Anak Kudat Antara Wanita Jurutera Operasi Lng Terapung Di Struktur Mega Petronas


Anak tempatan Kudat, antara wanita jurutera operasi LNG terapung Petronas. | Sumber borneoecho.com Anak tempatan Kudat, antara wanita jurutera operasi LNG terapung Petronas.

Ellfira Fanira Rusileh, 26, yang berasal dari Kudat di utara Sabah, merupakan seorang jurutera operasi di PFLNG Satu, sebuah kemudahan pemprosesan terapung gas asli cecair (LNG) yang pertama di dunia, milik PETRONAS. Loji itu ketika ini beroperasi medan gas Kebabangan, kira-kira 90km ke arah barat laut Kota Kinabalu.


Perjalanan kerjaya yang membawa Ellfira ke PFLNG Satu dipacu oleh tiga faktor – minatnya terhadap matematik dan kimia, pencapaian baik di sekolah, dan tajaan pendidikan oleh PETRONAS untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dalam bidang Kejuruteraan Kimia.





Selepas tamat pengajian di UTP pada tahun 2017, Ellfira dipanggil untuk menjalani temuduga di Menara Berkembar PETRONAS di ibu negara.

“Saya agak gementar juga pada mulanya. Saya diminta menceritakan siapa diri saya dalam tiga perkataan. Saya jawab: peramah, jujur dan komited.

“Mereka ingin tahu keperibadian saya dan juga nilai yang menjadi pegangan saya. Selepas itu, temuduga itu berjalan lancar dan menyeronokkan,” kata Ellfira, anak keempat daripada lima adik-beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan.

Bapanya, seorang Dusun dari Kg Tagaroh di daerah jiran, Kota Marudu, bertugas sebagai kaktiangan awam manakala manakala ibunya, seorang Rungus dari Kudat, adalah surirumah.

Ellfira ditawarkan pekerjaan di PFLNG Satu tiga bulan selepas temuduga itu.

Bagaimanapun, sebelum memulakan tugas, dia ditempatkan terlebih dahulu di Malaysia LNG (MLNG) di Bintulu selama enam bulan pada November 2017 sebagai pendedahan kepada operasi loji LNG.

“Tempoh enam bulan itu seperti memasuki universiti untuk kali kedua, universiti untuk LNG.

“Saya ditugaskan bersama-sama dengan pasukan operasi, pengalaman yang banyak membuka minda saya mengenai operasi sesebuah loji LNG,” katanya.

Ketika itu PFLNG Satu masih beroperasi di perairan Kanowit, Sarawak. Ia kemudian dipindahkan ke medan Kebabangan di Sabah pada Mac 2019.





Direkabentuk untuk beroperasi di laut selama 20 tahun tanpa perlu dibawa ke limbungan kering, PFLNG Satu berfungsi untuk mengeluarkan, mencecair dan menyimpan gas asli di lokasi terpencil dengan kapasiti pemprosesan 1.2 juta tan LNG setahun.

Struktur mega itu mempunyai ketinggan 10 tingkat bangunan dan sepanjang 365 meter atau bersamaan dengan tiga kali panjang padang bola sepak, dan dibangunkan untuk kedalaman air antara 70 meter dan 200 meter. Operasinya menyokong portfolio LNG global PETRONAS.





Ia mempunyai 150 kakitangan yang bekerja mengikut giliran – bekerja mengikut syif selama 12 jam sehari selama tiga minggu di laut, diikuti tiga minggu rehat di darat. Perjalanan ke PFLNG Satu dari Kota Kinabalu mengambil masa 20 minit dengan helikopter atau dua jam setengah dengan bot.

Sebagai jurutera operasi, Ellfira bertanggungjawab memastikan loji itu beroperasi dengan cekap dan selamat.

Sifat kembara membolehkan Ellfira menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang luar biasa. “Semasa di sekolah, saya mengikuti banyak aktiviti lasak seperti kadet tentera, kawat kaki, kawat bersenjata dan bermain futsal,” katanya.

Sokongan rakan sekerja membolehkannya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang mencabar.

“Mereka banyak membantu saya menyesuaikan diri. Mereka menganggap saya seperti ahli keluarga; semangat berpasukan amat tinggi. Mereka juga memberi panduan dan menggalakkan peningkatan kemahiran supaya kami dapat melakukan yang terbaik,” kata Ellfira.

Selain bekerja, kakitangan PFLNG Satu juga disediakan kemudahan rekreasi seperti gimnasium dan gelanggang futsal.

“Bekerja di sini seperti satu pengembaraan. Ibu bapa saya pada mulanya agak keberatan sebab saya akan bekerja di tengah laut.

”Tapi saya beritahu mereka, jangan risau, PETRONAS adalah tempat yang bagus untuk bekerja dan ia amat mementingkan keselamatan,” katanya.

JIka diberi peluang untuk membina semula kerjayanya, Ellfira berkata, dia tetap akan memilih kerjayanya sekarang.

Pada masa tertentu, ada kalanya Ellfira mengenang kembali masa kecilnya dan merenung ke arah laut, ke arah Kudat, tempat dia membesar. Di sanalah terletak pantai tempat dia bermain pasir, dan tempat dia merenung jauh dan tertanya-tanya – ada apa di sebalik horizon?


Dia kini tahu jawapannya – banyak perkara ada di sana sebenarnya, termasuk dirinya dan PFLNG Satu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/06/anak-kudat-antara-wanita-jurutera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Bangga Ada Anak Perak Kerajaan Negeri Mahu Jadikan Sugu Pavithra Ikon Wanita Amp Masakan

Kita Bangga Ada Anak Perak Kerajaan Negeri Mahu Jadikan Sugu Pavithra Ikon Wanita Amp Masakan

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 606 hits
YouTuber popular S Pavithra telah dicadangkan sebagai Ikon Wanita dan Masakan Perak oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak atas kemahiran memasak yang dimiliki sehingga berjaya mengembangkan minatnya Menurut Exco Pembangunan Wanita Ke...
Wanita Didakwa Tikam Anak Tiri Berusia 4 Tahun Guna Pen Gara Gara Cemburu

Wanita Didakwa Tikam Anak Tiri Berusia 4 Tahun Guna Pen Gara Gara Cemburu

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 417 hits
Seorang wanita di Pinrang Indonesia didakwa telah membunuh anak tirinya yang berusia empat tahun dengan memukul dan menikamnya menggunakan sebatang pen gara gara cemburu lapor Mirror Menurut pihak polis wanita yang berusia 27 tahun itu tela...
Dengar Bunyi Tangisan Wanita Temui Bayi Bertali Pusat Dalam Kotak Depan Rumah Anak Yatim

Dengar Bunyi Tangisan Wanita Temui Bayi Bertali Pusat Dalam Kotak Depan Rumah Anak Yatim

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 375 hits
SANDAKAN 8 Jun Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan oleh orang awam di hadapan pintu pagar sebuah rumah anak yatim di sini pagi tadi Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata bayi itu ditemukan oleh seorang wanit...
Hiburan Juliana Evans Diundi Antara 100 Wanita Tercantik Setaraf Selebriti Hollywood

Hiburan Juliana Evans Diundi Antara 100 Wanita Tercantik Setaraf Selebriti Hollywood

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 4885 hits
Pelakon yang juga kini bergelar ibu Che Puan Juliana Evans 31 terkejut dan tidak menyangka namanya tersenarai dalam senarai 100 Wanita Paling Cantik 2020 yang telah dijalankan secara undian dalam laman web Starmometer baru baru ini Juliana ...
Viral Aksi Wanita Rela Tertimpa Pintu Kaca Demi Lindungi Anak Anak

Viral Aksi Wanita Rela Tertimpa Pintu Kaca Demi Lindungi Anak Anak

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 258 hits
Aksi heroik untuk menolong sesama yang sedang dalam musibah nggak hanya menjadi adegan wajib dalam sebuah film superhero Di kehidupan nyata aksi heroik juga banyak dilakukan orang biasa untuk menolong sesama Tak jarang aksi heroik yang dila...
Persetujuan Cukai Jualan Antara Petronas Sarawak Bukan Perjanjian Rasmi Kata Jawatankuasa

Persetujuan Cukai Jualan Antara Petronas Sarawak Bukan Perjanjian Rasmi Kata Jawatankuasa

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 330 hits
Mohamad Asfia Awang Nassar berkata minyak dan gas Sarawak untuk dijual tetapi hak ke atas minyak serta gas di Sarawak tidak boleh dan tidak akan dijual KUCHING Jawatankuasa Perunding Perjanjian Malaysia 1963 Sarawak menjelaskan kenyataan be...
Cemerlang Pacu Petronas Pm Minta Ceo Struktur Malaysia Airlines

Cemerlang Pacu Petronas Pm Minta Ceo Struktur Malaysia Airlines

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 424 hits
Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu syarikat Petroliam Nasional Bhd mulai 1 Julai ini Beliau akan menggantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin yang dilantik sebagai peng...
Suaminya Direbut Pelakor Pns Wanita Dua Anak Ini Unggah Bukti Chat Ini Isinya

Suaminya Direbut Pelakor Pns Wanita Dua Anak Ini Unggah Bukti Chat Ini Isinya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 299 hits
Pemilik akun Facebook Ulie Chan mencurahkan kesedihannya perihal pelakor seorang PNS puskesmas yang merebut suaminya yang telah hidup bersamanya selama sembilan tahun dan punya dua anak Selain menulis kronologi perselingkuhan suaminya panja...
Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 301 hits
Ada sesetengah kanak kanak memang mudah dijangkiti virus demam dan selesema Sudah tentu perkara ini amat merisaukan ibu ayah Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran bimbang ada penyakit yang lebih serius datang menjangkiti Menurut Dr Ha...
I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Kegunaan Cuka Sebagai Ejen Pembersih

Aku Bukan Untukmu Anggi Marito

Upiak Donat Pisang Chord

Naim Daniel Syaitan Pun Pening Chord

Windmill Pink Market Melaka Lokasi Dan Waktu Operasi