Anak Nyanyi Allah Selamatkan Kamu Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit


Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit
Mengetahui insan tersayang sedang berjuang menanggung sakit bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.
Apatah lagi jika yang diuji itu adalah ibu bapa kita sendiri. Orang yang dulu gagah menjaga, mendukung dan membesarkan, kini terbaring lemah. Hati anak mana yang tidak luluh?
Sebenarnya, tiada siapa pun bersedia untuk berdepan detik getir kehilangan.
Kadang-kadang kita berpura-pura tenang di hadapan mereka supaya mereka kuat, sedangkan hakikatnya hati kita sudah berkecai. Kita sama-sama cuba bertahan, walau dalam jiwa penuh luka.
“Takda benda nak dikatakan, yang tinggal hanya berdoa…” – Anak Baru-baru ini, tular video menyayat hati memaparkan seorang anak lelaki menyambut ulang tahun kelahiran ayahnya yang difahamkan sedang bertarung dengan penyakit kanser.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan si anak membawa sebiji kek sambil melangkah perlahan menuju ke bilik ayahnya. Dengan suara yang cuba ditenangkan, dia menyanyikan lagu ulang tahun “Allah selamatkan kamu…”
Pada awalnya, wajahnya masih mampu mengukir senyuman. Namun, sebaik sahaja bertentang mata dengan ayahnya, nada suaranya mula bergetar.
Senyum pudar, diganti sebak yang tak lagi mampu ditahan. Lagu yang cuba dihabiskan terputus apabila tangisnya pecah.
“Happy birthday, ayah. Semoga ayah terus kuat dan cepat sembuh. Takda benda nak dikatakan, yang tinggal hanya berdoa,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
@hakimmuharam_ Happy birthday ayah . semoga ayah terus kuat dan cepat sembuh . takde benda nak dikatakan yang tinggal hanya berdoa . muharam bin shamsuri yang ke 49 26/12/1976 . #cancerfighter #fyp #brandatiktok
♬ bunyi asal – Surfgazer – Surfgazer

Video tersebut pantas mencuri perhatian ramai. Ruangan komen penuh dengan doa, sokongan dan kata-kata semangat buat keluarga ini.
Bukan sedikit yang turut mengalirkan air mata melihat kasih seorang anak yang sedang bertarung dengan perasaannya sendiri.
“Dengan uniform balik kerjanya. Ya Allah. Itulah pasal kita kena hormat semua orang, di sebalik kerah tenaga tu banyak kesedihan yang dipikul. Semoga Allah merahmati awak sekeluarga, dik. Ayah kuat semangat ya.”
“Selamat hari jadi, pak cik. Tumpang kasih sayang seorang ayah ye dik. Semoga dengan izin Allah SWT dikirimkan kesihatan dan dipermudah urusan dunia akhirat, amin.”
“Start yang second ayat “Allah selamatkan kamu” tu saya start keluar air mata. Lepas tu baca caption, lagilah laju air mata turun. Arwah bapa saya pun dulu kanser, tapi kuat macam ayah awak juga. Teruskan berjuang, berdoa dan tawakal. Semoga berkat kehidupan kalian sekeluarga, dunya wal akhirah. Aamiin.”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul Seperti kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita mungkin hanya melihat melalui ‘jauh’, tetapi mereka yang sedang menghadapinya, hanya Allah sahaja tahu kuatnya hati mereka.
Semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan. Semoga si ayah dikurniakan kesembuhan, ketenangan dan rahmat yang berpanjangan. Semoga kita semua juga tidak lupa menghargai insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.
BACA: Niat Nak Jaga Mak Cik Sakit, Tahu-tahu Jadi ‘Pengasuh’ Satu Wad Di Hospital
Sumber: TikTok @hakimmuharam_
The post Anak Nyanyi “Allah Selamatkan Kamu” Sambut Hari Jadi Ayah Derita Sakit appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/31/anak-nyanyi-allah-selamatkan-kamu-sambut-hari-jadi-ayah-derita-sakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupa Bunyikan Hon Ayah Sanggup Patah Balik Demi Senyuman Anak Anak

Lupa Bunyikan Hon Ayah Sanggup Patah Balik Demi Senyuman Anak Anak

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 128 hits
Lupa Bunyikan Hon Ayah Sanggup Patah Balik Demi Senyuman Anak Anak Kehadiran anak anak dalam rumah tangga bukan sekadar menjadi penyeri tetapi juga pelengkap kepada kasih sayang antara pasangan suami isteri Anak anak juga merupakan amanah y...
Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 173 hits
Pelakon menafikan dakwaan bahawa dirinya bersama isteri Mona Allen meraikan sambutan Hari Natal seperti yang tular di media sosial baru baru ini Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim kehadiran mereka hanyalah untuk memenuhi ...
Seronok Hasut Mak Ayah Soh Bercerai Apa Punya Bodo Anak Anak Ni

Seronok Hasut Mak Ayah Soh Bercerai Apa Punya Bodo Anak Anak Ni

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 106 hits
Che IbrahimTerhibur juga hati tengok perbincangan budak budak dok hasut mok pok dia bercerai
Banjir Di Pahang Pulih Sepenuhnya Kesemua 79 Orang Mangsa Daripada 27 Keluarga Di Pps Telah Di Benarkan Pulang Hari Ini

Banjir Di Pahang Pulih Sepenuhnya Kesemua 79 Orang Mangsa Daripada 27 Keluarga Di Pps Telah Di Benarkan Pulang Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Banjir di Pahang pulih sepenuhnya apabila kesemua 79 mangsa daripada 27 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara pagi tadi telah dibenarkan pulang hari ini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumka...
Kedah Bapa Mentua Menantu Meragut Disambung Reman Empat Hari Lagi

Kedah Bapa Mentua Menantu Meragut Disambung Reman Empat Hari Lagi

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 99 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myAlor Setar Dua lelaki yang mempunyai hubungan bapa mentua dan menantu yang disyaki terbabit dalam kegiatan samun membabitkan seorang penuntut wanita di Masjid Al Bukhary Jumaat lalu disambung reman empat har...
Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat level nieyl hari ni sangat sunyi sepi ya ramai yang sambung cuti sampai weekend Tadi nieyl sampai adalah nampak 3 orang je yang ada Bos nieyl pun tiga tiga cuti hari ini jadi PA close door lah hari ini hehehe Ad...
Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 190 hits
Selamat Menyambut Krismas 2025 Persatuan Bolasepak Malaysia ingin mengucapkan Selamat Krismas kepada semua yang merayakannya khususnya kepada seluruh penggiat bola sepak di tanah air Selamat bercuti FAM HarimauMalaya
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 173 hits
The Colours of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025 pada semua pengunjung blog khususnya buat penganut agama Kristian Raikan dengan penuh keharmonian dan nikmati bersama yang tersayang mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk ki...
Harga Bitcoin Hari Ini Bagaimana Anda Boleh Jana Income Usdt Tanpa Perlu Trade Bitcoin Secara Manual

Harga Bitcoin Hari Ini Bagaimana Anda Boleh Jana Income Usdt Tanpa Perlu Trade Bitcoin Secara Manual

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 139 hits
Harga Bitcoin Hari Ini Bagaimana Anda Boleh Jana Income USDT Tanpa Perlu Trade Bitcoin Secara Manual Ramai orang mencari maklumat The post appeared first on
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi