Anak Lelaki Saya Kata Semakin Dikenali Jung Sungil Ulas Populariti Selepas The Glory
Selepas “The Glory”, Jung Sung-il yang membawa watak sebagai Ha Do-yeong semakin dikenali ramai kini.
ARTIKEL BERKAITAN
Kisah Aksi Sejarah, Jung Sungil Dilamar Sertai Kang Dongwon Dalam Filem Netflix 'Jeon, Ran'
Terbaru, Jung Sung-il telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Dazed Korea, di mana dia berkongsi sedikit sebanyak tentang penglibatannya dalam drama “The Glory”.
Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu menceritakan tentang wataknya Ha Do-yeong dengan berkata,
Ha Do-yeong akan meluahkan segala yang dia alami sehingga sekarang. Dalam proses menangani isu berbeza, dia mencapai titik terendah dalam hidupnya sendiri. Saya tertanya sama ada penonton akan memahami pilihan yang dibuat Ha Do-yeong. Saya tidak tahu sama ada penonton akan bersimpati dengannya atau mempersoalkan sama ada dia perlu membuat keputusan sedemikian.
Kemudian, Jung Sung-il juga turut bercakap tentang popularitinya yang semakin meningkat naik selepas muncul dalam “The Glory”. Dia berkata,
Saya rasa saya telah sampai sejauh ini kerana saya bertuah. Sudah tentu, saya telah melakukan pelbagai aktiviti lakonan dan melakukan yang terbaik setiap kali, tetapi kali ini, saya memperoleh tuah yang melebihi kebolehan dan usaha saya.
Sambung pelakon berumur 43 tahun itu lagi dengan berkongsi cerita tentang anak lelakinya,
Semuanya sangat menggembirakan saya pada hari ini tetapi perkara yang paling menggembirakan ialah melihat keluarga saya gembira. Pada suatu hari, anak lelaki saya yang berumur 7 tahun pulang dari tadika dan dia berkata gurunya meminta tandatangan saya. Saya sangat gembira kerana dapat melakukan sesuatu untuk anak lelaki saya, yang tidak tahu apa itu autograf.
Selayaknya Jung Sung-il semakin dikenali!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/anak-lelaki-saya-kata-semakin-dikenali-jung-sungil-ulas-populariti-selepas-the-glory/