Anak Benci Car Seat Ibu Ayah Tak Perlu Risau Kena Cara Semua Beres Ini Solusinya


Nak jadikan rutin anak dalam car seat tu memang struggle. Anak menangis, meronta itu perkara biasa, tapi percayalah bila dah jadi rutin anak pasti akan lebih selesa berada di dalam car seat. Malah ia juga lebih selamat untuk mereka.
Ia terbukti apabila banyak kes kemalangan yang melibatkan anak-anak yang berada di dalam car seat, mereka selamat. Tapi mesti ramai ibu ayah nak tahu kenapa anak-anak ‘benci’ dengan car seat, ikuti perkongsian daripada Puan Uswatun Hasanah Habib ini.
ANAK BENCI CAR SEAT…IBUBAPA TAK PERLU RISAU LAH 
Soalan berkait anak menangis dalam car seat adalah antara soalan paling buat saya . Kerana, terlalu banyak kali sangat ia di tanyakan !
Senang cerita, bila bercakap soal car seat, bayi dan anak kecil terbahagi kepada 2:
Yang suka dan pasti terlelap setiap kali masuk kereta malah boleh tidur mencecah berjam-jam lamanya.
Yang benci , menjerit sekuat hati selama mungkin malah sukar dapat terlelap.
Hairan ke. Apa lah nak hairan…
Orang dewasa pun sama. Macam-macam perangai bila naik kereta.
Ada yang OK , ada yang mabuk.
Ada yang selamba boleh membaca buku di sepanjang perjalanan, ada yang nak baca mesej WhatsApp dalam kereta pun rasa nak muntah.
Ada yang tak sampai 5 minit masuk kereta dah terlelap, ada yang boleh berborak tak henti-henti di sepanjang perjalanan.
Lebih pelik, bila bercakap soal kenderaan ini:
Ada yang tak takut naik kereta, tapi cukup seram pula bila nak naik kapal terbang.
Ada yang mabuk laut, ada yang mabuk darat.
Ada yang berani tunggang basikal dan motorsikal, tapi tak berani nak pegang stereng kereta.

Itu semua bukti bahawa setiap dari kita ada penerimaan tersendiri dengan kenderaan.
dan..kita sendiri TAK TAHU APA PUNCANYA
YANG PASTI, YANG PASTI, YANG PASTI
ISU BENCI CAR SEAT IALAH ISU ON-OFF
Maksudnya:
Anak yang ‘elok’ suka car seat BOLEH SAJA tiba-tiba tak suka car seat
Ada masa anak OK , ada Masa anak TAK OK.
TIADA RESIPI tertentu untuk buat perangai tak suka car seat ini hilang selama-lamanya.
Mari ulang ayat ini sekali lagi:
TIADA RESIPI tertentu untuk buat perangai tak suka car seat ini hilang selama-lamanya
Ini soal penerimaan. Ia soal proses kebiasaan. Ini soal likes dan dislikes (perkara di sukai dan perkara tak di sukai)
Sama macam situasi:
Setiap kali Isnin atau 1st day ke pengasuh selepas cuti panjang saja, anak mesti buat drama. Padahal, bukan anak tak kenal pengasuh. Kalau dah sedap direct feed dari ibu semasa cuti panjang, mula lah anak buat-buat protes minum dari botol. Padahal, bukan tak pandai atau tak pernah minum dari botol. Ada anak, semulajadi suka dan senang makan ubat. Ada anak, buat la helah apa pun. Tunjuk la jenis ubat apa pun, memang macam bergusti setiap kali nak beri makan ubat Ada anak, asal masuk air, senyap dan suka. Ada anak, menjerit-jerit setiap kali di mandikan walau air sudah hangat dan ‘sedap’ ! …ha sudah faham
Keadaan sekejap OK sekejap TAK OK ini akan akhirnya hilang sendiri dengan pertambahan usia.
Jadi ibu tak usah harap ‘magik’ ya
Jadi MOHON ibubapa jangan tanya soalan-soalan:
Sampai bila ya anak benci car seat ni? Macam mana nak ‘AJAR’ anak suka car seat? Yang boleh di kongsi adalah tip sahaja.
Harap ibubapa faham maksud TIP: a piece of advice or information ( secebis nasihat). Berbaloi untuk di cuba namun bukan jaminan berkesan dan sesuai untuk semua.
Faktor anak benci car seat
Anak infant
Untuk anak 0-3, di mana tangisan masih dalam bentuk reflek dan perkembangan sosial masih primitif, punca anak menangis SENTIASA adalah kerana dia mahu mengalihkan rangsangan (stimuli) yang membuat dia rasa tak selesa.
Misalnya: lapar, terlalu panas, terlalu sejuk, lampin kotor…
Maka checklist utama ibubapa bila anak infant menangis dalam car seatnya ialah: lapar? tak selesa? panas ? sejuk?
Ok..ok..boring…pasti ramai ibubapa tahu untuk check ini semua terlebih dahulu. Tapi, anak masih menangis, kenapa?
Punca utama anak infant menangis walau sudah kenyang dan selesa (fizikal) ialah kerana peralihan alam rahim-dunia yang drastik.
Dalam dunia ini ada terlalu banyak benda baru yang tak pernah ada di dalam rahim, termasuk car seat, bukan?

Anda tahu apa satu perkara tentang car seat yang buat anak infant ‘menyampah’?
Berbaring di tulang belakang  Ya.
Semasa di dalam rahim, TIDAK PERNAH 1X PUN ANAK MANUSIA BERBARING DI TULANG BELAKANGNYA. Mereka ‘berlipat dua’ (fetal position) dan terapung sepanjang masa!
Namun bila lahir ke dunia, hampir separuh dari masa mereka perlu dihabiskan dengan berbaring di permukaan rata yang kaku.
Ini antara punca kenapa anak infant lebih mudah diam bila di angkat/peluk sambil bergerak/menari/berdodoi.
Berikut antara TIP bantu anak Infant selesa dalam car seat
 Bedung. Ia meniru balutan dinding rahim. Bunyi white noise. Bunyian menenangkan kerana bayi telah hidup dalam rahim yang sentiasa berbunyi. Pilih sebarang bunyi yang anak suka. Misalnya:
– Ada anak yang cukup gembira dengan bunyi enjin kereta semata-mata.
– Ada anak yang suka dengan bunyi angin deras, maka boleh buka sedikit tingkap.
– Ada anak yang suka dengan bunyi ombak, hujan dan sungai maka boleh bawa mesin white noisenya.
– Ada juga anak yang suka dengan bunyi lagu tertentu. Seperti anak sulung saya yang ‘giler’ Maher Zain. Dengar bunyi intro lagu saja sudah berhenti menangis. Saya memainkan CD Maher Zain pada setiap kali menaiki kereta. Selain saya naik jemu, saya juga sudah hafal semua lagu dari album pertama Maher Zain .
– Ada juga anak yang lebih suka suara sebenar manusia terutama suara ibubapanya. Seperti anak kedua saya yang akan tenang bila saya mula menyanyi. Ya, saya juga hafal hampir 20 nursery rhymes dan perlu menyanyi di sepanjang perjalanan sehingga dia benar lena.
 Beri anak baju terpakai anda untuk di peluk dan di hidu anak.  Kenderaan perlu sentiasa bergerak. Lebih banyak bumper lagi bagus. Kerana anak sudah 24 jam berhayun semasa di dalam rahim akibat terapung. USAH PELIK RAMAI BAYI AKAN TERJAGA DAN MENANGIS BILA KENDERAAN BERHENTI.  Puting tiruan. Hisapan itu menenangkan kerana ia merendahkan tekanan darah dan menstabilkan degupan jantung. Punca kedua anak infant menangis di car seat ialah kerana dia terpisah dari ibunya. Sudahlah alam ini asing. Dia pula terpisah dari ibunya. Tangisan bayi memang asalnya di cipta untuk buat ibu merasa ‘stress’ sehingga bertindak mendatangi anak dan bukan mengabaikannya.
‘Sedikit’ masalah di sini ialah :
1) Selalunya ia memerlukan ibu untuk mengangkat anak (keluar dari car seat) untuk menenangkan atau menyusukannya. Ini merbahaya bila di lakukan dalam keadaan kereta masih lagi bergerak.
2) Tidak semestinya bayi akan segera diam bila sudah di angkat ibu. Ini kerana teknik menenangkan yang betul di perlukan untuk membuat bayi infant tenang dengan pantas. Ingat, anak masih dalam fasa peralihan alam. Anak LEBIH KENAL cara ibu rahimnya tenangkannya berbanding ibu manusianya. Ramai ibu tidak menguasai teknik ini dan menyaksikan anak sukar/lambat dapat di tenangkan HATTA jika dia menangis bukan di dalam car seat pun.
Anak yang lebih berusia
Lihat betapa sakannya kedua-dua anak di dalam video ini menangis. Buat pengetahuan semua, ini adalah anak-anak rakan se universiti saya dahulu.
Biar saya petik sedikit cerita ibu kedua anak ini:
“Sometimes anak-anak ok duduk carseat, sometimes tak. Kadang-kadang, sorang nangis sorang tak. Hari ini berirama. Tapi bonda bertahan, 5 minit, lepas tu diaorang akan ok.
Hanis yang tak selalu keluar biasanya akan mula dari awal letak carseat smpi 15min kadang-kadang (menangis). Syaratnya, jangan bertentang mata. Mesti drama air mata bermula hehehe..

