Anak Belajar Daripada Tingkah Laku Ibu Bapa Hati Hati Bila Depan Anak Anak


Anak sememangnya belajar daripada tingkah laku ibu bapa. Ramai ibu bapa tidak perasan bila berada di hadapan anak-anak. Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri.
Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Anak Belajar Daripada Tingkah Laku Ibu Bapa
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
Hati-Hati Bila Depan Anak-anak TUJUH perangai anak akan belajar atau tiru daripada ibu bapa:
Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.

Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.

Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
 
 
 
 
The post Anak Belajar Daripada Tingkah Laku Ibu Bapa, Hati-Hati Bila Depan Anak-anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-belajar-daripada-tingkah-laku-ibu-bapa-hati-hati-bila-depan-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Jadi Ibu Bapa Yang Cool Barulah Tugas Mendidik Anak Jadi Mudah

Tip Jadi Ibu Bapa Yang Cool Barulah Tugas Mendidik Anak Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 166 hits
perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dengan seikhlas hati Semuanya bakal dipertanggungjawabkan ke atas mereka di akhirat kelak merupakan cermin terbaik kepada anak anak Dalam mendidik anak anak juga perlu menjadi contoh teladan de...
Anak Perfectionist Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang

Anak Perfectionist Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 151 hits
Bila ada anak yang perfectionist ibu bapa perlu bersedia untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada mereka Dalam masa yang sama ibu bapa juga tidak perlu menekan anak dengan jangkaan dan harapan yang tidak realistik kerana bimban...
Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi Benar Atau Sekadar Cakap Kosong

Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi Benar Atau Sekadar Cakap Kosong

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 166 hits
Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak anak tidak menjadi Dek kerana sikap ibu bapa maka anak anak tidak mahu mendengar kata degil dan sebagainya Dalam mendidik anak anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan den...
Akibat Tak Fokus Belajar Amp Suka Tengok Filem Dewasa Bapa Racun Amp Buang Mayat Anak Dalam Longkang

Akibat Tak Fokus Belajar Amp Suka Tengok Filem Dewasa Bapa Racun Amp Buang Mayat Anak Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 134 hits
Seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa telah ditahan polis selepas dipercayai meracun dan membunuh anaknya sendiri akibat ketagih menonton filem dewasa dan tidak mahu belajar dalam kejadian di India Bapa Sanggup Bunuh Anak Sendiri ...
Parah Parah Semua Subjek Drop Ibu Masih Tak Puas Hati Anak Dapat 8a Kecewa Ada Gred B Dalam Result Exam

Parah Parah Semua Subjek Drop Ibu Masih Tak Puas Hati Anak Dapat 8a Kecewa Ada Gred B Dalam Result Exam

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 214 hits
Melalui laman X baru baru ini tular satu ciapan memaparkan pengguna platform itu rasa sedih apabila mengetahui seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan keputusan peperiksaan anak secara terbuka Anak dapat 8A pun masih kecewa Dalam foto tang...
Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 224 hits
AssalamualaikumBismillahMengeluh merupakan suatu bentuk ketidakpuasan terhadap sesuatu hal atau perasaan kurang menyenangkan yang dialami dalam diri seseorang samada keluhan disebabkan oleh pasangan keadaan ekonomi masa lalu pekerjaan dan l...
Anak Anak Serap Apa Yang Dilihat Ibu Bapa Tunjuklah Perbuatan Yang Baik Baik

Anak Anak Serap Apa Yang Dilihat Ibu Bapa Tunjuklah Perbuatan Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 125 hits
menyerap apa yang mereka lihat dan dengar Dalam mendidik anak anak menjadi contoh teladan kepada Maka sebab itulah ibu bapa perlu menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak anak akan belajar menggunakan deria penglihatan d...
Kisah Pilu Anak Di Surabaya Disiksa Ibu Dipaksa Minum Air Panas Hingga Dicabut Giginya Pakai Tang

Kisah Pilu Anak Di Surabaya Disiksa Ibu Dipaksa Minum Air Panas Hingga Dicabut Giginya Pakai Tang

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 107 hits
Seorang ibu di Surabaya menyiksa anak kandungnya sendiri yang masih berumur 9 tahun secara sadis
Polis Tahan Bapa Didakwa Pukul Anak Perempuan Hingga Cedera

Polis Tahan Bapa Didakwa Pukul Anak Perempuan Hingga Cedera

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 188 hits
SEREMBAN 25 Jan Polis menahan seorang lelaki 47 tahun yang dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera di sini semalam Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata lelaki itu turut disiasat bagi ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation