Ada Bayi 0 3 Bulan Terapis Kongsi Cara Rangsang Perkembangan Anak Penting Buat Seawal Mungkin


“Alah, bayi baru lahir bukan tahu apa nanti dia akan berkembang sendiri”
Tahukah mak ayah yang sebenarnya kita dah boleh merangsang perkembangan bayi sejak dari lepas lahir lagi.
Tujuan merangsang perkembangan bayi bukan untuk jadikan bayi kita lebih genius dari bayi orang lain tapi untuk memastikan perkembangannya normal.

CARA RANGSANG PERKEMBANGAN BAYI 0-3 BULAN
Sepanjang pengalaman menjadi terapis, jangan terkejut kalau saya kata yang 70% mak ayah yang mempunyai anak kelewatan perkembangan tak tahu akan fakta ini dan terasa sayang sangat masa genting anak membesar sudah berlalu.
Walaupun bayi selepas lahir memang hanya terbaring, nampak macam tak faham apa-apa tetapi sangat rugi kalau mak ayah tak manfaatkan waktu ini untuk merangsang perkembangannya seawal mungkin.
NAK RANGSANG APA??
Jawapan saya, semua komponen perkembangan.
Mak ayah perlu ingat yang 100% perkembangan otak anak bawah 2 tahun bergantung kepada rangsangan deria. Perkembangan deria inilah yang akan mempengaruhi perkembangan skil anak di masa akan datang. Sewaktu ini anak tak pandai cari, semuanya bergantung kepada persekitaran dan rangsangan dari mak ayah sahaja.
Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
RANGSANG BAYI 0 – 3 BULAN
Ini tips saya:
1. DERIA VISUAL
– Memandang dan bercakap dengan jarak 8-10 inci kerana penglihatan bayi masih kabur-kabur lagi.
– Pemilihan mainan dengan warna dan corak yang kontra. Kontra yang kuat seperti merah, hitam dan putih.
– Tarik perhatian bayi dengan menggerakkan mainan dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan sebaliknya secara perlahan-lahan.
– Kerapkan senyum dan buat ekspresi muka semasa bercakap ataupun berinteraksi bersama bayi. Lagi “over” lagi bagus.
PENTING UNTUK:
Skil pertuturan,
Skil Fokus,
Persepsi Visual,
Koordinasi Mata dan Tangan
2. DERIA AUDITORI
– Bercakap dengan bayi menggunakan intonasi dan nada yang menarik serta berbeza-beza.
– Respon seperti berbual apabila bayi mula keluarkan bunyi selain menangis.
– Pemilihan mainan yang berbunyi seperti “rattles” dan mainan yang ada muzik.
– Goncang mainan yang berbunyi untuk tarik perhatian bayi dan gerakkan ke kanan dan kiri, atas dan bawah.
– Menyanyi atau berselawat bersama bayi.
– Dapatkan pemeriksaan pendengaran jika mak ayah dapati bayi tak respon terhadap suara mak ayah atau bunyi yang kuat. Lagi cepat lagi bagus.
PENTING UNTUK:
Skil Bahasa dan Pertuturan
3. DERIA SENTUHAN
– Tak perlu pakai sarung tangan dan kaki sekiranya persekitaran tak sejuk serta mak ayah bersama bayi jika risau bayi tercakar muka.
– Urut bayi sejak hari pertama kelahiran.
– Pemilihan mainan yang pelbagai tekstur.
– Kerapkan kontak kulit ke kulit.
PENTING UNTUK:
Perkembangan Fizikal,
Skil Motor Halus,
Skil Motor Kasar, Kognitif,
“Special Bonding’ Mak Ayah dan Anak,
Skil Sosial dan Perkembangan Emosi
4. DERIA SENDI
– Lakukan “Tummy Time” seawal baru lepas lahir. (Saranan saya selepas tali pusat bayi dah tercabut). Lakukan sekejap sahaja tetapi kerap. *Akan kongsikan di masa akan datang
– Urutan gusi.
– Kerap memeluk bayi.
– Membedung bayi melalui teknik yang betul.
PENTING UNTUK:
Skil Motor Halus,
Skil Motor Kasar,
Skil Menulis,
Skil Pertuturan

5. DERIA RASA
– Urutan gusi.
– Jangan terlampau halang bayi belajar menghisap tangan, jari atau mainan! Ia adalah normal semasa meniti perkembangan bayi.
– Mohon jangan beri bayi “rasa-rasa” makanan orang dewasa, boleh merosakkan perkembangan deria rasa anak.
PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan),
Skil Pertuturan
6. DERIA BAU
– Kerap memeluk bayi untuk beri bayi bau unik mak ayah.
– Beri masa untuk bayi mencari puting sekiranya menyusu badan.
– Tinggalkan baju yang telah dipakai berdekatan bayi semasa kali pertama tinggalkan bayi bersama orang lain.
PENTING UNTUK:
Skil Urus Diri (Makan),
“Special Bonding” Mak Ayah dan Anak
7. DERIA VESTIBULAR
– Menggunakan buaian dengan cara yang betul.
– Mendukung bayi dengan pelbagai posisi.
– Meniarapkan bayi di atas “gymball”.
PENTING UNTUK:
Skil Motor Kasar,
Koordinasi badan,
Kesedaran Ruang,
Posisi Tubuh
Sudah terlampau banyak kes yang saya jumpa dimana mak ayah menyesal tak bantu perkembangan anak sejak lahir dan baru sedar bila anak dah pun terlewat perkembangan.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi idea pada mak ayah cara merangsang perkembangan bayi seawal sejak lahir.
Kenapa kena rangsang?
1. Usaha.
Kita usaha dahulu, jika memang ditakdirkan bayi kita mempunyai masalah perkembangan ataupun sindrom/disorder di masa akan datang sekurang-kurangnya kita tahu yang kita sudah buat yang terbaik untuk rangsang anak sejak lahir.
2. Intervensi awal.
Rangsangan ini juga penting untuk memastikan tahap perkembangan bayi dan keperluan intervensi awal sekiranya memerlukan. Lagi awal bayi dapatkan bantuan terapi, lagi cepat “progress” perkembangan bayi.
Tips ini juga boleh digunakan untuk bayi pra-matang dan bayi yang ada masalah kesihatan sejak lahir (perlu tanya pendapat doktor/terapis yang mengendalikan kes anak).
Sekian, semoga bermanfaat untuk mak ayah yang baru sahaja mendapat anak, ibu mengandung atau mak ayah yang merancang mendapatkan anak. Boleh simpan siap-siap tips ini.
Selamat merangsang perkembangan anak!
Terima kasih, silakan SHARE.
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Ada Bayi 0-3 Bulan? Terapis Kongsi Cara Rangsang Perkembangan Anak, Penting Buat Seawal Mungkin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-bayi-0-3-bulan-terapis-kongsi-cara-rangsang-perkembangan-anak-penting-buat-seawal-mungkin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sengaja Ignore Kalau Anak Bawah 6 Bulan Menangis Terapis Kongsi Sebabnya

Jangan Sengaja Ignore Kalau Anak Bawah 6 Bulan Menangis Terapis Kongsi Sebabnya

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 194 hits
Rupanya ramai mak ayah yang setuju dengan statement biarkan mereka menangis nampaknya riuhlah rumah dengan tangisan anak anak Tapi kena ingat ye teknik cry it out ini hanya sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan ia juga bergantung pa...
Cara Perah Simpan Susu Untuk Bayi Pramatang Kena Betul Doktor Kongsi Bayi Pramatang Perlu Nutrisi Baik

Cara Perah Simpan Susu Untuk Bayi Pramatang Kena Betul Doktor Kongsi Bayi Pramatang Perlu Nutrisi Baik

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 180 hits
Memenuhi nutrisi bayi pramatang merupakan satu cabaran bagi doktor jururawat serta ahli keluarga bayi Nutrisi pada peringkat awal kehidupan bukan sahaja merupakan penentu bagi kehidupan bayi perkembangan fizikal dan mental semasa waktu kana...
Muka Mommy Sangat Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan Lesung Pipit Manis Macam Daddy

Muka Mommy Sangat Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan Lesung Pipit Manis Macam Daddy

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 170 hits
Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi Usop jarang jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia emp...
Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

Ikhtiar Dapatkan Anak Perempuan Doktor Ini Kongsikan Cara Boleh Buat Ada 2 Syarat Penting

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 203 hits
Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita Asalkan sihat sebagai ibu ayah kita sudah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita Namun mungkin ada sesetengah pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak perempuan Sumber foto www...
Elak Bagi Anak Tengok 21 Cerita Kartun Ini Parenting Influencer Kongsi Anak Mungkin Boleh Celaru Jantina

Elak Bagi Anak Tengok 21 Cerita Kartun Ini Parenting Influencer Kongsi Anak Mungkin Boleh Celaru Jantina

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 300 hits
Kartun animasi ini wujud hasil kepesatan teknologi dibantu oleh daya imaginasi yang tinggi dan usaha gigih di kalangan penggiat hiburan tanah air dan antarabangsa Tidak keterlaluan jika dikatakan cerita animasi sememangnya dicipta khas seba...
Anak Anda Belum Boleh Berjalan Walaupun Dah Cecah 18 Bulan Doktor Kongsi Faktornya

Anak Anda Belum Boleh Berjalan Walaupun Dah Cecah 18 Bulan Doktor Kongsi Faktornya

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 195 hits
Kebanyakan kanak kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun Secara umum 85 kanak kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10 14 bulan Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan beliau boleh di...
7 Persediaan Penting Sebelum Tiba Bulan Ramadan Senarai Persiapan Fizikal Mental Emosi Dan Spiritual

7 Persediaan Penting Sebelum Tiba Bulan Ramadan Senarai Persiapan Fizikal Mental Emosi Dan Spiritual

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 301 hits
7 Persediaan Penting Sebelum Tiba Bulan Ramadan Senarai Persiapan Fizikal Mental Emosi dan Spiritual Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia Ia adalah bulan ke 9 dalam kalendar Islam dan dianggap se...
Cikgu Kongsi Aktiviti Awal Permulaan Pembelajaran Persediaan Untuk Anak Masuk Darjah Satu Tahun Depan

Cikgu Kongsi Aktiviti Awal Permulaan Pembelajaran Persediaan Untuk Anak Masuk Darjah Satu Tahun Depan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 367 hits
Anak yang bakal ke sekolah perlu diberi aktiviti untuk merangsang sensori tangan supaya mudah untuk mereka belajar menulis kelak Pelbagai aktivit yang boleh dilakukan dan antaranya dikongsi oleh guru ini Tak rugi cuba tau Macam biasa awal p...
Aidilfitri Ni Saya Sekeluarga Sambut Dengan Baby Baru Datuk Jamal Kongsi Tarikh Isteri Bersalin Anak Ke 4

Aidilfitri Ni Saya Sekeluarga Sambut Dengan Baby Baru Datuk Jamal Kongsi Tarikh Isteri Bersalin Anak Ke 4

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 475 hits
Satu lagi pasangan yang sedang menghitung hari kelahiran bayi mereka adalah Datuk Jamal Abdillah dan isteri Datin Zai Izzati Khiruddin yang bakal bersalin pada 14 April ini Sumber foto Instagram ztkdja Tarikh tersebut telah ditetapkan oleh ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh