Ambank Lancar Ilustrasi Led Unta Terbesar Dato Lat Di Bangunan Ambank Group


Assalammualaikum semua! Ramai orang fikir bank hanya tempat simpan duit atau membuat pinjaman. Namun sebenarnya, institusi kewangan AmBank memainkan peranan besar dan ‘senyap’ dalam membina masa depan negara. AmBank berkembang seiring dengan Malaysia sejak 1975. 
Ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai Arab-Malaysian Development Bank. Peranan awal adalah dalam membiayai pembangunan infrastruktur negara. Kemudian berkembang kepada servis perbankan runcit, pelaburan, dan insurans. Perubahan jenama dan penyatuan pelbagai anak syarikat menjadikan AmBank Group pada hari ini. 
Kejayaan utama sepanjang lima dekad beroperasi adalah AmBank sentiasa mengeluarkan produk inovatif dan menerima banyak anugerah industri kerana perkhidmatan AmBank Group yang cemerlang. Bersempena ulang tahun ke-50 AmBank Group, tema “Malaysia Kita” telah dilancaran dan ia sangat bertepatan dengan semangat perpaduan dan perjalanan negara.





Oleh kerana AmBank sedang meraikan ulang tahun ke-50, Ruby nak berkongsi maklumat berkenaan "Kepentingan Institusi Kewangan AmBank Dalam Pembangunan Negara". Tahukah anda bahawa peranan bank sangat besar? 
AmBank membekalkan modal kepada individu, perniagaan kecil, dan syarikat besar. Setuju kalau kita gelarkan AmBank enjin pertumbuhan ekonomi negara? Usahawan boleh mula perniagaan dengan pinjaman mikro. Syarikat besar membiayai projek-projek infrastruktur melalui pinjaman korporat. Rakyat boleh membeli rumah, kereta, atau melanjutkan pelajaran melalui pembiayaan. Tanpa institusi kewangan yang stabil dan proaktif, ekonomi tidak dapat bergerak lancar. Setuju?

Bank berfungsi sebagai tempat menyimpan wang yang sangat selamat yang pada hakikatnya mereka lebih dari itu. Mereka mengurus transaksi harian, seperti gaji, bayaran bil, dan pemindahan wang. Memberi pulangan faedah melalui akaun simpanan, deposit tetap, dan pelaburan. Bank juga menggalakkan tabiat menyimpan dan perancangan kewangan untuk jangka masa panjang. Apa yang penting ia sangat membantu kestabilan keluarga dan negara. AmBank mengurus, menyimpan dana rakyat dengan selamat. 

Bank seperti AmBank juga memperkenalkan produk khas untuk golongan berpendapatan rendah, wanita, atau komuniti luar bandar seperti skim pembiayaan mikro, pembukaan akaun simpanan tanpa yuran. Malah memberi pendidikan kewangan kepada masyarakat secara tidak langsung. Ini membantu mengurangkan jurang ekonomi dan memastikan lebih ramai rakyat boleh menyertai arus ekonomi.

Sedarkah anda bahawa AmBank pelopor dalam teknologi kewangan (fintech). Contoh yang rakyat mungkin tak sedar adalah aplikasi perbankan mudah alih yang menjimatkan masa. E-dompet dan sistem pembayaran tanpa tunai yang memudahkan urusan harian. Automasi dalam proses permohonan pinjaman, pembukaan akaun dan pelaburan. Inovasi ini bukan saja memudahkan rakyat, tapi menjadikan ekonomi lebih moden dan efisien. Tanpa kita sedar, kemudahan yang kita gunakan yang disediakan oleh AmBank memberi 1001 kepercayaan dalam sekuriti walau inovasi dan teknologi sentiasa berkembang kan? 

Semasa pandemik COVID-19, bank memainkan peranan penting dalam menangguhkan bayaran pinjaman (moratorium), menyalurkan bantuan khas kerajaan, enyokong perniagaan yang terjejas untuk terus bertahan dan institusi kewangan adalah ‘buffer’ yang membantu rakyat dan ekonomi pulih. AmBank menyonkong negara ketika krisis. Masihkah anda ingat

Peranan AmBank dalam menyokong komuniti PKS, bantuan ketika pandemik, tanggungjawab sosial korporat (CSR). AmBank bukan sekadar bank, tapi sebahagian daripada perjalanan negara yang sentiasa peka kepada perkembangan teknologi, kemampanan, dan inklusiviti kewangan. Komitmen AmBank adalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. 


AMBANK LANCAR ILUSTRASI LED UNTA TERBESAR DATO' LAT DI BANGUNAN AMBANK GROUP BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-50 
Bersempena sambutan Ulang Tahunnya yang ke-50, Kumpulan AmBank mempersembahkan muka depan bangunannya yang diperbaharui, di ibu pejabat korporatnya – Bangunan AmBank Group, kini memaparkan ilustrasi LED yang bertenaga bagi maskot kesayangan bank itu, unta yang ikonik hasil sentuhan Dato’ Lat yang turut merupakan ilustrasi terbesar beliau

Penghormatan visual yang menarik ini menandakan kesinambungan kerjasama bersejarah antara AmBank dan Dato’ Lat, yang mana ilustrasi unta lucunya telah sinonim dengan identiti Bank selama beberapa dekad



Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat, Kumpulan AmBank berkata, "Melihat unta yang diubah suai oleh Dato’Lat bersinar di muka depan kaca ibu pejabat kami membawa kembali begitu banyak kenangan terindah. Bangunan itu telah menjadi saksi kepada pertumbuhan bank selama ini, yang ditakrifkan oleh ketekunan, inovasi dan dedikasi kami untuk meraikan kecemerlangan kami. Di kala kami menyambut Jubli Emas bank, saya amat bersyukur melihattransformasi luar biasa bank itu menjadi salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia.”

Bangunan AmBank Group terletak di Jalan Raja Chulan dan berdiri megah setinggi 26 tingkat. Menara berbentuk trapezoid itu dilancarkan secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1987. Dengan keanggunan tersendiri, menara ini terletak di persimpangan yang sibuk menghubungkan Jalan Raja Chulan dan Jalan P.Ramlee, memberikan pemandangan yang tidak terganggu pada muka depan kacanya.

Dari segi sejarah, Dato’ LAT telah ditugaskan untuk menghasilkan ilustrasi untuk iklan produk AmBank dari 1984 hingga 1991. Karya seni tersebut memberi penghormatan kepada pelbagai personaliti Kumpulan dan peristiwa yang berlaku semasa bank itu dikenali sebagai Arab-Malaysian dengan pendekatan yang santai, lucu dan ringan. Diceritakan semula dengan tema Ulang Tahun ke-50 AmBank ‘Malaysia Kita’, ilustrasi kerjasama baharu telah dihasilkan oleh Dato’ Lat yang merangkumi nilai-nilai perpaduan, kebersamaan dan kepelbagaian. Karya-karya baharu ini akan diterbitkan dalam beberapa minggu akan datang untuk dihayati dan dihargai oleh rakyat Malaysia.

Ikuti AmBank dalam meneruskan perayaan Ulang Tahun ke-50nya, membawa inisiatif yang merangkul semangat sebenar "Malaysia Kita".

PERADUAN POSE YOUR OOTD BERLATARBELAKANGKAN BANGUNAN AMBANK GROUPSelain dari pelancaran Ilustrasi LED Unta baru di Bangunan AmBank Group, peraduan Pose Your OOTD turut dilancarkan. Hadiah menarik menangi para pemenang. 
Bersempena ulang tahun ke-50 AmBank Group dengan tema "Malaysia Kita" dan pertukaran ilustrasi unta di Bangunan AmBank Group (BAG), Peraduan Pose Your OOTD di Bangunan AmBank Group (BAG) sedang diakan!

Tempoh Peraduan: 1 Mei 2025 - 31 Mei 2025
Lokasi: Bangunan AmBank Group (BAG), Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
CARA PENYERTAAN


1. Ambil gambar kreatif anda dengan berlatarbelakangkan ilustrasi LED Unta AmBank di Bangunan AmBank Group. Pastikan anda menjaga keselamatan semasa mengambil gambar. 2. Muat naik di Instagram dan tag @AmBankMY serta hashtag #AmBank50 #AmBankCelebrates50th #MalaysiaKita #OOTDBAG #AmBankCamel
HADIAH PERADUAN POSE YOUR OOTD

✨ Hadiah Utama: RM550 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set
✨ Hadiah Tempat Kedua: RM350 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set
✨ Tempat Ketiga: RM 250 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set
✨ Hadiah Saguhati (x5): RM150 + Limited Edition AmBank 50th Anniversary Tiffin Set

Semak akaun Instagram AmBankMY untuk maklumat lanjut


"AmBank bukan sekadar tempat simpan duit. Ia adalah rakan pembangunan negara yang menyokong impian rakyat, memberi nafas kepada perniagaan, dan menjadi tunjang kestabilan ekonomi. Ia bekerja di belakang tabir untuk memastikan masa depan Malaysia lebih cerah, stabil dan inklusif. Happy 50th Anniversary AmBank! 🐪🐪🐪"



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/04/ambank-lancar-ilustrasi-led-unta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Group Urges Perlis Govt To Defer Building Caf In Geopark Cave

Group Urges Perlis Govt To Defer Building Caf In Geopark Cave

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 139 hits
The Perlis Climbing Association has called for a halt to the construction of a caf inside Gua Cenderawasih in Kangar Perlis pending an environmental impact assessment and technical study by geological experts In a statement today the associ...
Whatsapp Uji Ciri Buat Group Kosong Tambah Ahli Kemudian

Whatsapp Uji Ciri Buat Group Kosong Tambah Ahli Kemudian

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 132 hits
WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna mencipta group atau kumpulan kosong tanpa perlu menambah ahli terlebih dahulu Menurut laporan WABetaInfo ciri ini sudah mula tersedia dalam kemas kini versi beta terbaharu u...
Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 192 hits
THE ISP Group has recently unveiled its RM80 mil flagship greenfield industrial development ISP Victory which is deemed a significant strategic milestone as the group embarks on its first ever ground up logistics warehouses manufacturing hu...
Learning From Singapore S Multiracial Group Parliament Seats

Learning From Singapore S Multiracial Group Parliament Seats

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 149 hits
What can Malaysia learn from the recent Singapore elections Apart from the against two PAS leaders trying to stoke up religious politics there Perhaps we can explore how their elections are done One way Singapore discourages racial politics...
Consumer Group Wants Govt To Stop Using Bottled Water

Consumer Group Wants Govt To Stop Using Bottled Water

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 135 hits
Consumer Association of Penang president Mohideen Abdul Kader says this includes the use of plastic water bottles at all government facilities such as offices and schools The Consumers Association of Penang said plastic water bottles has be...
Student Group Accuses Um Of Shutting Down Forum

Student Group Accuses Um Of Shutting Down Forum

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 128 hits
A student group has accused the Universiti Malaya of stifling academic freedom by shutting down a forum slated to be held by the group tomorrow It claimed the university administration has instructed the cancellation of the forum titled Mal...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru