Anak Janji Balik Hari Ini Hanya Jenazahnya Dibawa Pulang


Oleh Amirul Aiman Hamsuddin Allahyarham Nazli Misnon, 56. -NSTP/Amirul Aiman Hamsuddin SABAK BERNAM: Ketika keluar untuk bekerja kelmarin, Nazli Misnon, 56, sempat berjanji dengan ibunya, Siti Rudiah Mohd Kotib, 78, untuk pulang ke rumah hari ini.
Selepas membeli makanan tengah hari buat ibu dan bapanya, bapa tiga anak itu kemudian masuk ke dalam kereta tetapi keluar semula untuk memeluk serta mencium Siti Rudiah yang ketika itu berada di beranda selain meminta izin untuk pergi kerja.
Hari ini, hanya jenazah Nazli dibawa pulang ke rumah selepas dia bersama kelindan, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25, maut apabila lori membawa baja dipandunya terbabas ke dalam gaung di Kilometer 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, semalam.
Ketika ditemui, Siti Rudiah berkata, kata-kata Allahyarham yang memaklumkan dia akan pulang ke rumah hari ini masih terngiang di telinganya.
"Kelmarin, dia meninggalkan rumah dalam keadaan yang ceria, hari ini dia pulang, tetapi sebagai jenazah dan meninggalkan kami buat selamanya," katanya dalam nada sebak.
Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri meluangkan masa menziarahi Siti Rudiah sekeluarga di rumah mereka di Jalan Haji Mokhtar, Kampung Sungai Air Tawar, di sini.
Katanya, dia hanya mengetahui kemalangan membabitkan Allahyarham selepas dimaklumkan oleh bapa Anwar Tushaili yang datang ke rumah sambil menangis.
"Sambil menangis, dia memberitahu anaknya dan anak saya maut dalam kemalangan. Pilu hati dengar perkhabaran itu, saya hanya mampu berdoa agar segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT.
"Arwah anak yang penyayang, baik dan mesra, rajin memasak dan sering berpesan kepada saya supaya tidak memasak kerana kesihatan yang tidak mengizinkan," katanya.
Sementara itu, kakak ipar Nazli, Zahratul Laila Samsuddin, 35, berkata arwah ada menghubunginya dua jam sebelum kemalangan dan berpesan supaya menjaga rumah serta ibu bapanya.
"Arwah beritahu 'tolong tengokkan rumah dan emak abah' sebelum talian terputus. Tidak sangka itu pesanan terakhirnya," katanya.
Abd Rahman pula memaklumkan, Allahyarham yang juga kenalannya ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah di Sabak Bernam, aktif dalam kumpulan WhatsApp bekas pelajar sekolah dan sering melontarkan pandangan serta idea.
"Arwah seorang yang mudah mesra dengan rakan, berita kematiannya amat mengejutkan kami. Saya pernah menziarahi dia pada Julai lalu dan menyampaikan bantuan bakul makanan selepas dia menjadi kontak rapat pesakit COVID-19," katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Air Tawar pada jam 10 pagi tadi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/anak-janji-balik-hari-ini-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vide0 8 Bulan Tak Balik Anak Buat Suprise Reaksi Ibu Bapa Undang Seb4k Alhamdulillah Hari Ini Balik Dengan Kejayaan

Vide0 8 Bulan Tak Balik Anak Buat Suprise Reaksi Ibu Bapa Undang Seb4k Alhamdulillah Hari Ini Balik Dengan Kejayaan

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 437 hits
Ker1nduan seorang ibu dan ayah akhirnya terubat selepas anak lelaki mereka pulang ke rumah dan membuat kejvtan Rata rata netizen yang melihat video tersebut akui sebak melihat reaksi berharga warga emas ini Kejutan untuk tokwan maktokMeneru...
Hiburan Balik Sambung Urusan Perniagaan Caprice Pulang Ke Tanah Air Hari Ini

Hiburan Balik Sambung Urusan Perniagaan Caprice Pulang Ke Tanah Air Hari Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 369 hits
Penyanyi rap terkenal Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata bahawa dia akan pulang ke tanah air pada hari ini ARTIKEL BERKAITANPerkara tersebut dimaklumkan Caprice menerusi saluran Telegram miliknya iaitu MudaUmmah Welcome To Capr...
Hanya 5 Hari Paas Akan Ubah Unmo Janji Idris Ahmad

Hanya 5 Hari Paas Akan Ubah Unmo Janji Idris Ahmad

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 277 hits
Sekadar Ualang tayang Betapa hebatnya pimpinan PAS semasa menentang UMNO dahulu SEkarang bila dah bersama kerajaan Kita tengok lagi terutama dari Bro ni orang paling lantang Atau sekadar agama untuk ditunggang kuasa
Finger Food Untuk Anak Yang Dah Tumbuh Gigi Hanya 3 Bahan Cepat Mudah Disediakan

Finger Food Untuk Anak Yang Dah Tumbuh Gigi Hanya 3 Bahan Cepat Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 354 hits
Bila anak dah tumbuh gigi dan pandai suap makanan sendiri pasti mama teruja nak pelbagaikan menu makanan anak Mama boleh cuba resipi finger food kentang rangup ini untuk si manja Namun bagi bayi yang belum tumbuh gigi mama perlu lebih berha...
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Hanya 55 Minit

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 354 hits
Oleh AMREE AHMAD Raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pagi tadi PUTRAJAYA Buat julung kali sambutan Hari Kebangsaan 2021 hanya akan berlangsung selama kira kira 55 minit susulan isu kebimbangan trend penularan wabak Covid 19 ...
Anak Lahir Dan Besar Di Paris Anggun C Sasmi Justru Hanya Gunakan Bahasa Indonesia Untuk Komunikasi

Anak Lahir Dan Besar Di Paris Anggun C Sasmi Justru Hanya Gunakan Bahasa Indonesia Untuk Komunikasi

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 559 hits
Tak ingin sang anak lupa dari mana ibunya berasal Anggun pun membiasakan memakai Bahasa Indonesia dalam percakapan sehari hari mereka Respek
Gosok Hari Hari Rosak Juga Bukan Susu Je Buat Gigi Anak Rongak Tapi Faktor Ini Penyebabnya

Gosok Hari Hari Rosak Juga Bukan Susu Je Buat Gigi Anak Rongak Tapi Faktor Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 429 hits
Setiap hari gosok gigi anak tapi kenapa rosak juga Apa punca sebenarnya Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu bila berdepan masalah ini Ada yang kata sebab minum susu botol Tak kurang juga yang kongsikan salah satu puncanya seb...
Hari Anniversary Eina Suami Positif Covid Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

Hari Anniversary Eina Suami Positif Covid Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 380 hits
Datin Paduka Eina Azman menerusi posting di laman Instagram memaklumkan dirinya dan suami positif Covid 19 selepas menjalani ujian saringan Apa yang buatkannya terkesan hari ini juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka Macam nak g...
Allah Bagi Saya Peluang Nyawa Kedua 29 Hari Di Rawat Di Hospital Fazli Zainal Pulang Ke Rumah

Allah Bagi Saya Peluang Nyawa Kedua 29 Hari Di Rawat Di Hospital Fazli Zainal Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 315 hits
PENYANYI Fazli Zainal meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas 29 hari di rawat di Hospital Ampang setelah dijangkiti Covid 19
Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Lebai Pas Adun Adun Sungai Ramal Mohon Maaf Tanpa Syarat Pada Ahli Parlimen Dap