Kawan Chin Peng Adakah Tommy Akan Dakwa Pihak Lawan Perjanjian Hatyai




Hanif Omar: AG akan dakwa pihak langgar Perjanjian Hat Yai?
Bekas ketua polis negara (IGP) Hanif Omar mempersoalkan sama ada Peguam Negara (AG) Tommy Thomas akan mendakwa pihak yang melanggar Perjanjian Damai Hat Yai 1989.
Dalam ucapan lantang di program Perhimpunan Pejuang Negara di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini, Hanif membangkitkan persoalan itu kerana mendakwa Thomas ialah “kawan baik” keada bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
“(Mereka) yang balik (ke Malaysia), ada syaratnya. Mereka pesti patuh pada perlembagaan dan undang-undang negara. Saya suruh mereka (kumpulan pertama yang pulang) angkat sumpah.
“Saya arahkan pegawai saya hantar mereka balik (selepas enggan angkat sumpah), barulah mereka angkat sumpah. Kerajaan mesti berpegang kepada syarat ini. Kalau mereka langgar undang-undang, polis mesti ambil tindakan.
“Tetapi adakah mereka (yang melanggar perjanjian) akan didakwa? Pendakwaan di tangan AG, dan AG ialah kawan baik Chin Peng,” katanya.
Hanif mengetuai pasukan polis pada 1974 hingga 1994, iaitu ketika perjanjian itu dimeterai.
Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 2 Disember 1989. Ia menamatkan perjuangan bersenjata parti itu selama 21 tahun.
Awal bulan ini, satu acara bagi mengenang perjanjian itu diadakan di Kajang, Selangor, yang dihadiri kira-kira 300 orang.
Ia mencetuskan kontroversi, dengan ada pihak mendakwa ia usaha menghidupkan semula ideologi itu di Malaysia, yang kemudian membawa kepada siasatan polis.
Untuk rekod, Thomas pernah menjadi peguam kepada Chin Peng sebelas tahun lalu, ketika Chin Peng memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia berhubung isu berkaitan perjanjian itu.
Tommy Thomas
Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa membangkitkan peranan Thomas itu ketika mempersoalkan sama ada peguam itu turut terlibat dalam tindakan membawa balik abu mayat Chin Peng ke negara ini.
Thomas membalasnya dengan berkata: “Saya mewakili mendiang Chin Peng pada 2008. Saya peguamnya bersama-sama Raja Aziz Addruse dan Chin Peng juga ada seorang peguam cara dalam rekod.
“Chin Peng dibenarkan mengambil peguam di Malaysia untuk prosiding perundangan. Saya dan Raja Aziz, serta peguam cara itu bertemu Chin Peng di Bangkok untuk membincangkan kesnya dan mendapatkan arahannya.
“Ada pertikaian tentang Perjanjian Damai Hat Yai,” kata Thomas.
Kata Thomas lagi, beliau telah mewakili ratusan orang ketika menjadi peguam dan mempersoalkan sama ada beliau perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.
“Saya juga pernah mewakili PAS. Adakah ini bermakna saya bertanggungjawab terhadap tindakan PAS?” soalnya lagi.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/24/kawan-chin-peng-adakah-tommy-akan-dakwa-pihak-lawang-perjanjian-hatyai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanif Omar Ag Akan Dakwa Pihak Langgar Perjanjian Hat Yai

Hanif Omar Ag Akan Dakwa Pihak Langgar Perjanjian Hat Yai

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 418 hits
Diterbitkan Hari ini 3 00 petangBekas ketua polis negara Hanif Omar mempersoalkan sama ada Peguam Negara Tommy Thomas akan mendakwa pihak yang melanggar Perjanjian Damai Hat Yai 1989 Dalam ucapan lantang di program Perhimpunan Pejuang Negar...
Yoursay Dog Whistle Politics Ltte Chin Peng And Now Vernacular Schools

Yoursay Dog Whistle Politics Ltte Chin Peng And Now Vernacular Schools

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 317 hits
YOURSAY Having a national language doesn t mean that one cannot speak or study other languages Wira The police and attorney general should refer to the court verdicts of Melan Abdullah Anor v Public Prosecutor when Utusan Malaysia was found...
Abu Chin Peng

Abu Chin Peng

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 322 hits
HISHAMUDDIN RAIS Baru baru ini bumi Malaysia heboh dengan abu Chin Peng Chin Peng salah seorang pemimpin gerakan nasionalis antifasis Jepun Dia juga adalah setiausaha agong Parti Komunis Malaya Nama sebenarnya ialah Ong Boon Hua Lahir di Si...
Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 351 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Kredibiliti Tommy Thomas diragui kerana pernah wakili pengkhianatBANGI Sikap tidak telus dan berintegriti terhadap kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohamad Kassim menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan kred...
Ada Pihak Yang Dah Kena Tulah Sumpah Laknat Ds Najib

Ada Pihak Yang Dah Kena Tulah Sumpah Laknat Ds Najib

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 465 hits
20 Disember lepas DS Najib lakukan sumpah laknat mubahalah di Masjid Kg Baru Kuala Lumpur Portal ini ada menulis tentang perkara tersebut Laknat Allah SWT akan menimpa kepada pihak yang bersalah sama ada yang membuat Sumpah Laknat atau piha...
Jangan Termakan Umpan Dakyah Pihak Cuba Ambil Kesempatan Di Cameron Highland

Jangan Termakan Umpan Dakyah Pihak Cuba Ambil Kesempatan Di Cameron Highland

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 315 hits
Isu penguatkuasaan terhadap peneroka haram di Cameron Highland Pahang dilihat boleh diselesaikan secara baik bersama Kerajaan Negeri Pahang sekiranya pihak peneroka menggunakan sepenuhnya saluran yang betul tanpa perlu melibatkan kenyataan ...
Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Ancam Ganggu Majlis Dong Zong Kata Kit Siang

Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Ancam Ganggu Majlis Dong Zong Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 312 hits
December 28 2019Pemimpin DAP Lim Kit Siang PETALING JAYA Susulan perintah melarang kumpulan pendidikan Cina Dong Zong daripada mengadakan satu kongres berkaitan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular pemimpin DAP Lim Kit Siang hari i...
Cikgu Ramli Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti Bakal Dipanggil Oleh Pihak Pdrm Serta Jpn Pulau Pinang

Cikgu Ramli Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti Bakal Dipanggil Oleh Pihak Pdrm Serta Jpn Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 969 hits
26 Disember 2019 Kubang Ulu Penanti Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ramli yang mengajar di SMK Penanti telah dikecam oleh warga sosial media Tindakan cikgu ini yang menyebarkan berita Palsu dalam WhatsApp berkenaan perarakan kumpul...
039 Kami Sediakan Slot Untuk Pihak Yang Bantah 039

039 Kami Sediakan Slot Untuk Pihak Yang Bantah 039

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 256 hits
PENGANJURAN Kongres Jawi Kebangsaan di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini diteruskan walaupun menerima bantahan dari beberapa pihak Setiausaha Gabungan Seni Khat Action Team Arun Doraisamy berkata pihaknya menjemput mana mana pihak yang...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan