Amanah Johor Mesyuarat Minggu Depan Tentukan Calon Prk Kata Aminolhuda


 
Aminolhuda Hassan berkata beliau yakin kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kekal milik Amanah berdasarkan prestasi baik Allahyarham Salahuddin Ayub sebagai wakil rakyat. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Amanah Johor akan mengadakan mesyuarat khas sebelum 10 Ogos ini untuk menamakan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan, berkata pengurusan Amanah negeri telah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan meminta pimpinan Pulai dan Bakri untuk mengemukakan senarai calon mereka.
“Senarai nama calon akan dihantar kepada Amanah Nasional selepas itu. Keutamaan adalah calon pemimpin Johor dan mestilah daripada kalangan pimpinan yang terbaik di peringkat kawasan atau negeri.
“Selain itu, mestilah berintegriti, mudah didekati oleh rakyat dan berjiwa rakyat serta mampu meneruskan agenda Rahmah peninggalan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Aminolhuda yang juga pengerusi Amanah Johor berkata beliau yakin kedua-dua kerusi tersebut kekal milik parti itu berdasarkan prestasi baik Salahuddin sebagai wakil rakyat.
“Selain Allahyarham yang sering turun ke lapangan, terdapat kakitangan pejabat Adun Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang sangat komited mendekati rakyat serta membantu menyelesaikan masalah rakyat jika ada,” tambah Ahli Parlimen Sri Gading itu.
Beliau turut berterima kasih atas sokongan dan dukungan Presiden Umno Zahid Hamidi yang memberi laluan kepada Amanah kekal bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.
“Dari segi persiapan dan jentera parti, Insya-Allah telah siap sedia dan saya yakin kerjasama daripada rakan-rakan Barisan Nasional Johor akan turut serta membantu memastikan kemenangan milik Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept depan.
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup pada 23 Julai lepas. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/amanah-johor-mesyuarat-minggu-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantahan Itu Demokrasi Sihat Kata Calon Amanah Paroi

Bantahan Itu Demokrasi Sihat Kata Calon Amanah Paroi

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 195 hits
Norwani Ahmat berkempen di pasar malam Senawang minggu lalu Beliau antara dua calon wanita PH BN di Negeri Sembilan SEREMBAN Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan Norwani Ahmat berkata bantahan terhadap pencalonannya di Paroi oleh akar umbi s...
Khalid Samad Kata Dia Tak Fikirkan Pun Soal Jadi Calon Dalam Prk Pulai

Khalid Samad Kata Dia Tak Fikirkan Pun Soal Jadi Calon Dalam Prk Pulai

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 191 hits
Malaysiakini Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata dia menyerahkan kepada kepimpinan parti berhubung calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor Khalid berkata demikian apabila ditanya berkenaan per...
Hak Masing Masing Keluar Parti Tumpu Menangkan Calon Kata Azalina

Hak Masing Masing Keluar Parti Tumpu Menangkan Calon Kata Azalina

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 221 hits
Azalina Othman Said berkata dalam demokrasi mana mana individu berhak keluar masuk apa jua parti KUALA PILAH Seorang pemimpin Umno menggesa mana mana pihak tidak mempolemikkan isu keluar parti sambil menyifatkan itu hak masing masing Ketua ...
Calon Muda Isytihar Harta Dalam Masa Terdekat Kata Syed Saddiq

Calon Muda Isytihar Harta Dalam Masa Terdekat Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 185 hits
Syed Saddiq Abdul Rahman berkata 19 calonnya yang bertanding pada PRN akan isytihar harta PETALING JAYA Muda akan mengisytiharkan harta calonnya yang bertanding pada PRN 12 Ogos dalam masa terdekat Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ...
Umno Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon Prk Kuala Terengganu

Umno Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon Prk Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 223 hits
KUALA TERENGGANU Barisan Nasional dan UMNO Terengganu menerima pencalonan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail sebagai calon Pakatan Harapan bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini denga...
Calon Bn Mesti Letak Jawatan Dari Suhakam Kata Bekas Pesuruhjaya

Calon Bn Mesti Letak Jawatan Dari Suhakam Kata Bekas Pesuruhjaya

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 166 hits
Nicholas ChungPesuruhjaya Suhakam Hasnal Rezua Merican Habib Merican dinamakan sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Kuang di Selangor PETALING JAYA Calon Barisan Nasional Hasnal Rezua Merican Habib Merican perlu meletakkan jawatan seb...
Perlu Keluar Mengundi Prn Tentukan Masa Depan Negara Chua Wei Kiat

Perlu Keluar Mengundi Prn Tentukan Masa Depan Negara Chua Wei Kiat

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 167 hits
Pengundi perlu keluar mengundi pada 12 Ogos ini bagi menentukan kerajaan yang benar benar layak memerintah diangkat di 6 negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Chua Wei Kiat sikap peng...
Bn Beri Laluan Kepada Amanah Untuk Prk Pulai Simpang Jeram

Bn Beri Laluan Kepada Amanah Untuk Prk Pulai Simpang Jeram

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pimpinan Barisan Nasional sepakat memberikan laluan kepada Amanah untuk bertanding PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram di Johor pada 9 Sept ini Pengerusi Zahid Hamidi berkata pimpinan BN merasakan Amanah ...
Kami Bukan Gelombang Tapi Puting Beliung Kata Calon Pn Negeri Sembilan

Kami Bukan Gelombang Tapi Puting Beliung Kata Calon Pn Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 293 hits
KUALA PILAH Calon Perikatan Nasional bagi DUN Juasseh Eddin Syazlee Shith menjanjikan saingan sengit bagi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRN enam negeri Beliau yang juga ketua Bersatu Kuala Pilah berkata sokongan rakyat kepada PN...
Myborderpass Apps Baru Untuk Pengembara Dari Malaysia

Filem Emp4t

Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak

Durian Durian Durian Imam

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Siri Pembongaran Dan Propaganda Sejarah Perebutan Takhta Perak 1871 1874 Satu Penilaian Semula

Ulasan Jurnal Mazhab Syafie Wadah Penyatuan Ummah Di Malaysia

Majlis Purnama Jasa Nian Merindu

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government