Anak Muda Kena Tahu 12 Benda Ini Dulu Sebelum Buat Keputusan Nak Beli Rumah
Sejak kebelakangan ini ramai golongan muda berkongsi kejayaan mereka memiliki rumah sendiri di usia yang muda. Umum mengetahui untuk memiliki rumah merupakan sesuatu tanggungan yang sangat besar dan tidak semua orang mampu memiliki rumah. Malahan terdapat juga sesetengah orang yang mempunyai pekerjaan yang tetap tetapi tidak layak untuk membeli rumah.
Selain mempunyai pendapatan yang stabil banyak lagi perkara yang asas yang perlu ditelitikan dalam mengumpul segala keperluan dalam membeli rumah. Ikuti perkongsian seorang perancang kewangan yang menerangkan ‘step by step’ cara membeli rumah yang boleh diikuti oleh semua.
Dalam inbox FB saya beribu-ribu lagi PM yang saya boleh sempat balas. Maaf Zahir dan batin. Eh!
Kadang-kadang saya go thru satu per satu, ramai tanya soalan basic yang dah banyak kali saya kongsi. Ada yang saya sempat reply, ada yang tak.
Jadi, hari ni saya terlebih rajin nak bantu kau orang yang masih baru nak belajar tentang hartanah. Lagi-lagi pembeli rumah pertama.
Lepas baca posting ni, mesti kau rasa tak sabar-sabar nak SHARE supaya dapat rujuk balik nanti. Kau juga akan nampak flow how to own a property.
Okay jom baca!
PANDUAN STEP BY STEP BELI RUMAH
1. Profil
Senaraikan semua pendapatan, komitmen dengan bank, pelaburan, simpanan, cukai pendapatan.
2. Dokumentasi
Kumpul semua slip gaji, penyata simpanan pelaburan ASB, TH, Unit Trust, penyata bank, EA Form, EC Form, CP58, penyata cukai.
3. Semak CCRIS
Laporan CCRIS kau boleh dapat di Bank Negara Malaysia. Pergi sekali, jangan lupa daftar eCCRIS. Lepas tu anytime boleh cek laporan eCCRIS kau asalkan ada internet. Selain tu, boleh juga dapat melalui BNM secara email atau third party macam RAMCI, CTOS, Credit Bureau.
4. Jumpa Banker.
Untuk semak Debt Service Ratio (DSR), kau boleh ke bank, bawa semua dokumen tadi, minta dia kirakan kelayakan kau. Setiap bank berbeza cara kira kelayakan.
Secara umum, cara kira kelayakan macam ni,
Gaji: RM3,300
Potongan: RM300
Komitmen: RM500
Gaji Bersih: RM3,300 – RM300 = RM3,000
Max DSR 60%: RM3,000 x 60% = RM1,800
Tolak Komitmen: RM1,800 – RM500 = RM1,300
Formula 200: RM1,300 x 200 = RM260,000
Kau layak dapat pembiayaan RM260,000.
Jadi, in case banker tu kata kau layak harga rumah RM260K, kau carilah rumah lebih murah daripada tu.
Kalau banker kata kau tak layak beli rumah, kau walk in je ke bank lain. Tapi kalau dah 5 banker cakap benda yang sama, kau kena tanya kat mana silap kau dan perbaikilah.
Cantikkan rekod CCRIS
Kukuhkan profil
5. Pilih rumah
Lokasi: Kawasan hot, mahal. Kawasan tak hot, murah.
Jenis: Banglo, semiD, teres, apartment, kondo, low cost.
Kalau kau nak jadi pelabur hartanah, cari hartanah yang boleh disewakan at least 80% daripada ansuran bulanan.
6. Pasaran hartanah
Lelong: Sesuai kalau kau ada modal besar, berani, ada ilmu yang baik, kelayakan mesti dah tau ada. Rumah murah. Modal 15%-30%.
Rumah Baru: Modal kecil, tapi kena tahu pasal progressive payment, tapi kena ada kemahiran analisis masa depan yang tinggi.
Subsale: Rumah second hand, modal sederhana, semua boleh nego dengan owner, banyak pilihan, boleh disewakan cepat, kurang risiko rugi. Modal 15%.
7. Leasehold/Freehold
Leasehold: Biasanya harga lebih rendah daripada Freehold. Proses untuk pindak milik ambil masa lebih lama berbanding Freehold. Make sure tempoh pajakan tu tak kurang 30 tahun kalau nak buat pembiayaan bank.
Freehold: Biasanya lebih mahal daripada Leasehold. Hakmilik kekal. Untuk rumah duduk sendiri, orang suka beli Freehold. Tapi kalau untuk rumah pelaburan, mana-mana pun okay.
8. Bumi Lot / Non Bumi Lot
Bumi lot: Harga murah sikit daripada Non Bumi Lot. Hanya Bumiputera boleh beli. Malah, ada banyak diskaun untuk bumiputera. Itu pun, ramai lagi Bumiputera yang tak beli.
Non Bumi Lot: Terbuka kepada sesiapa untuk beli. Biasanya harga lebih tinggi berbanding Bumi Lot.
9. Market Value
Untuk dapatkan market value rumah tu, kau boleh jump valuer, pegawai bank, website Brickz, tengok di website Mudah yang banyak ada jual rumah tu.
Penting kena tau harga pasaran sebab keputusan kau berkait rapat dengan market value tu.
Harga Jual = Market Value (OK)
Harga Jual < Market Value (Sangat OK)
Harga Jual > Market Value (KO)
10. Pembiayaan Bank
Untuk makluman kau, bank hanya bagi pembiayaan 90% daripada market value rumah untuk rumah pertama dan kedua. Untuk rumah ketiga dan seterusnya, 70% je.
11. Beli sendiri atau melalui ejen
Kalau kau kondifen, kau belilah sendiri. Kalau tak, beli melalui ejen. Mereka pakar, ada networking dengan banker, peguam, valuer. Senang kerja kau. Lagipun untuk rumah subsale bukan kau yang kena bayar komisyen dorang, owner yang bayarkan.
12. Mana nak cari rumah?
Ejen hartanah, Facebook, website Mudah, website iProperty, banner yang digantung, ejen lelong, website lelong (lelonglist, lelongtips, auctionlist, auctiondata, Ng Chan Mau, Eszam Auctioneer), booth di shopping mall.
Actually, nak cerita semua tips, trik, risiko, strategi hartanah ni memang tak muat dalam satu posting.
Saya bagitau awal-awal benda ni sebelum makcik bawang kecam dengan komen,
“Cerita sekerat sekerat baik tak payah. Kau cerita la sekali pasal risiko rugi beli rumah ni, pasal orang bankrup sebab salah beli rumah!!”
Lepas ni saya akan sambung dalam perkongsian saya yang lain ya. Kalau rajin, boleh follow FB saya ni. Ajak kawan-kawan sekali.
#harithfaisal
Sumber: Harith Faisal
The post Anak Muda Kena Tahu 12 Benda Ini Dulu Sebelum Buat Keputusan Nak Beli Rumah appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/11/anak-muda-kena-tahu-12-benda-ini-dulu-sebelum-buat-keputusan-nak-beli-rumah/