Anak Kalau Keterlaluan Kena Tegur Jangan Guna Alasan Masih Kecil


Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa, pada hari raya mahupun hari biasa, ada kanak-kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin, berlari-lari dalam rumah, buka peti sejuk tuan rumah. Tanpa sedar anak ini melampau batas dan keterlaluan kerana tiada yang menegur.

Mak Ayah Wajib Tegur 5 Perangai Anak Ini;
Kebanyakan perangai anak ni memang mencabar kesabaran mak ayah kan. Kadang-kadang kita boleh diamkan je tapi kadang-kadang ada perangai anak yang melampau dan keterlaluan!
YANG KETERLALUAN NI MEMANG KENA DITEGUR. TAK BOLEH DAH GUNA ALASAN ” ALAHHH..BIASA LA BUDAK BUDAK “. SEBAB TANPA TEGURAN, PERANGAI TAK ELOK NI AKAN MELEKAT DAN MENJADI ‘WIRING OTAK’ YANG KEKAL DAN SUSAH DIUBAH.
Ni 5 perangai anak yang kita kena tegur daripada kecil:
1. SUKA MASUK BILIK ORANG
Memang anak yang penuh dengan rasa ingin tahu (curiosity) ni akan sangat suka ‘explore’ tempat yang baru. Sifat ‘curiosity’ ni bagus tapi kita kena bimbing sifat tu supaya anak kita boleh teruskan sifat ‘curiosity’ nya tanpa ganggu privasi orang lain.
Ni la adab yang kurang ada pada kanak kanak zaman sekarang. IQ tinggi tapi EQ dan Interpersonal skills tak dipeduli.
2. SUKA MENYAMPUK ORANG TUA SEDANG BERCAKAP
Memang anak yang tengah teruja ni akan main sembur je bertanya tanpa tengok masa dan tempat. Suka bertanya tu bagus tapi kalau kita tengah bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk, tu boleh jadi masalah.
Kenapa?
Anak yang suka menyampuk ni biasanya suka sangat nak cari perhatian ( entitle for attention ) dan sangat susah nak lawan perasaan ditolak ( unable to tolerate frustation ). Tu la kenapa kalau anak menyampuk, saya terus tegur dan bagitahu dia untuk tunggu saya habis bersembang dulu.
Daripada situ pun saya dah boleh latih anak ‘self control’. Anak yang tinggi Self Control insyaAllah akan lebih berjaya suatu hari nanti.
3. SUKA MAIN KASAR
Jangan pandang ringan kalau anak kita suka tumbuk atau cubit kawan kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi habit yang kekal dan berterusan sampai remaja dan dewasa.
Teguran tu pula mesti ‘on the spot’. Nampak je anak berkasar dengan sepupu dan kawannya, kita kena terus tegur dan ajar dia cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata semata bahkan siap puji puji pula, otak anak kita akan anggap ianya ‘social reward’ dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.
4. BUAT BUAT TAK DENGAR
Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY.
Masa ni la anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan je anak menguasai dirinya. Lama kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak anak kita sendiri.
5. ANAK TERLALU PEMENDAM
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih dia ketap je bibir supaya tak menangis.
Pernah kan kita dengar falsafah “Boys dont cry ” kan?
Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
TU LA KENAPA KALAU ANAK MENANGIS, JANGAN LA DUK TENGKING MEREKA. MENANGIS ADALAH CARA ANAK KITA MENGEKSPRESI EMOSI SEDIH MEREKA.
Cuma kita kena bantu mereka untuk kawal emosi tu je supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan!
Jom ajar pasangan kita 5 info kat atas ni. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu ilmu dan info ni kan.
Sumber: Dr Taufiq Razif
The post Anak Kalau Keterlaluan Kena Tegur, Jangan Guna Alasan Masih Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kalau-keterlaluan-kena-tegur-jangan-guna-alasan-masih-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cakap Tak Apa Kecil Lagi Patutnya Anak Mula Dapat Kaki Kena Ajar

Jangan Cakap Tak Apa Kecil Lagi Patutnya Anak Mula Dapat Kaki Kena Ajar

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 341 hits
Bila cerita anak anak yang ke rumah orang dan buat perangai ada mak mak yang dah mula takut nak bawa anak anak Sebabnya takut tak dapat kawal tingkah laku bila terlepas pandangan mata Sebenarnya sikap ibu bapa yang boleh pastikan anak anak ...
Dah Vaksin Menyusu Ibu Sepenuhnya Tapi Anak Masih Sakit Jangan Cepat Salahkan Vaksin

Dah Vaksin Menyusu Ibu Sepenuhnya Tapi Anak Masih Sakit Jangan Cepat Salahkan Vaksin

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 351 hits
Ramai ibu bapa yang mengadu anak saya dah complete semua vaksin malah dah ambil kesemua vaksin tambahan dan dia pun menyusu susu ibu sepenuhnya tapi kenapa anak saya masih jatuh sakit Bila berhadapan dengan situasi seperti ini pasti anda ra...
Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

Nak Ajar Anak Jangan Sampai Si Kecil Stress Biar Timbul Minat Lepas Tu Tak Payah Teruk Nak Paksa Lagi

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 378 hits
Dalam membesarkan anak anak setiap orang ada cara dan pendekatan yang tersendiri untuk mengajar dan mendidik Paling penting jangan sampai anak anak rasa tertekan dan jadi tak seronok tiap kali mama papa nak ajar mereka Keadaan yang tertekan...
Bancuh Susu Anak Jangan Guna Air Panas Air Mineral Barulah Tak Hilang Khasiatnya

Bancuh Susu Anak Jangan Guna Air Panas Air Mineral Barulah Tak Hilang Khasiatnya

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 537 hits
Langkah membancuh susu yang betul penting bagi memastikan anak mendapat khasiatnya Bukan sebarangan ibu ayah boleh letak air dan susu Menurut bancuhan susu untuk anak kena ikut step sebelum diberikan pada anak Jangan guna air panas Jangan g...
Tak Perlu Intai Jangan Bye Lama Lama Amp Jangan Patah Balik Bila Anak Menangis Ini Sebabnya

Tak Perlu Intai Jangan Bye Lama Lama Amp Jangan Patah Balik Bila Anak Menangis Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 459 hits
Hari pertama hantar anak ke sekolah taska atau tadika dah tentu bukan sesuatu yang mudah buat anak anak mahupun ibu bapa Bukan si anak saja yang nervous bahkan ibu pun lagi berkali ganda risaunya Biasanya bila ibu ayah dah nak melangkah kel...
Mama Papa Kalau Nampak Anak Buli Adik Beradik Yang Lain Jangan Ambil Mudah

Mama Papa Kalau Nampak Anak Buli Adik Beradik Yang Lain Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 493 hits
Kita biasa mendengar kes buli yang berlaku melibatkan remaja dan kanak kanak Tetapi bagaimana pula dengan kes dibuli adik beradik sendiri adakah ia normal atau tidak Dibuli adik beradik Cabaran utama bagi penyelidik adalah untuk menentukan ...
Alasan Bela Anak Ibu Tampar Bocah Sd Sampai Memar

Alasan Bela Anak Ibu Tampar Bocah Sd Sampai Memar

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 266 hits
Tindakan ibu yang berprofesi perawat itu terjadi di dalam kelas di hari penerimaan rapor Kejadiannya terekam dan videonya viral di media sosial
Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 504 hits
Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah Tapi kalau nak bawa anak anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajala...
India Larang Anggota Tentera Guna Facebook Telefon Pintar Atas Alasan Keselamatan

India Larang Anggota Tentera Guna Facebook Telefon Pintar Atas Alasan Keselamatan

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 352 hits
India larang anggota tentera guna Facebook telefon pintar atas alasan keselamatan Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitka
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba