Anai Anai Bina Sarang Anti Mikrob Untuk Lawan Racun Serangga
Pertarungan di antara tamadun manusia dan tamadun serangga semakin berterusan.
Nampaknya kawan-kawan Tedi semakin mengganas.
Jika sebelum ini Obor-obor berjaya menakluk loji tenaga nuklear, kini manusia mulai menemui rahsia kekebalan Sang Anai-anai.
Anai-anai kini semakin bijak. Siaplah kaum manusia.Rupa-rupanya Sang Anai-anai membina sarang mereka daripada najis mereka sendiri!
Taktik ini membantu mereka menghasilkan sarang yang mempunyai bakteria baik. Hasilnya sarang mereka melindungi mereka dari serangan racun serangga kerana bakteria baik ini menghapuskan sebarang mikrob (hidupan seni) yang mengancam Sang Anai-anai.
Keadaan ini menjelaskan mengapa manusia gagal dalam percubaan mereka menghapuskan Anai-anai menggunakan senjata biologi dalam tempoh 50 tahun ini.
Anai-anai merupakan serangga kecil yang berterusan mengancam hidup manusia. Mereka berupaya membina sarang jauh di bawah tanah yang boleh menjangkau 150 meter melalui sistem terowong yang kompleks. Manusia selalunya hanya menyedari kehadiran anai-anai setelah rumah mereka mengalami kerosakan.
Manusia kata mereka kerugian USD $40 billion (empat puluh billion Dollar Amerika sahaja) setahun di seluruh dunia akibat serangan anai-anai.
Anai-anai Formosan subterranean (Coptotermes formosanus) merupakan sejenis anai-anai yang paling banyak melakukan kemusnahan ekonomi kepada manusia.
Kredit: T. Chouvenc, Univ. of Florida.
Dikhabarkan, kawasan kediaman kawan Mommy di Puncak Jalil merupakan kawasan sarang anai-anai yang terhasil oleh penimbunan pokok-pokok ketika pembangunan di sana. Terbukti manusia sendiri yang menjadi punca kepada masalah mereka.
Ada 3000 (tiga ribu) jenis anai-anai di dunia fana ini namun manusia kata mungkin hanya 80 jenis tergolong dalam kategori serangga perosak.
Saintis manusia sedang cuba mengkaji aktiviti mikrob dalam sarang Anai-anai untuk mencari senjata terbaru memusnahkan mereka.
Tedi doakan Sang Anai-anai dan bala tenteranya terus bertahan dan mencari strategi baru untuk menyerang balas setiap serangan manusia.
Perjuangan kita masih jauh dalam perperangan menentang manusia.
Sumber berita rasmi untuk coretan diari Tedi:topnews.net.nz: Termites develop antimicrobial nests against pesticides.livescience.com: Termite poop carries antibiotics.discovery.com: Termites getting smarter.Bacaan lanjut yang berkaitan dari sumber luar:Wikipedia Bahasa Melayu: Anai-anainajis anai-anai kandungi antibiotik. Anai-anai bina sarang anti mikrob untuk melawan racun serangga.Anai-anai semakin bijak.5 Oktober 2013
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/10/anai-anai-bina-sarang-anti-mikrob-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29