Anak Lelaki Mana Boleh Nangis Malu Orang Tengok Selalu Cakap Macam Ni Buruk Kesannya


Bila anak lelaki menangis, perkataan yang selalu keluar dari mulut ibu bapa adalah “alaa, anak lelaki mana boleh nangis. Tak malu ke orang tengok.” Tujuan asal ibu bapa bertindak begini sebab nak anak lelaki jadi kuat. Tapi di sebalik tindakan kita, ia sebenarnya memberi satu pandangan negatif bila anak membesar nanti.
Berdasarkan perkongsian Pengasas Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar, ibu bapa kena ubah tanggapan ini jika mahu anak lelaki mempunyai sikap empati yang tinggi dan emosi positif setelah mempunyai keluarga sendiri.
Berikut antara perkongsiannya:
BE A MAN!!
“Boys sepatutnya ‘tough’”
“Boys mana boleh merengek. Lembik”.
“Tak ‘macho’ lah kalau boys tak patah tangan kaki”. “Paling-paling pun luka”.
“Biasalah boys kena buli. Barulah anak jantan”.
“Boys don’t cry”.
BE A MAN
Kita sering berkata “Boys will be boys”, “Boys memang macam tu”.
Itu adalah sebuah penerimaan tentang ‘boys’ dalam masyarakat. Berpandukan kata-kata ini, anak lelaki dari usia kecil lagi akan membina konsep diri (self concept/self belief), nilai dan persepsi tentang bagaimana seharusnya mereka berkelakuan dan bagaimana seharusnya mereka respon kepada situasi yang menekan. Mereka terpaksa jadi ‘tough’, ‘be like a man’ sehingga terpaksa mengorbankan sisi sensitif dalam diri mereka.
MEREKA DIPAKSA MENYEMBUNYIKAN EMOSI NEGATIF KERANA TIDAK MAHU DIKATAKAN LEMBIK SEDANGKAN SISI LEMBUT DAN SENSITIF INILAH YANG SANGAT DIPERLUKAN DALAM MEMBINA PERHUBUNGAN YANG SIHAT APABILA BERKAHWIN DAN BERKELUARGA KELAK.
Sisi sensitif inilah yang menjadi benteng dari menjadi pelaku keganasan rumahtangga dan apa saja bentuk kezaliman fizikal, mental, emosi dan seksual dalam keluarga dan masyarakat. Akibat dari penindasan sisi sensitif inilah boys malu untuk mendapatkan bantuan apabila emosi mereka terganggu, baik daripada ibu, ayah, guru, kaunselor, kawan, atau sesiapa saja yang rapat dengan mereka kerana bukankah mereka tidak patut rasa sedih? Bukankah mereka tidak ‘macho’ apabila beremosi?
Kita selalunya lebih terbuka untuk berbicara tentang isu perasaan dengan anak perempuan. Kita tidak bercakap tentang perasaan dengan anak lelaki.
Menangis adalah urusan orang perempuan, kata kita.
Orang perempuan suka beremosi, kata kita.
Anak lelaki lantas menyembunyikan perasaan mereka kerana adalah menjadi satu kesalahan apabila anak lelaki menunjukkan emosi dan berbicara tentang perasaan mereka.
Mereka tidak meluahkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan mereka dan membiarkan ia terus membarah dalam jiwa. Lama-kelamaan mereka menjadi tertekan kerana tidak tertanggung perasaan itu. Dalam keadaan tertekan itu akan ada yang mencuba penyelesaian pintas mengambil nyawa sendiri. Ada juga yang menjadi pembuli kerana mereka perlu buktikan kepada orang lain yang mereka ‘tough’ dan ‘be a man’ untuk menutup kesedihan mereka.
Anak-anak tidak dilahirkan dengan skil untuk mengurus emosi. Mereka perlu diajar cara untuk mengendalikan emosi mereka. Emosi mereka perlu diakui. Mereka harus faham apa yang mereka rasa. Emosi yang tidak dilayan hanya akan meletup suatu masa nanti. Dan apabila ia meletup, mereka tidak bersedia untuk menghadapinya kerana mereka tidak pernah diajar cara untuk mengendalikannya.
Menurut Dr. Christia Brown, seorang pakar dalam bidang Developmental Psychology dari University of Kentucky, sebelum usia baligh, kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada depresi berbanding kanak-kanak perempuan. Kita selalu menekan dan menidakkan perasaan mereka.
‘Boys don’t cry’ adalah berlawanan dengan perkembangan semulajadi emosi manusia.
“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.”
(Surah An Najm : 43)
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
The post “Anak Lelaki Mana Boleh Nangis, Malu Orang Tengok.” Selalu Cakap Macam Ni Buruk Kesannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lelaki-mana-boleh-nangis-malu-orang-tengok-selalu-cakap-macam-ni-buruk-kesannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Selalu Jatuh Katil Sofa Boleh Efek Tulang Anak

Anak Selalu Jatuh Katil Sofa Boleh Efek Tulang Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 564 hits
Ortopedik merupakan kepakaran dalam bidang pembedahan tulang belakang pembedahan trauma pembedahan kanak kanak pembedahan athroplasti pembedahan tangan pembedahan kaki rawatan kecederaan sukan rehabilitasi ortopedik dan onkologi Untuk anak ...
Anak Lambat Merangkak Berjalan Selalu Dibandingkan Setakat Beza Beberapa Bulan Biasalah

Anak Lambat Merangkak Berjalan Selalu Dibandingkan Setakat Beza Beberapa Bulan Biasalah

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 457 hits
Sejak dulu lagi mitos dalam parenting ini selalu dibuat bila nak bandingkan anak kita dengan anak orang lain Paling ketara bila orang lain beri tanggapan pada anak kita yang lambat berjalan dan hanya mahu merangkak sedangkan anaknya yang us...
Brader Tu Terus Peluk Gua Nangis Belanja Rm20 Untuk Foto Konvo Tadika Anak Buat Buruh Terharu

Brader Tu Terus Peluk Gua Nangis Belanja Rm20 Untuk Foto Konvo Tadika Anak Buat Buruh Terharu

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 583 hits
Foto Irwan akuskizo Nilai RM20 yang boleh memberikan kegembiraan kepada 2 insan lain Budi yang mungkin akan diingat sampai bila bila oleh si brader Hanya RM20 namun ada yang tidak berkemampuan walaupun untuk kegembiraan anak Ada keperluan l...
Boleh Ke Terima Status Saya Janda Anak Satu

Boleh Ke Terima Status Saya Janda Anak Satu

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 588 hits
Hangat diperkatakan gosip citanya dengan penyanyi Khai Bahar Siti Nordiana berkata dia bukan tidak mahu berkahwin lagi tetapi memikirkan penerimaan keluarga bakal The post appeared first on
Saya Janda Anak Satu Boleh Terima Ke Status Saya Tu Siti Nordiana

Saya Janda Anak Satu Boleh Terima Ke Status Saya Tu Siti Nordiana

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 873 hits
Sudah pasti peminat setia pelakon dan penyanyi Siti Nordiana tahu dengan gosip percintaannya dengan penyanyi Khai Bahar sekamin hangat diperkatakan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu mendedahkan semua perkara yang terb...
Saya Tidak Malu Berkongsi Masalah Kesukaran Dapat Anak Tunku Azizah

Saya Tidak Malu Berkongsi Masalah Kesukaran Dapat Anak Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 507 hits
PETALING JAYA 8 Nov Saya tidak malu untuk memberitahu atau berkongsi dengan dunia semua masalah dan kesukaran yang perlu saya lalui untuk mendapat anak Itulah kata kata Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke...
Anak Minta Aiskrim Dua Bahan Ni Saja Dah Boleh Sediakan Sedap

Anak Minta Aiskrim Dua Bahan Ni Saja Dah Boleh Sediakan Sedap

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 509 hits
Anak mana yang tidak gemarkan aiskrim Rasa manis dan warnanya yang cantik dan pelbagai rupa buat anak rasa tertarik Sesekali mama boleh sediakan aiskrim sendiri untuk mencipta bonding dengan anak Resipi aiskrim dua bahan ini memang mudah Ma...
Menimang Cahaya Mata Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Bersediakah Anda

Menimang Cahaya Mata Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Bersediakah Anda

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 573 hits
Kami ingin bertanya kepada anda adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak anak anda sahaja Berapakah jumlah pemain yang ingin anda hasilkan Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kel...
Malu Lahirkan Anak Luar Nikah Ibu Sumbat Bayinya Dalam Mesin Basuh Sehingga Mati

Malu Lahirkan Anak Luar Nikah Ibu Sumbat Bayinya Dalam Mesin Basuh Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 496 hits
The ReporterSeorang wanita berusia 36 tahun ditahan kerana disyaki membunuh bayinya yang lahir Suspek Sutina berasal dari Palembang Indonesia terdahulu memaklumkan kepada teman lelaki yang dirinya hamil Namun lelaki terbabit Andi enggan ber...
Monolog Jiwa Memberi Tanpa Syarat

Ford Ranger Raptor Sport Dilancarkan Di Petaling Jaya Gagah Sporty Kini Di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Buasir Otak Tv Bila Nampak Cool Be Like

Permata Tersembunyi Sarawak Rahsia Terbaik Bintulu Menanti

Kedai Pakistan Di Madinah

Lirik Lagu Jeda Derita Nyanyian Liza Hanim

The Perodua Kembara Has Been Repaired

Hari Ni Hujan Jadi Mood Pun Macam Sayu Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Dan Warisan Iona Abbey Penubuhan Oleh St Columba Pada Tahun 563 Ad

Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Wawasan Dengkil Memasuki Jv Solar Mempelbagaikan Ke Dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip

Kelantan Akan Umum Garis Panduan Dan Syarat Mendulang Emas

18 Kemahiran Yang Perlahan Lahan Hilang Dalam Dunia Moden