Kes hari ini, Hanis nangis start dari masuk carseat dari Bangi sampai tol Nilai baru calmdown. Hanan triggered by her sister. 5min sebelum sampai tol Nilai, baru mula. Lepas Hanis bertenang, 2 minit selepas tu hanan bertenang..”
….Saya fikir rakan saya ini layak mendapat pujian atas kemampuannya kekal tenang menghadapi bukan seorang, malah dua anak yang menangis serentak.
Pengalaman demi pengalaman berulang buat rakan saya ini lebih dari faham bahawa tangisan anaknya bukan tangisan urgent, lapar, cedera atau sakit. Ia tangisan nak minta keluar car seat namanya. Maka memang elok lah jika tak di turuti. Demi keselamatan.
Hakikatnya, anak yang lebih berusia mempunyai lebih banyak sebab untuk menangis di dalam car seat:
Tak suka merasa terperangkap dan tak dapat bergerak bebas seperti fitrah anak kecil: meniarap, merangkak, berdiri,berjalan, memanjat…
Tiada fahaman konsep sabar dan masa.
Terikut menangis dengan adik beradik lain yang menangis.
Tanda protes. Seawal usia 4 bulan anak dah explore konsep ‘What comes next’ . Anak telah boleh menjangkakan kejadian yang bakal menyusul (yang simple-simple, of course).
Misalnya, jika ibu mula merendahkan badan, pasti ia bermaksud saya akan di letak. Maka anak menangis untuk menghalang dari di letak, bukan kerana dia benci car seatnya. Jika bukan di car seat pun, anak yang dah explore konsep ‘What comes next’ tetap akan menangis tanda protes di letak hatta ke katil atau tilam.
Separation anxiety. Anak di usia 5-6 bulan telah mula faham konsep jarak. Bahawa ibunya dan dirinya ialah dua individu terpisah. Bahawa ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya.
Namun berapa jauh (jarak) dan berapa lama itu yang anak tak faham. Maka jika ibu bergerak hatta 3 langkah ke depan ia ibarat ibu sudah pergi ke China bagi anak. Samalah situasinya bila di dalam car seat. Cemaslah anak bila terpisah dari ibunya. Tak hilang cemasnya selagi tak di lekat ke badan ibu walau ibu duduk di sebelah car seatnya.
Manipulasi. Ya anak sudah bijak memanipulasi tangisannya seawal usia 9-10 bulan. Iaitu selepas terjadinya perkembangan mental bab kategori. Anak mula mengkelaskan setiap sesuatu dalam kumpulannya. Ia termasuk jenis emosi dan reaksi. Dia boleh menangis macam kena dera di satu waktu dan bertukar tersenyum sekelip mata.
Konsep kuasa. Jika anda ada anak berusia 13-14 bulan dan ke atas, anda pasti mula lihat anak anda sudah pandai ‘mengarah’. Misalnya mula pandai ambil kasutnya dan minta pakai kan sebagai tanda ajak jalan. Anak anda bukan lagi bayi kecil yang menurut saja perancangan anda. Anak anda kini manusia kecil yang sudah ada kemahuan untuk merancang perkara yang disukai nya. Ibarat baby bos. Sekarang anda tahu kenapa anak yang dulu ‘patuh’ saja duduk di car seatnya sekarang sudah pandai ‘melawan’?

Inilah puncanya kenapa pada awal artikel saya sebut , isu benci car seat ini isu ON OFF. Isu adaptasi seiring dengan perkembangan akal dan emosi anak.
Ibu hanya perlu bijak membezakan samada anak menangis atas sebab penting atau hanya kerana mahu lepas dari car seat saja.
Ibu juga gunalah idea kreativiti sendiri untuk menghiburkan dan alih tumpuan anak di sepanjang perjalanan.
Jika ibu ada kesempatan mahu berhentikan kereta dan ulang aksi pujuk-letak, silakan. Ibu nilaikan situasi dan keperluan. Pastikan tempat berhenti itu selamat.
Jika ibu pilih (atau jika tiada pilihan) untuk teruskan perjalanan, juga silakan. Usah risau. Selama ibu masih cuba menenangkan anak dengan apa-apa cara misalnya menyanyi, bercakap, senyum pada anak, mengusap, memegang tangan anak…anak TIDAK STRESS NEGATIF walau dia tidak di angkat /tidak dapat di angkat dan enggan berhenti menangis.
Paling PENTING, konsisten dengan respon agar anak tahu ‘dia tidak akan menang’ dalam game bolos dari car seat ini.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
Sumber: Baby Language

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Anak ‘Benci’ Car Seat? Ibu Ayah Tak Perlu Risau. Kena Cara Semua Beres, Ini Solusinya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-benci-car-seat-ibu-ayah-tak-perlu-risau-kena-cara-semua-beres-ini-solusinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paling Nakal Selalu Merajuk Tu Cara Anak Tunjuk Kurang Yakin Diri Ibu Ayah Kena Selalu Ambil Tahu

Paling Nakal Selalu Merajuk Tu Cara Anak Tunjuk Kurang Yakin Diri Ibu Ayah Kena Selalu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 172 hits
Bila di rumah dialah paling nakal paling kuat menyakat tapi bila dikalangan kawan kawan guru dan orang luar anak jadi pendiam menyendiri dan takut untuk bersuara Apakah ada antara anak anak kita yang bersikap begini Apa yang dinyatakan di a...
Anak Menangis Bukan Mengada Ngada Itu Tanda Emosi Sakit Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat

Anak Menangis Bukan Mengada Ngada Itu Tanda Emosi Sakit Kalau Sungguh Sayang Anak Ini Ibu Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 470 hits
Bila anak menangis memang buat ibu atau ayah hilang sabar kadang tak sedar yang kita buat tu boleh bahayakan proses perkembangan anak Ada masanya juga ibu ayah jadi persis diktator nak minta anak buat yang diluar kemampuan mereka akhirnya p...
Layanan Ayah Pada Ibu Jadi Ikutan Pada Anak Tunjukkan Yang Baik Baik

Layanan Ayah Pada Ibu Jadi Ikutan Pada Anak Tunjukkan Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 213 hits
Apa yang kita lakukan di rumah sememangnya menjadi ikutan anak anak kita Apa jua yang dituturkan kita pada anak anak dan isteri bukan hanya didengari bahkan diguna pakai oleh anak anak Jadi bercakaplah yang baik baik lebih lebih lagi pada i...
Ini 8 Perkara Anak Sulung Nak Daripada Ibu Ayah Tapi Tak Mampu Ungkapkan

Ini 8 Perkara Anak Sulung Nak Daripada Ibu Ayah Tapi Tak Mampu Ungkapkan

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 190 hits
Penghuni pertama rahim seorang wanita adalah anak sulung Kehadirannya sangat dinanti tetapi selepas lahirnya anak kedua dan seterusnya ibu bapa seakan lupa yang abang atau kakak tetap perlu belaian dan perhatian Adakah kita pernah terfikir ...
Terpaksa Pantang Rumah Keluarga Ibu Ayah Ezzaty Pula Disahkan Covid Minta Doakan Dia Anak Anak Dijauhi Virus Covid 19

Terpaksa Pantang Rumah Keluarga Ibu Ayah Ezzaty Pula Disahkan Covid Minta Doakan Dia Anak Anak Dijauhi Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 162 hits
Terpaksa berpantang di rumah ibu bapanya kerana rumahnya kini sedang dalam proses renovasi Ezzaty Abdullah berdepan dengan situasi lebih rumit apabila ibu dan ayahnya dilaporkan positif Covid 19 Bimbang dengan keselamatan Ezatty dan anak an...
Anak Mengamuk Tikam Ibu Ayah Adik Sampai Mati 7 Jirannya Turut Cedera Dilibas Dengan Sabit

Anak Mengamuk Tikam Ibu Ayah Adik Sampai Mati 7 Jirannya Turut Cedera Dilibas Dengan Sabit

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 196 hits
Empat maut manakala tujuh yang lain cedera akibat ditikam oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Riyanto 35 dalam kejadian amuk di Desa Pojok Jawa Timur Indonesia Menurut seorang saksi Aris Setiawan berkata empat mangsa yang meninggal du...
Hiburan Jangan Biasakan Ibu Sering Pakaikan Anak Pakaian Seksi Netizen Risau Ada Mata Mata Jahat

Hiburan Jangan Biasakan Ibu Sering Pakaikan Anak Pakaian Seksi Netizen Risau Ada Mata Mata Jahat

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 280 hits
Tak semua ibu bapa di dunia ini mempunyai cara didikan yang sama setiap pasangan membesarkan anak anak mereka mengikut keselesaan masing masing Itu semua terpulang kepada ibu bapa itu sendiri kerana mereka lebih mengenali dan tahu isi hati ...
Tak Perlu Jadi Sempurna Cukup Jadi Ibu Ayah Awesome Di Mata Anak Ini Caranya

Tak Perlu Jadi Sempurna Cukup Jadi Ibu Ayah Awesome Di Mata Anak Ini Caranya

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 199 hits
Bila jadi ibu ayah ni memang kat mata anak kita paling terbaik Tapi sudah semestinya tiada yang sempurna dalam mendidik si kecil yang sedang meningkat usia Namun apa yang boleh kita buat adalah berikan yang terbaik untuk mereka Nak jadi mak...
Anak Seronok Dapat Main Air Tapi Awas Ibu Ayah Kena Pastikan Perkara Elak Risiko Anak Lemas

Anak Seronok Dapat Main Air Tapi Awas Ibu Ayah Kena Pastikan Perkara Elak Risiko Anak Lemas

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 201 hits
Kebanyakkan anak anak kecil memang suka bermain air kalau dapat mandi mesti nak lama lama Tapi jangan sampai bahayakan si kecil ibu air yang kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2 5cm juga boleh buatkan anak lemas hati hati semua ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa