Ambil Nutrien Ini Kalau Hamil Pemakanan Ketika Hamil Bagi Kesan Kepada Pertumbuhan Gigi Bayi


Diet yang diambil oleh ibu hamil boleh mempengaruhi perkembangan gigi anak mereka. Ini adalah disebabkan pembentukan gigi desidus (gigi susu) dan kekal bermula semasa bayi dalam kandungan lagi.
Pembentukan gigi susu bermula 6-8 minggu kehamilan. Gigi-gigi susu ini hanya akan sempurna apabila akar gigi telah terbentuk dengan lengkap ketika kanak-kanak mencapai umur 3 tahun. Bagi kegigian kekal pula, pembentukannya bermula ketika kandungan berusia 20 minggu dan akan berterusan sehingga dewasa.

Gigi terbentuk melalui proses mineralisasi matriks protein. Proses ini bermula ketika kandungan berusia 4 bulan dan akan berterusan sehingga remaja. Justeru itu, pengambilan nutrien secukupnya oleh ibu-ibu hamil adalah sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan gigi yang sihat. Kekurangan nutrien yang teruk semasa hamil boleh mengakibatkan pembentukan gigi kanak-kanak menjadi tidak normal dan juga cenderung untuk mendapat karies.

Kepentingan nutrien semasa tumbesaran gigi
Nutrien yang penting dalam pembentukan dan perkembangan struktur gigi yang sihat adalah protein, vitamin (A, C dan D), kalsium dan fluorida. Struktur Enamel gigi mengandungi keratin iaitu sejenis protein yang memerlukan Vitamin A untuk pembentukannya. Struktur Dentin gigi pula mengandungi kolagen, juga sejenis protein yang bergantung kepada Vitamin C untuk dihasilkan dengan sempurna. Vitamin D pula diperlukan dalam proses dimana Kalsium dan Fosforus dimasukkan ke dalam Kristal Hydroxyapatit, iaitu struktur matriks bagi gigi dan tulang.
Semasa perkembangan struktur matriks gigi, bahan Fluorida dapat digabungkan bersama-sama Kalsium dan Fosforus untuk membentuk Fluoroapatit, iaitu struktur yang lebih kuat dan tahan hakisan berbanding dengan Hydroxyapatit. Ketika pembentukan struktur gigi, bahan Fluorida memainkan peranan secara sistemik. Selepas gigi telah lengkap terbentuk, Fluorida hanya memberi kesan secara topikal pada permukaan gigi sahaja.
Oleh itu, kesan Fluorida ini boleh memperkuatkan struktur gigi dengan mengurangkan demineralisasi dan meningkatkan remineralisasi apabila gigi terdedah kepada hakisan asid yang dihasilkan oleh bakteria di dalam plak.
Kesan ketidakseimbangan nutrien kepada tumbesaran gigi
Ketidakseimbangan nutrien boleh memberi pelbagai kesan kepada perkembangan gigi. Kekurangan protein boleh menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi lambat, gigi bersaiz kecil (Microdontia) dan juga menyebabkan enamel mudah terlarut. Kekurangan Kalsium, Fosforus dan Vitamin D pula boleh menyebabkan struktur matriks gigi menjadi kurang termineralisasi (hypomineralisation) dan melambatkan corak pertumbuhan gigi.
Pengambilan Vitamin A yang tidak cukup boleh menyebabkan pengurangan jumlah pembentukan enamel atau satu keadaan yang dipanggil sebagai Enamel Hypoplasia. Pengambilan Fluorida yang tidak optimum pula boleh meningkatan demineralisasi dan mengurangan remineralisasi apabila gigi terdedah serangan asid oleh bakteria. Walaubagimanpun, pengambilan Fluorida yang berlebihan semasa pembentukan gigi boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil sebagai Fluorosis.
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
Panduan pemakanan
Garispanduan Pemakanan Malaysia (Malaysian Dietary Guidelines – MDG), 2010 yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memberi panduan pemakanan yang lengkap bagi setiap individu dan masyarakat.
Diet yang seimbang boleh memberikan hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh manusia. MDG mengandungi beberapa rekomendasi untuk pengambilan nutrisi yang lengkap bagi setiap individu.
Untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan gigi yang sihat, pengambilan nutrien yang mencukupi adalah penting terutamanya Protein, Vitamin (A, C, D), Kalsium, Fosforus, dan Fluorida. Secara umumnya, pengambilan nutrien-nutrien ini boleh didapati dengan:
Memakan pelbagai jenis makanan seperti yang disyorkan Memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran Mengambil ikan, daging, ayam, telur dan kekacang dalam jumlah yang sederhana Mengambil susu dan produk susu dalam jumlah yang mencukupi Minum air yang mengandungi fluorida dalam jumlah yang mencukupi Kesimpulan
Pengambilan diet yang seimbang boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan gigi. Oleh itu, adalah penting bagi individu dan ibu-ibu yang hamil mengambil makanan seimbang yang merangkumi semua jenis makanan dan nutrisi yang diperlukan bagi memastikan gigi-gigi kanak-kanak tumbuh dengan sihat dan sempurna.
Rujukan
DePaola DP, Faine M, Palmer C. Nutrition in relation to dental medicine. In Shils M, Olson J, Shike M, Ross AC, eds.. Modern Nutrition in Health and Disease, 9th Ed. Baltimore, MD: Williams and Wilkins, 1999: 1099-1124
Li Y, Navia JM, Bian J-Y. Prevalence and distribution of developmental enamel defects in primary dentition of Chinese children 3-5 years old. Community Dent Oral Epidemiol 1995; 23(2): 72-79
Rugg-Gunn AJ, Al-Mohammadi SM, Butler TJ. Effects of fluoride level in drinking water, nutritional status, and socio-economic status on the prevalence of developmental defects of dental enamel in permanent teeth in Saudi 14 year old boys. Caries Res. 1997; 31:259-267
Seow WK. Enamel hypoplasia in the primary dentition: a review. J Dent Child 1991; 58:441-452
Nutrional Factors in Tooth Development and Maintenance: American Dental Hygienists’ Association (2012)
Kredit:

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
The post Ambil Nutrien Ini Kalau Hamil! Pemakanan Ketika Hamil Bagi Kesan Kepada Pertumbuhan Gigi Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ambil-nutrien-ini-kalau-hamil-pemakanan-ketika-hamil-bagi-kesan-kepada-pertumbuhan-gigi-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Ibu Cedera Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Di Pantai Puteri

Bayi Ibu Cedera Dihempap Pokok Ru Ketika Berkelah Di Pantai Puteri

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 198 hits
MELAKA Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dan ibunya cedera selepas dihempap sebatang pokok ru yang tumbang ketika berkelah di Pantai Puteri Tanjung Kling dalam kejadian 6 30 petang tadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor ...
Tak Sedar Sedang Hamil Ibu Bayi Ajaib Akui Masih Terkejut Amp Gementar

Tak Sedar Sedang Hamil Ibu Bayi Ajaib Akui Masih Terkejut Amp Gementar

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 210 hits
Kisah ibu muda yang bersalin anak perempuan tanpa menyedari yang dirinya sedang hamil beberapa hari lalu sememangnya menggemparkan negara Mana tidaknya wanita dikenali sebagai Nur Atikah Mustafa 24 memaklumkan yang dia sememangnya mengambil...
Ketika Itu Bayi Sedang Tidur Pengasuh Nekad Redah Asap Untuk Selamatkan Bayi 3 Bulan

Ketika Itu Bayi Sedang Tidur Pengasuh Nekad Redah Asap Untuk Selamatkan Bayi 3 Bulan

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 96 hits
Seorang pengasuh nekad meredah asap tebal sambil mendukung bayi lelaki berusia tiga bulan bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Raja Muda Musa yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di sini malam ini ...
Faktor Gigi Cepat Rosak Ketika

Faktor Gigi Cepat Rosak Ketika

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 286 hits
gigi rosak jika Faktor usia bukan penentu gigi cepat rosak Kalau gigi itu kotor akan rosaklah gigi tersebut Berus gigi hari hari tetapi tidak bersih sepenuhnya tetap akan membuatkan gigi berisiko mengalami kerosakan Contoh kes Ya dalam pant...
Dah Sampai Masa Masih Tak Bersalin Overdue Ada Kesan Ke Pada Ibu Bayi

Dah Sampai Masa Masih Tak Bersalin Overdue Ada Kesan Ke Pada Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 212 hits
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin adalah sesuatu yang merisaukan buat ibu mengandung Sudah tentu ibu akan tertanya tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya ...
Bahaya Madu Untuk Bayi 0 1 Tahun Boleh Jadi Racun Doktor Izzar Kongsi Kesan Madu Pada Bayi

Bahaya Madu Untuk Bayi 0 1 Tahun Boleh Jadi Racun Doktor Izzar Kongsi Kesan Madu Pada Bayi

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 191 hits
Suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari berkongsi tentang bahaya pemberian madu lebah kepada bayi yang berusia bawah 1 tahun Mungkin ramai ibu bapa yang belum mengetahui kesan bahaya madu lebah kepada bayi dibawah sa...
Oppa Sangat Petra Ni Anak Terkenan Wajah Korea Rupanya Ini Yang Mona Allen Lakukan Ketika Hamil

Oppa Sangat Petra Ni Anak Terkenan Wajah Korea Rupanya Ini Yang Mona Allen Lakukan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 219 hits
Putera sulung kepada pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen iaitu Petra Pekin yang kini berusia dua bulan menjadi perhatian para peminat Mana tidaknya wajah comel Petra seakan akan wajah bintang Korea itu membuatkan ramai ger4m dan...
Pura Pura Kaku Ketika Sedang Diruqyah Bayi Dipuji Pandai Menghayati Watak

Pura Pura Kaku Ketika Sedang Diruqyah Bayi Dipuji Pandai Menghayati Watak

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 228 hits
Sudah semestinya kalau bayi diletakkan dalam jagaan seorang yang bergelar ayah memang akan banyak perkara yang pelik yang dilakukan oleh si ayah dan anak itu
Wanita Bunuh Rakan Hamil Curi Bayi Dalam Kandungan Dihukum Mati

Wanita Bunuh Rakan Hamil Curi Bayi Dalam Kandungan Dihukum Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 153 hits
SEORANG wanita di Texas berusia 29 tahun dijatuhi hukuman mati kerana membunuh rakannya yang hamil pada Oktober 2020 untuk mengeluarkan dan mencuri janin dalam kandungan Taylor Parker dijatuhi hukuman pada Rabu di Texas selepas beberapa min...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior