Anak Dah Boleh Makan Pelan Pelan Kenalkan Pelbagai Makanan Baru Si Kecil Tak Memilih


Pejam celik kini usia bayi anda sudah menjangkau 6 bulan. Tibalah masanya untuk anda berikan makanan pejal pertama kepada si kecil tersayang. Mungkin tiada masalah untuk ibu yang punya ramai anak, namun untuk ibu bapa yang pertama kali pasti terbit sedikit rasa gementar. Persoalan makanan apa yang sesuai, bagaimana cara penyediaan dan sebagainya tentu ada bermain di akal fikiran. Ikuti kupasan lanjut dalam artikel di bawah.
Makanan bayi yang baik dan sihat adalah makanan yang anda buat sendiri dengan pemilihan daripada bahan-bahan yang segar dan semulajadi. Cara penyediaan dan juga cara penyimpanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan si kecil anda suka dengan makanan yang dibuat.
Bahan makanan yang sesuai Pemilihan makanan yang segar dan semulajadi adalah penting kerana makanan untuk bayi haruslah daripada sumber yang terbaik. Sayur-sayuran serta buah-buahan adalah sumber makanan yang paling baik untuk anda berikan kepada si kecil.
Sebaiknya pilihlah sayur dan buah yang ditanam secara organik kerana ia bebas daripada risiko tercemarnya dengan racun serangga dan juga lebih segar. Hasil tanaman organik mungkin agak mahal dan susah untuk didapati, oleh itu anda juga boleh menggunakan sayur dan buah-buahan biasa tetapi pastikan makanan tersebut dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.

Peralatan untuk menyediakan makanan bayi Peralatan yang akan anda gunakan untuk menyediakan makanan bayi anda haruslah yang betul-betul bersih. Anda dicadangkan tidak mencampurkan peralatan untuk penyediaan makanan bayi dengan peralatan yang lain supaya ia lebih terjamin bersih dan tidak melekat rasa yang ada pada peralatan lain. Antara peralatan yang perlu ada untuk menyediakan makanan bayi adalah:
Pengisar Freezer bags Pisau atau alat pengupas buah Pengukus Bekas kecil atau bekas ais batu Periuk Papan pemotong
Sebagai makanan pertama, buah-buahan yang akan diberikan kepada anak anda perlulah dikupas kerana bimbang organ pencernaan bayi tidak dapat mencernanya dengan baik. Jangan lupa untuk mencucinya terlebih dahulu sebelum dikupas dan dipotong. Ia penting untuk memastikan bacteria pada kulit tidak akan bercampur dengan isi buah ketika anda memotong buah yang telah dikupas dan tidak dicuci.
Cara penyediaan makanan Biasanya bayi berumur 6 bulan akan makan puri atau bubur yang dikisar halus. Kemudian mereka boleh diperkenalkan dengan makanan jejari (finger food) setelah berumur 9 bulan. Mereka sudah boleh diperkenalkan dengan makanan yang anda makan setelah umur mereka 1 tahun.
Sayuran dan buah-buahan yang akan dikisar menjadi puri sebaiknya direbus atau dikukus terlebih dahulu. Namun perlu anda ingat, semakin lama sayuran berada di dalam air, semakin banyak nutrisi yang hilang. Oleh itu, tunggulah hingga air mendidih sebelum anda memasukkan sayuran ke dalam periuk. Cara lain untuk lembutkan sayuran adalah dengan mengukus.
Jika anda menggunakan kaedah rebusan, jangan dibuang airnya, sebaliknya gunakan air tersebut untuk mengisar sayuran tadi. Dengan cara itu nutrisi daripada sayuran yang akan dimakan bayi anda tidak akan hilang begitu sahaja.
Sebagai makanan pertama bayi, puri yang dibuat perlulah dikisar halus dan cair supaya mudah untuk proses pencernaan si kecil yang sudah biasa dengan susu ibu atau susu formula sahaja. dari masa ke semasa anda boleh mula perkenalkan puri atau bubur yang agak pekat dan kental supaya mereka menjadi biasa.

Untuk membiasakan bayi makan apa yang anda makan, anda juga boleh menambahkan dengan sedikit ramuan yang Selamat seperti bawang putih, jintan dan halia ke dalam puri yang dibuat. Bahkan anda juga boleh mula perkenalkan minyak zaitun kepada si kecil secara berperingkat. Perlu anda ingat jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan anak anda yang berumur kurang dari 1 tahun!
Adik jom makan! Pelbagaikan makanan yang anda beri kepada si kecil dengan cara memperkenalkan 1 jenis bahan sahaja selama 3 hari. selain membiasakan diri si kecil dengan rasa yang baru, ia juga penting untuk anda melihat kemungkinan si kecil alahan terhadap sesuatu makanan itu. Jika tidak suka dengan rasa tersebut dan tiada alahan yang dialami, jangan mudah putus asa teruskan memberi bahan tersebut sehingga 10 kali supaya mereka benar-benar serasi dengan rasa makanan tersebut.
Bayi yang sudah terbiasa menerima pelbagai rasa dalam makanan sudah boleh anda perkenalkan kepada hidangan lain yang menggabungkan lebih daripada 1 bahan. Selain itu, untuk rasa yang tidak terlalu asing pada makanan pertama bayi, adalah baik untuk anda menambah susu ibu atau susu formula ke dalam puri atau bubur yang anda sediakan. Bayi pasti lebih menyukainya kerana rasa yang sama dengan susu yang pernah mereka minum. Semakin bayi anda membesar, anda juga boleh menambahkan daging ayam yang dicincang dalam makanan mereka.
Cara menyimpan makanan bayi Makanan yang anda buat boleh juga disimpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Anda boleh menggunakan bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas yang banyak dijual di pasaran kini. Bekas ais batu juga boleh anda gunakan tetapi setelah ia mengeras, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa untuk keluarkan dahulu udara yang ada di dalam plastic tersebut sebelum di meterai.

Bubur sayuran dan buah yang disimpan dengan cara ini dapat bertahan sehingga 4 hingga 6 bulan sementara bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging dapat bertahan sehingga  2 bulan. Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda tak perlu panaskan semula, cukup merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan berada pada suhu bilik selama beberapa ketika. Ini kerana makanan bayi tidak disajikan ketika panas tapi pada suhu normal untuk memudahkan bayi anda makan.
 
The post Anak Dah Boleh Makan, Pelan-pelan Kenalkan Pelbagai Makanan Baru Si Kecil Tak Memilih  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-dah-boleh-makan-pelan-pelan-kenalkan-pelbagai-makanan-baru-si-kecil-tak-memilih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 320 hits
Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil Jawapannya ada ditangan anda sendiri Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan ...
Bayi Memang Suka Meneroka Benda Baru Beri Permainan Sesuai Boleh Bantu Perkembangan Fizikal Mental Anak

Bayi Memang Suka Meneroka Benda Baru Beri Permainan Sesuai Boleh Bantu Perkembangan Fizikal Mental Anak

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 522 hits
Bermain adalah aktiviti penting untuk kanak kanak Bermain bukan sahaja untuk mengisi waktu si kecil anda ia juga turut membantu perkembangan fizikal dan mental anak Sebagai ibu bapa anda pasti dapat memilih permainan yang sesuai dengan umur...
Kesan Makanan Tak Sihat Biasanya Lepas 10 15 Tahun Kalau Sejak Kecil Dah Makan Macam Macam Tengoklah Kesannya Nanti

Kesan Makanan Tak Sihat Biasanya Lepas 10 15 Tahun Kalau Sejak Kecil Dah Makan Macam Macam Tengoklah Kesannya Nanti

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 545 hits
Kesan makan makanan tidak sihat ini selalunya lepas 10 15 tahun Kalau dari umur 10 tahun dah makan jajan makanan banyak MSG pengawet perasa pewarna dan transfat minum air gas makanan banyak refined karbo minuman sangat manis tak minum air k...
Bungkus Je Macam Lepat Baru Selera Anak Makan Nasi Resipi Ibu Ni Wajib Cuba

Bungkus Je Macam Lepat Baru Selera Anak Makan Nasi Resipi Ibu Ni Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 521 hits
Bila anak menolak nasi mama perlulah usahakan sesuatu agar anak berselera kembali dengan menu nasi Nasi pastinya buat perut anak lebih kenyang berbanding pilihan makanan lain yang tidak sihat Cara kreatif ibu ini yang dikongsikan di faceboo...
Level Mata Masa Cakap Dengan Anak Perlu Sama Baru Mudah Dengar Kata

Level Mata Masa Cakap Dengan Anak Perlu Sama Baru Mudah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 408 hits
Bercakap dengan anak anak beza dengan bercakap dengan orang dewasa Tak boleh main bantai saja Ada sains dan seninya berkaitan dengan anak anak ni Level umur anak yang berbeza juga perlukan cara bercakap yang berbeza Tetapi satu persamaan ba...
Tinggal 5 Anak Masih Kecil Mak Ayah Mati Dilanggar Pemandu Mabuk

Tinggal 5 Anak Masih Kecil Mak Ayah Mati Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 455 hits
Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur...
Ini Penampakan Tas Baru Nagita Slavina Di Spanyol Berukuran Kecil Tapi Seharga Mobil

Ini Penampakan Tas Baru Nagita Slavina Di Spanyol Berukuran Kecil Tapi Seharga Mobil

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 321 hits
Baru baru ini Nagita Slavina mengenakan tas barunya di Eropa tepatnya saat berada di Spanyol Tas baru tersebut diketahui berharga fantastis Berikut penampakannya
Waktu Bermain Anak Tengah Belajar Tahu Tahu Ada Skil Baru Dia Tunjuk Kita

Waktu Bermain Anak Tengah Belajar Tahu Tahu Ada Skil Baru Dia Tunjuk Kita

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 428 hits
Pemilihan mainan sangat penting untuk menggalakkan perkembangan minda serta kemahiran motor anak anak Ketika mencari mainan untuk anak ketahui fungsinya Lebih baik begitu daripada anda membelikan mainan yang sekadar boleh dibuat main sahaja...
Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

Tak Payah Marah Marah Lagi Ibu Bapa Boleh Cuba Cara Psikologi Ini Untuk Denda Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 448 hits
Memang tidak mudah untuk mendidik anak tambah tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibubapa mudah hilang kesabaran dan naik hantu Tak elok juga jika sering marah dan memukul anak kerana p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut