Amlife Menganjurkan Hari Tidur Sedunia 2020 Dengan Better Sleep Better Life Better Planet


Pernah korang tahu tentang wujudnya "Hari Tidur Sedunia"? Pertama kali mama tahu ehh memang wujud yer Hari Tidur Sedunia ni. Kemarin mama berkesempatan menghadiri satu majlis untuk perayaan Hari Tidur Sedunia buat tahun kelima berturut-turut yang dianjurkan oleh AmLife International Sdn Bhd. Anjuran ini bekerjasama dengan Persatuan Tidur Sedunia bagi mengetengahkan pameran kesihatan tidur di Palace of the Golden Horses


Sebut sahaja tidur adakah kita tidur dengan secukupnya? Adakah kita tidur lena dengan tenang dan nyenyak? Mesti ada kita mengalami masalah sukar tidur sehinggakan kita dapat penyakit imsonia bukan? Oleh itu, AmLife dengan prinsip teguh mereka iaitu "Life, Redefined" mempolopori pergerakan ini untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal lebih sihat menerusi tidur yang lebih baik dan lena, dengan demiian menambah baik hidup kesihatan semua orang. 
Bagi tahun 2020 ini merupakan tahun yang kelima pihak AmLife menganjurkan pameran kesihatan tidur sempena "Hari Tidur Sedunia" bersama Persatuan Tidur Sedunia dibawa tema "Menambah Baik Tidur, Kesihatan, Planet" ("Better Sleep, Better Life, Better Planet") untuk menggalakkan kehidupan yang sihat dan berkualiti menerusi tidur yang lebih lena. 

Menurut kata Encik Lew Mun Yee, iaitu Pengasas & Presiden AmLife berkata "Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat pada masa sekarang. Bersama dengan Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara utama iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini," kata Encik Lew

Untuk pengetahuan semua ini merupakan fakta penting tentang Hari Tidur Sedunia :-Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara dirundung masalah tidur.Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend ganguan tidur semakin meningkat dengan semakin ramai penduduk berdepan dengan masalah ini.35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.Lebih 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam dengan sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja.9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur.Di majlis sidang media ini, AmLife telah menjemput beberapa penceramah antarabangsa untuk berkongsi kefahaman tentang kesihatan tidur dari Pakar Psikologi Klinikal dari Sydney dan Pakar Psikologi berdaftar dengan Agensi Pengamal Kesihatan Australia (Australian Health Practitioner Regulation Agency) iaitu Cik Rosemary Clancy menerangkan bagaimana tabiat mengamil pil tidur berubah ansur dan kesan jangka panjangnya. 

Mesti ada yang tahu bahawa ancaman maut disebabkan kita kurang tidur yang cukup. Betul masalah sukarnya tidur ini boleh mengakibatkan penyakit bahaya sehingga boleh membawa maut. Antaranya seperti :-
STROK (ANGIN AHMAR) - 4 KALI LEBIH TINGGIMenurut USA Today, bagi mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko diserang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama

OBESITI (KEGEMUKAN) - 73% LEBIH TINGGISatu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur

KANSER - 47% LEBIH TINGGIKajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang dari 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi

JANTUNG - 1.45% LEBIH TINGGIKurang tidur juga boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil Kajian mendapati bahawa orang yang kurang tidur daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari


Tahukah anda bahawa selain daripada persekitaran tidur yang betul, makanan yang betul boleh merangsang tidur yang baik. Menurut kata Encik Kerwin Chen iaitu Pakar Pemakanan / Penyelidika Makanan berkongsi pengetahuan tentang cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet yang sewajarnya dan makanan yang dimasak di rumah

Jadi kita sebagai manusia haruslah menjaga persekitaran agar lebih bersih diruangan bilik tidur untuk mendapat tidur yang selesa dan lena sepanjang malam. Malah dengan menjaga pemakanan seperti makanan yang sihat dapat memberi kesihatan manusia agar lebih mudah tidur setiap malam. 


Setelah bertapak kukuh dalam industri tidur ini, AmLife mendedahkan rancangan untuk memantapkan lagi kedudukannya sebagai pakar tidur mutlak. Syarikat AmLife mempunyai strategi dan pelan perniagaan dalam pasaran tidur. AmLife telah melancarkan teknologi seni tidur baharu yang canggih bermula dengan siri AmPower Platinum serba baharu dan AmPower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur), AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal) dan AmPower Platinum Blanket (Selimut). Rangkaian teknik anti penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan sel penuaan dan menjadikan kulit menjadi awet muda serta membantu pengguna dapat mengekalkan keremajaan & kesihatan badan menerusi kebaikan tidur. 

Dengan adanya kempen Hari Tidur Sedunia ini sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seharian kita. Tahniah sekali lagi kepada AmLife kerana telah mencipta dan memasarkan barangan Penjagaan Kesihatan Peralatan Tidur bagi membantu masyarakat zaman sekarang yang susah hendak tidur malam. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.amlife.com.my
Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2020/03/amlife-menganjurkan-hari-tidur-sedunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Tidur Sedunia 2020 Dari Amlife

Selamat Hari Tidur Sedunia 2020 Dari Amlife

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 404 hits
Hi Korang Ermm Hari Tidur Sedunia Ek tak yah nak buat muka pelik sangat lah kan memang ada yer dan dah 2 tahun kak lily celebrate wokeh hahahaha Ok kak lily nak kongsi info penting ni wokeh Mengapa korang perlu dapatkan tidur yang cukup 1 M...
Raikan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama Amlife Apa Yang Akan Berlaku Kalau Tak Cukup Tidur

Raikan Hari Tidur Sedunia 2020 Bersama Amlife Apa Yang Akan Berlaku Kalau Tak Cukup Tidur

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 729 hits
Raikan Hari Tidur Sedunia bersama Amlife Apa yang akan berlaku kalau tak cukup tidur Sempena Hari Tidur Sedunia tahun 2020 Amlife International Sdn Bhd bersama Persatuan Tidur Sedunia menganjurkan pameran kesihatan tidur yang penuh dengan i...
Hari Tidur Sedunia 2020 Dengan Amlife

Hari Tidur Sedunia 2020 Dengan Amlife

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 541 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Minum air secukupnya dan jaga kesihatan di musim penularan virus Covid 19 ini Baiklah untuk entri ka...
Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 Anjuran Mondelez International Malaysia

Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 Anjuran Mondelez International Malaysia

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 897 hits
hai assalammualaikumMondelez International Malaysia Menganjurkan Sesi Pendidikan Tentang Pemakanan Yang Sihat Sempena Hari Wanita Sedunia 2020 Terima kasih Mondelez Malaysia kerana menjemput nad untuk hadir sama sama menyambut Hari Wanita S...
Beli 1 Percuma 1 Di Guardian Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

Beli 1 Percuma 1 Di Guardian Sempena Hari Wanita Sedunia 2020

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 461 hits
Beli 1 Percuma 1 Di Guardian Sempena Hari Wanita Sedunia 2020 Lebih 250 produk yang ditawarkan dalam kategori penjagaan kulit dan penjagaan diri Ini adalah berita gembira dan pastinya ramai sedang membuat senarai pembelian sebelum ke Guardi...
Ramai Tak Tahu Hari Ini Dunia Sebenarnya Menyambut Hari Tidur Sedunia

Ramai Tak Tahu Hari Ini Dunia Sebenarnya Menyambut Hari Tidur Sedunia

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 302 hits
SIAPA saja yang tidak suka tidur bukan Tidur adalah satu kenikmatan dunia kerana amalan tersebut dipercayai mampu merehatkan badan otak menghilangkan rasa letih mahupun stress Nabi Muhammad SAW juga telah memberikan garis panduan dalam etik...
Selamat Hari Wanita Sedunia Jom Doa

Selamat Hari Wanita Sedunia Jom Doa

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 791 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua Hai reader 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia Bonde nak kongsikan doa yang dikongsikan di channel telegram yang sangat ringkas dan padat sekali This is a content summary only Visit my website for full l...
Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 1727 hits
Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu meninggal dunia dalam tidur Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith di Instagram Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru m...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut