Anak Kita Bukan Robot Menjerit Melompat Bersepah Tanda Sel Otaknya Bagus


Tak pelik sebenarnya, ada orang dewasa yang jadi ibu bapa memang mahukan anak-anak jadi ‘robot’ sebab senang nak jaga. Apa saya maksudkan dengan robot adalah apabila ibu suruh buat A, anak akan buat A. Apabila ayah kata jangan buat B, anak takkan buat B.
Apabila masa itu masa tidur, anak kena tidur tanpa alasan. Apabila tiba di rumah orang, anak kena behave, sopan, jangan gaduh, makan tertib, jangan sentuh barang mainan orang lain tanpa izin bla bla bla. Apabila disuruh makan, anak-anak makan tanpa sebarang cacat cela. Suap je, makan. Sayur ke, buah ke, semua makan elok je. Makan pula mesti habis, tak membazir langsung.
Apabila berada dalam kereta, anak kena duduk dalam car seat tanpa meraung, menjerit, menangis, bla bla bla. Apabila anak ke sekolah, anak akan belajar elok-elok setiap kali peperiksaan dapat markah paling cemerlang. Dah besar nanti anak kena ikut nasihat ibu bapa hingga dapat kerjaya yang ibu bapa banggakan bla bla bla.
Kan seronok begitu. Saya pun nak.
Tetapi hakikat kehidupan anak-anak tak suka pun dikontrol sebegitu. Anak-anak suka je menjerit tak pasal-pasal. Dia/mereka nak nangis, mereka nangis je walaupun tanpa sebab.

Saya pernah tengok anak kecil itu berbaring-bergolek mungkin 20 meter atas lantai shopping mall sebab mak ayah tak belikan mainan yang disukainya. Anak-anak yang jenis berjaga malam pun ada ramai, masa ibu bapa nak tidur itulah mereka nak ajak main di ruang tamu. Itu belum cerita pasal anak-anak yang hanya akan tidur setelah didodoikan sambil berdiri (dukung), memang jenuh nak layan.
Ada anak yang gembira sungguh apabila dijemput oleh ibu bapa dari rumah pengasuh atau sekolah, apabila tiba di rumah dia merengek, manja, tantrum tak tentu pasal, meraung macam kena sampuk hantu, asyik ak berkepit dengan ibu atau ayah sampaikan ibu ayah nak mandi pun tak boleh.
Sampai satu tahap ada orang cakap anak jadi sebegitu sebab mak ayah tak reti jaga anak.
Sampai satu tahap orang kritik ibu bapa itu tak kawal anak supaya tak kurang ajar.
Sampai satu tahap ada orang kata anak-anak itu dilahirkan biadab dan nasibnya pula dibesarkan oleh ibu bapa yang biadab juga.
Sebenarnya kita kena bezakan anak-anak yang tidak dididik berbanding anak-anak yang berperangai sebagaimana kanak-kanak. Anak-anak kecil bukannya tahu apabila makanan siap dimasak, kena terus makan. Tak boleh minta makanan jam 2 pagi, kesian kat ibu atau ayah nak masak jam 2 pagi. Hmmmm… Susah nak cakap. Ada je orang dewasa yang jam 2 pagi suruh isteri masak sebab tiba-tiba lapar. Eh, ada je orang dewasa jam 2 pagi lepak di restoran mamak.
Kena bezakan anak-anak yang malas belajar dengan fitrah mereka untuk belajar sambil main. Kita tak boleh expect anak untuk duduk diam tengok buku 1 jam tanpa bergerak ke sana ke mari kan… Logik sangat anak kecil itu bermain pada waktu bermain dan pada bukan waktu bermain, sementelah belajar pun mereka boleh nak bermain sewaktu masa belajar. Mereka kan anak-anak kecil.

Sebenarnya kena syukur apabila anak-anak boleh menangis dengan baik. Itukan tanda mereka boleh meluah perasaan dengan baik.
Kena syukur anak kita makan makanan kegemaran mereka dengan berselera, walaupun comot. Tak mengapalah makan coklat sekali-sekala kotorkan baju, bukan setiap hari pun.
Kena syukur anak-anak berlari ke sana ke mari dengan senyuman gembira. Bak kata orang, jatuh pun satu cara anak-anak belajar tentang sakit, sikap berhati-hati, bla bla bla.
Kalau anak-anak kecil kita jadi robot pun, tak best juga. Bosan kottt.
Tak mudah untuk kita orang dewasa ini jadi ibu bapa zaman sekarang. We are being judged by ourselves and also by other people. Tak kena sikit, terus dilabel ibu bapa yang gagal, tak reti kawal anak, tak reti didik anak, tak reti mendidik.
Tetapi sebenarnya tak mudah jadi anak-anak zaman sekarang. Berperangai macam kanak-kanak sebab mereka adalah kanak-kanak tetapi dilabel tak dengar kata, manja, biadab, malas, hmmm.. tak tahu nak kata apa.
Saya ni jenis ‘tutup mata’ apabila lihat gelagat anak-anak orang lain. Biarlah buat apa pun, jangan kita cepat menghukum anak-anak itu atau ibu bapa mereka. Kita buat rilek je. ‘Butakan mata’ kita. Selepas itu ‘bisukan mulut’ jangan bercerita macam-macam pasal anak orang dengan orang lain atau jiran.

Bukan apa, saya pun tak nak orang ‘cari salah’ anak-anak saya apatah lagi sembang bukan-bukan pasal anak-anak saya.
Tengok satu kali budak tu tak jawab “Ya” apabila dipanggil ibunya tak bermaksud budak tu tak dengar kata, mungkin budak itu teruja jumpa kawan atau mainan baru jadi dia tak dengar panggilan ibunya. Ralit, orang kata. Tak bererti dia ignorant atau degil. Boleh faham maksud saya?
Kredit: Dr Syahr Musafir

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Kita Bukan Robot. Menjerit, Melompat, Bersepah Tanda Sel Otaknya Bagus! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kita-bukan-robot-menjerit-melompat-bersepah-tanda-sel-otaknya-bagus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Anak Kecil Tanda Tumbesaran Anak Terbantut Ini Simptom Yang Mama Perlu Tahu

Tubuh Anak Kecil Tanda Tumbesaran Anak Terbantut Ini Simptom Yang Mama Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 181 hits
Pernah tak anda ditegur kerana saiz badan anak kecil berbanding kanak kanak seusianya Jika ya adakah ini bermakna anak mengalami tumbesaran terbantut Ini penjelasannya Tumbesaran kanak kanak terbantut Tumbesaran terbantut merujuk kepada kad...
Anak Malaysia Cipta Robot Pembantu Pembedahan

Anak Malaysia Cipta Robot Pembantu Pembedahan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 185 hits
Anak Malaysia cipta robot pembantu pembedahan KINI boleh dikatakan kebanyakan kes perubatan semakin kompleks dan memerlukan pendekatan lebih canggih bagi menangani keperluan semasa terutamanya dalam melakukan pembedahan Banyak negara berhad...
Labu Bagus Untuk Mata Anak Vitamin A Dalamnya Bantu Tajamkan Penglihatan

Labu Bagus Untuk Mata Anak Vitamin A Dalamnya Bantu Tajamkan Penglihatan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 545 hits
Labu bagus untuk mata dan penglihatan anak Sesuai sangat kalau kita dapat kenalkan labu sebagai salah satu makanan pertama anak anak Bila anak baru nak mula makan wajib tau kita cuba bagi anak rasa lemak manis labu Buat puree labu Kukus lab...
Tamara Bleszynski Rayakan Ulang Tahun Bareng Anak Aku Juga Merayakan Kematianku

Tamara Bleszynski Rayakan Ulang Tahun Bareng Anak Aku Juga Merayakan Kematianku

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 189 hits
Tepat di momen Natal Tamara Bleszynski merayakan ulang tahunnya Di tahun ini ia merayakannya dengan memotong tumpeng hanya berdua bersama anak bungsunya Berikut beberapa fotonya
5 Potret Menggemaskan Baby Claire Anak Shandy Aulia Bermain Salju Di Aspen Colorado

5 Potret Menggemaskan Baby Claire Anak Shandy Aulia Bermain Salju Di Aspen Colorado

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 155 hits
Shandy Aulia bersama suami dan sang buah hati Baby Claire tengah menikmati liburan di Aspen Colorado Sederet potret Baby Claire saat bermain salju yang diunggah oleh Shandy benar benar menggemaskan Berikut beberapa fotonya
Lepas 5 Minit Masuk Ubat Badan Kejang Bapa Kongsi Pengalaman Anak Demam Sawan

Lepas 5 Minit Masuk Ubat Badan Kejang Bapa Kongsi Pengalaman Anak Demam Sawan

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 228 hits
Demam biasanya satu tanda sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan Untuk anak kecil dan bayi suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keada...
Ini 8 Makanan Patut Ada Di Rumah Bantu Kuatkan Memori Otak Anak Lebih Fokus

Ini 8 Makanan Patut Ada Di Rumah Bantu Kuatkan Memori Otak Anak Lebih Fokus

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 219 hits
Otak anak berkembang dengan sangat laju di tahun tahun pertama kelahiran mereka Bila capai umur 2 tahun je berat otak anak dah menghampiri 80 peratus otak kita yang dewasa Sebab tu penting sangat kita banyakkan makanan yang asli dari sumber...
Tuan Ibrahim Positif Covid 19 Berserta 4 Anak Seorang Cucu

Tuan Ibrahim Positif Covid 19 Berserta 4 Anak Seorang Cucu

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 263 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan beliau empat anak serta seorang cucu disahkan positif Covid 19 Timbalan Presiden Pas itu juga memberitau beliau kini sedang menjalani kuarantin di ru...
Biarlah Anak Ketinggalan Tak Main Phone Asalkan Mereka Tak Ketinggalan Keperluan Perkembangan Diri

Biarlah Anak Ketinggalan Tak Main Phone Asalkan Mereka Tak Ketinggalan Keperluan Perkembangan Diri

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 203 hits
Rata rata kanak kanak kini seawal usia beberapa bulan sudah diperkenalkan dengan gajet seperti handphone sebagai teman hiburan Ianya juga sudah menjadi satu trend dalam kalangan ibu bapa untuk memberikan gajet pada anak anak Namun ada juga ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun