Anak Anda Belum Boleh Berjalan Walaupun Dah Cecah 18 Bulan Doktor Kongsi Faktornya


Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan.
Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.

Baca:
Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler
Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan
“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa
Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepala – umur 3 bulan Kaki memijak – umur 4 bulan Meniarap – umur 6 bulan Duduk tanpa bantuan – umur 9 bulan Berdiri tanpa sokongan – umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
Kelainan pada kekuatan otot
Cerebral palsy:
Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Masalah otot:
Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophydan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
Lewat perkembangan secara umum (global):
Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Kredit: Dr. Nor Azni b. Yahaya
 

Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
https://www.youtube.com/watch?v=YMLiCoOw7DU&t=1s
 
The post Anak Anda Belum Boleh Berjalan Walaupun Dah Cecah 18 Bulan? Doktor Kongsi Faktornya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-anda-belum-boleh-berjalan-walaupun-dah-cecah-18-bulan-doktor-kongsi-faktornya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Jika Anak Alah Dengan Susu Lembuh Doktor Kongsi Risiko Boleh Menyebabkan Sesak Nafas 1

Bahaya Jika Anak Alah Dengan Susu Lembuh Doktor Kongsi Risiko Boleh Menyebabkan Sesak Nafas 1

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 163 hits
CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita seperti...
Dudukkan Anak Secara Menegak Dan Tenangkannya Doktor Kongsi Antara Rawatan Asma Yang Boleh Dilakukan

Dudukkan Anak Secara Menegak Dan Tenangkannya Doktor Kongsi Antara Rawatan Asma Yang Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 146 hits
Gejala asma biasanya datang dan hilang mengikut tahap asma yang dihadapi dan bergantung kepada pendedahan kepada faktor pencetus Sebaiknya semua pesakit asma mesti mempunyai pelan tindakan asma yang disarankan oleh doktor Semua pesakit asma...
Seawal Anak 6 Bulan Dah Boleh Minum Air Kembang Semangkuk Wajib Ada Dekat Rumah Ini Resepi Penyediaan

Seawal Anak 6 Bulan Dah Boleh Minum Air Kembang Semangkuk Wajib Ada Dekat Rumah Ini Resepi Penyediaan

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 244 hits
Kembang semangkuk nama lain dia malva nut Ada kandungan bassorin bantu kurangkan radang pada sel badan anak Menarik kan Kembang semangkuk kena ada kat rumah selalu Senang bila anak mula dedar je terus kita buatkan air kembang semangkuk Baca...
Resipi Ayam Tandoori Versi Anak Ramai Ibu Pantang Pun Boleh Makan Ayah Ini Kongsi Resipi Mudah

Resipi Ayam Tandoori Versi Anak Ramai Ibu Pantang Pun Boleh Makan Ayah Ini Kongsi Resipi Mudah

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 191 hits
Kalau teringin nak makan ayam tandoori bolehlah buat sendiri Memang sedap layan pula dengan roti naan memang lengkap padanan tu Kalau nak makan di kedai makan Mamak takut tak sempat nak merasa Maklumlah nak masuk Ramadan mesti ramai yang ak...
Ada Bayi 0 3 Bulan Terapis Kongsi Cara Rangsang Perkembangan Anak Penting Buat Seawal Mungkin

Ada Bayi 0 3 Bulan Terapis Kongsi Cara Rangsang Perkembangan Anak Penting Buat Seawal Mungkin

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 262 hits
Alah bayi baru lahir bukan tahu apa nanti dia akan berkembang sendiri Tahukah mak ayah yang sebenarnya kita dah boleh merangsang perkembangan bayi sejak dari lepas lahir lagi Tujuan merangsang perkembangan bayi bukan untuk jadikan bayi kita...
Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 203 hits
Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita Asalkan sihat sebagai ibu ayah kita sudah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita Namun mungkin ada sesetengah pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak perempuan Sumber foto www...
Jangan Sengaja Ignore Kalau Anak Bawah 6 Bulan Menangis Terapis Kongsi Sebabnya

Jangan Sengaja Ignore Kalau Anak Bawah 6 Bulan Menangis Terapis Kongsi Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 194 hits
Rupanya ramai mak ayah yang setuju dengan statement biarkan mereka menangis nampaknya riuhlah rumah dengan tangisan anak anak Tapi kena ingat ye teknik cry it out ini hanya sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan ia juga bergantung pa...
Muka Mommy Sangat Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan Lesung Pipit Manis Macam Daddy

Muka Mommy Sangat Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan Lesung Pipit Manis Macam Daddy

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 170 hits
Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi Usop jarang jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia emp...
Anak Saya Kebal Jatuh Berdarah Tak Nangis Suka Main Sendiri Doktor Kongsi Tanda Awal Autisme

Anak Saya Kebal Jatuh Berdarah Tak Nangis Suka Main Sendiri Doktor Kongsi Tanda Awal Autisme

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 193 hits
Dari sudut perubatan autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi tingkah laku tidak wajar yang berulangan pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord