Anak Murid Pakai Baju Baru
Perhimpunan tengahari tadi, mata aku terpandang seorang anak ini. Seluarnya menarik perhatian. Rambutnya juga panjang boleh tahan.
Aku panggil dia. Aku bawa ke tepi. Kami berbual
" Abang, kamu tak ada seluar sekolah lain ke?"
" Tak ada cikgu. Seluar saya semua dah "pindik"."
Mengucap aku dalam hati. Macam mana aku boleh terlepas pandang budak ni. Anak ini anak yatim yang biasa aku "belanja" setiap Jumaat. Tapi tak pernah pulaklah aku "sakit mata" tengok apa yang dia pakai sampailah hari ini
Rambutnya dah panjang. Rasanya dah berbulan tak bergunting. Terus aku bawa dia ke bilik guru, carikan baju terpakai kalau ada. Cari punya cari tak jumpa saiz. Semuanya besar
Aku terus jumpa Penolong Kanan
" Boss, izinkan aku keluar kejap. Nak gi Giant. Bawa budak tu, nak carik seluar dengan baju sekolah baru . Sedih tengokkannya. Aku nak bawak dia gunting rambut sekali."
Lepas dapat keizinan, terus kami keluar ke Giant. Tak jauh mana, tak sampai 1km dari sekolah
Aku tuju kedai gunting rambut.
" Boss kasi potong. Bikin macam budak sekolah."
Zasss zuppp zasss siap
" Berapa?"
" RM25..."
Aduh, harga barber rupanya. Nak buat macam mana. Itu je kedai yang ada
Lepas tu terus kami pergi cari baju dengan seluar sskolah baru. Yang ada hanya kedai jenama Canggih. Memang canggih jugalah harganya
Dia terus pakai baju baru. Nampak segak dengan rambut yang dah kemas. Barulah handsome macam cikgunya. Kalau tidak, Allahhuakbar
" Kamu dah makan ke bang?"
" Belum cikgu tapi mak ada bagi saya bekal."
" Jom makan jap. Cikgu lapar. Kita pergi KFC nak?"
" Boleh cikgu."
Masa aku order makanan, aku tanya dia
" Bang nak aiskrim?"
Dia malu malu nak bagitahu
" Cikgu tanya nak ke tak. Kalau nak, cikgu belikan, kalau tak nak, tak dapatlah. Rugi ooo..."
Terus laju dia jawab, nak cikgu nak
Haha, psikologi sungguh cikgunya pun
Kami pun makan dengan gembira seketika
Tiba tiba datang seorang kakak yang duduk depan kami, hulurkan duit pada anak ini. Not merah
" Adik, nah duit belanja..."
Hah rezeki dia. Mungkin akak tu tengok kami bual. Aku pakai baju ngajar, anak murid pakai baju baru
Rezeki sungguh. Kisah aku dengan anak yatim memang sinonim. Santuni mereka selagi daya
Terima Kasih Cikgu ❤️
Kredit dan kongsian Pe Chey
#ohbulan
Sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/10/anak-murid-pakai-baju-baru.html