Adik Dakwa Kulit Dan Darah Abang Melekat Di Seterika Ini Kronologi Kes Dera Arwah Zulfarhan
Hanya kerana dipercayai mencuri sebuah komputer riba, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut kerana didakwa telah dipukul, didera dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh rakan seuniversitinya. Tentunya nama Zulfarhan Osman dan tragedi yang menimpanya dua tahun lalu masih segar diingatan seluruh rakyat Malaysia.
Manakan tidak, ia merupakan antara insiden paling tragis yang pernah terjadi di negara berdaulat ini. Pada mulanya, Allahyarham dipercayai dipanggil untuk masuk ke sebuah bilik pada jam 3 pagi untuk disoal siasat mengenai kehilangan tersebut.
Walaupun Allahyarham menafikannya, penuntut lain yang dikatakan seramai 30 orang itu tetap tegar memukul beliau dengan menggunakan penyangkut baju, getah paip dan tali pinggang. Tidak cukup dengan itu, mereka dikatakan tergamak menekap seterika wap panas ke tubuh mangsa.
Allahayarham mengalami kompilasi luka lecur hampir 80 peratus dipermukaan badannya. Dan pada 1 Jun 2017, Pegawai Kadet Laut UPNM itu disahkan meninggal dunia.
Gambar: Zul Helmie
Ibu mana yang tak sedih saat mengetahui anak kesayangannya diperlakukan dengan begitu kejam. Sehingga ke hari ini, wanita tabah berkenaan masih menanti keadilan untuk anak lelakinya itu. Malah, Ibu kepada Zulfarhan itu, kerapkali memuatnaik perkembangan terkini mengenai kes anaknya itu di media sosial.
Begitu juga dengan adik lelaki Allahyarham, Zulhelmi Idros yang ada berkongsi tentang salah satu perbicaraan abang sulungnya itu. Menurut Zulhelmi:
“Saksi ini datang memberikan kenyataan disebabkan seterika yang digunakan oleh OKT302 adalah miliknya dan seterika adalah bahan bukti yang utama dalam kes ini.”
“Seterika wap ini jugak yang digunakan untuk mengugut arwah supaya bercakap betul, apabila arwah berkata tidak OKT terus menekap badan arwah menggunakan seterika ini tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami . Cuba bayangkan kalau terkena sikit pun dah sakit, inikan pula niat memang nak tekap di badan.”
“Itu adalah seterika yang digunakan oleh OKT302. Kalau diperhatikan betul-betul, dihujung seterika itu dibalut kerana di situ terdapat darah serta kulit yang melekat disebabkan kesan melecur.”
Gambar: Zulhelmi Idros
Gambar: Zulhelmi Idros
Rujukan
[1] Nurfarahin Hussin. 2017. Pegawai Kadet Mati Didera Dengan Seterika. Dicapai pada 12 Julai 2019
Sumber: Zulhelmi Idros
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/17/adik-dakwa-kulit-dan-darah-abang-melekat-di-seterika-ini-kongsi-kronologi-kes-dera-arwah-zulfarhan/