Amaran Pencerobohan Hutan Susulan Peningkatan Permintaan Tumbuhan Liar



KOTA KINABALU: Pihak berkuasa terus mengawasi kawasan dilindungi di Sabah, termasuk Taman Kinabalu dan hutan simpan berikutan lonjakan permintaan terhadap tumbuhan liar dalam kalangan penggemar aktiviti berkebun.
Pegawai Taman-taman Sabah dan Jabatan Perhutanan Negeri berkata, pasukan penguatkuasaan kini bersiap siaga terhadap penceroboh ke kawasan dilindungi itu yang berniat mencuri tumbuhan berharga seperti Caladium dan Alocasia.
Walaupun tumbuhan terbabit bukan spesies yang dilindungi, namun pegawai mengingatkan bahawa pencerobohan ke kawasan hutan simpan adalah suatu kesalahan dan begitu juga perbuatan mencuri mana-mana tumbuhan di situ.
Pengarah Jabatan Perhutanan Frederick Kugan memberitahu FMT, pasukan penguat kuasa mengawasi penceroboh yang masuk ke dalam pelbagai hutan simpan di negeri itu.
Maipol Spait dari Taman-taman Sabah berkata: “Kami menyedari jualan tumbuhan jenis ini laris dan kami mengawasi situasi itu dengan teliti.
“Namun setakat ini kami tidak mengesan sebarang pencerobohan ke kawasan Taman Kinabalu.”
Beliau berkata, kakitangan Taman-taman Sabah di stesen Serinsim dan Sayap di bahagian utara Taman Kinabalu kini bersiap siaga.
Taman itu meliputi kawasan seluas 745km persegi, iaitu lebih dua kali ganda kawasan pulau Pulau Pinang.
Sebilangan besar tanaman liar dijual di pasar minggu di Sabah dan menimbulkan kebimbangan. Sebahagian daripada Taman Kinabalu berkongsi sempadan dengan tanah pertanian kampung, sekali gus menyaksikan penceroboh boleh masuk dengan mudah ke kawasan yang dilindungi itu.
Maipol berkata, penduduk kampung yang membantu anggota penguat kuasa menjejak penceroboh dilantik sebagai renjer kehormat Taman Sabah.
Susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada Mac lalu berikutan pandemik Covid-19, ramai orang beralih kepada aktiviti berkebun dan ini meningkatkan permintaan untuk tumbuhan liar.
Berikutan pelonggaran sekatan dan perjalanan antara daerah juga dibenarkan hujung tahun lalu, penggemar aktiviti berkebun menuju ke daerah terpencil seperti Kota Marudu di utara untuk mencari tumbuhan sedemikian.
Penduduk kampung kemudian mula “menuai” tumbuhan berharga itu, yang kemudian dijual di pasar tamu atau pasar tani.
Bagaimanapun, sebahagian pengunjung pasar tamu tertanya-tanya sama ada tumbuhan liar yang dijual diambil dari kawasan yang dilindungi kerana jumlahnya yang banyak.
Satu laporan di media Filipina mendedahkan tumbuhan liar berharga seperti Monstera “dicuri” dari kawasan taman dan dijual pada harga tinggi di ibu kota negara itu, Manila.
Menyifatkan kecurian tumbuhan sebagai aktiviti penebangan hutan secara kecil-kecilan, kumpulan alam sekitar memberi amaran bahawa permintaan terhadap tumbuhan berkenaan boleh menyebabkan ia pupus.
The post Amaran pencerobohan hutan susulan peningkatan permintaan tumbuhan liar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/24/amaran-pencerobohan-hutan-susulan-peningkatan-permintaan-tumbuhan-liar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=amaran-pencerobohan-hutan-susulan-peningkatan-pe

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permintaan Terhadap Ujian Covid 19 Meningkat Susulan Kenaikan Kes

Permintaan Terhadap Ujian Covid 19 Meningkat Susulan Kenaikan Kes

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Sejak gelombang ketiga Covid 19 melanda Malaysia Okt lepas semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif Adakah kemampuan Malaysia pada masa ini cukup untuk...
Peningkatan Kes Covid 19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan Dr Noor Hisham

Peningkatan Kes Covid 19 Kluster Tempat Kerja Membimbangkan Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 304 hits
BH ONLINE Petugas klinik swasta melakukan proses saringan COVID 19 keatas pekerja warga asing yang datang menjalani saringan KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan kebimbangannya mengenai peningkatan...
10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan Covid 19

10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 385 hits
Mungkin berita ini kurang enak didengar apabila 10 masjid dan surau di sekitar Temerloh terpaksa ditutup sementara bermula 28 Januari 2021 berikutan kes jangkitan COVID 19 yang terus meningkat disekitar daerah ini Arahan ini dikeluarkan ole...
Polis Kelantan Kaji Jika Peningkatan Kes Seksual Ada Kaitan Dengan Covid 19

Polis Kelantan Kaji Jika Peningkatan Kes Seksual Ada Kaitan Dengan Covid 19

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 246 hits
Polis Kelantan masih mengkaji sama ada peningkatan kes jenayah seksual di negeri itu sepanjang tahun lalu turut disebabkan faktor wujudnya ancaman pandemik Covid 19 atau tidak Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata berbanding 2019 t...
Peningkatan Sementara Eur Usd Sebelum Jatuh Pada Tahap Lebih Rendah

Peningkatan Sementara Eur Usd Sebelum Jatuh Pada Tahap Lebih Rendah

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 238 hits
EUR USD diperdagangkan di tahap hijau pada tahap 1 2118 dan berusaha untuk pulih setelah momentum penurunan terakhir Harga turun kerana USD melemah oleh penurunan USDX semasa Pasangan ini hanya dapat mencatatkan kenaikan sementara sebelum t...
Pasaran Pc Global Memperlihatkan Peningkatan Dari Segi Penghantaran Peranti

Pasaran Pc Global Memperlihatkan Peningkatan Dari Segi Penghantaran Peranti

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 184 hits
Wabak COVID 19 yang telah berleluasa di dunia sejak awal tahun lepas telah menyebabkan ramai syarikat terpaksa membenarkan para pekerja mereka untuk bekerja dari rumah untuk mengurangkan kadar jangkitan wabak tersebut Oleh kerana itu juga o...
Adakah Demokrasi Berparlimen Penyebab Peningkatan Wabak Covid 19

Adakah Demokrasi Berparlimen Penyebab Peningkatan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 172 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Angkatan Belia Islam Malaysia Pertubuhan Ikram Malaysia Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor dan Gabungan Bertindak Malaysia terkejut dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin...
Peningkatan Kes Mengerikan Singapura Gantung Kebenaran Rentas Sempadan Malaysia

Peningkatan Kes Mengerikan Singapura Gantung Kebenaran Rentas Sempadan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 227 hits
Singapura menangguhkan kebenaran rentas sempadan dengan Malaysia di bawah inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik selepas negara ini mencatatkan peningkatan kes Covid 19 Selain Malaysia Kementerian Luar Negeri Singapura juga mengumumkan penangg...
Peningkatan Kes Membimbangkan Dasar Kerajaan Tiada Hala Tuju Buat Rakyat Semakin Takut

Peningkatan Kes Membimbangkan Dasar Kerajaan Tiada Hala Tuju Buat Rakyat Semakin Takut

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 224 hits
DASAR kerajaan dalam menangani masalah pandemik Koronavirus dilihat seperti tiada hala tuju menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan dan takut Hal demikian dilihat terang terangan apabila kerajaan seperti tidak bersungguh melaksanakan Pe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas