Anak Jadi Mangsa Kes Dera Seksual



Dalam mendidik anak, adalah kurang bijak jika anda membuat perbandingan antara zaman anda dan anak anda membesar. Persekitaran hari ini banyak berubah. Mahu atau tidak kita harus akui kanak-kanak hari ini membesar dalam persekitaran yang sangat mencabar.

Jika dulu, anda boleh berjalan kaki sendirian pada waktu malam untuk mengaji al-Quran di rumah jiran, tetapi hari ini adakah anda bersedia melepaskan anak anda melakukan perkara yang sama? Apa yang pasti, anda akan menghantar dan menjemputnya.

Hari ini, soal keselamatan anak tiada kompromi. Walaupun anda mudah membuat tanggapan anak kecil tidak memahami ketakutan atau kerisauan anda berhubung keselamatan mereka, tetapi pernahkah anda memberinya peluang untuk memahami perasaan itu?

Pernahkah anda cuba memberitahunya mengenai ketakutan anda pada jenayah seksual terhadap kanak-kanak? Jika anda merasakan dia belum bersedia, anda perlu memikirkannya sekali lagi.

Ia seterusnya menjadi keperluan untuk ibu bapa jangan mengambil mudah mengenai keselamatan anak. Ajar anak untuk bertindak jika berhadapan dengan mereka yang mencurigakan dan cuba mengeksploitasi secara seksual.

Kadangkala mereka yang melakukan deraan seksual kepada anak anda mungkin mereka yang anda kenali dan anda percayai. Mereka juga rapat dengan anak anda membuatkan anak takut untuk memberitahu sesiapa.

Ada juga kes penderaan seksual dilakukan oleh mereka yang anak anda kenali. Ada kalanya dilakukan oleh orang asing. Ada juga kes, mereka didera secara seksual oleh kanak-kanak lain yang lebih tua daripada mereka. Dia mungkin ahli keluarga atau jiran tetangga.

Membincangkan soal seksualiti atau penderaan seksual dengan anak mungkin sesuatu yang tidak selesa. Bagaimanapun, ia mesti dilakukan untuk kebaikan anak anda. Oleh itu lakukan dengan baik antaranya:

Rancang masa yang baik untuk anda duduk berbual dengannya. Jelaskan kepada mereka Allah menciptakan tubuh badan mereka dengan segala keistimewaan. Bagaimanapun, keistimewaan itu adalah sangat peribadi dan hanya untuk dirinya sendiri.

Jelaskan kepadanya bahagian anatomi yang bersifat sulit dan peribadi. Jika anak masih kecil, jelaskan keadaan ini ketika mandi. Jika dia gemar mandi di kolam renang, katakan kepadanya bahagian yang dilindungi pakaian renang adalah sulit dan peribadi.

Beritahu padanya tidak ada seorang pun boleh menyentuh bahagian peribadinya walau apa pun alasannya. Katakan kepadanya, anda akan sentiasa melindunginya dan beritahu jika ada sesiapa cuba menyentuh bahagian itu. Elakkan menjawab terlalu banyak soalan. 

Yakinkan dia anda menyayanginya dan sentiasa akan melindunginya. Jika anak anda memberitahu dia didera penting untuk anda: Percaya padanya. Biasanya kanak-kanak tidak akan berbohong mengenai penderaan. Biarkan dia bercakap,  tetapi jangan paksa dia memberikan data terperinci jika dia tidak mahu.

Jelaskan padanya apa yang berlaku adalah salah pendera dan dia tidak bersalah. Katakan padanya dia membuat perkara yang betul dengan memberitahu anda dan dia selamat sekarang. Dapatkan bantuan profesional seperti polis dan doktor.

Dapatkan sokongan untuk diri anda sendiri. Bercakap dengan ahli keluarga atau kawan yang anda percaya dan dapatkan bantuan profesional mengenai perasaan anda.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/rfz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Bukan Gurau Ini Kes Buli Berulang Ibu Terkilan Anak Dibuli Sehingga Dada Ditusuk Dengan Pensil

Ini Bukan Gurau Ini Kes Buli Berulang Ibu Terkilan Anak Dibuli Sehingga Dada Ditusuk Dengan Pensil

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 624 hits
Seorang ibu terkilan apabila anaknya yang baru didaftarkan masuk ke sekolah baru dibuli oleh rakan sekelas Difahamkan kejadian buli itu merupakan kejadian kali kedua Dalam kejadian pertama Mell telah berjumpa dengan murid terbabit untuk mem...
Selepas Anak Disyaki Terlibat Dalam Video Kes Bvli Tindakan Bijak Bapa Ini Dipuji Netizen

Selepas Anak Disyaki Terlibat Dalam Video Kes Bvli Tindakan Bijak Bapa Ini Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 453 hits
Selepas anak disyaki terlibat dalam video kes bvli tindakan bijak bapa ini dipuji netizenSelepas anak disyaki terlibat dalam video kes bvli tindakan bijak bapa ini dipuji netizen
Pdrmsia Minta Mangsa Kes Ragut Di Hadapan Kompleks Sogo Tampil Membuat Laporan

Pdrmsia Minta Mangsa Kes Ragut Di Hadapan Kompleks Sogo Tampil Membuat Laporan

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 295 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Predator Anak Cari Mangsa Akses Kirim Chat Foto Game Online Hago Ditutup

Predator Anak Cari Mangsa Akses Kirim Chat Foto Game Online Hago Ditutup

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 255 hits
Meski begitu game yang masih satu group dengan aplikasi Bigo Live ini masih bisa dimainkan oleh masyarakat Pemblokiran itu pun bukan dilakukan oleh Kementerian Komunikasi dan Informatika
Aduhai Malu La Kat Anak Bro Kes Cop Parking Di Mall

Aduhai Malu La Kat Anak Bro Kes Cop Parking Di Mall

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 682 hits
Viral di media sosial ketika ini video dua pemandu berebut tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah dan kedua duanya enggan mengalah Menurut sumber kejadian itu baru berlaku hari ini di Aeon Mall Cheras Selatan dan pengadu mendakwa se...
Mak Bapak Dera Anak Biar Tidur Luar Rumah Tanpa Alas

Mak Bapak Dera Anak Biar Tidur Luar Rumah Tanpa Alas

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 512 hits
Setiap ibu bapa mesti nakkan yang terbaik buat anak anak mereka Kalau boleh tak nak apa apa perkara buruk berlaku kepada anak anak dan nakkan mereka berada dalam keadaan sihat selalu Mak tak bagi duk dalam rumah Tapi malang nasib seorang re...
Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

Nak Mandikan Anak Pun Kena Berjengket Sebab Ibu Masih Terlalu Muda Kisah Menyayat Hati Mangsa Pedofilia

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 425 hits
Pedofilia adalah satu masalah psikologi yang dihidapi oleh seorang individu dewasa atau remaja yang lebih tua di mana mereka lebih tertarik secara seksual terhadap kanak kanak Masalah ini adalah sangat serius dan jenayah pedofilia ini juga ...
Adik Dakwa Kulit Dan Darah Abang Melekat Di Seterika Ini Kronologi Kes Dera Arwah Zulfarhan

Adik Dakwa Kulit Dan Darah Abang Melekat Di Seterika Ini Kronologi Kes Dera Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 453 hits
Hanya kerana dipercayai mencuri sebuah komputer riba seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia maut kerana didakwa telah dipukul didera dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh rakan seuniversitinya Tentunya nama Zulfarh...
Foto Anak Anak Senrose Ketika Kecil

Foto Anak Anak Senrose Ketika Kecil

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 505 hits
Kongsi gambar waktu kecil kecomelan adik beradik Senrose jadi perhatian Siapa tidak mengenali adik beradik Senrose yang sering menjadi perhatian ramai kerana kecantikan dan bakat mereka dalam industri tanah air Baru baru ini menerusi Instag...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor