Ambil Kertas A4 Lukis Bulatan Minta Anak Warnakan Bulatan Itu Untuk Test Keupayaan Anak 3 6 Tahun
Aktiviti mewarna merupakan antara aktiviti yang dapat membantu meningkatkan fokus anak-anak. Fokus adalah kemahiran penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak, bukan sahaja untuk akademik mereka tetapi juga untuk kerjaya mereka.
Kemampuan fokus membantu mereka menyiapkan sesuatu kerja dari awal hingga akhir. Anda akan dapat perhatikan apabila tahap fokus anda anda semakin berkembang, hasil lukisan dan warna mereka juga semakin kompleks dan memerlukan tempoh yang lebih panjang untuk siap.
IBU BAPA AMBIL PERHATIAN!
Ini berkaitan hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan “warnakan bulatan itu” 😊😊
Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye..
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran..bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain.. 😉
1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
Jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
Bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
3) MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
Bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.
4) MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
Tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.
Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka! 😊😊
Kredit: Pn Azila Ghani
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Ambil Kertas A4, Lukis Bulatan & Minta Anak Warnakan Bulatan Itu” Untuk ‘Test’ Keupayaan Anak 3 – 6 Tahun appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ambil-kertas-a4-lukis-bulatan-minta-anak-warnakan-bulatan-itu-untuk-test-keupayaan-anak-3-6-tahun/