Amyra Rosli Pernah Hilang Berat Mendadak Sibuk Urus Anak Rumah Tangga Kerjaya Jadi Punca


Amyra Rosli Pernah ‘Hilang’ Berat Mendadak, Sibuk Urus Anak, Rumah Tangga &  Kerjaya Jadi Punca
Amyra Rosli pernah mengalami penurunan berat badan yang cukup ketara selepas bersalinkan anak sulungnya, Aqeef Anaqi. Mungkin agak jarang kedengaran kerana biasanya mama-mama akan naik berat badan selepas bersalin.
Menurut aktres cantik, Amyra Rosli ia terjadi tanpa disedari. Tapi bila sedar berat turun, dia terus mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kerana bimbang masalah kesihatan. Tapi ternyata keputusan pemeriksaan tidak menunjukkan sesuatu yang buruk kecuali tekanan darah yang agak rendah yang telah dihadapinya sebelum ini.

 

Amyra sempat memberitahu, yang ajaibnya, semasa mengandungkan Anaqi, tekanan darahnya menunjukkan bacaan yang baik, tidak rendah seperti sebelumnya. Beratnya sebelum bersalin pulas ialah 58kg.
Aqeef Anaqi yang ketika itu berusia 10 bulan, sangat aktif juga salah satu ‘pembakar kalori’ buat Amyra. Walau pun ketika itu dia tinggal dengan ibu bapanya, Amyra tidak pernah menyerahkan tugas menguruskan anak dan suami kepada orang lain. Semuanya dilakukan sendiri.

Malah setiap hari dia memastikan untuk memasak sendiri sajian makan tengah hari dan malam untuk Aqeef Anaqi dan menguruskan makan pakai suami Amar Baharin. Katanya ia adalah kepuasan bila boleh melakukannya sendiri.

