Amaran Anwar Jangan Jadikan Jawatan Menteri Tiket Untuk Kaya




SELAIN PESANAN ANWAR PADA WAKIL RAKYAT, KHASNYA PKR- ADA PENYOKONG KATA JUMPA PENYOKONG PUN SUSAH NAK SALAM. MASA JADI MENTERI KALAU JUMPA PENYOKONG KENA LA SALAM.JANGAN LA PERASAN SANGAT BILA DAH JADI MENTERI. MALAH ADA YANG KATA WAKIL UMNO PULAK BAGUIH BILA JUMPA PENYOKONG....


KERAJAAN akan sentiasa memastikan tadbir urus yang baik dengan menegakkan prinsip integriti terutamanya menolak amalan rasuah, bagi memastikan perancangan kemajuan negara dapat direalisasikan, kata Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata semua pihak yang menganggotai kerajaan perpaduan telah diberi hala tuju yang jelas, mengenai perkara itu.
“Kita bagi peraturan yang jelas, kalau mahu kuat (stabil) dan mendapat sokongan rakyat, pemimpin mesti tolak rasuah dan salah guna kuasa.
“Dalam hal ini saya tegas, kalau mahu kaya, keluar dan jadi orang berniaga bukan jadi menteri, kerana jika demikian negara akan rosak,” katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di bangunan KLSCAH, di Kuala Lumpur hari ini.
Kehadiran Anwar yang diiringi isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke majlis itu, disambut Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye serta kepimpinan tertinggi KLSCAH.
Anwar berkata sehubungan itu beliau memperkenalkan Malaysia Madani, kerana yakin potensi besar Malaysia hanya boleh dioptimumkan jika prinsip integriti ditegakkan, tiada amalan rasuah, manakala pemimpin atau menteri tidak berlumba mengumpul kekayaan.
Perdana menteri berkata beliau tegas mengenai perkara itu, dan setakat ini semua ahli jemaah menteri memahami hala tuju yang digariskan dan konsisten melaksanakan tadbir urus yang baik.
“Malaysia ini sebuah negara kaya dengan kemampuan yang banyak, tetapi jika pimpinannya masih dengan cara lama, negara akan rosak.
“Tetapi dalam tempoh dua bulan ini, saya nampak semua jemaah menteri konsisten melaksanakan tadbir urus baik, tiada amalan rasuah dalam urusan dan pentadbiran kementerian masing-masing,” katanya.
Sehubungan itu, perdana menteri menzahirkan ucapan terima kasih kepada pimpinan dalam kerajaan perpaduan, sama ada dari Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, yang dari segi prinsip kesemuanya amat tegas dan tidak bertolak ansur dengan perbuatan rasuah. 
Dalam pada itu, Anwar sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan untuk terus memberi tumpuan kepada memperkasakan sektor perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini.
Perdana menteri berkata PKS merupakan antara sektor yang perlu diberi tumpuan khusus oleh kerajaan selepas menerima kesan buruk sepanjang dua tahun negara berhadapan penularan pandemik Covid-19.
Bagi tujuan itu, Anwar menyeru agar seluruh lapisan masyarakat memantapkan semangat perpaduan dan mengenepikan sebarang perbezaan kaum, serta menumpukan segala usaha untuk membangunkan ekonomi negara secara bersama.
“Dalam sebulan ini saya lihat pelabur dari negara China, Eropah, Amerika, India dan Australia begitu berminat untuk datang ke Malaysia… oleh yang demikian, amat penting untuk mengekalkan keharmonian agar Malaysia terus kekal sebagai tarikan pelaburan,” katanya. – Bernama, 22 Januari 2023.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/amaran-anwar-jangan-jadikan-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Ph Jangan Berlagak Dan Bergantung Hanya Pada Anwar

Menteri Ph Jangan Berlagak Dan Bergantung Hanya Pada Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 178 hits
NORMAN RADZUANSemakin ramai mula berkata kata lagak Menteri Menteri PH kena belajar skill pemimpin UMNO KITA TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPAAD ANWAR SORANG Percayakah anda keghairahan dan pujian masyarakat kpd Kerajaan Perpaduan bergantung kepa...
Erick Thohir Ingat Pesan Megawati Jangan Jadikan Bumn Pusat Korupsi Dan Banyak Utang

Erick Thohir Ingat Pesan Megawati Jangan Jadikan Bumn Pusat Korupsi Dan Banyak Utang

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 194 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir mengungkapkan bahwa untuk mengelola lembaga BUMN pihaknya masih mengingat pesan dari Ketua Umum DPP PDIP Megawati Soekarno Putri bahwa BUMN harus menjadi benteng ekonomi secara nasional bukan me...
Woiiiii Lena Lagi Ka Menteri Atau Akhbar Dah Tahunkerajaan Nak Tunggin Tak Boleh Baik Letak Jawatan La

Woiiiii Lena Lagi Ka Menteri Atau Akhbar Dah Tahunkerajaan Nak Tunggin Tak Boleh Baik Letak Jawatan La

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 185 hits
Menteri KKD YB Fahmi Fadzil tolonglah perhatikan media arus perdana Nampaknya cara mereka spin berita semakin menjadi jadi Kami ni cytro yang tak berbayar Kami menulis atas semangat cintakan negara Tapi kalau kerajaan tak kawal media kami p...
Jangan Pertanding Semua Jawatan Kalau Tak Pilih Top 2 Kata Perwakilan Umno

Jangan Pertanding Semua Jawatan Kalau Tak Pilih Top 2 Kata Perwakilan Umno

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 209 hits
freemalaysiatoday com January 14 2023 1 30 PMPerwakilan Umno Johor Pandak Ahmad berkata jika dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan perkara sama harus berlaku di peringkat bahagian dan cawangan KUALA LUMPUR Perwakilan Johor tidak berse...
Sokongan Kj Kepada Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Mengejutkan James Chin

Sokongan Kj Kepada Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Mengejutkan James Chin

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 157 hits
Keputusan KJ sokong Anwar strategi survival politikRaevathi SupramaniamPETALING JAYA Penganalisis politik berpandangan tindakan Khairy Jamaluddin mengumumkan sokongan terhadap kerajaan Anwar Ibrahim sebagai luahan seseorang yang mahu mencar...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Samenta Calls For Higher Sst Threshold To Help Smes

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini