Anak Lembut Hati Mudah Dengar Kata Peluklah Dia Doa Mengalir Dalam Kasih Sayang


Kehebatan air tangan seorang ibu tak pernah terhad pada dapur semata-mata. Ia lebih dalam, lebih indah — dari memakaikan baju anak, menyuap makan, sehinggalah ke rutin mandikan si kecil yang kadang-kadang rewel tapi tetap mencuit hati. Untuk ibu yang tidak bekerja, mungkin ini semua dah jadi kebiasaan.
Buat ibu bekerjaya, tugas ini bukan mudah. Penat di pejabat belum sempat hilang, dah bersambung pula dengan ‘shift kedua’ di rumah. Dan kalau anak masih kecil, memang kadang sampai tak sempat tarik nafas.

Tapi, ibu kena ingat satu pesan lama yang penuh makna — air tangan isteri dan ibu adalah pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Walau sesibuk mana pun, cubalah cari ruang untuk beri sentuhan sendiri pada anak-anak. Sebab itulah yang anak akan ingat sampai bila-bila.
Bukan Sekadar Masak Nasi
Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada kongsi satu rahsia besar — kehebatan air tangan ibu ini sebenarnya mampu buat anak mudah dibentuk dan dengar kata. Ia bukan sekadar soal masakan, tapi segala yang lahir dari tangan seorang ibu penuh dengan nilai kasih sayang yang tak boleh diganti sesiapa.
Kadang, walaupun hanya sempat masak ringkas atau suapkan sesuap nasi, itu pun dah cukup bagi anak rasa, “Mama sayang aku.”
Tapi bila semua rutin anak diuruskan pembantu rumah — dari makan, mandi sampai ke pakaian — lama-lama ‘rasa’ tu makin hilang. Air tangan ibu bukan pada resipi rumit. Ia pada sentuhan yang ikhlas dan momen kecil yang kita cipta bersama anak-anak setiap hari.
Doa Dalam Setiap Sentuhan
Saya sendiri, masa anak-anak masih kecil, saya akan mandikan mereka, syampu rambut dan basuh badan sambil berdoa dalam hati.
“Ya Allah, haramkan rambut anakku ini dari api neraka. Jadikan dia insan yang menutup aurat dengan sempurna.”

Masa basuh tangan kanan anak, saya akan doa, “Ya Allah, jadikan tangan ini buat benda baik, biar dapat buku amalan di tangan kanan.”
Basuh tangan kiri pula, “Jauhkanlah anakku dari perbuatan buruk, janganlah dia mencuri atau menyakiti orang lain.”
Masa basuh kaki, saya niat, “Biar kaki ini sentiasa melangkah ke tempat baik dan lurus atas jalan-Mu ya Allah.”
Setiap mandi tu bukan sekadar bersih fizikal, tapi ada spiritual yang diselitkan. Dan anak mungkin tak tahu sekarang, tapi satu hari nanti, dia akan rasa doa itu hidup dalam dirinya.
Sentuhan Yang Tinggalkan Bekas Dalam Hati Anak
Air tangan ibu itu luas maksudnya. Dari mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut, sampai suapkan makan — semua itu adalah bentuk kasih sayang yang akan jadi kenangan terindah buat anak satu hari nanti.

Anak takkan ingat lauk sedap mana yang kita masak, tapi mereka akan ingat rasa suapan ibu yang penuh cinta, atau cara kita balut mereka dengan tuala waktu kecil.
Dan semua tu… tak perlukan masa yang panjang pun, cuma keikhlasan hati dan niat untuk beri yang terbaik.
Tenang Itu Kuncinya
Ustazah kata, air tangan ni bukan saja untuk anak — sekarang cucu pun dapat ‘rasa’. Tapi satu yang penting, buat semua tu dalam keadaan tenang. Kalau kita marah-marah sambil masak atau mandikan anak, emosi tu boleh ‘terpindah’. Sebab tu kena buat semua dengan rasa sayang. Tak perlu sempurna. Cukup kita hadir sepenuh hati.
Apa pun tugasan ibu, dari sebesar masakan, sekecil pakaian — semuanya adalah tanda cinta. Bila dilakukan dengan doa dan kasih, itulah air tangan yang sebenar. Ia bukan sekadar jaga anak… tapi membesarkan jiwa.
Dan kalau rasa makin jauh dengan anak, mungkin jawapannya ada pada satu soalan ini:
“Masihkah anak rasa air tangan ibu hari ini?”
Akhirnya, bukan banyak mana kita buat… tapi bagaimana kita buat.
Air tangan seorang ibu bukan diukur pada resipi atau rutin harian, tapi pada keikhlasan dan kasih yang mengalir dalam setiap sentuhan.
Walau sekejap, walau letih — percayalah, anak akan rasa. Dan satu hari nanti, mereka akan kenang…
“Dulu, mama mandikan aku sambil doa. Mama suap aku walau mata dah letih. Tapi aku rasa disayangi.”
Itulah hadiah paling mahal… yang tak boleh dibeli, tapi akan hidup dalam hati mereka selamanya.
The post Anak Lembut Hati & Mudah Dengar Kata, Peluklah Dia. Doa Mengalir Dalam Kasih Sayang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lembut-hati-mudah-dengar-kata-peluklah-dia-doa-mengalir-dalam-kasih-sayang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Ada Anak Rasa Kasih Sayang Tak Terbatas Alif Satar Mahu Yang Terbaik Buat Alisha Ariana Ali

Bila Ada Anak Rasa Kasih Sayang Tak Terbatas Alif Satar Mahu Yang Terbaik Buat Alisha Ariana Ali

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 107 hits
Pada tanggal 15 September 2014 penyanyi dan pelakon terkenal Alif Satar melangkah ke alam perkahwinan bersama wanita pilihannya Shadila Halid Perjalanan cinta mereka bukan sekadar disatukan atas dasar rasa suka tapi juga keserasian dan kepe...
Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 190 hits
Kenyataan usahawan dan pempengaruh Noor Nabila yang mendedahkan dirinya kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki telah menarik perhatian netizen Seorang individu di Threads telah memuat naik semula kenyataan tersebut daripada sebuah p...
Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 117 hits
Tiada yang mustahil jika kita percaya pada kuasa doa dan usaha yang tak pernah putus Dalam kesibukan dunia yang sering kali melupakan golongan istimewa terselit kisah penuh inspirasi tentang seorang ibu tunggal Suzana Ilias 53 tahun dari Bi...
Kalau Tahu Down Syndrome Baik Tak Ada Anak Wanita Ini Takkan Lupa Kata Kata Jahat Bekas Suami

Kalau Tahu Down Syndrome Baik Tak Ada Anak Wanita Ini Takkan Lupa Kata Kata Jahat Bekas Suami

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 98 hits
Kisah wanita ini sememangnya meruntun hati Seorang ibu diuji dengan kelahiran anak istimewa namun pada masa yang sama terpaksa menelan kata kata paling menyakitkan daripada suaminya Bagi Aisyah Ellyy ibu dari Indonesia ini pengalaman melahi...
Bersinar Mata Bila Kata Aku Belanja Perkongsian Suami Ni Cara Mudah Dia Bahagiakan Isteri

Bersinar Mata Bila Kata Aku Belanja Perkongsian Suami Ni Cara Mudah Dia Bahagiakan Isteri

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 135 hits
Sudah menjadi lumrah wanita memang suka membeli belah Tidak semestinya shopping untuk diri sendiri tetapi kebanyakan isteri lebih teruja membelikan sesuatu buat suami dan anak anaknya Kadang kadang tak sedar pun tak ada reward untuk dirinya...
Sayunya Hati Anak Kecil Jadi Maskot Katak Di Pasar Raya Curi Tumpuan

Sayunya Hati Anak Kecil Jadi Maskot Katak Di Pasar Raya Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 169 hits
Di celah celah hiruk pikuk pasar raya yang sesak dengan pengunjung satu figura maskot katak hijau yang comel menjadi perhatian ramai Tapi siapa sangka di sebalik kostum tebal itu tersembunyi tubuh kecil seorang kanak kanak yang sedang berpe...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Apa Itu Isteri Provider