Amyra juga mengakui faktor pemakanan juga salah satu sebab berat tidak naik mencanak. Dia yang gemar makanan berkuah, sup dan dimasak secara kukus. Amyra juga kurang gemar makanan yang bergoreng dan minuman manis.
Aktres berusia 32 tahun ini juga mengamalkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ia juga salah satu sebab kenapa dia sentiasa tampak langsing walau pun sudah bergelar ibu. Senaman ringan di rumah juga dilakukan untuk menjaga kecergasan diri.
DIET SELEPAS BERSALIN  Sebenarnya selepas melahirkan bayi, tubuh ibu perlu pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menghasilkan susu ibu. Berat badan yang meningkat semasa kehamilan membantu membina bekalan untuk proses pemulihan dan penyusuan. Dalam masa yang sama, ibu-ibu perlu mengekalkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat agar mereka sentiasa cergas dan sihat selepas bersalin.
Terdapat sesetengah ibu yang terlalu sibuk menjaga bayi dan ahli keluarga yang lain sehingga tidak mengendahkan pengambilan makanan mereka sendiri. Oleh itu, adalah penting untuk ibu-ibu merancang hidangan yang ringkas tetapi berkhasiat untuk dirinya dengan memilih pelbagai makanan daripada kesemua kumpulan makanan di dalam Piramid Makanan Malaysia.
Apa yang patut saya makan selepas bersalin?
Teruskan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat sebagaimana yang diamalkan semasa anda hamil. Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan zat besi.
Berikut adalah kumpulan makanan utama yang anda harus makan setiap hari:
*Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutama bijirin penuh. Produk bijirin seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.
*Sumber protein haiwan seperti telur, daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya.
*Susu dan produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.
*Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar, sama ada dimakan mentah atau dimasak.
Kredit foto: Pexels Diet yang seimbang boleh diperolehi dengan mengambil pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan yang dinyatakan di atas. Pengambilan pelbagai jenis makanan dapat memastikan ibu mendapat kesemua nutrien yang diperlukan olehnya. Kepelbagaian makanan juga dapat memastikan nutrien yang terdapat di dalam makanan diserap dengan baik.
Contohnya, zat besi daripada sayur-sayuran berdaun hijau akan lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin C daripada buah-buahan. Dalam masa yang sama, pengambilan makanan secara berlebihan pula akan mendatangkan kemudaratan. Contohnya, pengambilan protein secara berlebihan boleh mengakibatkan badan kehilangan beberapa vitamin dan mineral.
Beri perhatian kepada zat besi dan kalsium
Zat besi
Semasa menyusukan bayi, kebiasaannya ibu tidak kedatangan haid selama beberapa bulan. Oleh itu, kehilangan zat besi setiap bulan tidak berlaku. Walau bagaimanapun, ibu memerlukan bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang.
Bekalan zat besi boleh dikekalkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis. Ibu yang mengalami anemia perlu mengambil suplemen zat besi.
Kredit foto: Pexels Kalsium
Keperluan bagi kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu ibu mengandungi kalsium. Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak mencukupi untuk ibu dan bayinya, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan.
Kehilangan tersebut boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang tinggi kalsium. Sumber utama kalsium adalah susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt.
Bagaimanapun, jika ibu tidak menggemari atau alah kepada susu, terdapat banyak sumber kalsium lain yang boleh diambil, termasuklah:
*Ikan dalam tin seperti sardin, ikan tongkol dan tuna yang dimakan bersama tulangnya.
*Ikan bilis juga merupakan sumber kalsium yang baik terutama sekiranya dimakan bersama tulangnya.
*Bijirin penuh dan tepung bijirin penuh.
*Tauhu dan susu soya.
*Sayur-sayuran berdaun hijau.
*Kekacang dan buah-buahan kering seperti kacang walnut, badam, kismis, kurma dan buah ara yang dikeringkan.
Berapa banyak saya harus minum semasa menyusukan bayi?
Secara amnya, anda perlu minum apabila merasa dahaga. Walau bagaimanapun, urin yang berwarna cerah boleh dijadikan petanda yang anda telah mengambil air dengan secukupnya.
Kebanyakan ibu akan berasa dahaga apabila menyusukan bayi, terutama bayi yang baru dilahirkan. Oleh itu, sentiasa sediakan bekalan air berhampiran dengan anda semasa menyusukan bayi.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu minum secara berlebihan kerana ia tidak membantu untuk meningkatkan penghasilan susu anda namun ia mungkin membuatkan anda berasa tidak selesa.
Apakah makanan yang harus dan tidak harus dimakan semasa menyusukan bayi?
Seseorang ibu yang menyusukan bayi tidak memerlukan makanan khas untuk menghasilkan atau meningkatkan penghasilan susu. Hisapan bayilah yang menentukan jumlah susu yang dihasilkan. Tubuh ibu akan menggunakan kombinasi makanan yang dimakan dengan nutrien yang tersimpan di dalam badannya untuk menghasilkan susu.
Jika makanan yang ibu ambil tidak mencukupi, nutrien yang tersimpan di dalam badan akan digunakan. Lazimnya, tiada satu makanan khas yang ibu perlukan untuk menghasilkan susu ibu.
Kredit foto: Pexels Kepelbagaian makanan yang diambil dapat memastikan ibu mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka. Sekiranya ibu tidak menggemari sesuatu jenis makanan, nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut akan dibekalkan oleh pelbagai jenis makanan lain yang ibu ambil.
Pengambilan beberapa jenis makanan perlu dihadkan semasa ibu menyusukan bayi seperti kopi dan alkohol. Bahan seperti kafein yang terdapat di dalam kopi dan alkohol serta toksin lain boleh melepasi darah ibu dan masuk ke dalam susu ibu. Oleh yang demikian, bahan-bahan tersebut perlu dielakkan. Nikotin daripada rokok dan dadah juga boleh masuk ke dalam susu ibu dan mesti dielakkan.
Bolehkah saya mengamalkan diet vegetarian semasa saya menyusukan bayi?
Diet vegetarian yang mengandungi beberapa sumber haiwan seperti susu, hasil tenusu atau telur adalah diet yang sempurna. Wanita yang tidak makan daging tetapi mengambil susu dan hasil tenusu atau telur, lazimnya tidak mengalami masalah untuk menyusukan bayi.
Bagi ibu yang mengamalkan diet yang langsung tidak mengandungi bahan-bahan tersebut (seperti diet vegan atau makrobiotik), ibu perlu menambah sumber vitamin B12 di dalam dietnya melalui cara-cara lain. Kebanyakan pengamal diet vegetarian mengambil suplemen untuk menambah pengambilan vitamin B12 mereka.
Bolehkah saya mengurangkan berat badan semasa menyusukan bayi?
Menyusukan bayi membantu membakar lemak yang tersimpan semasa hamil untuk menghasilkan susu ibu. Ibu yang menyusukan bayi boleh kehilangan berat badan sebanyak lebih kurang 0.5 kg sebulan hanya melalui penggunaan tenaga untuk penghasilan susu ibu.
Jika anda membuat keputusan untuk mengurangkan sedikit pengambilan makanan, tunggu sehingga enam atau lapan minggu selepas melahirkan bayi. Anda memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat, aktif dan berkemampuan untuk menjaga bayi.
Kredit foto: Pexels Anda dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan dengan menggabungkan amalan pengambilan makanan yang seimbang dan kurang lemak serta melakukan senaman secara sederhana. Pengurangan berat badan yang mendadak boleh membahayakan bayi memandangkan toksin yang tersimpan di dalam lemak ibu boleh terbebas, masuk ke dalam darah dan seterusnya masuk ke dalam susu ibu.
Perlukah saya mengambil pil suplemen?
Seorang wanita yang sihat dan mengambil diet yang seimbang iaitu yang mengandungi bijirin dan produk bijirin, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan lazimnya tidak memerlukan pil suplemen semasa menyusukan bayi.
Suplemen vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan diet yang seimbang. Walau bagaimanapun, anda harus pastikan yang anda mengambil cukup kalsium, vitamin D dan zat besi. Bincang dengan pakar kesihatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen vitamin dan mineral.
Sumber: Instagram Amyra Rosli  myhealth.gov.my
Artikel ini diolah daripada artikel asal Pa & Ma
The post Amyra Rosli Pernah ‘Hilang’ Berat Mendadak, Sibuk Urus Anak, Rumah Tangga &  Kerjaya Jadi Punca appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/amyra-rosli-pernah-hilang-berat-mendadak-sibuk-urus-anak-rumah-tangga-kerjaya-jadi-punca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Tak Ada Banyak Bilik Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tipnya

Rumah Tak Ada Banyak Bilik Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak Ini Tipnya

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 273 hits
Mengasingkan tempat tidur anak memang sukar Apatah lagi bila rumah tidak punya lebihan bilik yang sesuai untuk anak Sudahnya anak terpaksa tidur bersama mak ayah Jangan dibiarkan kerana aurat mak ayah perlu dijaga sebaiknya Bilik tak cukup ...
Elak Anak Makan Aiskrim Vanila Waktu Sakit Tekak Punca Radang Tambah Teruk

Elak Anak Makan Aiskrim Vanila Waktu Sakit Tekak Punca Radang Tambah Teruk

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 163 hits
Aiskrim vanila selalu jadi pilihan kita bila anak sakit tekak Rupanya aiskrim ini kurang sesuai bila anak mengalami sakit tekak Mengapa Menurut Dr Mazliana Mazlan beliau menyarankan sebaiknya elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak Ai...
Bila Ada Anak Dan Rumah Sentiasa Bersepah

Bila Ada Anak Dan Rumah Sentiasa Bersepah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 244 hits
Apakah petanda bila rumah yang ada anak anak kecil itu sentiasa kemas Rumah yang 24 jam kemas tandanya 1 Anaknya sakit 2 Ibu kelihatan seperti singa 3 Belum ada anak lagi Jika anda pergi ke rumah seseorang yang mempunyai anak kecil Rumah be...
Penat Urus Anak Seharian Isteri Nak Healing Sekejap Biarkan Suami Sokonglah

Penat Urus Anak Seharian Isteri Nak Healing Sekejap Biarkan Suami Sokonglah

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 327 hits
Isteri suri penyeri di rumah kita Dia lah penceria dan rasa bahagia kalau di rumah Jadi biarkanlah suri hati kita belajar menceriakan dirinya ketika penat melampau menguruskan rumah tangga dan anak anak Malah menurut perkongsian para isteri...
Trauma Berat Bocah Dianiaya Ayah Kandung Di Bekasi Dibawa Ke Rumah Aman

Trauma Berat Bocah Dianiaya Ayah Kandung Di Bekasi Dibawa Ke Rumah Aman

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 205 hits
Komisi Perlindungan Anak Daerah mendampingi korban untuk melakukan visum di RSUD Kota Bekasi
Remaja Hilang Selamat Di Rumah Rakan

Remaja Hilang Selamat Di Rumah Rakan

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 214 hits
SEORANG remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemukan selamat di rumah rakannya di Semenyih Selangor semalam Ketua Polis Daerah Kajang Mohd Zaid Hassan berkata remaja berusia 15 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daer...
Keluarga Awak Miskin Atau Mak Bapa Kamu Tak Ambil Berat Cikgu Bengang Anak Murid Miskin Tiada Pembaris

Keluarga Awak Miskin Atau Mak Bapa Kamu Tak Ambil Berat Cikgu Bengang Anak Murid Miskin Tiada Pembaris

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 212 hits
Seorang guru sekolah rendah merakam video dia memarahi beberapa murid kerana tidak mempunyai pembaris segi tiga di dalam kelas lapor portal berita South China Morning Post hari ini Guru wanita yang bertugas di Sekolah Rendah Shenyang Dongzh...
Sediakan Checklist Ini Kalau Anda Merancang Sambutan Hari Jadi Anak Di Rumah

Sediakan Checklist Ini Kalau Anda Merancang Sambutan Hari Jadi Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 280 hits
Hari kelahiran anak anak pasti ditunggu tunggu oleh mereka kerana ianya merupakan detik indah yang bakal mereka sambut setiap tahun Segala persiapan harus dilakukan dengan teliti oleh mama papa agar acara sambutan ulang tahun si kecil berja...
Tip Rumah Kekal Kemas Walaupun Ada Anak Kecil Yang Penting Konsisten Buat

Tip Rumah Kekal Kemas Walaupun Ada Anak Kecil Yang Penting Konsisten Buat

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 146 hits
Tip Rumah Kekal Kemas Walaupun Ada Anak Kecil Yang Penting Konsisten Buat Mungkin ada yang hairan apabila ada rumah rakan rakan yang mempunyai anak anak yang masih kecil tetap nampak kemas dan bersih Berbanding diri sendiri yang juga punya ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun