Anak Dah Besar Cinta Tak Pernah Pudar Wan Khatijah Kongsi Detik Percintaan Dengan Suami


Melangkah masuk ke kediaman wanita ini, aura tenangnya begitu terserlah. Suasana rumah yang lapang, putih bersih dan berbau harum bunga segar, menggambarkan personaliti tuan rumah yang cukup bersahaja, tersusun dan manis budi bahasanya.
Dialah Wan Khatijah, figura yang pernah mencuri perhatian ramai menerusi kemenangannya program Dewi Remaja satu ketika dahulu. Hari ini, walaupun sudah meniti usia dan membawa gelaran isteri serta ibu, pesona Wan Khatijah tetap tidak pudar. Malah, ramai menganggap dia seolah awet muda dengan  wajah tetap jelita, tutur kata lembut, dan tetap mesra melayan sesiapa sahaja yang bertandang.

Bersama suaminya, Azlisham Ibrahim, bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor pasangan ini cukup serasi. Sama-sama kelakar, suka bergurau dan menyenangkan suasana. Kadang bila bercerita pun, mereka akan menyampuk antara satu sama lain  bukan kerana tak sabar, tapi kerana terlalu selesa dan serasi. Ada momen kita rasa macam tengok pasangan baru bercinta, bukan pasangan yang sudah lebih 20 tahun hidup bersama.
Bila ditanya mengenai konsep dekorasi rumahnya, Wan Khatijah hanya ketawa kecil.
“Sejujurnya… rumah ni tak ada konsep pun. Masa buat dulu saya cuma nak rumah yang kosong, lapang dan selesa. Sebab keluarga kami besar. Kadang sebulan dua kali kami akan berkumpul. Bayangkan lebih 45 orang – adik-beradik, sepupu, anak-anak saudara semua datang. Jadi open space tu penting. Barang pun biar sikit tapi perlu.”
Dari ruang tamu ke dapur, semuanya terbuka luas. Tak banyak sekatan dinding. Hanya sebatang bunga besar diletakkan sebagai ‘penutup lembut’ supaya tak terus nampak dapur.
Dan menariknya, ruang makan sengaja diletakkan dekat dengan pintu utama. “Supaya lebih manis, orang datang terus nampak meja makan, nampak gambar suami,” katanya sambil tersenyum.
Cinta Yang Bermula Di Sesi Foto Majalah
Siapa sangka, cinta mereka bermula ketika sesi fotografi. Wan Khatijah ketika itu menjalani sesi bergambar untuk Dewi Remaja dan suaminya pula untuk majalah bola sepak, kedua-duanya terbitan Karangkraf. Kebetulan sesi fotografi mereka diadakan pada hari yang sama. Dari sekadar berbual kosong, mereka akhirnya jadi mesra.
“Dia pelawa saya tengok wayang,” kata Wan Khatijah sambil ketawa kecil. “Kami anggap itu macam date pertama… ”
 
Suaminya pula menyampuk sambil tersipu, “Mula-mula saya segan… dia Dewi Remaja. Siapalah saya pemain bola je. Tapi lepas borak, dia boleh terima saya seadanya.”
Kini, lebih dua dekad berlalu, cinta mereka makin matang dan tetap penuh tawa bersama empat cahaya mata penyeri kehidupana mereka.

Petua Bahagia – Mata Bertentang Mata  
Sewaktu ditanya tentang rahsia rumahtangga bahagia, Wan Khatijah berkongsi satu pesan yang cukup bermakna dari arwah ibu mentuanya

“Kalau bercakap, mata kena tengok mata. Sebab dari mata tu boleh turun ke hati. Nak marah pun jadi reda. Nak merajuk pun cair.”
Dan mungkin itulah yang menjadi rahsia hubungan mereka. Mesra, saling menghormati, tak pernah rasa janggal walau sudah bertahun hidup bersama.
Rumah, Bunga, Dan Hobi Yang Mencerminkan Jiwa Antara perkara paling mencuri perhatian di rumah ini adalah bunga. “Dekat rumah ni, hampir setiap ruang ada bunga segar. Tapi bukan saya je suka bunga. Suami saya pun suka.”
Setiap minggu, suaminya akan beli bunga segar, pilih sendiri, dan hias sendiri di rumah.
“Sebab dia suka bau bunga segar dalam rumah. Katanya, itu terapi dia.”
Bagi Wan Khatijah pula, terapinya datang dalam bentuk travel, walaupun katanya bukanlah destinasi itu yang penting, tapi perasaan bila sampai di lapangan terbang.
“Saya suka sangat travel. Tak kisah ke mana. Janji sampai airport tu dah rasa tenang. Itu my therapy. Tapi dekat rumah, saya suka masak, suka kemas, dan saya suka buat table setting.”
Meja Makan – Ruang Paling Disayang Bila ditanya ruang kegemaran dalam rumah, dia terus jawab: “Meja makan.”
Di situlah banyak kenangan tercipta. Dari anak-anak kecil hingga dewasa, daripada juadah kampung ke western food — semuanya dikongsi di meja makan.
“Saya suka table setting. Biasanya dua kali seminggu saya akan susun ikut tema. Kadang ikut makanan – kalau western, saya ikut konsep botanical English. Tapi kalau masakan kampung, saya akan keluarkan tikar, pinggan mangkuk kampung.”
Anak-anak kadang suka, kadang komplen banyak pinggan nak basuh, tapi mereka tahu  itulah cinta ibu mereka dalam bentuk yang paling cantik.
Wan Khatijah bukan sekadar bekas Dewi Remaja yang cantik. Dia adalah wanita, isteri, ibu dan sahabat  yang membina hidupnya dengan nilai dan rasa. Dari rumah ke hati, semuanya dibuat dengan cinta.
Dia tak perlukan rumah besar penuh perabot mahal. Cukup ruang yang bersih, bunga segar dan gelak tawa suami. Dan itu mungkin satu pesan indah untuk kita semua kadang bahagia itu tak kompleks. Ia cuma perlukan kesederhanaan yang ikhlas.
NAK TAHU LANJUT JOM TENGOK VIDEO NI:

 
 
The post Anak Dah Besar, Cinta Tak Pernah Pudar, Wan Khatijah Kongsi Detik Percintaan Dengan Suami appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-dah-besar-cinta-tak-pernah-pudar-wan-khatijah-kongsi-detik-percintaan-dengan-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bisikan Suruh Campak Anak Chiwan Kongsi Detik Cemas Isteri Kemurungan Ketika Dalam Pantang

Bisikan Suruh Campak Anak Chiwan Kongsi Detik Cemas Isteri Kemurungan Ketika Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 136 hits
Kelahiran cahaya mata pertama selalunya menjadi detik paling membahagiakan buat pasangan suami isteri Tapi bagi pelawak dan penyampai radio Suria FM Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri 39 kenangan selepas kelahiran anak sulungnya s...
Tak Disuruh Pun Tapi Saya Jaga Anak Remy Ishak Kongsi Peranan Sebagai Suami Bapa

Tak Disuruh Pun Tapi Saya Jaga Anak Remy Ishak Kongsi Peranan Sebagai Suami Bapa

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 169 hits
Saya memang jenis tak reti duduk diam Kalau boleh semua nak buat sendiri sebab saya tahu itu tanggungjawab saya Tak ramai lelaki yang mampu tampil jujur dan terbuka berkongsi peranan mereka sebagai suami dan bapa di rumah Namun pelakon ters...
Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 129 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui tidak mengetahui mengenai hantaran hari lahir yang dimuat naik oleh ibu mentuanya Siti Hafiza Basharahil yang ditujukan khas buat dua orang cucunya Ayden Adrean dan Ara Adreana Menurut Bella atau...
Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak Ramai Tengok Rina Guna

Maryam Durian Kimchi Kongsi Tips Pilih Chopstick Untuk Anak Ramai Tengok Rina Guna

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 172 hits
Melihat si kecil makan sendiri dengan penuh yakin memang satu kepuasan buat ibu bapa kan Lebih lebih lagi bila anak mampu menggunakan penyepit dengan begitu mahir seperti anak kepada pempengaruh terkenal Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta Ma...
Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

Selingkuh Dengan Adik Ipar Demi Cinta Wanita Renjat Suami Sampai Mati

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 199 hits
KOSMOSushmita dan Rahul kini ditahan India TodayDemi cinta pada adik ipar wanita renjat suami sampai matiNEW DELHI Seorang wanita di Dwarka Delhi ditahan selepas didakwa membunuh suaminya dengan cara mengenakan renjatan elektrik yang dibant...
Nak Tengok Muka Baby Fila Amir Enggan Kongsi Wajah Anak Mahu Elak Penyakit Ain

Nak Tengok Muka Baby Fila Amir Enggan Kongsi Wajah Anak Mahu Elak Penyakit Ain

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 129 hits
Biarpun anak kesayangannya kini sudah pun berusia dua bulan namun personaliti media sosial Fila Amir enggan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bagi mengelakkan penyakit ain Fila memuat naik satu hantaran di TikTok yang ketika itu meraka...
Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

Pengasas Ehati Suami Anak Dan Peserta Antara 6 Direman

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 182 hits
SHAH ALAM Pengasas program motivasi eHATI bersama suami dan anak perempuannya direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program motivasi yang disyaki bersifat songsang dan menyimpang Turut direman dalam tempoh sa...
Sebut Maia Pernah Selingkuh Inilah Fakta Kisah Cinta Dhani Maia Estianty Di Masa Lalu

Sebut Maia Pernah Selingkuh Inilah Fakta Kisah Cinta Dhani Maia Estianty Di Masa Lalu

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 162 hits
Kisah cinta Ahmad Dhani dan Maia Estianty memang sudah lama berakhir tapi perseteruannya diantara keduanya sampai hari ini masih belum padam Yang terbaru statement Ahmad Dhani terkait mantan istrinya Maia Estianty di Podcast bersama Denny S...
Kau Hadiahkan Kehidupan Suami Sebak Doakan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Anak Kedua

Kau Hadiahkan Kehidupan Suami Sebak Doakan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Anak Kedua

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 162 hits
Kisah penuh sayu seorang suami yang kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan anak kedua mereka menyentuh hati ramai Doa yang dilafazkannya meruntun jiwa netizen seluruh negara Apa yang berlaku Seorang wanita berusia 27 tahun dilaporkan...
Lirik Lagu Dalam Diam Mojack Hafiz

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah Cepat Siap Confirm Tambah Nasi

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tax Responsibilities For Startups

Tauhu Bergedil

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction

Bahagia Lepas Kahwin Sufian Suhaimi Akui Rezeki Makin Murah Jiwa Pun Makin Tenang

Pemilik Akhirnya Tinggalkan Rumah Di Tengah Lebuh Raya Tidak Tahan Bunyi Bising Utusan Malaysia

Doktor Rugi Rm468 000 Angkara Penipuan Dalam Talian