Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri


Sampai hati ibu kandung dera anak kandung sehingga maut. Seorang wanita muda berusia 25 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu atas perbuatannya yang kejam, mencederakan anak kandung lelaki berusia enam tahun sehingga maut. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Mengikut laporan Sinar Harian, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dua bulan telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal iaitu memukul, mencubit dan menampar sehingga dia meninggal dunia.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang di sini antara jam 2 petang, 8 Januari hingga 6 petang, keesokan harinya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, peguam, Muhammad Aidil Akmal Sharidan yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman denda.
“Dia merupakan seorang penganggur, telah menanggung dua anak iaitu mangsa dan seorang lagi bayi berusia enam bulan, mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan,” katanya.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia merupakan kesalahan serius, lebih-lebih lagi menggadaikan nyawa anak kandung sendiri.
“Tertuduh selaku ibu kandung tidak sepatutnya mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Mengikut fakta kes, wanita itu memaklumkan mangsa mengalami demam panas dan sawan, namun hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian ialah disebabkan kesan trauma tumpul di kepala dan perut.
Hasil rakaman percakapan tertuduh mendapati mangsa dipukul, ditampar, dicubit dan dimarahi wanita itu kerana sentiasa menangis serta tidak membuang air dengan teratur.
Tertuduh juga membiarkan mangsa yang demam dan tidak menghantarnya ke hospital.
Dalam pada itu di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, teman lelaki wanita terbabit, Muhammad Redza Zainurin, 36, didakwa atas satu pertuduhan membunuh kanak-kanak malang ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh kanak-kanak itu di lokasi sama pada jam 2.36 petang, 10 Januari lalu.
Muhammad Redza didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Pada 11 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu dan teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak, di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita, mendakwa anaknya tidak lagi bernafas selepas tidur.
Sumber: Sinar Harian 
The post Tragedi Pilu! Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tragedi-pilu-anak-lelaki-6-tahun-mati-akibat-didera-ibu-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kandung Pukul Anak Sampai Mati Dipenjara 3 Tahun

Ibu Kandung Pukul Anak Sampai Mati Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 113 hits
BernamaKUALA LUMPUR Ibu kandung dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas mengaku bersalah memukul anak lelakinya berusia enam tahun sehingga meninggal dunia dua minggu lalu Hakim Norshila Kamarudin memerintahkan tertuduh ber...
Ibu Tunggal Dakwa Anak 6 Tahun Didera Guru Pra Sekolah

Ibu Tunggal Dakwa Anak 6 Tahun Didera Guru Pra Sekolah

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 98 hits
Muhamad Lokman Khairiam hmetro com myAIZA Salzul Hanira menunjukkan laporan polis mengenai kecederaan yang dialami anaknya akibat didera guru pra sekolah di Jelapang semasa sidang media di Ipoh FOTO L ManimaranIpoh Seorang wanita mendakwa a...
Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dimakbulkan Allah

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 140 hits
Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan dimakbulkan Allah Niat Nurul Izzati Barni berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati Ibu Kongsi K...
Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 114 hits
Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter Bapa...
Ibu Anaknya Berusia 14 Tahun Ditemukan Maut Dalam Kereta

Ibu Anaknya Berusia 14 Tahun Ditemukan Maut Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 103 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Wanita dan anaknya ditemukan maut dalam kereta mewah disyaki terhidu gas beracun akibat kebocoran saluran petrol yang meluap memasuki sistem pendingin hawa dalam kejadian di sekolah dekat Bandar Baru Uda Johor Bah...
Gila Apa Ini Sekadar Suka Suka Bapa Biar Anak 6 Tahun Bergayut Pada Pikap

Gila Apa Ini Sekadar Suka Suka Bapa Biar Anak 6 Tahun Bergayut Pada Pikap

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 107 hits
Ahmad Hasbibhnews bh com myTular video memaparkan seorang kanak kanak bergayut pada pintu hadapan sebuah pikap yang sedang bergerak NILAI Sekadar suka suka alasan seorang bapa yang membiarkan anaknya berusia enam tahun bergayut pada pintu b...
Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah

Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 151 hits
Ibu kesal anak di dera guru pra sekolah hingga trauma datang sekolah Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera seorang guru wanita di sebuah pra sekolah di Jelapang Ipoh sejak September lalu Ib...
Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 104 hits
BernamaAiza Salzul Hanira mendakwa kejadian disedari pada 9 Sept tahun lepas selepas mengambil anaknya yang berusia enam tahun daripada sebuah sekolah dekat Jelapang Gambar BernamaIPOH Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya...
Mira Filzah Sedia Timang Anak Kedua Sekarang Amir Dah 3 Tahun

Mira Filzah Sedia Timang Anak Kedua Sekarang Amir Dah 3 Tahun

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 117 hits
Pelakon Mira Filzah mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua memandangkan anak sulungnya Wan Khair Amir kini sudah pun berusia tiga tahun Menurut Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman 32 dia dan suami Wan E...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran