak, dan melihat kefahaman mereka tentang konsep beribadat

Iman bagitau daam Islam kan kena sembahyang supaya nanti Allah sayang. 
Selalunya, di malam hari Mrs Pip mengajak Iman dan Amin menghafal surah surah pendek, dan sebelum tidur pastikan mereka membaca doa tidur, ayat 3 Qul, dan ayat Kursi

Dan Mrs Pip juga akan heart-to-heart dengan anak-anak tentang hal hal yang mereka risaukan, seperti kepercayaan anak-anak yang selalu takutkan hantu. Jadi pendekatan agama digunakan untuk menjadikan mereka tidak perlu takutkan hantu, dan sebaliknya yakin dengan kekuatan Allah SWT yanh sentiasa melihat kita

Begitu juga dengan makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan menurut Islam, juga perbuatan baik dan perbuatan jahat yang dilarang. 
Ibu-ibu jangan sesekali mudah rasa berputus asa dalam mendidik anak-anak lelaki tentang kepentingan beragama, lagi-lagi anak-anak lelaki inilah apabila besar nanti akan menjadi imam-imam kita dan ketua keluarga dan ketua agama

☀5. Ibu perlu tahu yang anak lelaki sentiasa merasakan Ibu seorang wanita yang hebat, maka tunjukkan anak lelaki definisi wanita hebatPenting untuk ibu menunjukkan ibu seorang yang hebat, supaya anak-anak kita selalu mengingati yang mereka memiliki ibu yang hebat

Definisi hebat itu sangat luas. Sangat subjektif. Ibu menyediakan makanan kegemaran, memberikan pakaian kesukaan, menghadiahkan hadiah harijadi, memastikan bilik tidur bersih, menyusun mainan agar mudah dicari, semua ini adalah antara contoh ibu seorang yang hebat

Anak-anak lelaki gembira apabila semua barangan mereka sentiasa ada ketika mereka memerlukannya, dan mereka tahu ibulah yang menyediakan semuanya buat mereka.

Ibu perlu kelihatan hebat di mata anak lelaki
Ibu-ibu juga perlu menjaga penampilan dengan berpakaian sopan, menjaga lisan dengan berkata yang baik-baik dan tidak kasar, menjaga kesihatan agar sentiasa punya daya untuk menguruskan anak-anak, ibu bijak dalam menjawab semua soalan anak, dan semua ini juga termasuk di dalam kategori ibu hebat bagi pandangan anak-anak lelaki anda

Dan tidak hairan apabila anak-anak lelaki ini dewasa kelak, mereka cenderung mencari pasangan yang mempunyai ciri-ciri kehebatan ibu mereka sendiri. 
Tidak dinafikan , kata kata seperti "Ibu adalah role model terbaik buat si anak lelaki" juga ada benarnya

Kita biasa mendengar ungkapan "anak ibu" atau "manja ibu" yang ditujukan kepada anak lelaki kerana anak lelaki ni manja dia lain sikit dekat ibu berbanding manja dia dekat ayah kan. 
5 perkara ibu perlu tahu cara mendidik anak lelaki. Banyak lagi sebenarnya cara mendidik anak-anak lelaki agar mereka membesar menjadi anak yang baik. Perkongsian Mrs Pip ini hanya sebahagian sahaja, dan Mrs Pip percaya ibu-ibu lain juga punya cara, pendapat, pandangan tersendiri dalam mendidik anak-anak lelaki

Sebagai ibu, Mrs Pip berusaha mendidik anak-anak memilih jalan yang baik dalam hidup mereka, tetapi di luar bidang kuasa Mrs Pip untuk menentukan jalan hidup anak-anak sepenuhnya.

peraturan 10 saat untuk  kecil anda
Dan baca juga peraturan 10 saat untuk anak-anak. Sila klik entry Peraturan 10 Saat untuk anak kecil anda untuk cerita lanjut

Till then, happy parenting semua

Xoxo

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2019/10/cara-mendidik-anak-lelaki-yang-ibu-perlu-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah

Anak Elok Saja Bila Ibu Jaga 7 Perkara Yang Buat Ibu Hampir Pitam Bila Anak Anak Ditinggalkan Di Bawah Jagaan Ayah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 462 hits
Adakalanya ketika ibu terpaksa bekerja terutamanya hujung minggu atau mempunyai tugasan lain yang tidak boleh dielakkan ayah terpaksalah turun padang menjaga anak anak yang masih kecil Sebelum ini figura bergelar ayah mungkin hanya diberika...
Semua Bayi Dilahirkan Pintar Cuma Ibu Ayah Perlu Faham Cara Anak Anda Berkomunikasi

Semua Bayi Dilahirkan Pintar Cuma Ibu Ayah Perlu Faham Cara Anak Anda Berkomunikasi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 420 hits
Bayi baru lahir mempunyai pelbagai perkara baru dan menerujakan untuk dilihat dirasa dan dialami Namun bagaimana untuk ibu bapa tahu jika bayi baru lahir dalam keadaan baik atau terganggu sedangkan si manja masih belum boleh bercakap Sebena...
Faedah Menyusukan Anak Kepada Ibu

Faedah Menyusukan Anak Kepada Ibu

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 396 hits
Surah al Baqarah ayat 233 Maksudnya Dan para ibu itu menyusukan anak anak mereka selama sempurna 2 tahun bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan Jangan tak tahu ye selain bayi kita The post appeared first on
Anak Alami Cacat Cuping Telinga Ibu Doa Orang Ramai Sokong Jualan Online Nak Tampung Kos Rawatan

Anak Alami Cacat Cuping Telinga Ibu Doa Orang Ramai Sokong Jualan Online Nak Tampung Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 533 hits
Lain orang lain ujian yang diterima Sudahlan pendapatan suami tidaklah banyak diduga pula dengan seorang anak yang sakit sejak kecil dan memerlukan kos rawatan yang agak besar setiap bulan Haryani Mat Hussin 40 berniaga karipap serunding da...
Lebih Baik Mak Mati Je Daripada Menyusahkan Anak Anak Jual Ibu Rm3 Di Facebook Kerana Berpenyakit Bebankan Dia

Lebih Baik Mak Mati Je Daripada Menyusahkan Anak Anak Jual Ibu Rm3 Di Facebook Kerana Berpenyakit Bebankan Dia

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 861 hits
Lebih baik mak mati je daripada menyusahkan anak Anak jual ibu RM3 di Facebook kerana berpenyakit bebankan diaViral posting Facebook seorang wanita yang mahu menjual ibunya dengan harga RM2 97 kerana berpenyakit selain membenci dan merasaka...
Ku Gagahi Kudrat Demi Anak Anak Ibu Empat Anak Perlu Bantuan

Ku Gagahi Kudrat Demi Anak Anak Ibu Empat Anak Perlu Bantuan

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 354 hits
MARANG Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah nasih seorang wanita yang terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga bagi menyara empat orang anaknya yang masih kecil Lebih menyayat hati lima beranak ini terpaksa ber...
Muka Penuh Darah Anak Merayu Minta Tengok Ibu Bapa Terperangkap Dalam Kereta

Muka Penuh Darah Anak Merayu Minta Tengok Ibu Bapa Terperangkap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 426 hits
Anak mana yang tidak sedih sekiranya melihat ibu bapa mereka sedang berada dalam penderitaan Begitulah yang dialami oleh dua orang kanak kanak yang menangis teresak esak di tepi jalan apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemala...
Quot Polis Call Anak Dia Kata Dah Tak Nak Bela Quot Anak Didakwa Tinggalkan Ibu Depan Kedai Dengan Beg Baju

Quot Polis Call Anak Dia Kata Dah Tak Nak Bela Quot Anak Didakwa Tinggalkan Ibu Depan Kedai Dengan Beg Baju

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 378 hits
Semalam tular satu hantaran yang dimuatnaik oleh salah seorang pengguna Facebook Cek Rozz Jannah yang memaparkan kejadian pilu didakwa terjadi di Kulim Kedah Gambar seorang wanita tua terduduk sayu di kerusi dipercayai sedang menanti anakny...
Sekali Tengking Jutaan Sel Otak Akan Rosak Inilah 7 Bahaya Tengking Anak Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Sekali Tengking Jutaan Sel Otak Akan Rosak Inilah 7 Bahaya Tengking Anak Yang Ibu Bapa Patut Tahu

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 386 hits
1 Menengking Boleh Rosakkan Sel Otak AnakKerana tengkingan atau meninggi suara atau perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak waktu itu juga Dan jika ditambah dengan satu pukulan atau cubitan maka akan membunuh lebih da...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids