Anak Allahyarham Hani Mohsin Tiara Selamat Bergelar Isteri
KUALA LUMPUR – Anak pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin iaitu Hani Kamila selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Abang Saef Hud dalam sebuah majlis tertutup semalam.
Menerusi video yang tular, majlis itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Mila atau nama sebenarnya, Hani Kamila Hani Mohsin, 29, yang juga seorang pelakon kelihatan anggun menggayakan busana serba putih manakala suaminya segak menyarung baju Melayu warna sedondon.
“Terima kasih juga atas ingatan dan doa untuk arwah Hani Mohsin. Insya-Allah dia gembira melihat anak kesayangannya bergelar isteri,” kata Tiara membalas komen netizen dalam sebuah video TikTok.
Mila merupakan anak sulung kepada Tiara Jacquelina dan Hani Mohsin.
Pada 25 Julai 2006, Hani yang juga pelakon dan juga hos rancangan Roda Impian telah meninggal dunia di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang ketika berusia 41 tahun.
Arwah ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Langkawi bersama Mila yang ketika itu berusia sembilan tahun dan disahkan diserang sakit jantung yang meragut nyawanya.

Mila Mohsin merupakan anak pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin.
Sementara itu, Mila turut mengikuti jejak langkah ibu bapanya apabila muncul menerusi filem Laknat pada Jun lalu selain seorang atlet seni mempertahankan diri jujitsu.
Dia mula menceburinya ketika melanjutkan pengajian di Australia dan pernah meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri jujitsu bagi kategori 58 kilogram di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura
Dalam pada itu, jurusolek terkemuka, Khir Khalid menjadi pilihan Mila pada hari bahagianya itu.
“Puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina melangsungkan majlis pernikahan yang cukup indah dan bermakna.
“Mila mewarisi bakat lakonan dari ibu dan ayahnya, Allahyarham Hani Mohsin dan Jun lalu muncul dengan filem Laknat,” kongsi Khir. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
Source link
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://edisiviral.com/2025/08/08/anak-allahyarham-hani-mohsin-tiara-selamat-bergelar-isteri/