Anak Gurau Kasar Tak Pandai Makan Sendiri Pakai Baju Tanda Anak Malas Deria Sendi


Anak gurau kasar, tak pandai makan sendiri dan pakai baju, tanda anak ‘malas’ deria sendi. Anak susah nak belajar pakai baju dan seluar sendiri. Anak bermain dan bergurau terlalu kasar.
Anak umur 6 tahun masih memegang pensil menggunakan 5 jari.  Anak tak mahu makan dengan sendiri walaupun semasa umur 5 tahun.
Masalah di atas adalah masalah biasa bagi anak yang mempunyai masalah terhadap sensitiviti deria sendi. Deria sendi tidaklah sepopular seperti deria visual, auditori, rasa, sentuhan dan bau tetapi deria ini sangat penting dalam setiap urusan kita seharian.

Anak Gurau Kasar, Tak Pandai Makan Sendiri & Pakai Baju Nak ambil barang, nak buka pintu, nak seluk beg ambil dompet, nak pakai baju dan seluar, nak makan, nak garu belakang badan dan lain-lain. Semua aktiviti yang menggunakan anggota badan menggunakan deria ini.
APA ITU DERIA SENDI?
Deria sendi (propioception) adalah deria yang memberi info kepada otak di mana anggota badan kita berada. Setiap kali kita menggerakkan badan (tangan atau kaki), setiap kali itu juga kita akan menggunakan deria sendi untuk memberi input kepada otak untuk mengawal pergerakan anggota badan dan berapa tekanan yang sepatutnya.
Bayi selepas lahir akan rasa badannya seperti “terawang-awangan”, mereka tidak sedar keberadaan tangan dan kaki menyebabkan mereka tidak pandai mengawal pergerakan anggota badan disebabkan deria sendi yang “belum cukup kuat” ataupun “belum cukup develop”. Jika kita tidak merangsang deria sendi dari awal ia akan menyebabkan masalah di masa akan datang terutamanya skil urus diri (makan, pakai dan buka baju) malah akan menyebabkan masalah akademik juga.
Anak yang ada masalah deria sendi selalu disalah erti kan dengan malas, lembab atau “hyper”. Mereka tak nak pun dilahirkan atau “dibesarkan” ada masalah deria sendi. Ya, faktor persekitaran memang boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih parah apabila anak dibesarkan dalam keadaan yang terlalu “manja” dan tak diberi peluang untuk berdikari sendiri.
SEMUA BENDA MAK AYAH NAK BUATKAN, SEMUA BENDA NENEK ATUK NAK “TOLONG” BUATKAN SAMPAI ANAK DAH ADA MINDSET “TAK PERLULAH BELAJAR BERDIKARI, ORANG LAIN AKAN JAGA BADAN INI”. JANGAN TERKEJUT JIKA SAYA KATAKAN, KEBANYAKAN ANAK YANG “MALAS” UNTUK BELAJAR (PAKAI BAJU SELUAR, MAKAN SENDIRI, MENULIS) ADALAH BERPUNCA DARI SIKAP MAK AYAH YANG TERLALU MEMANJAKAN ANAK DENGAN “MEMBANTU” BENDA YANG TIDAK SEPATUTNYA DALAM URUSAN SEHARIAN.
Kalau bawah 2 tahun, masih diterima lagi. Tapi kalau umur 6 tahun? Tepuk dada tanya minda.
Tanda Anak ‘Malas’ Deria Sendi
PUNCA ANAK “MALAS”
Anak susah nak belajar pakai baju dan seluar?
Setiap kali anak mencari lubang baju atau lubang seluar tak jumpa, kadang-kadang masuk tangan dalam lubang kepala, kadang-kadang 2-2 kaki masuk dalam 1 lubang seluar.
Berjuta kali cuba tak dapat, mak ayah dah bising-bising sebab nak cepat. Anak stres terus tak nak buat. Mak ayah stres terus pakaikan.
Macam mana nak pakai sendiri kalau deria sendi tak cukup kuat untuk “merasa” sesuatu tanpa melihatnya?
Anak bermain dan bergurau terlampau kasar
Niat nak bergurau dengan kawan atau adik, tetapi gurauan bertukar jadi drama air mata apabila orang lain takut nak bermain sama. Orang lain gurau cuit sikit-sikit, dia tolak dan pukul “kaw kaw” macam bertinju betul.
Macam mana nak bermain sama, kalau tak pandai mengawal “tekanan” cuitan, pukulan, tolakan dan sepakan?
Memegang pensil menggunakan 5 jari di umur 6 tahun
Sebenarnya skil memegang pensil tidak perlu diajar atau dipaksa, ia adalah secara semula jadi.
Semakin deria sendi anak “kuat”, semakin dia akan membetulkan jari-jarinya sendiri semasa memegang pensil. Dari 5 jari ke 4 jari seterusnya 3 jari dan skil menulis ada tahapnya untuk setiap umur anak. Tidak perlu terlalu taksub untuk mengajar anak menulis di awal usia dan memaksa anak menulis menggunakan 3 jari sebelum umurnya sebenar.
Anak gunakan 5 jari kerana deria sendi belum cukup kuat untuk mengawal tangan semasa menulis, maka memerlukan lebih sokongan.
Kini, banyak sangat produk-produk untuk mengajar anak memegang pensil dengan betul. Tapi sampai bila nak guna? Gunakan alat bantuan memang bagus untuk membantu tetapi kalau tidak disusuli dengan rangsangan deria sendi tiada gunanya kerana anak tetap akan cepat penat semasa menulis disebabkan perlu “effort” lebih untuk mengawal jari.
Sebenarnya banyak sangat masalah-masalah harian yang akan timbul disebabkan masalah deria sendi. Nampak kan betapa pentingnya deria sendi dalam hidup anak kita?
TIP MERANGSANG DERIA SENDI

Belajar skil urus diri
Normal fasa anak umur 18 bulan hingga 3 tahun akan teruja untuk melakukan semuanya sendiri termasuklah pakai buka baju, makan sendiri, belajar memegang pensil dan sebagainya. Gunakan fasa ini dengan baik untuk melatih anak menguasai skil urus diri yang secara tak langsung merangsang dan “menguatkan” deria sendi.
Sokong dan beri pujian setiap kali anak berjaya buat sendiri. Selesaikan penguasaan skil ini sehingga anak umur 4 tahun.
Ini adalah tahap normal skil urus diri untuk anak umur 4 tahun:
Bebas diaper + pakai baju seluar sendiri + makan dengan sendiri+ pakai kasut dan stokin dengan sendiri + kemas mainan + mandi dan keringkan badan sendiri + berus gigi sendiri dll
Main conteng-conteng.
Sebenarnya sejak bayi bawah umur 1 tahun, mak ayah dah boleh beri dan dedahkan dengan pensil. Bukan untuk belajar menulis atau mewarna ya, hanya untuk conteng-conteng dan belajar mengawal tangan dan jari. Conteng bukan hanya di kertas, tetapi di atas pelbagai permukaan. Bukan hanya menggunakan pensil, malah boleh juga krayon, kapur dll.
Kalau menggunakan pensil, beri yang jenis pendek dan “gemuk” demi keselamatan dan membantu anak mengawalnya. Kalau takut anak conteng dinding atau perabot, boleh cat dinding menggunakan “cat kalis conteng” ataupun beri pensil warna yang boleh dipadam.
Sebenarnya tak menjadi masalah kalau mak ayah beri pengawasan penuh setiap kali anak memegang pensil.
Merangkak:
Fasa merangkak sangat penting untuk bayi, semasa merangkak bayi secara semulajadinya akan merangsang deria sendi di tangan dan jari yang sangat diperlukan untuk mereka belajar mengawalnya seharian terutamanya skil urus diri dan skil motor halus.
Kurangkan atau elakkan menggunakan walker, sokong anak merangkak dengan merangkak bersama anak.
Yang mana anak berjalan cepat dan kurang fasa merangkak boleh kerapkan bermain kejar-kejar secara merangkak dengan anak ya.
Urutan dan pelukan:
Pendapat saya, urutan adalah wajib untuk bayi bawah 12 bulan, banyak sangat manfaat urutan dalam perkembangan bayi yang saya sudah selalu kongsi di post saya sebelum ini. Anak membesar hanya sekali, 80% perkembangan otak anak adalah semasa umur 0-2 tahun.
Sumber: Maryam Jamadi (Occupational Therapist)
Baca artikel lain juga: Kebaikan Bawa Anak-anak Ke Taman Permainan, Bagus Untuk Perkembangan Deria Fizikal
Mak-Mak Zaman Dulu Bagi Anak Main Pasir Ada Sebab, Banyak Kelebihan Untuk Deria Anak
Food Finger Berkhasiat Untuk Baby, Resipi Potato Stick Membantu Meningkatkan Deria Sentuhan Anak!
 
 

Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Anak Gurau Kasar, Tak Pandai Makan Sendiri & Pakai Baju, Tanda Anak ‘Malas’ Deria Sendi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-gurau-kasar-tak-pandai-makan-sendiri-pakai-baju-tanda-anak-malas-deria-sendi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gigih Usaha Pakai Sendiri Guru 1 Tangan Terharu Anak Murid Hadiahkan Jam

Gigih Usaha Pakai Sendiri Guru 1 Tangan Terharu Anak Murid Hadiahkan Jam

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 140 hits
Seorang guru 1 tangan terharu apabila menerima hadiah daripada anak muridnya seutas jam tangan dan terlihat begitu gembira apabila mendapat pemberian yang cukup bermakna itu Cuma ada satu tangan Walau bagaimanapun menerusi platform TikTok m...
Keh Keh Keh Pak Ngan Anak Sama Sewel Kalau Nak Jual Ubat Kurap Sila Pakai Baju

Keh Keh Keh Pak Ngan Anak Sama Sewel Kalau Nak Jual Ubat Kurap Sila Pakai Baju

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 179 hits
MSOKALAU NAK JUAL UBAT KURAP SILA PAKAI BAJUSiapa han dia ni dia kata semua benda kerajaan PH buat tak ada berkat Berkat itu apa benda broder Berkat ke karat Tolong difiniasikan apa maksud berkat itu baru boleh ulas Dia juga ungkit yang Anw...
Rina Solat Subuh Dulu Sebelum Ke Sekolah Ryzal Maryam Dipuji Pandai Didik Anak

Rina Solat Subuh Dulu Sebelum Ke Sekolah Ryzal Maryam Dipuji Pandai Didik Anak

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 180 hits
Pempengaruh terkenal Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam You Narae menerima pujian ramai apabila berkongsi rakaman video cahaya mata mereka Rina yang bersiap siap untuk ke sekolah Pasangan yang lebih mesra dikenali sebagai Duriankimchi itu d...
Ww Bukan Untuk Raya Haji Untuk Makan Sendiri

Ww Bukan Untuk Raya Haji Untuk Makan Sendiri

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 86 hits
Assalamualaikum Kawan sekerja bagi rasa biskut kelapa sedap melt in your mouth dan memaksa SA beli jugak tp untuk makan sendiri kat office hahaha Sebab tu tajuk bukan untuk raya haji tapi makan sendiri boleh Sebalang ada 38pcs Sedap sangat ...
Maryam Durian Kimchi Kongsi Resipi Nasi Yang Selalu Rina Makan Mama Bolehlah Cuba Buat Untuk Anak

Maryam Durian Kimchi Kongsi Resipi Nasi Yang Selalu Rina Makan Mama Bolehlah Cuba Buat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 107 hits
Durian Kimchi kongsi resipi nasi yang selalu makan mama bolehlah cuba buat untuk anak Setiap kali selebriti media sosial Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi menghidangkan makanan untuk anaknya Rina ramai yang t...
Berselera Makan Ramai Suka Tengok Anak Habiskan Nasi Sup Maryam

Berselera Makan Ramai Suka Tengok Anak Habiskan Nasi Sup Maryam

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 161 hits
Untuk buat anak anak suka makan dan tidak memilih kita perlu rajin memperkenalkan pelbagai jenis makanan pada mereka Bila dah biasa mencuba nak akan okay dan lebih open untuk makan apa saja yang diberikan pada mereka Salah satu tip untuk bu...
Lebih Baik Beli Derian Bagi Anak Makan

Lebih Baik Beli Derian Bagi Anak Makan

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 125 hits
1 Orang kita nampak saja tong derma untuk tahfiz atau sekolah agama atau rumah anak yatim hatta derma buat untuk kubah masjid pun menderu deram pakat derma 2 Letak saja tong yang ada gambaq budak budak pakai jubah ketayap ada gambaq tiang a...
Tengah Makan Tulang Anak Palestin Tak Sensitif Sekumpulan Remaja Jadikan Peperangan Di Palestin Bahan Lawak

Tengah Makan Tulang Anak Palestin Tak Sensitif Sekumpulan Remaja Jadikan Peperangan Di Palestin Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 142 hits
Baru baru ini di platform X tular satu video yang membuatkan netizen marah apabila sekumpulan remaja berasal dari negara jiran Indonesia menjadikan peperangan di Palestin sebagai bahan jenaka Sekumpulan gadis tak sensitif Dalam video terseb...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian