Ambil Iktibar Insiden Kanak Kanak Tercampak Dari Kereta Loke


PELABUHAN KLANG, 13 FEB: Insiden seorang anak kecil tercampak keluar daripada kereta dipandu bapanya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Senawang, Negeri Sembilan pada Isnin lepas sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa betapa pentingnya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penggunaan CRS dengan betul dapat memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat sepanjang pemanduan dan tidak tercampak keluar daripada kereta sekiranya berlaku kemalangan.
“Dalam insiden itu, kanak-kanak berkenaan bernasib baik kerana kereta di belakangnya sempat berhenti. Bayangkan jika (kereta) tidak sempat berhenti, tidakkah mereka (ibu bapa kanak-kanak itu) akan berasa kesal sepanjang hayat?
“Saya harap insiden ini akan beri pengajaran kepada semua mengenai kepentingan penggunaan CRS,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai insiden berkenaan hari ini.
Terdahulu, beliau melakukan lawatan kerja ke Terminal Boustead Cruise Center dan tapak pameran Pemeriksaan Awam Projek ECRL di Lembaga Pelabuhan Klang di sini.
Tambah Loke, walaupun kementeriannya sentiasa memberi penekanan terhadap penggunaan CRS, namun ia tidak bermakna pihaknya tidak melihat perkara lain yang boleh menjadi punca kemalangan termasuk memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Kemalangan biasanya membabitkan pelbagai faktor. Warganet mempersoalkan mengapa saya hanya bercakap mengenai kerusi keselamatan kanak-kanak sedangkan kita juga akan memperketatkan undang-undang membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah,” katanya.
Ditanya mengenai perkembangan cadangan kementeriannya untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan hukuman terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, beliau berkata pihaknya sedang menunggu draf pindaan berkenaan daripada Pejabat Peguam Negara.
Katanya, draf berkenaan akan terlebih dahulu dibawa ke mesyuarat Kabinet sebelum dibaca untuk kali pertama.
“Selepas bacaan kali pertama, kementerian akan umumkan mengenainya. Bagaimanapun, saya tidak boleh beritahu bila tarikh bacaan pertama ini akan dibuat kerana ia melibatkan proses tertentu.
“Namun, apa yang ingin saya tegaskan adalah pindaan ini akan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah jika mereka terlibat dalam kes yang menyebabkan kemalangan maut,” katanya.
Kebelakangan ini, masyarakat mendesak kerajaan meminda akta sedia ada dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu mabuk sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut.
Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata Kabinet bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, di bawah pengaruh dadah serta memandu secara berbahaya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/ambil-iktibar-insiden-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lelaki Didakwa Memandu Berbahaya Sebabkan Kanak Kanak Tercampak Di Lebuhraya

Dua Lelaki Didakwa Memandu Berbahaya Sebabkan Kanak Kanak Tercampak Di Lebuhraya

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 247 hits
REMBAU 18 Feb Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar daripada kenderaan di tengah lebuh raya awal...
Insiden Budak Tercampak Jangan Pertikai Pelaksanaan Crs Kata Anthony

Insiden Budak Tercampak Jangan Pertikai Pelaksanaan Crs Kata Anthony

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 406 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook meminta semua pihak tidak lagi mempersoalkan keperluan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak susulan kemalangan budak berusia 2 tahun yang tercampak di lebuh raya Isnin lalu Foto Sinar Harian ...
Budak Cedera Teruk Dimuka Didakwa Tercampak Dari Kereta Dilanggar 2 Myvi Sedang Berlumba

Budak Cedera Teruk Dimuka Didakwa Tercampak Dari Kereta Dilanggar 2 Myvi Sedang Berlumba

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 1193 hits
Seperti mana yang kita tahu kemalangan yang berlaku bukan kerana jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik malah sikap pemanduan yang memandu sambil lewa menyebabkan membahayakan pengguna jalan raya lain berhadapan dengan risiko kemala...
Niat Tinggalkan Sekejap Bayi 9 Bulan Kanak Kanak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta

Niat Tinggalkan Sekejap Bayi 9 Bulan Kanak Kanak 2 Tahun Terperangkap Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 556 hits
Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kanak kanak perempuan dua tahun yang terperangkap dalam kenderaan berjaya diselamatkan bomba dalam dua kejadian berbeza di Johor Bahru semalam Ketua Balai Bomba Penyelamat Skudai Pegawai Bomba ...
Ini Jalan Bapak Kau Ke Basuh Kereta Di Tengah Jalan Netizen Selar Pemilik Myvi Tak Bertamadun Ini

Ini Jalan Bapak Kau Ke Basuh Kereta Di Tengah Jalan Netizen Selar Pemilik Myvi Tak Bertamadun Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 402 hits
Sabtu lalu viral di media sosial video seorang wanita mencuci keretanya di tengah jalan raya di kawasan perumahan sehingga menghalang laluan pengguna lain Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan wanita terbabit berdegil tidak mahu mengalihk...
10 Terowongan Kereta Api Terpanjang Di Indonesia

10 Terowongan Kereta Api Terpanjang Di Indonesia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 384 hits
10 Terowongan Gunung Gajah Termasuk dalam wilayah DAOP III Sumsel dan terletak antara stasiun Lahat dan stasiun BUnga mas panjang terowongan ini sekitar 368 m 9 Terowongan Tebing Tinggi Terowongan ini terletak di Talang Banyu Desa Tanjung K...
Masih Panjang Umur Terkejut Anak Di Tengah Lebuh Raya Selepas Kereta Dilanggar

Masih Panjang Umur Terkejut Anak Di Tengah Lebuh Raya Selepas Kereta Dilanggar

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 519 hits
Masih panjang umur Itulah yang boleh digambarkan mengenai nasib seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun yang terselamat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan beberapa hari lalu Walaupun terkeluar dari kereta dipandu bapanya mangs...
Perghhh Panjat Bumbung Kereta Api Lelaki Taiwan Melecur Terkena Renjatan Eletrik

Perghhh Panjat Bumbung Kereta Api Lelaki Taiwan Melecur Terkena Renjatan Eletrik

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 464 hits
Panjat bumbung kereta api lelaki Taiwan melecur terkena renjatan eletrik Kejadian berlaku pada 3 Februari lalu FOTO AsiaWire TINDAKAN seorang lelaki Taiwan memanjat bumbung kereta api menerima padah apabila tangannya secara tidak sengaja me...
Saluti Kereta Mercedesnya Dengan Kristal Swarovski

Saluti Kereta Mercedesnya Dengan Kristal Swarovski

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 370 hits
Seorang pelajar di Rusia mempunyai kereta Mercedes CLS 350 yang seluruhnya dilapisi kristal Swarovski Kereta bling bling itu pun dipamerkannya di jalanan di London Pemilik kereta itu adalah Daria Radionova yang memarkingnya di depan Levin H...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik